Pages

Friday 7 June 2013

sarawak kami datang part 3 - jom tengok orang utan


Salam ceria dan bertemu kembali ...
Dah menghampiri penghujung cuti sekolah..zila sambung kisah percutian kami ke sarawak aritu.. saja nak berkongsi manalah tau ada kawan-kawan blogger zila nak bawa anak-anak kesana bila ada kelapangan..dapat la juga sedikit info kan..lama benar kisah sarawak terhenti ke part 2 ..ini semua kerana lappy zila tengah sakit..nak trnsfer pic sarawak ke PC sangat-sangat la malas..oleh kerana minggu nie free zila buat semuanya..


masuk hari ketiga kami di negeri sarawak,awal pagi dah bagun bersiap-siap untuk ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh - Semenggoh wildlife centre.pusat ini diwujudkan bagi memelihara orang utan yang semakin pupus..penempatan Orang Utan terletak di Semenggoh Nature Reserve (653 hektar) telah dibuka dari tahun 1975..memang lama kan..


kena ikut arahan ranger-ranger yang bertugas ..memang tak boleh buat bising..biasanya pukul 9 pagi orang utan akan keluar..feeding time..kerana waktu itu ranger akan memberi makan..so jangan lewat sampai nanti terlepas peluang nak tengok orang utan secara live.



kebanyakan pelancung asing suka kemari..sebahagian besar memang orang asing.diorang dah ready dengan kamera masing-masing..sedang menanti kemunculan orang utan tue jer..



setelah beberapa minute menunggu muncul juga orang utan yang dinanti-nantikan..tapi kami dapat melihat dari jarak jauh..oleh kerana zila ada bawa lens untuk snap jarak jauh..so pic kami nampak la clear sikit..


untuk melihat aksi mereka lebih dekat sikit bolehlah masuk beberapa meter kedalam hutan..ranger akan memanggil orang utan dengan nama khas yang diberi..jika bernasib baik dapatlah tengok orang utan yang paling besar..kalau nasib tak baik seekor pun tak datang..

Ranger sedang memanggil orang utan untuk menggambil makanan


Beberapa minit menuggu akhirnya muncul juga orang utan nie..yang paling besar namanya ritchie..

antara beberapa aksi yang dapat kami snap.





semua aksi-aksi nie anak zila yang snap..bermacam-macam gaya sibuk dia nak ambil..alang-alang dah masuk hutan zila suruh dia ambil pic periuk kera ..lama betul tak jumpa periuk kera..kalau dekat nak jugak bawa balik letak kat meja opis ..he hhee





cantik kan?


selepas puas melihat aksi orang hutan kami meneruskan perjalanan ke sini pula..kedai menjual tikar sarawak.dan barang-barang berasaskan rotan..harganya lebih murah..tapi kedai nie kecil jew..tak banyak sangat pilihan..



sesiapa yang nak beli diorang boleh hantar melalui pos sehingga sampai ke semenanjung ..siap wrap cantik-cantik lagi..zila tak beli apa-apapun disini..sekadar cuci mata..




tikar nie zila berkenan tengok..sama macam kat johor jugak design anyamannya..


kami meneruskan perjalanan kami ke kilang membuat pasu sarawak..pasu Sarawak sememangnya memiliki keistimewaan tersendiri bermula daripada saiz, bentuk dan warnanya yang pasti membuatkan pelancong tempatan mahupun asing membawa pulang sebagai tanda kenangan.


amat berbeza dari segi coraknya jika dibandingkan dengan pasu dari air hitam johor..setiap pembuat pasu itu perlu memiliki sikap sabar, teliti dan minat yang tinggi kerana tanpa semua nilai tersebut pasti seseorang itu akan berhenti separuh jalan.


Bazaar



Main Bazaar adalah tempat popular di Kuching. Terletak berdekatan Kuching Waterfront. Merupakan deretan kedai kaki lima yang menjual barang-barang perhiasan dan kraftangan buatan tempatan.


Untuk anda yang hendak membeli cenderahati sebagai buah tangan dari Sarawak, Main Bazaar adalah jawapannya. Terdapat banyak pilihan jenis cenderahati yang murah dan boleh dibeli secara pukal. Barang- barang seperti Pua Kumbu, T- Shirt Sarawak, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Kraftangan Rotan dan Tikar yang bermacam jenis selalunya menjadi tarikan pengunjung yang datang.
Main Bazaar dibuka pada setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.



Antara deretan barangan yang dijual..segalanya ada disepanjang deretan kedai disini..kek lapis pun ada..harganya lebih kurang jew..sampai letih kaki  round di sini..sebab leka dengan hasil kraf yang unik..



Disebelah petang..kami sempat meyusuri sungai sarawak dengan menaiki sarawak river taxi..charge yang dikenakan rm 20.00 seorang..tempat duduk yang selesa dan driver boat merangkap pemandu pelancung didalam tue akan bercerita mengenai sejarah negeri sarawak..dari mula sampai ke penghujungnya..kita hanya mendegar sambil tue boleh layan perasaan melihat pemandangan disepanjang sungai..




pemandangan didalam river taxi..masing-masing melayan perasaan..

diantara pemandagan indah dikiri kanan persisiran sungai

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.
Dewan ini bakal menjadi mercu tanda unik Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.
Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Margherita di sebelah kanannya.



Masjid Pertama yang dibina di Bandar Kuching ialah pada tahun 1847. Masjid Besar inilah yang pertama dan paling tua di Negeri Sarawak dan telah menjadi lambang Islam di negeri ini. Masjid telah dibina oleh seorang Ketua Orang Melayu Sarawak yang termasyur dan ternama, iaitu Datu Patinggi Ali dan keluarganya.

salah satu peninggalan generasi brooke yang lama bertapak disarawak..brooke dockyard.


 salah satu perkhidmatan untuk meyusuri sungai sarawak river cruise ..tambangnya hanya rm60.00
kalau nak merasa naik sampan pun boleh ..lagi best 




oklah sampai disini dahulu buat kali ini..bersambung di next entry..bye semua..

25 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

seronokkan zila dpt melihat tempat org.. akak paling suka melihat keindahan alam flora & fauna macam tu.. tenang je rasa.. & periuk kera tu buat akak teringat2 kenangan zaman kanak2... kat belakang rumah to'ki dulu senang je nak jumpa pokoknya.. skrg ni semua dah kena tebas.. mana2 tanah yg semak dulu semua dah naik rumah..

Kakcik Seroja said...

Teringat pengalaman kakcik 'melawat' Orang Utan Sepilok - mengecewakan! tunggu berjam2, orang utan yang muncul beberapa 'orang' je...

LiNa_Pg said...

Assalam zila..
Bestnya jenjalan ke S'wak.Sy ni Sabah n S'wak tak pernah sampai lagi...Dalam hati tingin gak nk pi.
Tgk picas zila seolah2 kami pun dah sampai hihi..

Kakzakie Purvit said...

Dalam pada mambawa perut masih jenjalan seberang laut ye Zila:) Alhamdulillah itu tanda sihat. Kakak suka tikar anyam tu Zila. Kakak ada satu beli kat Benut guna utk duduk masa bebudak mengaji. Sejuk tau...

fazianbatrisyia said...

so cute orang utan tu blkg ibu dia. periuk kera tu ada org buat ketupat kan...cam teringin jek nak rasa.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Thanks for sharing. Sudah lama tak kunjung Sarawak..

mimie said...

seronoknya ....... ^_^
cuti cuti malaysia ye kak zila... ^_^

Rina Audie said...

pasti seru nih bisa melihat orangutan secara live zila...

Mori Said said...

ni sambungan dari bercuti hari tu yer..hehehee.... mesti seronok dapat jalan2 disana yer...

CQUEK said...

enjoy your holiday

Anonymous said...

of course like your web site but you have to take a look at the spelling on quite
a few of your posts. Many of them are rife with spelling issues and I
in finding it very bothersome to tell the truth then again I'll certainly come back again.

Feel free to visit my page ... book of ra tricks download

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam zila
seronoknya ccm Sarawak
semua menarik , mcm2 ada

Rohah said...

menarik kak zila..ntah bila giliran sy pula nk sampai sana

ummiaisyah said...

salam zila...mmg tringin nk k srwak...nk mkn mi kolok....nk tgk sg srwk..hahahah..tp xde rezki lg..tgk gambo pon jd la..tq 4 sharing

Melly Octaviana said...

hihihi..malu sama Zila..Melly dah 7 tahun tinggal kat Kch belum pernah pergi tengok orang hutan.. naik boat pun belum pernah, mungkin krn kami bukan pelancong jadi macam tak menarik aja untuk kami kunjungi.. hehe

Mieza said...

Salam sayang Zila..seronoknyer jalan2 ke sarawak..mieza pernah 2 kali ke sana..sekali atas urusan ekrja, kali kedua bawa anak bercuti..tapi tak sempat pun tgk org utan tu..dan mieza suka sgt tikar mengkuang kat dalam gambar...santikkkk

yan's cottage said...

salam Zila....

wow...menarik juga serawak nie ye...hujung tahun nie..bolehlah bawa anak2 tengok orang utan sekali...

FnF Simple Life said...

best tuuu...FnF melawat sarawak tahun Dec 2008... masa tu baru anak sorang...hehe... mmg menarik kan...teringin nak pi lagi ;)

Ayu said...

Assalam zila,
waduhhh seronoknya tengok gambar2 zila pergi holidays..akak Sabah & Sarawak ni belum tiba lagi..entah bilalah tukan..akak suka dengan tikar sarawak yang rotan2 tu..dulu tahan belikan nilai bawa balik masuk dalam kereta..ke spore..heheh duduk sempit2..sebab sepanjang2 tikar tu letak kat tengah2 kereta..ngeee

Unknown said...

kakak, zila lum penah pegi tgk haiwan2 gitu hehehe..naik bot pun tak lagi kak..mcm best je

Mamasya said...

Aslmkum Zila
suka tengok gambar org utan bawa anak itu....tomeii je...
cantik betul view sungai Sarawak itu.

Azian Elias said...

menarik gak kan.. i sarawak je belum sampai.. boleh masuk dalam list ni. nnt kalau nak ke sana akak jenguk balik yr N3..

Cik Da said...

salam zila wahhhh pregy ni jejalan jerk yerk....seronokkan bila holiday dengan famili ni kan...selamat holiday

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Zila..
Huhuuu..nadz tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Sarawak.. Nice pictures.. Cantik gambar2 terutama yg zila amik dari dalam river taxi tu.. Laut yg biru tu mmg mempesonakan..

Qasey Honey said...

puas tgk gmbo2 tu semua..rasanya mcm dh xpyh kot ke sna..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang