Pages

Friday, 13 August 2021

Buat toge sendiri kat rumah ..

 


Ikutkan bukan beria sangat nak buat toge sendiri..saja sekadar nak isi masa lapang..
menjadi jugaklah walaupun pnjang pendek jadinya..ha haa..oklahkan percubaan pertama.rendam dulu kaacang ijau tu..dah kembang cuci..masuklah dalam bekas yang berlubang...setiap empat jam kena siram toge tu..sebab tak guna tuala lembab untuk alas ..tutp dengan kain ,dan simpan ditempat jauh sikit dari cahaya..
Lepas 2 atau 3 hari bolehlah menuai hasilnya..


Panjang jugak akar dia menjunam kebawah..halus jew..nampak macam kuning tp bila dah kena air nanti dia hijau..
bab yang paling malas ni bila nak kena siang akar toge..memang tak suka kerja ni..tp kalau tak siang rasa risau ..masa masak memang tak semegah dalam makanan..


Dalam keadaan malas ..ada jugak kerajinan menyiang ..siap jugaklah 1 besen tu..sebab ada toge fresh dari dapo sendiri..maka buatlah popia inti sayur..kulit popia tu lama terperuk dalam peti..beria aritu beli kulit popia nak buat kerepek seaweed..sudahnya seaweed habis iqbal bedal..hihii

Gulung popia dapat lah segitu,nampak macam banyak..bila dah goreng semua..sekelip mata hilang..masing-masing lapar rupanya..walaupun dah makan nasi nak jugak bilas perut dengan makanan ringan..baru diorang ni puasati..

Popia Sayur

Bahannya
Popia
carrot
Taugeh
sengkuang - tak letak sebab tak ada stock
telur

Bahan ditumbuk
bawang putih
bawang merah
Ikan bilis
.
Caranya
Tumis bahan tumbuk hingga wangi..masuk carrot
kacau rata.masak hingga carrot sedikit lembut.masuk taugeh.pecahkan telur.
Masak sekejap.perasakan dengan garam dan perasa jika suka,angkat dan masuk dalam penapis,kita toskan air dia.
sediakan kulit popia.letak inti dan gulung.gamkan dihujungnya dengan gam tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air.
Dah siap semua goreng popia hingga keemasan.angkat dan hidang.cicah dengan sos cili dll.



Monday, 9 August 2021

Lauk wajip tambah nasi - Pekasam telur sotong

Salam Awal Muharam..selamat bercuti yang bercuti..

Pagi tadi saya bagun pukul 4 lebih pagi..dalam pukul 5.30 sementara menunggu subuh terbaca perkhabaran Siti Sarah meninggal,Allahuakbar..mudah benar sekarang ni orang pergi..kadang tak terjangka orang yang beberapa hari lepas sihat..tetiber kena covid..terus meninggal..

Terasa insaf pada diri sendiri,kadang terfikir cukup ke amalan yang aq buat selama ni..jika tiba-tiba dijemput ilahi..Ya Allah moga aq diberikan usia yang panjang..dapat lagi untuk beribadah dan memperbaiki diri..

Aritu sibuk Iqbal bersiap mengemas beg..mencari rumah sewa di Ipoh untuk kemasukkan Intern di area sana,selang 2 hari dah nak pergi..tiba tiba company tu call cakap intern di holdkan ulu..sebab covid semakin teruk...ermm nasib tak bayar sewa rumah..

Kelang kabut jugak dia mencari penempatan Intern baru ..masa pun dah limit sangat ..berbaki seminggu je untuk mencari tempat intern..email company sana sini..semuanya banyak tak amik..dan dengan alasan covid dan ada jugak yang tak berreplay..

Bila dah giveup dia putuskan intern jew tahun depan bila habis sem 4 nanti..ok untuk cuti dua bulan ni dia plan nak kerja..daftar jugak dekat pertubuhan untuk kerja amal..tupp tupp selang beberapa hari dapat pulak email dari TNB Reserch di Kajang ..gitu gini..last dapt intern kat situ..tp dapat work from home..oklah jugak bagi saya ..disebabkan kes covid di selangor semakin teruk..rasanya inilah jalan terbaik untuk dia..alhamdulillah.


Ok habis bercerita tentang anak..nak cerita pekasamlah pulak..sedap rupanya telur sotong di buat pekasam.potong kecik lepastu goreng garing..makan macamtu jew pun dah sedap.jadi menambah nasi kalau lauk macamni terhidang.

Ada dua jenis pekasam sotong ni,satu orignal dan satu lagi yang spicy..bagi saya keduanya ok jew ..yang spicy tu tak lah berapa pedas sangat,,kira light jew pedas dia..kalau dirumah ni yang makan pekasam ni sy seorang..anak anak tak reti nak makan..

Dalam satu paket tu isi dia ada 2 yang besar dan 1 yang kecik..kira berbaloi jugak dengan harga dia.yang nak mencuba pekasam telur sotong ni boleh ke fb @aquadamalaysia ye.



 

Saturday, 7 August 2021

Cucuk day ..vaksin pfizer


4 Ogos aritu tarikh 1st dos temujanji pertama untuk penerimaan vaksin covid 19..
mendaftar di Mysejahtera pada 28 Fab 2021 dan 4 Ogos baru dapat panggilan untuk suntikan..agak lama jugak penantiantu ..tapi oklah akhirnya dah dapat.

Dapat temujanji di area Pasir Gudang..
eh kenapa pulak macam jauh di hantar kesana..padahal rumah di area Skudai jew..ingatkan dapat keliling area rumah ..meleset rupanya tekaan..

Memandu lebih kurang 45 minit dari rumah,pergi dengan Iqbal ..entah dia nak pulak ikut..ingatkan nak pergi sesorang jew.
parking dalam tak dapat,agaknya dah penuh ..suruh Iqbal bawak kereta cari parking mana2 ..saya drop depan area gate jalan masuk kedalam.



Lorong berjalan kaki disediakan,ramai RELA yang menjaga semua petunjuk arah diberitahu ..kiri kanan sambil berjalan snaplah gambar..memang niat nak buat entry dekat blog..tu yang gigih ambik gambar  tapi guna mobile jewlah.




Menuju dah kepintu masuk,Mysejahtera amatlah penting ya bila kita nak divaksin..semua proses kena bukak dulu mysejahtera dan akan diupdate.
sampai sini scan my sejahtera dulu..lepastu first dose appointment tu,ikutkan masa untuk appointment saya tu pukul 12.30 tengahari.
tapi 10 suku saya dah masuk..ok jew tak ada masalah tentang masa tu..orang pun tak berapa ramai sangat.



Ok masuk dah kedalam Dewan dapat borang ni ..kena isi nama  no kp tu jew yang lain tak payah tulis..diaorang dah siap tick mana yang kena tulis..ada dua salinan semuanya..

Dapat sticker hijau tu,dilekatkan di bahu kanan

Menunggu untuk dipanggil dan serah borang tu,disini kita akan ditanya tentang kesihatan..jika ada sebarang peyakit sila beritahu ..dan diaorang akan beritahu jenis vaksin yang akan disuntik nanti..semua proses berjalan dengan pantasnya..rasanya tak menunggu lama.

katsinilah tempat bilik suntikkan..kecik jew ..satu bilik boleh masuk dua orang kiri dan kanan.saya ambil gambar yang berdepan dengan saya..

Dah kena cucuk,duduk diluar serahkan borang..dan tunggu dalam 15 minit..yang di area sini jewlah yang agak lama..selebihnya semua pantas.
Lepas lebih kurang 15 minit nama dipanggil..dapat tarikh temujanji dos yang kedua nanti..pada 25  ogos 2021





Tempat bersuafoto ..hihii tempat ni paling famous..jangan tidak ye ambil gambar untuk kenangan seumur hidup.jangan risau ada 2 hingga 3 orang yang berada disitu akan membantu kita snap pic..kasi je enpon kat dia ..buatlah aksi dan gaya yang kita suka ..ha haa





Ok dah siap semuanya ..dah bolehlah kita gerak balik..memang cepat proses vaksin covid19 ni..memang betul lah orang cakap covid ni membawa banyak hikmah..kalau dulu nak ke klinik memang lambat prosesnya..tp sekarang lajuuu jew..






 

Monday, 2 August 2021

Ke 'Pak Mat Western' kitaa

Citarasa hotel harga warong ..katanya.

First saya try pakmat western ni di Penang sana,itu pun sebabnya Iqbal belajar di USM Nibong Tebal..bila datang menjenguk dia dapatlah kami jjcm area utara..ni Iqbal yang suggest pada kami katanya famous dan ramai orang ..masa pergi yang di penang tu 3 tahin lepas..tapi memang ramai..berbaris kami menunggu nak dapatkan meja.


Tapi kali ini ianya dah ada dekat Johor,dah senang nak pergi tak payah kena gi penang dah..yang di Johor ni terletak di kawasan industrial..jadi bangunan dia besar dan ala kilang macamtu..tempat baru ..semua pun bersih je..parking dapat jauh jugak sebab orang ramai.
Masa pergi ni time PKPB so bolehlah makan duduk lepak dekat kedai tu,tapi tak boeh lama sangat sebab kesian pulak yang duduk diluar menunggu meja..

Melangkah masuk kedalam ada dua tingkat rupanya dalam dia,nie bahagianatas..diorang buat macam loteng..boleh tengok pemandangan orang kat bawah..berangan jugak nak naik atas sebab nanti boleh amik gambar dari atas..tapi tak de rezeki pulak..dah penuh orang..


Duduklah tepi dinding..dapat jugak perati kiri kanan apa yang ada..



Kita tengok menu apa yang ada disini,dekat gambar semuanya sedap belaka..rasa nak dicuba semuanya..hihii..tp sebab pikir restoran ni hanya 20 minit kurang lebih dari rumah ..sebab lalu highway tu yang try sikit dulu..nanti memang plan nak reapit lagi..





Inilah antara yang diorder oleh anak-anak..semestinya menu utama mestilah western food..Ahmad order Nasi goreng lamb chop..iqbal pulak order mix grilled cheese leleh..saya order spaghty cabonara je..sebab kekonon masanie mood diet ..hihii konon jew..

Melimpah ruah cheese dia..penggemar cheese memang gembira rasanya bila dapat nie..budak muda macam iqbal memang suka sangatlah hidangan macamni..tapi bagi mak dia ni agak berkira kira sikit nak makan..setakat jamah sikit bolehlah..sy kurang suka cheese yang banyak..buh sikit jew dah ok bagi saya..





Kenyang semuanya..harga pun taklah mahal mana..oklah bagi saya..anak-anak yang pastinya paling happy bila makan lamb ni..masing-masing suka lamb dari daging.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang