Pages

Monday, 6 January 2020

Apa yang ada di Kuala Selangor

Pusing-pusing area Kuala Selangor,bila lalu jambatan menyeberangi sungai ni ternampak bot besar di LKIM ni..dalam hati macamanalah nak kesitu..tujuan nak kesitu saja nak ambik gambar pemandangan dan boat nelayan dengan lebih dekat,pusing punya pusing jumpalah jugak jalan masuk kesini.
Dan terus drive parking terus kedalam,kawasan disini senyap..orang pun tak ada..bila jumpa gurd tu baru tau kawasan ni kawasan larangan memang tak boleh amik gambar..ha haa.
Saya cakap dekat gurd tu kalau nak amik gambar sekejap boleh x..sebab dah kata orang alang-alang masuk jangan balik tangan kosong pulak kan..gurd tu kasi..cakap ambiklah tapi cepat sikitlah takut orang lain nampak nanti kira ta fairlah dia bagi saya masuk..owhh camgitu..so sepantas yang mungkin ambik gambar..yang penting dah dapat ambik gambar puas hati..

View dari seberang sana ..sesiapa yang nak pergi ke Sky Mirror bolehlah kesitu.


Ada papan tanda,memang tempat larangan rupanya.

Bersebelahan dengan bangunan LKIM ada tempat sembahyang cina dan masuk sedikit kedalam tu ada perkampungan nelayan masyarakat cina.

Ok teruskan lagi drive kita nak ke Bukit Malawati pulak,tak pernah naik bukit ni..kalau hiking seronok jugak ,park kereta dekat bawah dan bolehlah berjalan kaki naik keatas.Tapi bawak emak dan anak kecik memang sure diorang tak larat nak berjalan naik keatas.

Hari biasa tiada caj dikenakan,boleh terus drive kereta naik keatas puncak,Tram pun tak ada pada hari biasa,katanya operasi akan dijalankan pada hari sabtu dan Ahad sahaja.

Penyambut tetamu kami kesini ..haaa tentunya monyet yang terlalu banyak,sana sini ada.mulanya rasa macam seram jugak nak turun dari kereta dan ambik gambar,tapi tengok monyet ni macam tak menggangu kami ok jewlah teruskan snap pic lebih kurang sebagai kenangan kami dah sampai kesini.




Kami pergi cuti sekolah dan waktu petang,so agak ramai jugaklah pengunjung yang ada sini.pelancong asing pun ramai jugak rupanya naik kesini.



Sampai di puncak ada rumah api yang menjadi tarikkan utama disini.ramai yang tak melepaskan peluang merakamkan gambar berlatar belakangkan rumah api tu.ada pintu nak masuk ke rumah api tu,tapi tutup mungkin memang tidak dibenarkan masuk kedalam.


Ada muzium jugak disini tapi kami sampai dah lewat petang so tutuplah semua dah.

Ada peniaga yang menjual makanan untuk monyet.




Rumah api ini siap dibina pada 1907 dan lampu dirumah api ni akan dipasang kira-kira pukul 7 petang hingga ke 6 pagi.

Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.

Peniaga yang menjual makanan untuk monyet yang banyak terdapat disini.

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.



Meneruskan perjalanan menuruni bukit,disini terdapat Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor.

Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)

Terus menuruni bukit malawati,ditepi-tepi dinding dihiasi dengan lukisan mural yang menggambarkan sejarah disini.






Pusing disekitar sini pulak.orang tak berapa ramai mungkin tak kena pada hari cuti hujung minggu kawasan sekitar sunyi je.masuk jugaklah kedalam ni ..tinjau harga kalau nak pergi ke sky mirror tu..mungkin next time kami datang lagi nak jugak merasa ambik gambar macam mirror tu kan.

Dah nak maghrib kita pun balik lah kerumah kakak ipar..adalah dalam 1 jam lebih untuk sampai kerumah ..jalan jem teruk bertabahlah nampaknya.kalau di jb pun dah biasa hadap jem macamni..kiranya macam dah lali hihii..

Friday, 3 January 2020

Roti Paung lembut anti gagal

Pembuka bicara ditahun 2020.
Selamat tahun baru pada pembaca blog,terima kasih masih sudi singgah kesini walaupun tahun yang sudah lama blog dibiarkan sepi,ditahun ini masih lagi saya suka menulis,catatan kehidupan,keluarga,jalan-jalan dan pastinya menu masakkan yang menjadi peneraju utama blog ini.

Moga apa yang ada disni jika ianya baik bolehlah dijadikan bahan rujukkan,sesungguhnya penulisan semua perkongsian resepi dan cerita disini saya anggap seperti diary dan rujukkan sendiri bila dan pencen dari berblog nanti,dan sebagai kenangan untuk diri sendiri jugak..

Entry pembukaan di tahun baru, roti paung salah satu roti yang pamess di pantai timur malaysia.sedap bila dicicah dengan air kopi atau teh o.roti.tapi kalau ada anak yang baru nak membesar memang dia tak minat roti macamni,kalau ditabur gula diatas tu baru lajulah diorang nak makan.

Teragak nak makan roti paung panas-panas ..kenalah buat sendiri..kalau nak ke pantai timur entah bila lah kan,resepi ni dah banyak kali saya cuba buat,memang menjadi dan memang tak gagal.asal adunan tu kita uli dengan betul memang menjadilah roti kita dengan jayanya..follow resepi di bawah insyaallah memang tak akan gagal.



Roti paung
500 gram tepung roti
50 gram susu tepung
100 gram mentega
250ml air
11 gram yis
100 gram gula halus
sedikit pewarna kuning

Caranya
Satukan semua bahan kedalam mixer,uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan adunan,dah kembang dua kali ganda buang angin.dan bulatkan kecil.susun dalam loyang bulat yang telah disapu mantega.
Biarkan doh mengembang.spraykan air dipermukaan doh kemudian bakar.
Bila roti dah masak angkat dan sapu mentega.
siap
Kredit resepi : may agumo

Thursday, 26 December 2019

Singgah solat di Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Lepas makan di itik salai Masthar kami nak ke Kuala Selangor pulak,dari kajang nak ke Kuala Selangor tu agak jauh jugaklah..tapi saya memang suka drive jauh-jauh,disamping tu emak nak amik barang yang dia order dengan kawan kakak ipar,so isi minyak kereta dulu pastu terus gerak ke Highway

First time masuk Kuala Selangor,kata orang kalau nak kesini kena stay dalam dua hari baru rasa seronok,banyak homestay di area sawah padi yang boleh diteroka di sini,tapi kami tak berhajat  nak stay kat homestay,hanya niat nak pusing-pusing jew..
Ok sampai di Kuala Selangor kami singgah ke masjid dia dulu,Masjid Sulatan Ibrahim nampak cantik dari sebelah luar dengan kubah emas.
 Ada ruang rehat di perkarangan masjid,bolehlah lepak sambil borak-borak.


 Ada parking khas untuk Imam dan Penceramah.
 Tandas berada disebelah luar


Masjid yang dibina pada tahun 1980 dan siap sepenuhnya pada tahun 1982,uitss lama dah rupanya masjid nie..kiranya saya baru nak tadika dah ada masjid ni.Mungkin banyak dah ditambahbaikkan mengikut peredaran masa.



 Kita masuk tempat wuduk wanita pulak.




 Telekung tersusun rapi.




 Ruang solat jemaah lelaki



 Pic dari sebelah sisi kiri
 Mimbar

Divider antara jemaah wanita dan lelaki,carpet merah menghiasi lantai masjid.tak banyak info yang ada tentang masjid sultan ibrahim kuala selangor ni,banyak jugak gambar yang sempat saya rakamkan disini,simpan disini sebagai kenangan sempena masuk ke Kuala Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang