Pages

Tuesday, 24 December 2019

Cantiknya masjid Sri Sendayan

Selesai makan di nasi arab damsyik kami nak mencari tempat solat Asar pulak,
oleh kerana dah berada di kawasan seremban,kami tak nak melepaskan peluang untuk melawat Masjid Sri Sendayan yang mendapat jolokkan Taj Mahal Malaysia tu.

Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.



Mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.



Terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah).Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.






Tempat wuduk disebelah luar 






Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.







Masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.





 “Keunikan hasil seni bina masjid ini membuatkan ia menerima beberapa gelaran daripada orang ramai termasuk Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.









 Dengan keunikkan masjid ni dengarnya ramai bakal pengantin dah book awal nak bernikah disini.




view dari sebelah dalam menghadap keluar.time cuti sekolah macamni ramai pengunjung,masa kami sampai ada 2 biji bas berhenti disini untuh melawat dan singgah solat.

Saturday, 21 December 2019

Nasi Arab Damsyik

Tujuan masuk ke Senawang memang nak kesini,dah banyak kali nak try makan disini tapi kadang malas nak menyinggah dan kadang lajak terus ke Putrajaya makan nasi arab di Saba Restaurant.Kali ini memang dah pasang niat nak ke Damsyik.
Tak susah mana nak kesini,sebab terletak ditepi jalan besar dan restaurant ni berada di kawasan perumahan,sebab kami sampai lepas waktu zuhor so parking banyak,park kereta di tepi jalan besar je.
Dan mungkin ada waktu tertentu parking akan penuh ,so boleh parking di tepat yang disediakan.

Pemandangan dari sebelah hadapan,sama macam restaurant nasi Arab lain jugak ..reka bentuk hiasan semestinya bercirikan timur tengah..yelahkan dah nama pun Damsyik.

Nasib kami datang hari Rabu kalau selasa mau kecewa dah masuk sini lepastu kedai tutup.

Kaki terus melangkah masuk kedalam ..dan snaplah susun atur meja disebelah luar.banyak table disediakan.

Restaurant dihiasi dengan pohon kurma..cantik

Melangkah lagi kedepan..meninjau keadaan sekeliling sambil mencari tempat menarik dan sesuai untuk kami bertiga.

Mana-mana restaurant nasi Arab memang macamnilah kan,cuma beza jika di area rumah kami pelanggan kebanyakkannya warga asing dari timur tengah.

Kami pilih duduk disebelah dalam,boleh duduk bawah nak bersila atau bersimpuh dipersilakan sambil tu ambiklah gambar diruang sebelah dalam pulak.
Pekerja disini muda-muda belaka..cantik apron diorang warna warni.peramah dan service sangatlah cepat.


Dari dalam mengadap ke luar.



Susun atur dan hiasan ringkas didinding sebelah dalam.

Duduk sekejap kemudian pekerja diorang pun datang bawak menu..kita pilihlah apa yang rasa teringin nak makan.senarai air pun tak banyak pilihan.

Kita orderlah shai mint ..dekat dalam gambar cawan ni nampak besar pulak..realitinya cenonet jew cawan ni.

Untuk Muhammad order Fresh orange.

Dan kentang goreng.


Kami order yang Wahid set..ayam suku ..ayam yang di potong empat banyak tu kalau satu pinggan ni boleh kongsi dua orang.

Saya order set kambing kongsi dengan Muhammad.okalh kambing pun tak banyak mana sesuai untuk kami berdua set ni.

Dan didatangkan bersama set sambal dia.


Tak terhabis mak makan set ayam suku tu sebab banyak,nasib tak order yang dalam dulang untuk tiga orang makan kalau tak mau tak boleh memandu sebab mengantuk.

Total kesemuanya rm58,50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang