Pages

Sunday, 3 November 2019

Breakfast di "Warong 60an" jom kitaa..

Bersebelahan dengan warong Nasi Kerabu Kak Yah ada Warong 60an nie..
bila kaki melangkah kesini halwa telinga telah dihidangkan dengan muzik Era 60an..muzik yang jarang orang jemu untuk mendengar..

Melilau mata kesana sini mencari tempat duduk kosong..dah dapat port selesa kita tinjau pulak dalam warong ni.
warong yang terletak di kawasan perumahan Kampung Pasir Tampoi..kalau rajin teroka memang banyak tumbuh warong dan kedai makan disini..kita amik gambar senarai menu yang ada disini..
Yang hujung tu kaunter kuih muih..ada asam pedas dalam periuk besar..sorry saya tak sempat nak bangun dan ambil gambar disitu..sebab area tu orang banyak kerumun..so saya ambil pic jauh jewlah. next kalau saya datang lagi saya pic area situ lebih close lagi.

Yang menjadi menu utama disini tentulah Lempeng kelapa.pakcik yang buat lempeng ni memang sentiasa berkaca mata.dah dua tiga kali jugak saya try breakfast disini..dan pakcik ni sentiasa pakai sunglass macamtu.. mungkin trademark dia kena pakai sunglass hitam..baru aura 60an tu akan hidup..eh betul jugak kan.
Kita picture lampeng close sikit..bagi nampak jelas lempeng kelapa ni.bulat sekata je lempeng dia.sebab dia guna mould bulat yang sama...dan guna sukatan senduk yang sama untuk letak butter tu..
Berderet lempeng panas memanggil mangil kita suruh makan..


Air yang saya order..teh o panas kurang manis..tekak saya sebenarnya sakit dan suara pun besar ..garau..ha haa tak demam cuma macam panas dalam orang tua-tua cakap..agak kurang minum air mineral..tapi nak jugak order air teh o panas..
En suami punya ..memang sentiasa dengan teh tarik ais..share dengan Muhammad 

Dah datang sini korang mestilah kena try asam pedas ikan sembilang..periuk besar ikan sembilang dia masak..dan siap dah dia asingkan bahagian kepala..ekor dan isi.. pilih jew nak yang mana..dan harga setiap bahagian tu berbeza-beza ye.
saya kalau kesini memang ambil bahagian isi atau ekor..nanti nak try kepala pulak .


En suami memang akan order lempeng jew..lain-lain makanan yang ada dia tak makan..so lempeng kelapa dia jew suka..mula order dua keping ..lepas tu topup lagi sekeping..tapi dia tak suka sangat asam pedas..risau sakit perut..kalah sikit dia kalau makan pedas ..

Kita try mee hoon goreng dan nasi goreng disini..mix dua ..

Antara kuih yang ada disini.
kuih nona manis yang satu ketika dulu memang famous..kemaruk orang buat sana sini..kuih asal dari negara seberang indonesia..rasa lemak santan kelapa dibahagian putih tu..dan rasa manis dibahagian hijau..

Ok yang ini kuih lopes balut daun pisang..sedap lembut je pulut dia ..dalam satu pack tu ada 4 keping.

Dan didatangkan bersam air gula yang sedikit pekat dan kelapa parut ditambah dengan sedikit garam..memang nikmat kunyah kuih lopes pagi -pagi..lepaastu sure mengantuk ..hihii

Banyak lagi kuih yang ada disini..hanya dua jenis yang saya cuba..selebihnya adalah kuih karipap..pau kampung..talam ubi..apam warna pink dengan putih..dll..


Friday, 1 November 2019

Kong Kong Laut - Apa yang ada disini



Kong kong laut..
firstime sebenarnya datang sini..selalu kalau lalu highway Desaru memang nampak perkampungan ni di tepi highway tapi tak tergerak lagi nak cuba teroka apa yang ada disitu.

Kali ini kebetulan pergi menzirah adik ipar yang baru lepas bersalin ..so lajak teruslah kesini..dalam duapuluh minit dari rumah adik nak kesini..dah dekat sangat.

Laluan nak kesini memang mudah sangat ..lepas trafic light nak naik haigway cahaya baru tu  kita terus je..lepas beberapa minit kita akan jumpa perkampungan kongkong laut.

Banyak jeti disini..korang boleh pilih nak ambik gambar kat jeti mana..ha haaa..serious tempat ini memang cantik bagi saya..banyak bot kecil dan kalau rajin terus menyusuri kampung disini korang akan nampak ada bot besar jugak..


Sedang kami sibuk tangkap gambar sana sini..ternampak sekumpulan pemancing baru naik ke jeti..rupanya ramai pemancing port sini..baru tau..sebab dah suka maka banyaklah gambar pemandangan yang saya ambik..






Kita tengok bahagian darat pulak apa yang ada..
Disebabkan kami pergi sebelah pagi dalam pukul 10 macamtu..maka kedai makan hanya menjual sarapan pagi ..dan adalah lauk makan tengahari sikit..
Dan masih banyak kedai makan yang tutup.kebanyakkanya beroperasi pada sebelah petang ..dalam 4.30 petang hingga ke larut malam.

Pemandangan pekan kongkong..kalau hari biasa memang tak ramai orang..bila kena hari cuti dan perayaan orang memang agak ramai kata peniaga disini..



Dah penat pusing belilah air nenas fresh disini..sebotol air fresh nenas tu Rm 5.00 dan hirisan nenas yang dah dipotong kiub macamtu pun berharga Rm 5.00

Sebiji nenas berharga Rm 5.00
dan kalau beli tiga biji  sepuluh ringgit.

Pagi -pagi lagi sate pun dah ada..

Tentunya ikan pun ada disini..kalau nak ikan fresh bolehlah kemari..tapi saya tak pasti pukul berapa ikan baru tu akan ada..ada peniaga cakap pukul 9 pagi..ada yang cakap sebelah petang pukul 3..entah ..tapi masa saya pergi ni ada nampak orang jual ketam segar ..dalam pukul 10 dah habis ..



Nangka pun ada...kalau masak lemak cili padi letak kaki ayam..perghh makan mesti bertambah ni..



Lagi yang ada disini..

Wednesday, 30 October 2019

Masjid Sultan Iskandar - Johor Bahru

Masjid Sultan Iskandar yang terletak di Bandar Dato' Onn Johor Bahru.
Masjid yang tesergam indah,seni binanya dari Masjid Empayar Uthmaniyyah..mampu memuatkan seramai 4600 jemaah pada satu masa..membabitkan kos sebanyak 28 juta diatas tapak seluas 2.1 hektar.
Pembinaanya bermula pada pertengahan 2013 dan siap sepenuhnya pada 2015.

Masjid ini memang cantik,kalau kita nak menuju ke aeon Dato Onn pasti kita akan nampak masjid nie,kalau ambik gambar dari jarak jauh nampak penuh keseluruhan masjid ..kiranya kerap jugak saya kemari..selepas shooping di aeon pasti singgah kesini untuk solat..
kali ini sempat saya rakamkan beberapa gambar untuk entry disini.sebab pergi lepas zuhor jadi orang tak berapa ramai ..agak senang nak amik gambar.
Jom tengok serba sedikit gambar luar dan dibahagian dalam ruangan solat wanita dan sekelilingnya.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang