Pages

Saturday, 21 December 2019

Nasi Arab Damsyik

Tujuan masuk ke Senawang memang nak kesini,dah banyak kali nak try makan disini tapi kadang malas nak menyinggah dan kadang lajak terus ke Putrajaya makan nasi arab di Saba Restaurant.Kali ini memang dah pasang niat nak ke Damsyik.
Tak susah mana nak kesini,sebab terletak ditepi jalan besar dan restaurant ni berada di kawasan perumahan,sebab kami sampai lepas waktu zuhor so parking banyak,park kereta di tepi jalan besar je.
Dan mungkin ada waktu tertentu parking akan penuh ,so boleh parking di tepat yang disediakan.

Pemandangan dari sebelah hadapan,sama macam restaurant nasi Arab lain jugak ..reka bentuk hiasan semestinya bercirikan timur tengah..yelahkan dah nama pun Damsyik.

Nasib kami datang hari Rabu kalau selasa mau kecewa dah masuk sini lepastu kedai tutup.

Kaki terus melangkah masuk kedalam ..dan snaplah susun atur meja disebelah luar.banyak table disediakan.

Restaurant dihiasi dengan pohon kurma..cantik

Melangkah lagi kedepan..meninjau keadaan sekeliling sambil mencari tempat menarik dan sesuai untuk kami bertiga.

Mana-mana restaurant nasi Arab memang macamnilah kan,cuma beza jika di area rumah kami pelanggan kebanyakkannya warga asing dari timur tengah.

Kami pilih duduk disebelah dalam,boleh duduk bawah nak bersila atau bersimpuh dipersilakan sambil tu ambiklah gambar diruang sebelah dalam pulak.
Pekerja disini muda-muda belaka..cantik apron diorang warna warni.peramah dan service sangatlah cepat.


Dari dalam mengadap ke luar.



Susun atur dan hiasan ringkas didinding sebelah dalam.

Duduk sekejap kemudian pekerja diorang pun datang bawak menu..kita pilihlah apa yang rasa teringin nak makan.senarai air pun tak banyak pilihan.

Kita orderlah shai mint ..dekat dalam gambar cawan ni nampak besar pulak..realitinya cenonet jew cawan ni.

Untuk Muhammad order Fresh orange.

Dan kentang goreng.


Kami order yang Wahid set..ayam suku ..ayam yang di potong empat banyak tu kalau satu pinggan ni boleh kongsi dua orang.

Saya order set kambing kongsi dengan Muhammad.okalh kambing pun tak banyak mana sesuai untuk kami berdua set ni.

Dan didatangkan bersama set sambal dia.


Tak terhabis mak makan set ayam suku tu sebab banyak,nasib tak order yang dalam dulang untuk tiga orang makan kalau tak mau tak boleh memandu sebab mengantuk.

Total kesemuanya rm58,50

Thursday, 19 December 2019

Cerita Jalan-jalan

Pergi tanpa dirancang,
Sejak dari  minggu  lepas emak ada stay dirumah..kira dah beberapa hari jugak dia dirumah ni..ajak jalan-jalan sana sini area JB nie jewlah kemana lagi nak dibawa..last selasa malam tu tiba-tiba dia cakap nak pergi jengah cucu dia yang dekat area Selangor..kesian pulak dekat emak kalau saya tak bawak memang tak ada lah orang lain yang nak hantar,memandangkan adik beradik lain memang sentisa sibuk..
So pagi rabu tulah baru nak kemas baju ala kadar jew,ala bukan nak pergi lama sangat pun,paling lama tiga atau empat hari je pun..
Dengan hujan yang tak berhenti dari malam membawa ke pagi,dan pagi rabu yang nak pergi tulah baru saya hantar kereta untuk service,tunggu dalam setengah jam siap semua diorang service tayar isi air dan chek angin tayar kereta,dah settle semua senang hati.
Pukul sebelas pagi gerak,singgah ke Pos Office sekejap ada barang  yang nak kena hantar nasib dekat Pos Office orang tak ramai,so laju jewlah sekejap dah siap.

Walaupun cuaca tak berapa meriah tapi dekat haighway pergerakkan lancar jew,drive slow  isiminyak dan Muhammad nak makan Mcd,emak tak nak makan apa-apa katanya sebab sebelum pergi dia dah buat teh tarik secawan.oklah boleh jalan jew je terus..perut sendiri tak payah difikirkan..bila rasa nak makan nanti baru saya stop.
Rasa letih memandu stop sekejap di RNR Pagoh,luruskan kaki sementara tu emak pergi ke bilik air sekejap.parking kereta betul-betul depan gerai dan berdekatan dengan toilet senang emak tak payahlah jalan jauh sangat.
Dari dalam kereta jengah apa yang diorang jual diluar,tengok keropok udang tu macam lama pulak tak makan,kuih pau panas pun ada.tunggu mak sampai nanti baru suruh belikan,nak keluar kereta dan bawak Muhammad sekali malas pulak.

Suruh emak belikan pau inti kelapa,saya lebih minat inti kelapa dari inti yang lain,bila bukak camgitu pulak rupa pau dia hihii eh lawa pulak mengerutu jew kulit dia..ini kes masa kukus mesti terkena air..kopeklah kulit lapisan luar tu baru boleh makan,inti kelapa dalam dia tu rasa memang kureng sangat..makan jaadi tersedak.


Muhammad duduk dalam kereta beberap jam dah start tak duduk diam,bila mobile dia dah habis bateri mulalah pusing ke depan belakang.selimut busuk tu kalau lupa bawak memang sawan..kemana mana kalau nak tido mencari selimut tu..entah bila dia nak lupa selimut tu..


Masuk RNR Senawang pulak,time solat dah sampai bolehlah terus solat dan pergi ketandas.memang saja suka cari hentian yang kecik senang nak bergerak lagipun parking senang depan toilet jew.memudahkan bagi kita yang membawa warga emas..emak saya dah 78 tahun alhamdulillah masih lagi sihat dan kuat berjalan.tak ada penyakit kronik cuma ada darah tinggi itupun ditahap yang masih ok tak membimbangkan..moga saya jika diberi usia sebegitu masih lagi kekal sihat sama macamtu.


Ok dah siap semuanya sambung lagi perjalanan,dan kami exit ke Senawang ..masuk ke Senawang kita nak mencari kedai makan pulak,almaklumlah dari pagi kami tak makan nasi..memang lapar ..


Menunggu traffic light hijau ternampak pulak signboard Taman Rashidah Utama..la ini rupanya taman yang gadis idaman Bob Lokman penulis lirik lagu Taman Rashidah Utama tu,lagu yang hits tahun 1988 masa tu saya masih di awal sekolah menengah lagi..
Berhenti ketepi sekejap ambiklah gambar signbord tu,buat kenangan bukan selalu pun masuk area senawang ni.nilah firstime kesini.
Bersambung..

Tuesday, 17 December 2019

Chalet Terapung

Dah beberapa hari blog dibiarkan sepi,almaklumlah cuti sekolah banyak kegiatan yang diluar jagkaan,kesana kemari tak sudah.
Chalet terapung
bagi yang minat nak berehat dan bersantai bersama keluarga dan inginkan sesuatu kelainan iaitu lari dari chalet yang terletak didaratan bolehlah try chalet terapung ni,agak menarik jugak.
Selain dari tempat relax santai bagi yang hobinya suka memancing tempat ni salah satu port yang dikira sesuai jugak untuk dikunjungi,ada lorong khas tempat memancing disediakan,sebab kami sampai pada waktu malam so tempat banyak dah gelap nak ambik gambar macam terbatas pulak.
Pada waktu petang bolehlah sewa kayak dan berkayak dikeliling chalet,nampak seronok family ni berkayak.sebelum boat kami menghampiri pelantar chalet gambar ini dirakamkan.


 Dibahagian tepi chalet terapung.banyak bilik yang disediakan,ada ruang untuk memasak dan boleh order makanan macam-macam..disini pun ada restoran.

 Swimming pool pun ada disediakan,pool untuk budak kecik jew sebab kolam tu tak besar mana pun.

 Antara menu yang ada disini,berjenis burger semuanya menarik.

Dikaunter ni ada juga menjual air dan meggi cup,kot ada sesiapa malam-malam lapar boleh topup makanan disini,ada air mineral yang diberi secara percuma disitu.
 Lengkap dengan ruang makanyang luas,nak masuk kesini semua kena bukak selipar lah ya,dan ramai jugak yang tak melepaskan peluang memancing ditepi tu.yang nak ber BBQ pun boleh,bawak je barang perapan yang nak dibakar tu dari rumah,segala peralatan BBq nanti diorang akan sediakan.

 Surau pun ada,selesa sangat berekon lagi.sempat jugak kami solat maghrib disini,kebetulan kami sampai time maghrib.






 Antara deretan bilik yang ada disini.Bilik standard tu kalau hari biasa  Rm 130 weekend Rm 169,bilik VIP pun ada disini harga harga biasa Rm 180 dan weekend Rm 239 bilik yang dilengkapi dengan tv dan berekon.
Bagi yang nak cari bilik yang agak murah sikit pun ada,dilengkapi tv dan kipas sahaja harga hari biasa Rm 99 dan weekend 130.

Tempat nak berkaroke pun ada.disini kalau nak buat hari keluarga,aktiviti santai dan majlis koperat memang sesuai sangat.



 Dah lepas maghrib,suasana luar dah gelap,lampu yang menghiasi chalet dah dibuka sepenuhnya,nampak cantik dan bercahaya dari jauh.Dah puas kami meronda sekeliling chalet tengok sana sini lebih kurang 1 jam jugaklah kami disini,ok masa nak naik boat semula dah sampai,hanya beberapa meter je dari jeti Kong Kong.

Turun dari boat masing-masing haus,almaklumlah bawak budak kecik-kecik,kami singgah disini duduk kedai ni tengok menu yang menarik dan orderkan diorang ni air.

Tengok menu semua sedap,tapi kali ni kali order  menu ringan jew,masing-masing nak makan dekat tempat lain katanya.



Kami order air dan udang wrap,dan yang tak ada dalam gambar otak-otak.sambil borak-borak seronok makan simple macamni.Dah berakhie cerita kong kong jomlah kita balik anak-anak..lagipun dah malam,next kita datang lagi nak try makan di Roti Rentung  yang katanye pamess tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang