Pages

Thursday, 25 April 2019

As Ikan Bakar - tepi masjid jamek Jalil Hassan kg Pasir Putih


Terliur?
pernah pergi ke kampung pasir putih pasir gudang johor?.
Ikutkan saya pun tak tahu tempat ni..almaklumlah ni bukan area rumah kami..kena drive 40 minit baru sampai kesini..Awal 2018 first time en suami cerita pada saya ..officemate dia bawak pergi makan lunch area pasir putih..dia cakap ikan bakar tu sambal dia sedap..so dia pun ajak kami cuba..tu yang kami tahu.
Minggu lepas kami kesini lagi..lagi bermaksud dah banyak kali kami pergi ke sini..selepas kejadian pencemaran di Pasir Gudang saya stop sekejap dari makan disini..bila keadaan dah reda kami kembali lagi.

Yang dirindui pastinya sambal ikan bakar tu..kekuatan ikan bakar sebenarnya terletak pada sambalnya..berjaya membuat sambal yang sedap bermakna sedaplah ikan bakar tu.

Sambal ikan bakar disini saya katagorikan sedap..cuma agak berminyak sikit..biasalah nak masak sambal hingga garing dan cantik memang kena letak minyak lebih sikit...baru molek kejadiaan sambal tu nanti tak lah rasa mentah.


Antara menu yang kami order disini
Ada kupang masak sambal..yang ni sedap ..sambal kena dengan tekak..kadang-kadang ada orang buat sambal tu manis sikit..tapi yang ini memang ngam..tak pedas sangat ..dan tak manis..jenis masak lauk yang sambal-sambal macamni kalau manis memang mematikan selera.


Saya punya ni ..lemak pucuk manis dengan labu..lauk lajen..teringat zaman kecik-kecik..lauk nie memang selalu emak buat..kalau en suami memang tak sentuhlah lauk macamni..sebab tu saya jarang nak masak lauk macamni kat rumah..memang makan seorang jewlah nanti endingnya.
Saya ambik set ulam..ada kobis mentah..ulam raja..tomato ceri..sesuailah digengkan dengan ikan bakar..

Yang ni en suami yang punya..dia kalau datang mesti ambik ayam..ikan dia kurang suka ..sambal mesti dia tambah lagi dalam piring kecik..penggemar sambal as ikan bakar yang tegar dia ni,


Sup kosong nie diaorang bagi free je..sebagai pelengkap hidangan..kadang-kadang ada orang tak reti makan kering-kering tanpa kuah kan..


Sambal kicap..ada hirisan dadu bawang dan cili ..ditambah lagi dengan sambal ikan bakar ..gaul baru cicah..nikmat..


Asal gambar nasi ni blur..hihii
nasi putih 1 mangkuk kecil..kalau yang diet cukup lah tu..tapi ikutkan tak cukup kalau nak balancekan dengan ikan bakar tu..kompom tambah nasi..


Lagi lauk lain yang ada disini..
Asam pedas ikan pari..orang johor kalau tak ada asam pedas dalam seminggu macam rasa tak lengkap hidup..
asam pedas ni saya tak pernah cuba lagi..nampak elok pekat je kan.

Siput sedut masak lemak pun ada..

Lemak udang dengan nenas..ikutkan hati nak rasa semua lauk ..tapi tulah..perut ni bukan boleh makan banyak-banyak..
Jantung pisang celur cicah dengan sambal belacan pun ada..

Kacang dengan ikan bilis nampak macam menu baru..sebelum nie macam tak ada..next time nak amik ni sikit.



Berderet lauk lauk yang dah siap ..kalau nak datang pukul 11 dah ada semua ni..memang sedang elok lah kalau orang tak sarapan terus terjah sini..merangkap sarapan dan makan tengahari sekali.



Ahli biasa yang sentiasa ada..kurang lengkap iqbal dah balik Universiti..kalau tak lagi penuh lauk atas meja kami aritu..
Trademark kedai ni set pinggan magkuk..alas meja ..semua berwarna merah..

Kalau yang nak pergi
Waze - Masjid Jalil Hassan
Waktu operasi - 11 pagi hingga 11 malam

Wednesday, 24 April 2019

Pakistan - Allama iqbal international airport





Entry penutup ..
Maaf banyak pic tak berapa clear sebab gambar campur-campur ada guna mobile cap ayam dan Dslr..mana yang sempat je capture.
Masa untuk balik dah sampai..sebelum balik sempat lagi pergi bazar cari lagi barang yang nak dibawa balik ke malaysia.
Pukul 6.30 petang saya keluar bergerak dari rumah mak mertua ..ramai sepupu sepapat sedara mara berkumpul nak ucap selamat tinggal ..semua menangis sedih..adoii bab menangis ni yang lemah sangat..mulalah hati ini nak emo ..ok sepupu sebelah suami hantar kami sampai ke airport.dijangka penerbangan kami pada pukul 9.30 malam waktu pakistan...
Cuaca hari itu memang agak buruk berkabus..nak memandu pun memang agak terbatas penglihatan.




Dah siap chk in cop pasport bagai masuklah kami dalam pesawat..sebab waktu malam dan berkabus membataskan saya nak snap gambar lebih lebih..
Duduk dalam pesawat hampir 2 jam..adoii lamanya..nak terbang ke tak sebenarnya ni..kami masih menunggu penggumuman sama ada penerbangan dibatalkan ataupun tidak..
tak lama kemudian anak kapal mengagihkan kotak makanan ..sama nasi vegi macam penerbangan kami dari klia ke pakistan ..tak bertukar menu nampaknya.
Dah kenyang mata pun macam nak terlelap..baru sempat lena sekejap..dapat pengumuman penerbangan dibatalkan pada malam itu..delayed 12 jam..
Memang masing masing dah agak sebab kabus memang sangat tebal haritu ..so kami pun turunlah beramai-ramai..semua pakat amik gambar buat kenangan ..


Keluar balik masuk airport cop pasport cancelld..lepas tu kami penumpang dibawa menaiki bus kehotel area Lahore..satu pengalaman dapat menaiki bus dan dapat ronda lahore malam2.
Tidurlah kami semua dihotel malam itu dengan lenanya..seawal 7 pagi kami akan bergerak meninggalkan hotel dan dijangka terbang ke klia pada pukul 9.30 pagi


Dah sampai Airport..nampak samar2 Allama Iqbal International airport lahore..masih berkabus lagi lahore nampaknya.
Turun dari perut bas berjalan pantas mencari restoran untuk bersarapan pagi..sebab kami tak ambil brkfst masa dihotel tadi ..


Duduk dekat restoran sambil menunggu en suami tukar duit..Kesian Muhammad dah lapar ..



Yang saya order ..sandwich simple..tapi sedikit pedas..dalam tu inti telur dadar yang dicampur rempah jintan ketumbar dan garam masala..oklah sedap jugak..dan teh o panas.
Cukuplah buat alas perut.




Sementara menunggu kaunter dibuka duduklah dulu dibangku  yang ada sambil ambil gambar disini..tak beria sangat nak ambil gambar sebab orang disekeliling asik memandang saya je..agaknya dalam hati dia cakap budak nie sibuk sangat  ambil gambar sana sini..hiii hiii


Dah siap chop pasport masa untuk pengecamn beg pulak ..almaklumlah semalam beg dah kena keluarkan semula..so diorang panggil suruh tengok mana bag kita ..bila tengok handle bag purple tu dah patah..ermmm ganas sungguh buat kerja..


Melangkah masuk keperut kapal kali kedua..cuaca nampak dah elok..gambar pun nampak clear sikit.

Dah selamat duduk tempat masing-masing..sambil menunggu nak berlepas ambil gambar dekat luar..



cermin tingkap yang mencacatkan gambar..ha haa nak lap tapi sebelah luar pulak tak dapat nak tolong.

Perlahan -lahan kami tinggalkan bumi pakistan  yang penuh cerita..dan pengalaman..

Cuaca semakin berubah ..seronok ambik gambar awan ..putih bersih


Selamat mendarat ..alhamdulillah ok penutup cerita pakistan kali ini..terima kasih pada yang sudi membaca..

Monday, 22 April 2019

Pakistan - Puncak Kashmir Point



Akhirnya ..sampai jugak dipuncak kashmir point..rasa nak tercabut kaki berjalan..
yang ada disini ..yang menjadi tumpuan safari train ..keretaap colour hijau memang ikut bendera pakistan betul ni ..train ni akan bergerak sejauh 2.2 kilometer selama 20 minit..diaorang bawak pusing area kashmir point ..sambil penumpang boleh menikmati pemandangan dikawasan ini dan bila bernasib baik dapatlah tengok binatang yang menjadi penghuni hutan disini




Lagi yang ada di puncak kashmir point..deretan kedai makanan pakistan..muhammad pun dah start nak mintak air..biasalah dia memang pantang nampak kedai..kalau tak singgah ada je nanti cari pasal,
Ok lepak sini..sambil menunggu diorang pergi naik train..bincang-bincang nak makan apa..




Beli air mango dulu untuk muhammad..sedap air ni macam rasa mango fresh ..


Mencuba makanan disini..dah alang- alang sampaikan baik kita rasa ..
yang ni nama dia pani puri. cara makan dia tak payah gigit..kira sekali ngap macamtu..kena cicah dulu dengan air asam baru makan.dalam tu ada inti chickpeas dan fresh yogurt..tapi nak letak apa-apa inti pun boleh..ianya rangup kalau tunggu lambat -lambat nak makan nanti dah lemau tak sedap.


Dan yang atas tu Pakora..yang nie memang en suami biasa buat dirumah..kiranya macam kurang jakun sikit nak makan..
tapi yang nie pedas sangat..rupanya orang pakistan  memang suka makanan pedas..baru tau..dan yang putih dengan kuah susu tu saya lupa pulak apa namanya..


Dah kenyang..kita ronda lagi di kiri kanan apa yang ada disini.

Yang tudung purple tu peminta sedekah dikawasan ini..selagi kita tak bagi sedikit duit memang dia tak akan berganjak ..
Antara pelancong tempatan yang datang kesini..diorang nak naik kuda gayanya..rupanya kat sini kuda yang lalu lalang tadi port.banyak rupanya pengusha kuda disini..



Pemandu van yang menunggu pelangan ..


Ada cadet collage jugak disini..nampak senyap ..mana diorang pergi agaknya..mungkin cuti sekolah.


Masa untuk pulang ..
dah penat ronda Murree sampai petang..time kita nak tinggalkan pekan murree nie..insyaallah ada usia jumpa lagi ..kali ini nak datang bila time salji pulak.
Kami meneruskan perjalanan ke islamabad nak try lagi manalah tau penunjuk perasaan tu dah balik..nampaknya memang tak rezeki lagi nak pergi masjid faisal tu..memang kena datang lain kali nampaknya kan. bandar islamabad masih lagi ditutup.

Dan kami pun plan balik je ke rumah jewlah .dalam perjalanan singgah makan capati..yang ni pic capati saya tak ambik sebab dah penat sangat ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang