Pages

Monday, 22 April 2019

Pakistan - Puncak Kashmir Point



Akhirnya ..sampai jugak dipuncak kashmir point..rasa nak tercabut kaki berjalan..
yang ada disini ..yang menjadi tumpuan safari train ..keretaap colour hijau memang ikut bendera pakistan betul ni ..train ni akan bergerak sejauh 2.2 kilometer selama 20 minit..diaorang bawak pusing area kashmir point ..sambil penumpang boleh menikmati pemandangan dikawasan ini dan bila bernasib baik dapatlah tengok binatang yang menjadi penghuni hutan disini




Lagi yang ada di puncak kashmir point..deretan kedai makanan pakistan..muhammad pun dah start nak mintak air..biasalah dia memang pantang nampak kedai..kalau tak singgah ada je nanti cari pasal,
Ok lepak sini..sambil menunggu diorang pergi naik train..bincang-bincang nak makan apa..




Beli air mango dulu untuk muhammad..sedap air ni macam rasa mango fresh ..


Mencuba makanan disini..dah alang- alang sampaikan baik kita rasa ..
yang ni nama dia pani puri. cara makan dia tak payah gigit..kira sekali ngap macamtu..kena cicah dulu dengan air asam baru makan.dalam tu ada inti chickpeas dan fresh yogurt..tapi nak letak apa-apa inti pun boleh..ianya rangup kalau tunggu lambat -lambat nak makan nanti dah lemau tak sedap.


Dan yang atas tu Pakora..yang nie memang en suami biasa buat dirumah..kiranya macam kurang jakun sikit nak makan..
tapi yang nie pedas sangat..rupanya orang pakistan  memang suka makanan pedas..baru tau..dan yang putih dengan kuah susu tu saya lupa pulak apa namanya..


Dah kenyang..kita ronda lagi di kiri kanan apa yang ada disini.

Yang tudung purple tu peminta sedekah dikawasan ini..selagi kita tak bagi sedikit duit memang dia tak akan berganjak ..
Antara pelancong tempatan yang datang kesini..diorang nak naik kuda gayanya..rupanya kat sini kuda yang lalu lalang tadi port.banyak rupanya pengusha kuda disini..



Pemandu van yang menunggu pelangan ..


Ada cadet collage jugak disini..nampak senyap ..mana diorang pergi agaknya..mungkin cuti sekolah.


Masa untuk pulang ..
dah penat ronda Murree sampai petang..time kita nak tinggalkan pekan murree nie..insyaallah ada usia jumpa lagi ..kali ini nak datang bila time salji pulak.
Kami meneruskan perjalanan ke islamabad nak try lagi manalah tau penunjuk perasaan tu dah balik..nampaknya memang tak rezeki lagi nak pergi masjid faisal tu..memang kena datang lain kali nampaknya kan. bandar islamabad masih lagi ditutup.

Dan kami pun plan balik je ke rumah jewlah .dalam perjalanan singgah makan capati..yang ni pic capati saya tak ambik sebab dah penat sangat ..

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Pakistan negara Islam, jadi mesti tak ada masalah cari makanan halal berbanding kalau ke Delhi, kan? :)

zila norazila said...

betul kak cik..mknn mudah didapati cuma antara berselera dgn tak jewlh ..hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang