Pages

Thursday, 27 October 2011

Kenapa Allah temukan kita dgn org yg salah..


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawaALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAHdengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..





kek karamel..lagi dan lagi..



Assalammualaikum semua..
kek kramel lagi..ha haaaa kek yg sgt special nie...x jemu2 membuatnya..kali ni versi kramel  tebal..sy ikut resepi nonierahman..trima kasih nonie..seronok pergi ke blog nonie ..mcm2 ada..dan trima kasih sebab sudi share resepi nie..kramel dia mmg sedap..tebal lg..tu yg sy suka..:) kali ini sy malas nk wat layer..so saya wat tompok2 jew..cepat jew siap..dan hasilnya tidak mengecewakan...color kuning tu sy letak perisa oren..time bakar tue..semerbak btul bau oren st umah..wangi jew...ok la..
izinkan sy share resepi nonie kt sini..

sebelum di bakar..



(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
 (B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
  

 D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar


 Cara-cara :
  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) ..ketepikan.
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak . 
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  • Sedap dimakan sejuk.

selepas kluar dr oven..kek nie akan meleper x lama lg..he hee


dah meleper...dah...:)...ok lah slamat mencuba smua..


Monday, 17 October 2011

roti jala pandan



RESEPI ROTI JALA

 3 cawan tepung gandum
 3 cawan air
 1 biji telur
 3 sudu besar minyak masak
 pewarna hijau
 1 tsp perisa pandan


Gaul kesemuanya sebati,masukkan dalam blander,kemudian tapis.
kalau agak2 pekat tambahkan air,boleh juga kita gunakan santan atau susu cair untuk mengantikan air.
kalau guna santan kita x perlu campurkan minyak..so slamat mencuba..:)


sedap dimakan bersama kari daging..yummyyy..



 semalam family sy lepak2 kt umahh..tu yg buat lebih ckit..trima kasih pada kawan2 yg sudi share resepi ..jasa kalian tuhan saja yg mampu membalasnya..thnks alot.:)













Saturday, 15 October 2011

Kek Karamel


Assalmmualaikum.
pic yg dh lama terperap kt facebook..masa x mengizinkan untuk dipost kt sini..sbb hari nie sy terlebih rajin so..sy sharekan untuk sapa2 yg berminat nk mencubanya..dh 2 kali sy cuba ..dan kedua2nya menjadi..trima kasih atas resepi kawan2 KR..byak jasa kalian semua..hanya ALLAH mampu membalasnya..


hasil selepas dipotong..nyuummmy..


RESEPI
bahan bahan
(A)

2 sudu besar gula (untuk buat gula hangus)
#tabur gula dalam loyang dan masak diatas api perlahan,biar gula hancur dan bertukar menjadi perang.

(B) Bahagian atas

1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telor

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

MENGIMBAU KENANGAN LAMA



Assalmmualaikum,
rasanye dh lama blok aq nie x  dijenguk..ttba hari nie baru terasa nk jengah2 kt sini..dah byk sarang labah2 rupanya..ha haaa almaklumlah tuan rumah asik bz jew...kt atas nie pic hari raye aritu.saja nk share pertemuan dgn kawan2 yg dh berbelas tahun x jumpa...eemmm rindu kt u allz smua la..masing2 masih sama..perangai x byk yg brubah...rindu pulak masa zaman sek2 dulo2...:)


ini kt umah EWA..kwn baik aq time sek.duk sebelah lg..sempat jgk merasa masakn dia..tp time nie aq dh kenyang sgt..sbb kt umah zack dh makan masakan tun..so jamah2 jelah.. haaa

snap2 lg..ni kat umah zack..besar umah zack nie..luas..




nie kt depan laman umah ewa..cantik sgt ..pandai btul kwn aq nie kemas umah...:)

selapas seharian berborak2 balik aq n zaila singgah air hitam...cuci mata jew..byk yg menarik tp masa dh limit sgt..so jln kejap jer la...





nie pekan air hitam..x byk berubah..sama mcm dulu..



sekadar renungan


Cinta dunia, takut mati
Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.
Hati yang Kotor
Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang unntuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.
Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.

Tidak Mahu Berdoa
Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.
sekadar renungan kita bersama..

Monday, 8 August 2011

Home made ice cream




HOME MADE ICE CREAM


Bahan bahanya
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1 tin susu pekat  (guna susu F&N- 505 grm)
setengah tin susu segar 
1 tin air suam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pilihan (jikalau suka sy letak mix pandan strwbry dan vanilla)
Beberapa titik warna pilihan (guna star brand)


Cara caranya


  1. Masuk semua bahan kedalam mangkuk,pukul dgn mixer sehingga naik dan kembang.
  2. Masuk oreo bland kalau suka (buang inti oreo dan bland kering)
  3. Kemudian bahagikan kepada beberapa warna pilihan
  4. mula melapis adunan.buat la cara macamnapun yang anda suka.
  5. masuk kedalam peti ais,bolehlah dimakan selepas ianya mengeras.




selepas semalaman di ice box..colour belasah jer..:D









versi ice cream wall...h ahaa haa..colour pink tue perisa strwbrry..dan brown tu perisa coklat..
jomm cuba wt sendiri..ingat tau pukul sampai dia mintak ampun...;)







Sunday, 7 August 2011

jangan guna perkataan salam,bye,a'kum. semekom



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)   baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”   Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”   Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada AHMAD ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat AHMAD yer”   Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!   Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.   * Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”   * Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “As Salam”  sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum”.   Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..   Sekian, semoga ada manfaatnya


assalammualaikum..link nie sy baru baca dr member fb sy..so sy nak share dgn member2 smua..joommm same2 bace..:D

Saturday, 6 August 2011

APPLE PIE..PUFF FROZEN





Bahan inti:
2 biji epal merah, kupas kulit dan didadu
1sb gula pasir (atau lebih bergantung pada kemanisan epal)
1sb gula perang/brown sugar
1sb butter
1sb tepung gandum secubit serbuk kulit kayu manis@ cinnamon powder
sedikit air
kuning telur untuk sapu kat luar

3-4 keping puff pastry frozen


Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil.
2. Masukkan gula perang, gula pasir, serbuk kulit kayu manis, dan epal yang dicincang tadi.
3. Masukkan sedikit air dan tepung gandum.
4. Kacau hingga pekat dan epal sedikit lembut. Sejukkan pada suhu bilik.
5. Ambil satu keping puff pastry, potong kepada dua.
6. Letakkan sedikit inti di tengah-tengah satu bahagian pastry. Sapukan kuning telur keliling tepi pastry.

7. Ambil bahagian yang lagi satu, lekatkan di atas pastry yang berinti. Tekan-tekan keliling pastry dengan garfu.
8. Buat satu kelar kat atas pastry dengan pisau tajam/gunting. Sapu kuning telur atas pastry tersebut.
9. Buat hingga semua inti/pastry habis.
10. Rehatkan dlm peti sejuk 10-15 min.
11. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, 190C untuk 15-20min atau hingga pastry keperangan.





slamat mencuba..simple sgt..;D..dan rasanya sedap..tq pada tuan empunya resepi..x ingat amik kt mana..sbb godeh resepi byk sgt..tp ini yg the best..

Thursday, 4 August 2011

10 tips untuk wanita memahami hati lelaki


1. Bila si dia sibuk
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya.. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang