Pages

Monday, 22 June 2020

Ke Aeon

Bila sana sini semua dah kena scan,perasaan nak keluar membeli belah tu agak menurun jadinya,lebih rela duduk je dirumah.norma baru yang menjadikan kita insan penyabar..kan..

Disebabkan ada tujuan kukuh nak kesini maka kami pun masuklah ke dalam Aeon Mall nie,dah siap tujuan utama kesini Muhammad pun bising nak mencari mainan,almaklumlah dah lama kami tak kena pau..jadinya dia guna peluang ada.
Dah masuk kedalam belek-belek mana gun yang diidamkan tu,masa dirumah cakap nak beli gun kecik jew..bila dah sampai sini mata dia dah rambang..lambakkan pistol sana sini dengan bermacam jenis..mulalah hati dia tak senang.



Kejap yang itu..kejap yang ini..last yang atastulah pilihan terakhir..seronok bukan main..dapatlah gun idaman dia.

 Posing sikit dengan gun baru..ha haa dah nama budak kan..bila dapat mainan baru tak sabar nak bukak..tak menyempat tunggu sampai dekat rumah.

 
Masuk AEON cari jugaklah barang dapur,stock buah dekat rumah pun dah habis..membelilah mangga thai nie,bau dia wangi menyelerakkan sangat.saya suka beli buah dekat AEON ..sebab fresh dan buah pun cantik jew.
Beli jugaklah buah oren dan Apple.



Sekarang ni kalau nak duduk makan di restoran rasa agak susah jugaklah..bila semua berlimit..Muhammad nak donut..so bungkuskanlah 6 biji untuk dia makan dalam kereta.

2 comments:

Nasa Mulia said...

hp memang kena bawa and ada bateri selalu sebab kena scan segala... ada tempat fully scan x boleh hanya tulis nama.

Darling Pya said...

Sekarang ni malas nak pegi mall sebab malas nak scan & isi maklumat segala tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang