Pages

Thursday, 21 May 2020

Big box ..


Big box dari Cadbury Malaysia.
Time PKP ni barang courier memang agak terhegeh hegeh sikit nak sampai.Aritu bila Tassya dari Mad Hat PR whatsapp nak pos barangan dari cadbury dan oreo hati risau jugak sebab time PKP aritu tersangkut dikampung..takut barang lambat sampai kami dah gerak balik ke JB pulak..nak bagi alamat mana pun dah confius sekejap..
Katanya lambakkan barang yang trand orang sekarang start PKP ni diorang semakin ramai membeli secara online.tapi oklah barang review semua semua selamat sampai ketangan..walaupun lambat.

Dalam big box tu ada barangan dari Cadbury dan Oreo Malaysia.Ada cookies,coklat.dan yang menariknya ada tools nak baking ..tools comel je..ada paper cupcake,spatula whisk dan brush thank you Cadbury dan Oreo.
Box dia memang besar bolehlah isi toys Muhammad nanti..tapi takut hayat box tu tak berapa lama pulak..si Muhammad hari-hari kerja dia nak masuk dalam box tu jew.main nyorok-nyorok katanya..
Plan nak buat biskut raya guna coklat cadbury yang dalam balang tu.macam nak buat tart cadbury yang pamess satu ketika dulu.Mungkin project lepas raya kot..sebab Ramadhan hanya berbaki beberapa hari je lagi..masa macam pack pulak sekarang ni.

Disamping ada coklat dan cookies sampul duit raya cantik dan ada jugak 2 beg dari cadbury.Tak bukak lagi beg tu ..bolehlah buat isi apa2 nanti kalau travel jauh.
Bila barang stuck..coklat pun dah tak berapa cantik bentuk dia..dah mencair dan bila mengeras balik dah kedut,kalau Muhammad ni lah yang di attack dulu selain cookies.


Resepi nak buat kuih raya pun turut disertakan..
menarik jugak..
Bising Muhammad ajak try buat kuih raya guna coklat cadbury ni..setiap hari tanya dah boleh buat cookies tak mama harini..hihii sian lah..tunggulah mama free sikit nanti ye Ahmad...

Yang nak cuba resepi dari Cadbury dan Oreo silakan..kebanyakkan resepi diaorang ni mudah je..dan memang menjadi.

4 comments:

Azhafizah MN said...

wow..bestnya dapat big box berisi macam-macam ni.

Nieda Ramly said...

Untungnya

zila norazila said...

azhafizah
alhmdulillah ..rezeki jgn ditolak kn 😆

zila norazila said...

nieda
rezeki anak2 katanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang