Pages

Sunday, 10 January 2016

gyoza & wonton



Hari ini mood masing-masing tak nak makan yang berat-berat...ermmm tapi masing-masing boleh tahan ke..biasanya kalau buat gyoza atau wonton..orang melayu panggil wantan je senang nak sebut..nasi dan lauk pun memang kena masak jugaklah..setakat makanan macamnie buat alas perut diorang jewlah..

Resepi gyoza,wantan dan dumpling sebenarnya kurang lebih sama je..dulu zila pernah buat dumpling dan pernah share disini..


Keadah kali ini zila buat versi kulit garing sedikit..makanan macamni memang kena makan panas..kalau dah sejuk memang kurang sedap..tapi bila dah sejuk boleh panaskan balik bila time nak makan lagi.
Untuk kulitnya zila beli yg dah siap di aeon ada dijual..kalau pasaraya kecil kadang susah sikit nak jumpa..tapi pada yang rajin boleh buat kulit tu sendiri..tak susah mana pun..tapi kena gelek nipis dan terap dengan acuan bulat.kulit yang putih untuk gyoza dan kuning untuk wantan.

Intinya zila letak sama untuk keduanya..setelah dirasa keduanya zila lebih suka wantan,lembut dan sedap anak pulak lebih suka gyoza..wantan ni bisanya orang lebih suka digoreng ataupun dibuat sup..tapi sekarang ini mood baru nak diet masak macamnilah..kurang sikit minyak,kalau yang dibuat sup tu macam kurang suka pulak.
zila buat dalam kuantiti yang banyak,frozenkan bila teragak nak makan tinggal panaskan senang kan?
Jom semak resepi semoga dapat membantu adik-adik yang baru berjinak dengan dunia masakkan.


Gyoza/wonton
Bahan inti
1 ketul dada ayam bahagian isi - didadu halus
1/4 bawang besar holland - didadu
1 pokok daun bawang-dihiris halus
1 cawan kobis - dihiris halus
2 biji bawang putih-diparut halus
1/2 inci halia - diparut halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam jika perlu

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan inti kecuali daun bawang,kobis dan tepung jagung.
  • Gaul rata kesemuanya,masuk kobis dan daun bawang.sebatikan
  • Kemudian masukkan tepung jagung gaul rata.
  • Simpan didalam peti ais selama setengah jam.tutup mangkuk dengan plastik wrap ye.
  • Sediakan kulit wonton dan gyoza secukupnya
  • Untuk gyoza-masukkan inti ditengah tengah kulit gyoza sapu sedikit air pada keliling bahagian atas kulit gyoza kemudian lipat seperti membuat lisu/sketting meja makan
  • Untuk wanton-ambil inti letak ditengah-tengah kulit wonton ..kulit wonton berbentuk 4 segi temukan bucu atas menjadi segitiga,gamkan dengan telur.
  • Kemudian lekukkan sedikit bahagian tengah yang ada inti,temukan kedua bucu dan gamkan dengan telur.


  • Sediakan kuali dan sapukkan sedikit minyak bijan,susunkan gyoza dan wantan kedalam kuali.
  • Biarkan kulit sedikit garing.
  • Apabila sudah agak kering tuangkan air,aggaran setengah permukaan gyoza..jangan sampai penuh ya airnya.
  • Kemudian tutup kuali dengan tudung,masak sehingga air kering.
  • Apabila sudah kering,letak sedikit minyak bijan di sekeliling kuali.masak lagi sehingga permukaan bawah kulit menjadi garing.tutup api dan hidangkan bersama sos cair.


Bahan sos
Kicap cair,sos cili,gula,cuka,halia,daun bawang dan sedikit air.campur kesemuanya.







5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

waaaa... yg frozen tu hantar siniiiii!

Unknown said...

mesti nk kena buat jugak ni zila

kakrose said...

anak ky sukalah makan makanan yg sejenis ini..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nak cubalah zilla..
Nanti singgah Aeon nak beli wantan ni..
Nampak sedap tu..

Ruzita Idias Ismail said...

sedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang