Assalammualaikum..
Cuti sekolah macamni ramai yang ambil onleave,bawa anak jalan-jalan..habiskan duit yang ada..hehee hee bila lagikan.dah 11 bulan bekerja kumpul duit nak pergi holiday inilah masanya..sapa lagilah yang nak habiskan duit kita..diorang inilah..tapi kita bekerja pun untuk mereka..bahagia bila diaorang gembira kan.
Tapi nak kena beringat juga..untuk masa depan diorang kelak..
Sticky caramel dah beberapa hari yang lalu buat.tak sempat buat lauk si abang dah meratah beberapa ketul..ibu dia dapat 2 ketul jew..sabar jew lah kan..nasib muhammad kecik lagi..tak pandai makan ayam..kalau tak ...memang harus tak menjamah ibu dia ne..
Siapa yang baru nak cuba buat zila nasihatkan buatlah lebih..memang superb sedap sagat..tak rugi mencuba..resepi ini popular beberapa tahun lalu dah.,rata-rata dapur blogger masakan dah buat..kalau nak tau kesedapannya wajib cuba ye..
Selit gambar kek marble lagi..oder hari khamis 4 hb,kawan dari adik angkat zila..terima kasih sha sudi oder dari akak.
Sticky Caramel Chicken Wings
mutiarazura myr
Bahan-bahan
12 keping kepak ayam - belah dua jadi 24
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan - 60ml madu
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned - bersalut dengan sos.
Note #
Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat.
18 comments:
Waaa..sedap ayam tu nmpknya..feberet wana ni..:)
Teringin nk buat...kena cari ayam dulu la..
Alaaaa sedapnya, ayan tak goreng garing ye, nak buatlah nanti
Menyelerakan....!! Harus cuba nanti...
Thanks Zila ;)
Assalamualaikum zila..menyelerakan..mmg tak makan nasik lah kalau dapat ratah ayam ni...
Tengok rupa ayam tu pun dah meleleh liur Zila oii... nak buat cemana ni...
bbwana adienia
owhh fav wana jgk ea..leh try tau..senng sgt neh.
cheq da
kena cari kepak ayam dulu baru leh strt buat ..cikgu tgh free skrg neh leh try..
tina Othman
ayam x yah goring..masak macamtu jew..nnt dia akan jd brownese mcmtu..
nina mirza
harus cuba..welcome dear..mmnjgkan lg resepi kkwan yg pernh zila cuba disini..
umie jazz
wsalm umie..aah btul tue..x yh mkn nasi ..diet sikit kn..hikk hikk
amie
akk baru balik dr kg ea..nnt dh free akk leh try jgk..sedap ni kak..kompom.
Zila, nampak sedap sticky chicken wing tu...boleh masuk kan dalam listed menu ni...hihi
chicken wing-nya keliatan menggiurkan. Pasti manis legit rasanya
Salam..
Singgah di waktu pagi..
ayoooo...apa pasal itu sayap ayam banyak kilat wooo...gue ngences..
ayam tu memang sedap dan menyelerakan tapi kek tu nampak lagi sedap
Salam zila, saya lah mutiarazura owner resepi ni haha :D shared tahun 2007 & sgt happy tgk masih ramai yg cuba & suka resepi ni. Still favorite anak-anak saya ni & mummy nya juga hehe :)
Post a Comment