Pages

Monday, 1 December 2014

peach colour marble cake



Assalammualaikum

Kek marble..
dulu-dulu kek macam inielah orang akan hidangkan dimusim perayaan dan dimajlis perkahwinan...dapat makan sepotong nikmat sangat rasa..seronok sangat ..kek yang gebu dan tak pernah jemu dimakan.

zila suka kek marble..lebih lebih lagi kek yang sedikit berminyak dan agak lembab..sedapnya..cicah air teh pun sedap..sebenarnya dah lama zila buat kek marble ini terperap di draf masih tak ada kesempatan untuk publish dan menaip resepi..bila ada sedikit kelapangan dapatlah menggadap blog dan menulis sesuatu disini.


resepi kek marble kebanyakannya lebih kurang sama,kurang lebih pun sedikit jew..setiap resepi yang dikongsikan dari mana-mana sumber sekalipun kita kena cuba,dari situlah kita dapat rasa sedap atau tak...betul tak...hari ini zila nak share resepi kek marble yang zila ambil dari majalah saji.cubaan yang tak menghampakan lembut dan sedap.zila guna loyang ciffon.supaya senang nak potong dan nampak tinggi.

zila letak sedikit pewarna peach untuk menambahkan keceriaan kek marble ..
pada sesiapa nak cuba bolehlah ambil resepi dibawah..dalam keadaan cuaca musim hujan memang sesuai buat kek macamni..anak-anak boleh makan berulang-ulang..tahan dua hingga tiga hari baru habis..


Bahan
250 gram butter/majerine 
2 cawan tepung naik sendiri
220 gram gula kastor
4 biji telur gread A 
1 sudu besar ovellate 
1 sudu besar esen vanilla 
2 sudu besar susu segar 
1 sudu besar choc emulco 
1 sudu besar serbuk koko 

Cara
putar butter dan gula hingga kembang.
masukkan esen vanilla dan ovallate putar lagi
masukkan telur satu persatu putar sampai kembang.
masukkan tepung sikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampi adunan semua sebati
bahagikan kepada dua bahagian.
untuk coklat masukkan emulco dan serbuk koko mix sampi sebati.
masukkan kedalam loyang selang seli color putih n color coklat supaya nampak marbel terserlah.
bakar selama 45minit bergantung pada oven

12 comments:

Anonymous said...

Sedapnyaaaa sejuk2ni lapar jelah

Biasa plain kaler je kan bila ada pink2 lg cantik

Papaglamz said...

Cantik...
Papaglamz dari http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-jalan-jalan-cari-gucci.html?m=1 singgah dan dollow di sini. Jom terjah entri2 hawtz Papaglamz.

Unknown said...

nampak cantik kek ni zila, tapi warna peach ni tkde lah pulak, nk kena beli warna peach ni or kalau ada zila campur kaler apa2 utk jadi peach??

IeRA said...

SAlam..

Singgan tengahari sbb perut tengah lapar ni..huhu

Kakzakie Purvit said...

Matchinglah peach dengan coklat. Tambah menarik dan nampak moist Zila..

rahel said...

Cantik manis kek marble tu Zila...

cheq da said...

Bestnya kalau dpt mkn marble cake kak zila...nk sepotong boleh..hihihi

Anonymous said...

nampak ayu sangat kejadian kek tu...suwit dan mengoda selera...bestnya makan takkala hujan hujan di KK ni...

Najib Ariyan Ali Basha said...

saya scroll pelan pelan... terus nampak cawan ngan pokok kecik tu... alahai cantiknya.. rupanya nak tunjuk kek marbel... hehehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya. Nak kena cuba juga macam ni. Terima kasih bagi resepi ni akak.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lama akak tak buat kek butter gini... time cuti sekolah ni kalau buat mmg laku sbb anak2 kat rumah sentiasa lapar je dorang tu... hihi...

best tgk entry2 zila kat bwh tu... terliur kat sagu longan tu.. yumyum.. pelajar dr jepun tu menarik... taklah boring mak kat kampong kan sebab ada aktiviti tiap2 minggu... tahniah buat mereka... kg akak pun felda juga.. memang tau sgtla bab2 main paya dll tu... kenangan manis masa kecik tu...hehe...

zila norazila said...

bicara kak nor.
mmg zila beli colour pic nie kak..powder colour.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang