Pages

Wednesday 12 November 2014

roti kacang merah


Assalammualaikum
bersua lagi..mood nak update blog ne..hari ini nak berkongsi resepi roti kacang merah..

bukan baru buat..tapi dari bulan lepas rasanya..peram gambar kat folder ..malam-malam tak boleh tido edit sikit gambar dan menulis sesuatu disini..

sebenarnya zila jarang nak buat roti..sebab anak sulung lebih suka nasi dari roti..husbnd pulak lebih suka makan chapati atau roti canai..klu buat harapkn zila jewlah yang makan..

bila tengok inti kacang merah dah lama tersimpan ..plan aritu nak buat kuih pau..tapi malas memanjang..last-last tukar plan buat roti ..sebenarnya banyak resepi roti tersimpan dalam buku resepi zila..kebanyakkan resepi sama..kali ini zila cuba resepi dari rakan fb anie japri.beberapa orang blogger pun dah cuba resepi ini.respon semua cakap lembut.
zila buat setengah kilo tepung ..memang muai..kenyang makan roti sampai petang.roti yang lembut.simpan beberapa hari pun semakin sedap.

Berkilat..baru kluar oven terus sapu butter

Roti Lembut Gebu
Anie Japri FB

Bahan
500 gram tepung roti
250 ml air sejuk dari peti ais
1 biji telur
30 gram susu tepung
80 gram butter/majerin
1 tsp garam
85 gram gula
1 paket yis 11 gram

cara
Guna mixer

Satukan semua bahan kering.
Masukan butter / marjerin, putar perlahan sambil masukkan telur, garam dan air sejuk..
Tukar speed laju dan putar lagi hingga doh licin, kental seperti gmbr dibawah...
Masukkan doh kedalam mangkuk besar, tutup dengan kain bersih lembab dan biar doh naik lebih kurang 45 minit.
Kluarkan,tumbuk dan uli doh sebentar menggunakan tangan dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu kuning telur dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau tak ada inti kacang pun dah sedap apa lagi dgn ada inti kacang merah tu Zila.. kakak suka inti kacang macam ini..

Liza said...

peberet Liza kalau roti inti kacang camni, sedapnyaaa

inahar ali said...

wah..resipi ni xyah guna bread softener pun mmg lembut ye zila? bleh try nnti insyaallah!

umi's cup cake said...

Rajinnya zila dan cantik sangat kejadian roti ni...mmg menawan mata

kakrose said...

dah pernah makan roti nie..memang sedap..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam zila
best ni dpt makn petang2
anak2 akak pula suka mkn roti berbanding nasi kecuali yg bungsu suka .nasi. jadi kat rumah sentiasa beli roti huhuu
inti kacang merah , kaya memang laku
cantik hasil airtangan zila

MamaFaMi said...

Sedap sedap sedap! Makan panas panas... yummmmy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang