Pages

Friday, 14 November 2014

tepung bawang


Bersua lagi..
sekarang memang musim hujan kan..kadang-kadang pagi panas sekejap ..petang lebat betul hujan,guruh kilat sambung menyambung.

kalau hujan-hujan senonim sangat dengan perut lapar,selalu sangat orang cakap 'hujan-hujan nie laparr jew'..he hee betul kan..bagi sesiapa yang ada anak nak meningkat remaja..lebih-lebih lagi budak lelaki ..memang asik lapar jew lah..macam anak zila yang sulung..asik teringin ..pantang nampak gambar makanan ..disuruhnya kita cuba..


karipap/tepung bawang atau epok-epok ini permintaan dari beliau..teringin katanya nak makan.mungkin dah lama zila tak buat karipap dirumah..asik beli jew.
kalau dah jadi emak nie.apa hajat anak kalau tak ditunaikan rasa macam tak lengkap kan..lagi-lagi bab makan..bila dah buat dan berselera diorang makan rasa gembira sangat..walaupun penat..berbayar rasanya bila anak-anak makan nerulang-ulang.

kali ini zila buat versi bulat..abaikan kelim tu..memang macamtulah masih tak cantik lagi he hee..
susah juga rupanya nak kelim bulat macamtu..jenuh juga nak menggayakan nak kasi lawa sikit..ada sesetengah orang panggil karipap yang bulat nie tepung bawang..dan inti dalamnya sadin dan bawang..kalau yang biasa tu diorang panggil karipap atau epok-epok..

zila pun tak pasti..tapi zila memang membesar dengan karipap biasa tulah..dan dikawasan kampung kami panggil epok-epok..
untuk resepi pastry zila masih menggunakan resepi lama yang zila pernah cuba dulu.resepi dari rose jintanmanis.memang suka resepi ini..lembut sampai kepetang..dan karipap pun tak ada jerawat..he hehe




Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum 
1/2 cawan minyak 2 sudu besar marjerin 
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais) garam 

Cara-caranya 
Buat Doh Pastri 

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan. 
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.  
3. Proses Mengelim Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. 
4.Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba


Inti Kentang 

bahan-bahan 
5 biji kentang  - dipotong dadu 
setengah peket serbuk kari- zila guna babas 
1 batang serai - diketuk 
1 peket rempah tumis 
sedikit garam 
sedikit gula 
3 batang daun sup - dihiris 
bahan kisar 
1 batang lada hidup  - lebihkan jika suka pedas 
1 biji bawang besar  
2 biji bawang kecil 
2 biji bawang putih 
3 sudu besar udang kering 
3 sudu besar ikan bilis kopek 
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu besar jintan 
1 sudu besar ketumbar

cara-caranya.. 
inti tumis rempah tumis dan serai seketika,kemudian masukkan bahan kisar,masak sehingga wangi masukkan rempah kari dan masak seketika lagi.masukkan kentang tumis seketika dan campurkan sedikit air. masak sehingga kentang empuk,tambahkan sedikit gula,garam dan sedikit air asam. kemuan masukkan daun sup yang telah dihiris..tunggu sebentar kemudian tutup api.

12 comments:

Bbwana adienia said...

Cantiknya karipap..bulat ja..comel :)

Gee® said...

Nak tepung bawang 2 butir... mengancam taw..!

MamaFaMi said...

Ala, buat apa tunjuk gambar karipap cantik ni. Kan dah teringin. Achaner ni!

Tina Othman said...

Sedapnyaaaaa, dulu2 penah try buat bulat ni tapi masyaallah jenuh, berjam pastu tak cantik bulatnya

Ni yg rasa nak buat karipap jgk ni

Bicara Kak Noor said...

kalau karipap bentuk macmaana pun mmg tertarik tambahan yg mulat2 nu mesti bermula dgn 3 hihi

Kakzakie said...

Oh... kalau kakak memang tak kiralah zila yg biasa ke bulat ke memang panggil karipap/epok-epok.

Eh dah cantiklah kelim tu Zila nak cantik macam mana lagi?

Rina Audie said...

dimakan hangat bersama cabe rawit dan teh, duuuhh nikmatnyaaa....

sudipVSsenduk said...

kalau akak, kelim pakai garfu je... hahaha, dasar pemalas

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Boleh cuba juga ni. Macam sedap.

Ayu said...

assalam zila,
alahai..rasa macam nak makan sekarang juga malam2 buta ni..lapar lah zila bila tengok ni..akak memang suka epok2 aka tepung bawang ni..:)

umi's cup cake said...

mesti seronok anak zila dapat ibu yang rajin kan..

Anonymous said...

[[Baltimore. Ravens. vs. New. Orleans. Saints. Live]]> http://www.reddit.com/r/baramara/comments/2n9aor/

[[New. York. Jets. vs. Buffalo. Bills. Live]]>http://www.reddit.com/r/baramara/comments/2n9afo/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...