Pages

Monday 27 October 2014

laman seni 7 - lorong belakang


LAMAN SENI 7
​Lokasi
Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.



​Tarikan
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat. 



Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam.

Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept.



Laman Seni 7 dilakukan di kawasan seluas 206 meter membabitkan 56 pemilik premis perniagaan di pusat komersial terbabit. Setakat ini, ramai pengunjung yang datang ke Laman Seni 7 ini memberikan reaksi positif kerana hasil inisiatif MBSA yang berjaya menjadikan lorong yang suram menjadi daya tumpuan pelancong terutamanya masyarakat tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar di setiap mural yang dihasilkan.


sementara menunggu suami habis meeting di klcc kami bertiga berjalan jalan sambil ambil gambar memang seronok,tak terasa masa berlalu terlalu pantas.


bagi pencinta seni tempat nie umpama syurga setiap hasil lukisan semuanya amat indah.. 


 diantara pengunjung yang tak melepaskan peluang untuk bergambar
pemandagan di lorong bahagian depan
 pengantin pun turut  mengabdikan foto disini,,sebagai kenangan ..

selepas ini moga lebih banyak lagi lorong belakang yang terjaga seperti disini..
sesiapa yg nak berkunjung kemari senang jew..berpandukan jakel dan gedung shawl fareeda..penat brjalan bole shooping tudung pulak ye..cuci mata..oklah jumpa lagi next entry..bye semua..

8 comments:

Mamasya said...

Aslkum Zila

dah bsr baby....comeiii..lama tak singgah blog Zila. kebetulan minggu lepas mamasya ada singgah di sini,mmg menarik dan kreatif ...dr lorong blkg kedai jadi tumpuan ramai utk bergambar....

Amie said...

Hebatnya penangan orang seni... comel2 anak Zila... moga gembira selalu.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantik-cantik semua lukisan ni.

fazianbatrisyia said...

Bestnya...kalau la tgn ni berseni x akan ku biarkan ruang kosong & sepi tanpa karya. comey2 anak boboi

Suzana Ibrahim said...

cantik-cantik semua lukisan ni ye, Zila

Gee® said...

Wah! memang kreatif....

kakrose said...

baru tahu ada tempat menarik untuk dilawati di kawasan dekat rumah ky..

jaket kulit said...

salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat dari kami pengrajin jaket kulit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang