Pages

Thursday 16 May 2013

steamed fish with lime and chillies


Assalammualaikum dan salam sejahtera..
alhamdulillah zila dan baby sihat ..dah masuk 23 minggu sekarang nie..apabila disahkan ada GDM - Gestational Diabetes Mellitus -Diabetis Semasa Hamil terpaksalah control diet..banyak yang tak boleh dimakan secara berlebihan...alhamdulillah bacaan BSP setakat 2 kali pemeriksaan nie semuanya bawah 4 ..dan doktor kata sampai sekarang semuanya ok..harap akan ok hingga saat melahirkan..aminnn


walaupun dah kena GDM acara memasak memang kena teruskan..kita yang kena diet tapi hubby dan anak masih makan seperti biasa kan..kekadang kecur jugak diorang makan sedap-sedap..he hhee tak apalah kan demi anak dalam kandungan ..sabar..sabar..


untuk kali ini zila mencuba resepi dari dapur kak hazila pulak..pic masakan beliau semuanya cantik-cantik..suka zila ke dapur beliau..mori pun dah pernah cuba ikan steamed nie.. bila diorang kata sedap apalah salahnya kita mencuba ..terbukti memang sedap..berbeza dari ikan steam yang biasa zila buat..cara memasaknya pun mudah dan  senang.


zila gandingkan bersama kerabu pegaga..beberapa hari nie suka sangat makan kerabu..tak kisahlah kerabu apa ..ratah macam tue je..cara membuatnya pun simple.zila tak guna udang kering..gantikan kepada ikan bilis goreng dan sedikit belacan..zila pun tak letak kelapa parut.perah limau...letak hirisan cili padi lebih..biar pedas sikit..baru rasa sedap..
selamat mencuba ^__________^





Steamed Fish with Lime and Chilies

Bahan bahan
1 keping isi ikan merah - cuci dan toskan - zila guna ikan siakap
1/2 sudu teh lada putih
Garam secukupnya
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris halus
1/2 biji limau nipis
3 biji cili padi
1 inci halia - dihiris nipis
2 kuntum cendawan shiitake - hiris nipis - zila tak letak
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan kicap cair


Cara cara
1. Lumur ikan dengan lada putih dan sedikit garam. Letak ikan di dalam pinggan untuk mengukus.
2. Susun kepingan limau nipis, halia, daun bawang, daun ketumbar dan hirisan cendawan shiitake
   di atas kepingan ikan.
3. Kukus ikan lebih kurang 8 minit atau sehingga ikan masak.
4. Discard ( buang) air kukusan ikan dari piring pengukus, campurkan minyak bijan dan kicap cair,
   tuang ke atas ikan.
5. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang. Enak dinikmati bersama sama nasi putih.



29 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Sedap nyer kakkkkk :)

Kakzakie Purvit said...

Oh... bolelah kakak cuba macam senang yg ini. Kalau susah kakak ni mim alif lam sin zila:)

Anonymous said...

Aduhai terliur Tina kak..slurrrppp sedapnya

LiNa_Pg said...

Assalam zila, sama lak menu kite..malam tadi pun wat ikan stim tp guna sekoq ikan siakap..tadak posing bagai sbb nk cepat anak2 nk gi tuisyen...

rahel said...

Sedapnya...kecur liur akak nengok...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

gandingan lauk yg boleh kecurkan air liur ni zila...
akak pun baru ni buat ikan kukus.. 1st time msk utk family.. hehehe.. ikan habis tp nasi masing2 tak bertambah.. kekeke... nampaknya lepas ni kena masak sweet sour or 3 rasa jelah kot.. anak bujang akak awal2 dah komplen ikan kukus tu tak sedap walhal dia belum mkn pun lagi.. nampak sgtlah ibu dia tak pernah msk ikan kukus sebelum ni.. asyik msk yg bergoreng jer.. kekekee...

suryabil said...

Salam kak zila,kite pun suka ikan stim ni...dan ikan yg selalu jd pilihan ikan siakap lah kan...semua menu bikin kecur ni..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bila sebut benda yg masam2 ni memang kecur air liur sy, Kak Zila. tengok ikan gemuk tu, lagi kecurrr..

diam tak diam dah 23 minggu ya, sekejap jer masa berlalu. Semoga dipermudahkan ya, kak..

Sweet red cherry said...

salam zila..

best menu tu..sedap n sihat.

mimie said...

selamat atas baby baru zila... ^_^
ikan tu... nampak sedap sangat... :)

umi's cup cake said...

Salam Zila sayang,
makan la kerabu atau apa yang zila terasa nak makan..lagi pun yang dalam tu tgh selera...alahai zila, rajinnya awak..bila umi nak rajin macam zila ni?

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum kak zila..semoga akak dan kandungan sentiasa sihat..iyalah kan..bila preggy ni, kdg2 terasa nak makan macam2 tapi bila fikir kesihatan kena gak control siket kan..eemmmm sedap ikan tu...

HALAMANKU said...

Salam Kak Zila.. sedapnyer.. selain masakan menu sihat tu.. memang sedap steam neh.. masam2 nyum2 akak ngah pregnant? erma baru berlalu zaman tu he he he..ngah lalui zaman berjaga mlm lak he he he sabo jek.. moga akak n baby sentiasa sihat

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Zila..

Harap sihat2 ye hari ni Zila. Nadz suka lauk cam ni. Steam.. Lebih sihata dan ikan tu pun lembut je. Tapi lauk cam ni kena makan time pasas2 lagi baru syok kan.

Rina Audie said...

resepnya bisa dijadikan rujukan masak ikan nih. Kebetulan hubby kena kolesterol, nggak boleh makan daging. Jadi lebih sering makan ikan sekarang. Makasih ya zila...
Jangan lupa jaga kesehatan baik baik, ok....

analisa said...

masyaAllah... nampak sedap sangat kak....

Anonymous said...

My partner and I stumbled over here from a different page and thought I should check things
out. I like what I see so now i'm following you. Look forward to exploring your web page for a second time.

Also visit my homepage ... book of ra online spielen kostenlos mybet

Pokok Manggis Depan Rumah said...

boleh cuba ni.. terima kasih akak kongsi resepi ini.

Yana Shaiful said...

Sedapnya kek..yana pun suka jgk msk stim cani tp klu msk cani yana je la mkn..husben xmkn sgt ikan stim.. klu goreng laju je mkn hihi..

ady said...

as-salam
mmg suka sekeluarga kalau ikan kukus mcm ni..npk sgt2 sedap ikan kukus zila ni..

Qhaifa Nur said...

dapat masak ikan kukus macam ni, sedapnya...

hazila said...

Sesetengah org kurang gemai ikan kukus begini sebab rasanya agak "hambar" tapi bagus untuk kesihatan.

Gee® said...

Sedapnyaaaa....

Mamasya said...

Aslmkum Zila
dah lama tak masak ikan kukus....nampak sedap.
Zila mcm akk kena diabetis masa hamil...mmg kena jaga pemakanan kurangkan yg manis2. terutama 1-2 hari sebelum pemeriksaan gula. moga Zila dan kandungan baik2 saja.

yan's cottage said...

memang sesuai untuk yg berdiet kan...sedapnya...

Anonymous said...

This information is invaluable. Wherе can I finԁ оut moге?



my homepage loans for bad credit

Wani Sukarno said...

salam kak zila memang yummy.. men ratah ni lagi best.. harap kak zzila sihat ya jaga diri n baby tuu...

Anonymous said...

yg ini mmg sedap ler

Qasey Honey said...

menu sihat..sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang