Pages

Thursday, 27 October 2011

kek karamel..lagi dan lagi..



Assalammualaikum semua..
kek kramel lagi..ha haaaa kek yg sgt special nie...x jemu2 membuatnya..kali ni versi kramel  tebal..sy ikut resepi nonierahman..trima kasih nonie..seronok pergi ke blog nonie ..mcm2 ada..dan trima kasih sebab sudi share resepi nie..kramel dia mmg sedap..tebal lg..tu yg sy suka..:) kali ini sy malas nk wat layer..so saya wat tompok2 jew..cepat jew siap..dan hasilnya tidak mengecewakan...color kuning tu sy letak perisa oren..time bakar tue..semerbak btul bau oren st umah..wangi jew...ok la..
izinkan sy share resepi nonie kt sini..

sebelum di bakar..



(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
 (B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
  

 D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar


 Cara-cara :
  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) ..ketepikan.
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak . 
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  • Sedap dimakan sejuk.

selepas kluar dr oven..kek nie akan meleper x lama lg..he hee


dah meleper...dah...:)...ok lah slamat mencuba smua..


2 comments:

zila norazila said...

kali nie sy x buat layer marble..sy buat versi dot2 plak..:)

qalo wholesale uk said...

Kuchi Jewels is a project of Gem & Gems which is a leading exporter since 2005 to onwards in all over the world. Our company has experienced, educated and motivated staff. Our main goal is to meet the international standard B2C and B2B export target with competitive prices and high quality products. black salwar kameez red dupatta , black salwar kameez with red dupatta ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang