Pages

Wednesday, 27 September 2023

Roti Sardin kantin sekolah..


Tinggal beberapa hari lagi dah nak masuk bulan oktober..eh cepat pulak rasanya bulan september ni pergi..esok sekolah cuti..rehat sikit emak nak uruskan anak sekolah..dapatlah rest sampai hari sabtu..
macam lama dah tak jengah blog..nak menulis pun macam masa mencemburui sangat..bukannya bz sangat pun..tapi tulah ..kalau ada tapi tulah yang semuanya tak menjadi kan..hihii alasan betul.


Ritu sana sini nampak orang buat roti sardin makcik kantin sekolah ni kan..yang pastinya zaman saya sekolah dulu dah ada ke roti sardin camgini...rasanya zaman tu tak berapa nak ada ..tapi roti sandwich cicah sambal sardin memang menu wajip kami pada hari khamis masa tinggal diasrama dulu...makcik kantin tak bubuh sambal sardin dalam roti...dia asingkan..satu piring sambal sardin dan satu piring roti...masa kat asrama time makan kena duduk 6 orang..jadi roti akan dapat seorang dua keping..cukup x cukup tu jewlah peruntukkan yang ada..nasib kalau ada member yang acah2 diet memang diorang tak makan roti tu..geng yang tak diet akan amik bahagian member tadi..selamat dapat empat keping..he hee.

Dah banyak kali jugaklah buat roti sardin kantin sekolah ni kar rumah..dulu zaman belum viral pun ada jugak buat..tapi ada banyak pesen..yang gulung pun ada..kali ini buatlah segi tiga...lepastu buat lagi..tukar ke segi empat  pulak..hihii yang segi empat tu macam cantik sikit dari yang segitiga..hihii tibeerr.
oklah yang nak tengok video ada saya sertakan dibawah ea..


Roti sardin kantin sekolah


Roti secukupnya
Bahan inti
Bawang
Cili padi
Cili kering kisar
Sardin
Garam
Limau kasturi

Bancuhan tepung
1 Cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit - sebagai pewarna
Air sejuk dari peti ais
3 sudu besar minyak panas
Cara rujuk video


Monday, 21 August 2023

Makan di 'Lazy Monday'




Dah dua atau tiga bulan kot pic ni..

Ritu tetiber Iqbal ajak kami makan di Lazy Monday..nak try katanya ..kami pergi jewlah melayankan diorang ni,saya kalau bab burger ni macam kurang sikit nak makan..bukan tak makan langsung tapi kalau ada makanlah segigit dua..buat rasa katanya..


Sekarang nak order semua menu kena scan dulu..lepastu carilah nak makan apa..menu semu western ..ada juga sedikit pencuci mulut dalam menu itu..


Diantara menu yang ada disitu,agak gigih amik pic menu..hihii



Cuci mata dengan pic dalam retoran tu..kemas..kerusi dia ada mix beberapa jenis..kerusi tinggi..sofa..kerusi rendah biasa tu..menarik jugak..



Kali ini iqbal cakap dia yang nak belanja..



Air green tea untuk iqbal dan air Ahmad entah apa nama lupa dah.



Sebab tak berapa minat nak makan burger saya order cabonara ni jew..menu lain macam tak berminat pulak nak rasa..


sarung tangan siap disediakan ye untuk makan burger..besar burger ni,beef patty dia pun besar sangat ..ni kalau makan sorang memang tak terabis..





Muhammad ambik chicken chop grill,iqbal suruh dia ambik burger ..dia cakap tak nak..takut tak sedap..tapi bila burger iqbal sampai laju Muhammad makan..ha haa 

















 

Saturday, 19 August 2023

Nepali's Gurung Bread..


Korek folder..
pic dan video lama ni,.rupanya tak tershare di blog lagi...
ingat nak masukkan entry lain..tapi tak pelah kita masuk gambar roti gurung ni dulu..
roti ni famous dekat pergunungan Nepal..Gurung ialah merupakan kaum yang tinggal di pergunungan Nepal.

Hasil dari Google mengenai puak Gurung
Gurung (eksonim; Nepal: गुरुङ) atau Tamu (endonim; Gurung: ཏམུ) ialah kumpulan etnik yang berasal dari perbukitan dan pergunungan di Wilayah Gandaki Nepal.Orang Gurung kebanyakannya tinggal di sekitar wilayah Annapurna di daerah Manang, Mustang, Dolpo, Kaski, Lamjung, Gorkha, Parbat dan Syangja di Nepal dan sebahagian India. Mereka adalah salah satu puak Gurkha yang utama.

Mereka juga tersebar di seluruh India di Sikkim, Assam, Delhi, Bengal Barat (kawasan Darjeeling) dan kawasan lain dengan populasi diaspora Nepal yang dominan.[6] Mereka bercakap dalam bahasa Cina-Tibet Gurung dan mengamalkan agama Bon bersama Buddha dan Hindu Tibet. Akibat aktiviti mubaligh Kristian di luar dan Korea, beberapa orang Gurung juga telah memeluk agama Kristian.

Nepal,Bangladesh,Afganistan.. Pakistan dan negara area sana ..lebih kurang je makanan diorang kan..pusing-pusing mesti ada roti jugak...
 
Biasanya roti gurung ni diorang akan makan dengan madu..tabur sikit garam..atau maple syrup..atau makan dengan cinnamon sugar..rasanya sedap sesuai sangat dengan cuaca di pergunungan tibet tu..

Tapi kami lebih suka cicah roti gurung ni dengan kuah dal..
rasanya baru ngam sikit dengan tekak orang melayu..dan dah terbiasa dengan roti canai cicah dal atau kari..ha haa

Nak buat roti gurung ni memang senang sangat..
tak payah letak yis pun dalam adunan tu..cuma guna baking powder sikit...lepastu kelarlah tengah dia tu..shape tu diorang buat bermacam gaya jugaklah..ada yang kelar satu je kat tengah..ada yang buat bulat dan kelar tiga..ikut selera n seni memasing kot kan...


Yang kami buat kalini agak bujur sikit..tapi macam nak membulat dan kelar tiga..rasa dia memang sedap tau walaupun simple..satu adunan dibawah tu dapat empat biji..kalau nak lebih gandakan je sukatan tu..


Makes 4 Breads

Nepali's Gurung Bread

By : @zila_norazila

Ingredients
1 Cup - all purpose flour 
1 tsp sugar 
1/4 tsp salt 
1/4 tsp baking powder
Water as needed

Method
1.In a bowl, mix together flour, sugar, salt and baking powder.
2.Add enough water to make a soft dough.
3.Cover and set aside for 20 minutes.
4.Divide the dough into four portions.Roll each into thin.
5.Make 3 cuts in the centre of the disc.
6.Deep fry the breads in hot oil until puffy and brown.
Serve it with honey or eggs or dall

Tuesday, 8 August 2023

Kaswi Pandan yang viral tu..

 

Sana sini orang tayang kaswi pandan yang guna mould spiral kecik macamtu kan..
sebenarnya beli acuan spiral tu dah lama sangat ..tak silap dalam awal tahun lepas..beli dari indonesia..plan kekonon nak buat kuih apam guna acuan tu..tapi sampai kesudah terperuk acuan dalam balang..


Dulu rajin jugak buat kaswi pandan ni,tapi guna acuan love..pernah share jugak pic tu kat blog ni..masatu guna resepi yang bubuh telur dan santan..tapi kali ini tak bubuh telur ..tapi tetap masukkan santan satu cawan..

Beli acuan spiral ni dua set ..kira dapatlah 24 pcs..tapi warna dia semua terang..lagi 12 dapat warna oren striking..memancar warna oren tu..tak dapat pulak colour yang putih atau soft sikit..

Kalau buat kaswi pandan saya lebih gemar guna pewarna pandan asli..walaupun warna agak pucat tapi bau dan rasa dia asli..tak ada rasa campuran warna..kalu ikutkan memang lagi cantik kalau yang guna tambahan pewarna ..bila rajin datang..beberapa kali jugaklah buat kaswi gedik viral ni..bagi sikit pada kawan merasa..
ok cara buat dia boleh tengok video ea..







Lahaii .sedap Kan kenyal²..ditambah bau wangi pandan..dan rasa lemak masin  pada parutan kelapa ..ngammm 😁😁 jom bismillah..

Kaswi Pandan

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula 
1 cawan santan/klu guna santan cair kurangkn sukatan air pandan
4 cawan air pandan ( kisar 16 helai  daun pandan dengan air)
1 sudu kecil air kapur
Sedikit garam
( Campurkan semua bahan diatas..kemudian mix guna blander )

Acuan disapu minyak supaya tidak melekat.

Kelapa parut muda
Garam
Gaul rata Dan kukus sekejap

Wednesday, 19 July 2023

cuci mata di SENTAI ..pemborong barangan dapur




SENTAI
pemborong barangan dapur..terletak di No 4, Jalan Mutiara 3, Taman Perindustrian Plentong, Masai, 81750 Johor Bahru, Johor.

Sempena dengan cuti maal hijrah ni jomm saya bawa semua cuci mata di kedai pemborong barangan dapur ni,ada 3 rangkaian kedai SENTAI ni di malaysia..dua di kl dan satu di johor bahru..
dapatlah orang johor cuci mata kat sini walaupun kebanyakkan barangan dia sesuai untuk mereka yang berniaga..


sangat sesuai untuk sesiapa yang nak bukak restoran atau kedai makan..banyak jenis pinggan mangkuk..cantik dan nampak berkualiti..



Ini pun cantik ..set hitam batu..bukan plastik ya..




Yang gemar kumpul cap ayam pun ada ya..mangkuk..kole dan pinggan..cantik jugak.

Yang ni kalau nak bukak kopitiam memang ngam sangat cantik..ada jenis yang cawan tebal dan ada yang sedikit nipis..mug pun ada didatangkan bersama.


Tempat lada sulah atau nak letak gula atau garam pun boleh..cantik 


set baking pun banyak jugak..




set mangkuk ala korea..gold lembut jew colour dia..














Panjang ni sebenarnya..dekat gambar macam pendek je..


Yang ini bukan enamalware atau lebih sinonim orang panggil pinggan ayan ye..ni ni design je macam pinggan ayan..tapi sebenarnya ceramic  jadi tak ada plumbum bahaya didalamnya..


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang