Pages

Friday, 7 September 2012

samosa kentang




Assalammualaikum.
salam sejahtera dan salam sayang semua.terima kasih pada follower baru..sebab sudi bertandang kemari ..semuanya zila dah follow balik...kalau ada yang terlepas pandang bagitau tau...almaklumlah manusia biasa..he hhe hee..





 Dah makan ke belum..?.masing-masing mesti dah bersarapan pagi ataupun makan tengahari..hari ini zila malas betul nak ambil sarapan..setakat minum susu putih jew..nak  makan pun rasa tak ada mood..tapi acara membuat sarapan memang tetap diteruskan..sebab orang dirumah nie ..semuanya pemakan..terutama anak zila tu..




mesti semua pernah buat samosa kan?..tak kiralah inti apa ..tapi rasanya ramai yang gemar kan..semalam pagi ada sedikit kerajinan  yang tiba - tiba hadir kat diri nie..ha ha haaa..biasanya kalau teringin nak buat kuih zila akan buat pada hari cuti.. sabtu atau pun ahad pagi..kalau ahad petang memang dah tak sempat nak buat apa-apa..




kerana ahad petang tu biasanya zila bersiap untuk mengemaskan baju en hubby..dan lepastu hantar dia ke airport..tu la rutin tiap-tiap hari ahad..so semalam pagi bagun awal2 pagi kiranya dah macam orang  nak bersahur la pulak..he hhee hee..buat inti kentang nie dulu..bila dah siap inti lepastu barulah fikir pasal nak melipatnya pulak..




zila buat tak banyak manapun ..lepaslah untuk kami bertiga..suami yang teringin nak makan samosa nie..kulit popia dah lama terperap kat peti ais tue..asik main keluar masuk..keluar masuk jew..hehhe hee..goreng sikit pastu bawak sikit untuk member office merasa..




oklah disini zila sertakan resepi yang biasa zila guna..biasanya zila tambahkan daun sup,tapi stock daun sup dah habis..so zila tak letak..kalau ditambah daun sup memang wangi jew inti kentang tue..pada sesiapa yang nak mencuba silakan..selamat mencuba ok..bye semua..




samosa kentang : zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan
1 paket kulit popia besar.
5 biji kentang  - dipotong dadu
setengah peket serbuk kari- zila guna babas
1 batang serai - diketuk
1 peket penumis
sedikit garam
sedikit gula
3 batang daun sup - dihiris

bahan kisar
1 batang lada hidup  - lebihkan jika suka pedas
1 biji bawang besar 
2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
3 sudu besar udang kering
3 sudu besar ikan bilis kopek
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jintan
1 sudu besar ketumbar

cara-caranya..
inti
  1. tumis penumis dan serai seketika,kemudian masukkan bahan kisar,masak sehingga wangi
  2. masukkan rempah kari dan masak seketika lagi.masukkan kentang tumis seketika dan campurkan sedikit air.
  3. masak sehingga kentang empuk,tambahkan sedikit gula,garam dan sedikit air asam.
  4. kemuan masukkan daun sup yang telah dihiris..tunggu sebentar kemudian tutup api.
  5. potong kulit popia yang besar kepada dua bahagian.
  6. masukkan inti ,kemudian lipat seperti segitiga sehingga ke hujung.
  7. gamkan hujung kulit popia dengan sedikit bancuhan tepung gandum.
  8. goreng samosa dengan api kecil sehingga kekuningan.
  9. angkat dan boleh dihidang.

rempah tumis/penumis







Wednesday, 5 September 2012

laksa kari


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua,jutaan terima kasih untuk semua atas ucapan tahniah buat zila ...terima kasih jugak atas komen-komen yang indah..zila akan jadikan ianya sebagai penyuntik semangat untuk terus aktif berblog.sokongan anda amat-amat zila hargai..i love u all..



Apa khabar semua??..sihat tak?..mesti masih ada lagi undangan open house yang menanti kan..sebulan beraya..samalah kita..apa-apapun kesihatan nak jugak kena jaga..makan ikut kemampuan..ditakuti akan mengundang penyakit pulak nanti..he hehe nie kiranya nasihat untuk diri sendiri jugaklah..almaklumlah semua makanan yang dihidangkan amat-amat membuka selera.






Rasa dah lama tak mengupdate blog..biasalahkan kalau dah mula bercuti..nak memulakanya balik memang la malas..idea pun macam dah kurang ..he hhe..dari hari kehari bertangguh..bukannya tak memasak..kadangkala nak snap gambar rasa macam malas jew..





oklah..jom cerita bab masak-masak pulak,hari ini nak share satu lagi resepi..
laksa kari..atau kari laksa..sebenarnya beberapa hari nie tekak teringin benar nak makan mee kari..kalau beli kat kedai biasanya memang tidak menepati citarasa.lagipun zila memang kurang minat dengan mee kuning..bukanlah tak makan terus..tapi jika ada alternatif lain memang zila tak masak mee kuning..so untuk resepi ini zila gantikan dengan mee laksa..zila gunakan laksa basah dan beli mee laksa yang pendek-pendek..biar mudah dimakan.






Biasanya kalau resepi masakan zila pakai agak-agak jew.apa yang kurang dan apa yang nak kita lebihkan pandai-pandailah kita rasa.senang cerita ikut selera dan tekak kita...tapi tak sama kalau kita buat kek atau kuih ..semuanya mesti disukat dengan tepat..jom sama-sama semak resepi...dan pada sesiapa yang sudi nak mencuba silakan yer..



Laksa kari : zila4ever.blogspot.com

Bahan - bahan
1 paket laksa basah
1 paket tahu sponge
1 keping  fish cake - lebihkan jika suka
Ayam - setengah ekor dicincang kecil
2 batang serai - dititik
penumis 4 sekawan
1/2 peket serbuk kari - saya guna babas
1 kotak santan
2 sudu kerisik
daun kari.

bahan kisar
4 biji bawang merah kecil
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu cili kisar - boleh dikurangkan
segenggam udang kering

Bahan iringan

timun - disagat
mangga muda - disagat
taugeh 
limau kasturi
telur rebus 
bawang besar hiris

cara-caranya
  1. celur laksa basah seketika dan ketepikan..
  2. panaskan sedikit minyak,masukkan serai yang telah dititik dan penumis 4 sekawan serta daun kari.
  3. masukkan bahan kisar,masak sehingga wangi dan harum.
  4. masukkan serbuk kari dan tumis hingga sedikit garing.kemudian masukkan ayam gaul rata..masak sehingga ayam sedikit kering .
  5. kemudian masukkan santan,suaikan air mengikut kepekatan yang anda mahukan..jangan letak terlalu banyak air.
  6. masukkan tahu sponge,fish cake dan kerisik..perasakan garam,saya tak letak asam keping sebab saya akan perahkan limau kasturi semasa menghidang..
  7. selepas masak bolehlah dihidang bersama bahan -bahan iringan.
  8. selamat mencuba.














Monday, 27 August 2012

zila4ever in online kitchen magazine




Assalammualaikum
selamat hari raya..salam sejahtera dan salam sayang semua..apa khabar semua??..sihat tak??..alhamdulillah zila sihat seperti biasa..wahhh masing-masing masih dalam mood raya kan..he hheee samalah dengan zila..kalau kat johor nie kitaorang raya sampai sebulan..minggu nie masing-masing masih sibuk dengan berbalas-balas kunjugan..mengunjungi jiran tetangga dan sahabat handai..sambil bermaaf maafan..itulah indahnya suasana raya kan..




terasa rindu nak mengupdate blog..rasa macam dah lama sangat tak kesini..almaklumlah masing- masing pun sekarang nie tengah sibuk beraya kan..oklah hari ini tak ada resepi yang nak dikongsikan ..cuma..nak share salah satu majalah online keluaran  media glam sdn bhd..majalah yang baru dua bulan dilancarkan ..zila diberi kesempatan mengisi ruang diedisi yang kedua..wahhhh gembira tak terkata..he hheeh
first time dengar majalah kitchen online bila saya dihubungi wakil  majalah iaitu puan Mastura Burhanuddin melalui facebook ..pada awal bulan julai yang lalu..



Jutaan terima kasih pada pengurus besar Media Glam Dato Dr Fadzilah Mohd Ali,terima kasih juga buat puan mastura sebab sudi menjemput akak zila mengisi ruang dimajalah ini..terasa terharu sangat sebab zila antara blogger yang paling kerdil jika dibandingkan dengan blogger-blogger lain yang lebih berpengalaman..almaklumlah blog zila nie belum sampai setahun..kiranya masih baby lagi la nie.:) kali ini zila digandingkan bersama kak ct dari dapur ct dan ijan dari blog resepi ..dua blogger besar yang amat terkenal dan zila kagumi..


Dimajalah ini zila kongsikan empat masakan yang zila pernah cuba ,mastura mintak zila tambah lagi 3 resepi biskut untuk syawal..tapi zila tak dapat nak tunaikan sebab time itu zila agak sibuk,nak cari pic lama-lama pun tak ada..h ehhee almaklumlah blogpun tak sampai setahun ..so masakan pun masih tak banyak lagi..:)..buat mastura lepas nie boleh jemput akak lagi yer..:) pada penyumbang-penyumbang resepi asal zila ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi...semoga ilmu yang kita ada dapat dikongsikan bersama..






buat pengunjung-pengunjung blog zila4ever ..terima kasih atas sokongan kalian.terima kasih atas komen-komen yang indah...tanpa kalian mungkin zila tak sampai ke tahap ini..i love u allz ..zila jadikan ianya sebagai penyuntik semangat..untuk lebih rajin mengupdate blog dimasa akan datang yer..;)


Kitchen online boleh dilayari dan dibaca secara online di http://www.mediaglam.com/majalah/kitchen-august-2012/










Thursday, 16 August 2012

Pineapple and bluberry tart - salam lebaran buat semua yang tersayang


Assalammualikum
salam sayang dan salam sejahtera semua..pagi khamis yang mendung jew kat area rumah zila nie..kalau nak mengemas rumah memang sedang elok la kan..tak la penat sangat kan.tapi semua kerja-kerja mengemas telah zila siapkan sebelum ini...almaklumlah rumah tak besar mana..tu yang tak berapa nak kemas sangat..he hee.



hari ini pelajar-pelajar sekolah dah mula bercuti kan..best la diorang leh pergi cari baju raya..tambah-tambah mana yang kurang kan..ank zila tak beli baju lagi..hari ini baru nak pergi beli..memang saja nak beli last-last minute..nak rasa meriah sikit..h ehhe hee alasan :)





pada sesiapa yang tak sempat buat kuih raya ..hari ini kalau dah start cuti bolehlah buat kuih kan..kalau tak nal buat boleh beli jew..biasanya kalau kerepek-kerepek zila jarang buat..beli jew senang..kalau biskut2 memang tak pernah beli..zila lebih suka buat sendiri.. kata orang setahun sekali kan..bila buat sama-sama dengan anak baru terasa keseronokan nak menyambut hari raya...




inilah salah satu kuih raya kegemaran zila,tiap-tiap tahun mesti buat...kiranya wajib kalu tak ada macam tak lengkap jew rasa..zila suka buat tart gulung,suka letak inti banyak-banyak...baru rasa puas hati bila gigit..h ehhe hee..tahun ini zila buat banyak versi..anak zila tak suka tart nenas..so untuk dia zila buatkan tart blubery...




yang ini tart badam,zila suka tabur badam atas tart..malas nak sapu kuning telur..lagipun rasanya lebih sedap..pada sesipa yang malas macam zila nie bolehlah cuba yer..:) 
ok lah disini zila sertakan resepi yang biasa zila gunakan bila buat tart.jom semak resepi.



Pineapple and bluberry tart
oleh : zila4ever.blogspot.com


1 buku butter
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
sedikit essen vanilla
400 gram tepung gandum 
2 sudu gula icing jika suka - zila tak letak
1 sudu besar minyak sapi




cara - caranya

Pukul bersama butter minyak sapi hingga sebati.Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.Masukkan tepung gaul hingga sebati dan lembut.Panaskan oven.Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas dan bluberry yang telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang pembakar.Ulangi sehingga habis.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sempena menyambut syawal yang bakal tiba ini..zila menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika selama perkenalan kita di alam maya ini ada komen-komen zila yang menguris hati dan tidak menyenangkan .. almaklumlah zila hanya manusia biasa yang tak terlepas dari membuat kesilapan.
maaf zahir dan batin dari zila sekeluarga..
berhati-hati di jalan raya..semoga berbahagia bersama keluarga tersayang...i love u all ;)


Monday, 13 August 2012

biskut semperit



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua.semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik..dan dapat meneruskan ibadah puasa hingga kepenghujungnya aminn..




minggu ini sememangnya minggu yang amat- memenatkan..almaklumlah hari lebaran berbaki beberapa hari jew lagi..semua persiapan hendak dibuat..hari ini pulak la kereta zila nak meragam..aaiiishhhh pandai betul dia..time-time nak raya nie lah dia nak showoff  hehe ehe...aircond kereta  tue mengalami kebocoran.. terpaksa kena buat jugak kan..apa nak buat..





hari ini nak share biskut semperit  pulak,sesetengah orang panggil biskut dahlia .biskut ini permintaan anak zila..minat betul dia makan ..time berbuka puasa biskut ini dulu yang dia capai..zila buat satu adunan jew..dapat banyak jugak..selalunya kalau biskut semperit zila lebih suka buat semperit yang panjang..campurkan sikit serbuk koko dalam adunan tue..alahhaiii ..




biasanya bila buat biskut semperit berbagai-bagai resepi zila cuba...dan
resepi kali ini zila ambil dari quinnie,zila tergoda dengan resepi ini sebab q kata semperit cair dimulut..berkobar-kobar nak mencubanya..lagipun stok tepung ubi kat rumah tue banyak..haritu x perasan masih ada satu pack penuh..bila zila pergi kekedai..capai la satu lagi pack tepung ubi..bila time nak simpan baru terperasan ada lagi satu pack..waalllaaaa..x tau la nk wat apa banyak-banyak tue..bila baca resepi q pakai 1 cawan tepung ubi..rasa lega jew..luak la jugak tepung tue kan...q buat 2 color ..zila pun buat 2 color jugak tapi zila campurkan kedua-dua doh tue semasa nak tekan..zila pakai acuan tembaga pecah 15..lupa pulak nak snap acuan tue..he hehee 



buat q terima kasih atas resepi,buat kawan-kawan yang nak mencuba zila sertakan juga resepinya disini sebagai rujukan diri dimasa akan datang..jom semak resepi .

resepi asal:Resepi asal: Fb Nazian Nazir dan kak Busu Shamsiah
sumber  : quinnie 
Dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan
1 buku buttercup
3/4 @ 1 cawan gula halus
1 bji telur kuning
1 sudu teh esen vanila

1 cawan tepung ubi,*
2 cawan tepung kastad,*
2 cwan tpg gandum *( ayak semua tepung*) - zila kurangkan sedikit tepung gandum.

manik halus
sedikit pewarna pink.






Cara-caranya
  1. Pukul gula dan butter hingga kembang...kemudian masukkan telor kuning dan esen vanila...pukul sekejap je..janji sebati.....
  2. kemudian masukkan tepung2 yg telah diayak....gaul sebati guna tangan...buat hingga menjadi doh. doh tak terlalu lembik dan tak keras...pandai2 la agakye....kalau doh lembik tambah tepung gandum lagi...kalau doh berderai..tambah lagi butter...kemudian bahagi 2 doh dan letak satu pewarna pink dan satu warna asal. uli hingga warna rata. rehatkan doh dlm 15 minit kemudian baru leh terap.
  3. panaskan oven suhu150c...kemudian terapkan doh atas dulang..
  4. paip doh guna acu samperit. 
  5. taburkan manik hiasan dan bakar.











Thursday, 9 August 2012

frambozen kenari berkuaci


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang buat semua pengunjung zila4ever yang tak pernah jemu kesini...




alhamdulillah ibu jari yang bengkak tu dah beransur susut..dah tak berapa ngeri nak pandang..jutaan terima kasih pada kawan-kawan yang mendokan zila..dan thnks a alot yang memberi tips-tips berguna..i love u  yer..





mesti time-time macamnie kaum-kaum ibu tengah berfikir-fikir nak masak apa kan..samalah dengan zila...tak tau nak masak apa untuk berbuka..kalau layan selera kita sorang jew nie senang kan..apa-apa pun tak kesah..bab selera anak nie yang agak payah sikit..





oklah kita tinggalkan bab masak-masak..sekarang nie mood buat kuih raya..wahhhh masing-masing dah sibuk buat kuih kan..dalam minggu ini ramai yang dah show kuih masing-masing..tak tahan tengok ..semuanya sangat-sangat menggoda  tekak zila..he hehee rasanya kan macam semua-semua nak di buat..tapi disebabkan tak nak berlakunya pembaziran maka zila buat mana yang menepati citarasa diorang jew la..




untuk misi yang kedua dalam senarai kuih raya zila telah mencuba biskut nie..frambozen kenari.nama macam agak pelik sikit kan..tapiiii..waalllaaaaa memang sedap sesangat..nak kasi seratus peratus terbaik kat biskut ini..firstime tengok biskut ini kat dapur kakzu..lepastu  kak ita pun ada buat jugak zila guna resepi kakzu....dan  ramai jugak yang dah mencubanya..zila pun dah buat untuk kali kedua..pic diatas zila buat first tme ..sebelum puasa aritu buat.terima kasih kepada penyumbang resepi.



zila sertakan resepinya disini juga sebagai rujukan diri sendiri dan kepada sesiapa yang nak mencuba.

Biskut Frambozen kenari berkuaci
olahan : zila4ever.blogspot.com


Bahan A

250 gm tepung gandum/redrose
110 gm gula icing-dikurangkan sebab rasanya agak manis

110 gm serbuk badam

195 gm butter

1 biji telur kuning
80 gm susu tepung


Bahan B
Topping
TENGAH...jem respberry secukupnye
TABURAN....almond flakes  dan kuaci

Bahan C

Royal icing
60  gm putih telur
80  gm gula castor
2 tbsp tepung jagung
* Putar putih telur dan gula hingge menjadi meringue.Masukkan tepung jagung, kacau dengan kaedah kaup balik.







Cara-caranya
1. Putar butter dan gula icing, masukkan kuning telur, masukkan tepung, susu tepung dan serbuk badam. Jadikan doh

 ( jika adunan masih lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit )
2. Lapik tray 12x12x2 dengan kertas ( 1 adunan ini cukup untuk 1 tray )
3.Letak adunan dan tekan padat,cucuk dengan garpu permukaan doh,bakar sehingga masak lebih kurang 30 minit pada suhu 170c.
4.Bile dah masak  sapu jem serta royal icing . Barulah di tabur badam flakes dan kuaci.
5.Bakar lagi selame 20 minit.  ( tambah lagi mase membakar 1 jam pade suhu 100 C untuk mengeraskan royal icing )
6.ketika masih panas potong kepada beberapa bahagian yang disukai.
* biskut ini sangat rapuh*
7.biarkan biskut sejuk,kemudian barulah diangkat.
* Boleh  juga menggunakn loyang cutter*








Tuesday, 7 August 2012

jejari snow almond



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..semoga semuanya sihat-sihat yer..terima kasih atas kesudian singgah ke blog zila nie..dan sentiasa sudi meninggalkan komen-komen yang indah..i love u all alot..:)
dan seperti biasa zila akan membuat kunjugan balas antara lambat dan cepat jew tau..





diam tak diam dah setengah bulan  kita berpuasa..rasa sekejap betul masa berlalu..zila pulak tak berapa sihat  dua tiga hari nie..batuk pun tak baik-baik..kaki kanan nie pulak tengah sakit..haritu terlebih rajin pasang langsir raya..tiba-tiba terjatuh ..so ibu jari nie bengkak sampai ngeri nak pandang..he hhee tu la kan..tak berhati-hati..





dalam bengkak-bengkak kaki nie pun masih kena jugak teruskan kerja..tak boleh nak berehat..kalau kita berehat jawabnya tak ada sapalah yang nak uruskan diorang nanti..
hari ini nak share satu biskut raya ..tak lama lagi dah nak raya kan..mesti masing-masing dah sibuk membuat persiapan kan..ok lah biskut nie memang menjadi kegemaran kami sekeluarga..mr hubby macam kurang sikit sebab dia tak minat coklat..tapi dia makan jugaklah walaupun tak banyak..
untuk kali ini zila buat versi panjang-panjang..versi jejari..tahun lepas buat 2 versi ..bulat-bulat dan petak panjang..he hehe suka hati la kan..bentuk apa-apapun ok asal boleh ngappp:)




resepi asal dari MYR..resepi ini memang yang terbaik pernah zila buat..walaupun banyak resepi-resepi lain yang ada dalam simpanan tapi zila berminat dengan resepi ini.
dan pada sesiapa yang nak mencuba..disini zila sharekan resepinya disinii juga sebagai rujukan diri sendiri dan kawan-kawan yer.selamat mencuba..




resepi asal : umifeeza
dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com

Jejari Almond Snow

Bahan A
200 gram butter
100 gram gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi
1 biji kuning telur

Bahan B
220 gram tepung gandum
70 gram tepung ubi
50 gram nestum dikisar
40 gram badam kisar
1 sudu besar susu tepung

Hiasan
coklat masakan dicairkan
white breadcrumb



cara-caranya

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang