Pages

Thursday, 11 February 2016

oreo slice kek


Salam khamis..
masih dalam mood bercuti kan..sebab budak sekolah naik hari Ahad bagi negeri johor dan negeri lain yang cutinya Jumaat dan sabtu..tapi bagi yang bekerja kerajaan dan start kerja dari hari rabu lagi..nampak jiran-jiran dan mula sibuk seawal pagi lagi.hari ini kami tak kemana-mana pun..tapi awal pagi dan keluar pergi sarapan sebelum menghantar anak sulung iqbal kerumah kawannya..
singgah kejap pasar,plan nak cari lauk untuk masak tengahari tapi penjual ikan masih lagi tutup..lengang pulak pasar hari ini..adalah beberapa gerai yang jual sayuran..last-last zila tak beli apapun..terjumpa mak kawan iqbal dipasar..sembang sekejap..almaklumlah lama sangat tak jumpa.zila kalau dah start borak memang lambatlah nak stop..he hee hee..

ok cerita kek pulaklah..Oreo slice kek.zila buat tahun lepas jugak tak salah masa cuti sekolah,kes nak habiskan biskut oreo yang ada..anak zila muhammad nie kalau makan biskut memang ambil sebelah bahagian jew ..bahagian inti yang melekat dibiskut..yang tak lekat inti dia tak makan..dipaksa makan pun memang tak nak..jadi kumpulkan jewlah yang sebelah lagi tu..lama-lama penuh balang.
puas pikir nak buat apa..nak makan macamtu jew pun abangnya tak suka..kalau bagi zila pun tak minat jugak..kurang sebenarnya zila makan biskut.cari-cari resepi kek yang berasaskan oreo jumpa resepi kak ita nie..terus jew buat..terima kasih kak ita perkongsian resepinya.alhamdulillah tak membazir biskut tu.

zila buat kek span guna loyang empat segi,senang sikit nak potong kecil-kecil...lagipun kek tu zila bawak balik kekampung..kalau nak habiskan kami anak beranak memang berhari-harilah nanti simpan di peti sejuk..kalau bawak balik kampung anak sedara ramai yang bercuti kerumah emak..sekejapan jew habis kek nie...alhamdulillah rezeki diorang..insyaalah jumpa lagi nanti sampai disini dulu kali ini..

'Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang'




KRIM COKLAT
3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu


  • Larutkan gelatin dan air
  • Cairkan coklat masakkan gelap
  • Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan/double boiler. 
  • Masukkan gelatin dan putar lagi.
  • Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
  • Masukkan krim telur dan terus putar
  • Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata ketepikan.
  • Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
  • Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  • Masukkan krim di dalam piping bag.
  • Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan. 


Kaedah Penyediaan
2 keping kek span coklat
Krim coklat
Oreo di hancurkan atau di kisar kasar
Mini Oreo untuk hiasan
Sedikit air Nescafe ~ jika suka

  1. Letakkan sekeping kek coklat atas lapik kek
  2. Basahkan kek dengan sedikit air nescafe. Anda boleh masukkan air nescafe dalam sprai dan spray pada kek . Spray sedikit aje jangan sampai kek basah lencun pulak ya.
  3. kemudian ketakkan krim coklat di atasnya ratakan
  4. Taburkan oreo yang telah di kisar
  5. Ulang proses yang sama
  6. Letakkan kek span coklat
  7. Spray dengan Nescafe
  8. Letakkan krim coklat
  9. Akhir sekali letakkan Oreo hancur
  10. Simpan dalam peti ais
  11. Bila krim dah mengeras bolehlah di potong
  12. Hiaskan kek dengan krim dan kepingan oreo atau apa-apapun untuk menambahkan lagi keindahan kek slice anda.

KEK SPAN COKLAT
CHEF AMER majalah saji

4 biji telur gred A

180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base
  • Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok.
  • Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
  • Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  • Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan.
  • Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
  • Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun
  • Bila dah gebu, tutup mixer.Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata.Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  • Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  • Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C.Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah.Bakar selama 30 ~ 35 minit
  • Proses yang ini kena fahamkan betul-betul ya
  • Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven.Biar dia sekejap lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
  • Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek.Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit
  • Lepas tu terus terbalikkan semula.Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti..Ingat kek span ni dia sensitive sikit.Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan.

Tuesday, 9 February 2016

Shepherd's Pie


Assalammualaikum
Happy chinese new year buat sahabat yang berbangsa cina.kalau sebut bangsa cina memang terkenal dengan sikap kuat kerjanya..berpuluh tahun zila bekerja dan berkawan dengan bangsa cina,dari segi budaya,adat, makanan hinggalah sifat diorang memang zila dah kenal sangatlah..kalau nak dikira kawan cina lebih ramai dari melayu..
Cara kerja diorang pun memang sangat berbeza..rajin dan tak pernah jemu..walaupun kadangkala gagal tapi tak mudah putus asa..itulah yang paling zila respect..


Shepherd pie..macam biasalah buat dah banyak kali sebenarnya..bila free malam-malam macamni barulah dapat korek gambar-gambar lama..
nama jew shep tapi sebenarnya guna daging lembu sepenuhnya..sesiapa yang tak pernah cuba buat memang rugi..sebab tersangatlah sedap..masa harijadi anak sulung zila haritu dia request pie nie jew..katanya takpayahlah buat atau belikan kek..buat pie dangan bakar tiram letak cheese tu jew dah cukup..alhamdulillah senang kerja ibu..he hee sempoi betul permintaan tu..


Resepi sepenuhnya zila ambil dari dapur kak amie,terima kasih kak berkongsi resepi..resepi asal dari alton brown di food network..betul kata kak amie gelihati tengok video diorang buat shepherd pie nie..inti zila pun nampak pucat sebab guna bahan apa yang ada didapur jew..sayuran campur memang anak zila tak makan ..terutama kacang peas..cuma letak carrot dadu dan zila lebihkan lada hitam..biar pedas bahang sikit mulut..kentang zila guna yang jenis kulit putih dekat aeon ada jual ..satu paket 6rm..sedap kentang jenis nie..lembut dan cepat empuk.rebus sekejap pun dah ok.

Masukkan dalam bekas kecik-kecik senang nak makan,untuk nampak lagi menyelerakan zila taburkan cheedar cheese,letaklah berapa banyak mana lagi banyak lagi sedap..kalau tak nak letak pun boleh.sapukan kuning telur yang ditambah dengan pewarna kuning ..sapu pada kentang dan cakar-cakar sedikit dengan garpu...oklah sampai disini dulu kali ini ..jumpa lagi next entry ..


Bahan-bahan inti pie
600 gram daging kisar 
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
1 cawan cendawan shiitake segar- hiris kasar
1 cawan jagung tin
1 cawan kacang peas
1 cawan lobak merah  cincang
1 cawan puree tomato
50 gram keju parmesan
150 gram cream cheese
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan lada hitam - tumbuk 
1/2 cawan minyak zaiton
2 ketul stok / kiub daging 

Cara membuatnya

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging berubah warna.
  3. Tambahkan lobak merah, jagung, cendawan shiitake, dan kacang peas. Gaul sebati.
  4. Seterusnya masukkan puree tomato, cream cheese dan keju parmesan.
  5. Untuk melengkap rasa masukkan serbuk oregano, lada hitam serta kiub daging.
  6. Setelah masak bahan inti, pindahkannya ke dalam bekas tahan panas untuk dibakar dalam oven. Seterusnya kita sediakan bahan untuk mashaed potato pula.


Bahan mashed potato
1 kg kentang Holland - buang kulit dan potong - potong
2 batang leek - hiris nipis
80 gram mentega
200 ml susu segar - dipanaskan seketika
satu sudu teh lada hitam tumbuk
1 kiub daging
cheedar cheese secukupnya

Cara membuatnya

  1. Rebus kentang hingga hampir empuk. Masukkan hirisan leek dan masak lagi hingga kentang empuk. Toskan airnya.
  2. Tambahkan mentega dan susu segar, kiub daging & lada hitam ke dalam kentang.
  3. Lenyek kentang hingga hingga hancur.Seterusnya letakkan kentang tadi di atas inti pie.
  4. Parutkan cheddar cheese secukupnya,masukkan kedalam oven dan bakar sehingga kekuningan angkat dan makan semasa masih hangat.


Sunday, 7 February 2016

churros

Assalammualaikum
dah tiga minggu rasanya tak jengah laman sosial..baik fb blog ig jugak..nak kata sibuk sangat-sangat tu taklah..cuma kadang-kadang mood tu off secara tiba-tiba..banyak perkara yang berlaku selama tiga minggu kebelakangan ni,disamping anak dan ibu demam adalah juga sedikit perkara yang merisaukan zila..tapi alhamdulillah semuanya ok,zila sentiasa berfikiran positif,setiap dugaan yang datang sebenarnya disertakan hikmah yang sangat indah..hanya kita sebagai hambanya kadangkala kurang sabar dan suka mengeluh..tapi bila memandang kebawah baru sedar ujian yang Allah beri itu cuma kecil..ada yang diberi ujian lagi hebat tapi tetap tabah dan redha disamping berusaha.


Hari ini ramai kawan-kawan dah start bercuti,ramai pulak kawan-kawan keutara minggu ni,zila dan family tak merancang nak kemana pun,minggu lepas emak datang seminggu dirumah,tapi tak dapat bawa emak bershopping sebab zila demam muhammad pun demam.suami pulak sejak bulan oktober haritu dah kena balik semula bertugas di HQ dayabumi,jadinya kami anakberanak dijohor.semalam petang baru dia balik jb..tu yang agak terbatas sikit nak berjalan.

Churros nie dah lama zila buat,masa tengah fames orang buat haritu,ujung tahun lepas..rasa macam cream puff sebenarnya..memang sedap cuma nak paip tu memang agak susah sikitlah,macam blogger SK cerita kat blognya..he he hee gelihati pulak baca..tapi memang betul zila buat pun sama sampai pecah paiping beg tu dikerjakan..macam tumbuh bisul..he heee hee..resepi sepenuhnya zila ambil dari blog kak ita,terima kasih kak resepinya..sesiapa nak rasa kenalah buat ye..memang sedap kalau dicelup dengan coklat cair..lepas goreng tu terus tabur gula jangan tunggu sampai sejuk nanti gula tak lekat macam zila punya tu lambat tabur gula sebab ahmad dah tarik-tarik baju..tak sempat nak celup kegula..celup lebih kurang jewlah..zila tak letak serbuk kayu manis sebab kurang minat pulak.oklah sampai sini dulu hari ini..malam nie plan nak kerumah kawan ada buat bbq katanya..orang jemput makan jangan ditolakkan..ok jumpa lagi..


CHURROS
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder - zila guna tepung naik sendiri
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk salutan
sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )

Cara membuatnya

  • Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
  • Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  • Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel.
  • Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
  • Biarkan sebentar
  • Sementara itu bolehlah panaskan minyakSediakan nozel bintang.
  • Letakkan dalam piping bag.
  • Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.
  • Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap.
  • Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
  • Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
  • Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya
  • Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
  • Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.
  • Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.

Sunday, 10 January 2016

gyoza & wonton



Hari ini mood masing-masing tak nak makan yang berat-berat...ermmm tapi masing-masing boleh tahan ke..biasanya kalau buat gyoza atau wonton..orang melayu panggil wantan je senang nak sebut..nasi dan lauk pun memang kena masak jugaklah..setakat makanan macamnie buat alas perut diorang jewlah..

Resepi gyoza,wantan dan dumpling sebenarnya kurang lebih sama je..dulu zila pernah buat dumpling dan pernah share disini..


Keadah kali ini zila buat versi kulit garing sedikit..makanan macamni memang kena makan panas..kalau dah sejuk memang kurang sedap..tapi bila dah sejuk boleh panaskan balik bila time nak makan lagi.
Untuk kulitnya zila beli yg dah siap di aeon ada dijual..kalau pasaraya kecil kadang susah sikit nak jumpa..tapi pada yang rajin boleh buat kulit tu sendiri..tak susah mana pun..tapi kena gelek nipis dan terap dengan acuan bulat.kulit yang putih untuk gyoza dan kuning untuk wantan.

Intinya zila letak sama untuk keduanya..setelah dirasa keduanya zila lebih suka wantan,lembut dan sedap anak pulak lebih suka gyoza..wantan ni bisanya orang lebih suka digoreng ataupun dibuat sup..tapi sekarang ini mood baru nak diet masak macamnilah..kurang sikit minyak,kalau yang dibuat sup tu macam kurang suka pulak.
zila buat dalam kuantiti yang banyak,frozenkan bila teragak nak makan tinggal panaskan senang kan?
Jom semak resepi semoga dapat membantu adik-adik yang baru berjinak dengan dunia masakkan.


Gyoza/wonton
Bahan inti
1 ketul dada ayam bahagian isi - didadu halus
1/4 bawang besar holland - didadu
1 pokok daun bawang-dihiris halus
1 cawan kobis - dihiris halus
2 biji bawang putih-diparut halus
1/2 inci halia - diparut halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam jika perlu

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan inti kecuali daun bawang,kobis dan tepung jagung.
  • Gaul rata kesemuanya,masuk kobis dan daun bawang.sebatikan
  • Kemudian masukkan tepung jagung gaul rata.
  • Simpan didalam peti ais selama setengah jam.tutup mangkuk dengan plastik wrap ye.
  • Sediakan kulit wonton dan gyoza secukupnya
  • Untuk gyoza-masukkan inti ditengah tengah kulit gyoza sapu sedikit air pada keliling bahagian atas kulit gyoza kemudian lipat seperti membuat lisu/sketting meja makan
  • Untuk wanton-ambil inti letak ditengah-tengah kulit wonton ..kulit wonton berbentuk 4 segi temukan bucu atas menjadi segitiga,gamkan dengan telur.
  • Kemudian lekukkan sedikit bahagian tengah yang ada inti,temukan kedua bucu dan gamkan dengan telur.


  • Sediakan kuali dan sapukkan sedikit minyak bijan,susunkan gyoza dan wantan kedalam kuali.
  • Biarkan kulit sedikit garing.
  • Apabila sudah agak kering tuangkan air,aggaran setengah permukaan gyoza..jangan sampai penuh ya airnya.
  • Kemudian tutup kuali dengan tudung,masak sehingga air kering.
  • Apabila sudah kering,letak sedikit minyak bijan di sekeliling kuali.masak lagi sehingga permukaan bawah kulit menjadi garing.tutup api dan hidangkan bersama sos cair.


Bahan sos
Kicap cair,sos cili,gula,cuka,halia,daun bawang dan sedikit air.campur kesemuanya.







Tuesday, 5 January 2016

Masakkan pakistan langkah demi langkah - tq saji

Entry pertama pembuka bicara 2016.Selamat tahun baru semua sahabat blogger dan pembaca setia blog zila.selamat kembali ke sekolah semula untuk anak-anak ..
Ditahun ini anak sulung zila akan menduduki peperiksaan SPM.diam tak diam besar dah abang..jadinya tahun ini banyak masa kena korbankan untuk menghantar anak ke tuition.sekarang yurun tuition pun dah mahal.kalau ambil pakej pun harga tetap sama.bila semuanya naik kita sebagai ibu harus bijak dan kena berjimat cermat..mana yang tak perlu kena kurangkan.kena dahulikan apa yang betul-betul penting.

Untuk 2016 SAJI  adik ezanawaty telah mempelawa zila meyajikan masakkan pakistan untuk keluarannya awal tahun baru..kali ini agak menarik kerana langkah demi langkah cara memasak disertakan..kadang-kadang tengok gambar yang dah siap je agak susah nak faham.. bila disertakan gambar lebih mudah dan bersemangat kita nak cuba kan..

Sebenarnya masakkan Pakistan memang senonim dengan zila..almaklumlah bersuamikan orang pakistan secara tak langsung masakkan diaorang mempengaruhi hidangan kami hari-hari.terima kasih pada suami..adik ipar yang banyak mengajar.banyak perbezaan sebenarnya dari segi cara kita orang melayu memasak..masakkan pakistan kebiasaanya overcook seperti sayuran yang dimasak agak lama tapi hasilnya memang sedap.

5 resepi masakkan pakistan zila kongsikan kali ini,sesiapa yang nak mencuba dapatkan resepinya dimajalh saji january 2016.Gambar kulit majalah saji kali ini amat menarik..nampak lebih segar.terima kasih saji.


* oleh kerana semalam ada rakan fb dari singapore yang tak dapat majalah saji disana so zila sertakan resepi2 masakkan pakistan dibawah..tapi zila x sempat lagi nak edit pic langkah demi langkah..sebab pic zila semuanya besar2 kalau nak show kat blog nie mmg kena resize kecikkan sikit..kalau tak memang slow nak load..untuk langkah demi langkah ada dimajalah saji yer..tq pada semua pembaca blog zila..salam sayang.

 chicken pulao


Chicken Pulao
Bahan stok ayam
1 sudu kecil ketumbar biji
1 batang kulit kayu manis
½ sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
3 biji buah pelage
1 biji bawang besar – dibelah 4
1 batang cili hijau
1 biji tomato – dibelah 4
2 ulas bawang putih – dibelah dua
½ ekor ayam
4 ½ cawan air

Bahan nasi
2 cawan beras basmati – direndam 20 minit
4 sudu besar minyak zaitun
11/2 sudu kecil cumin
1 biji bawang besar – didadu
½ inci halia – didadu kecil
1 sudu besar yogurt
½ sudu kecil lada hitam
2 biji lada cili- hiris halus

Cara membuatnya
1.      Ambil bekas masukkan ayam yang telah dibersihkan,tambahkan air dan bahan stok ayam.masak selama setengah jam.
2.      Apabila ayam sudah masak angkat dan toskan airnya,asingkan ayam.
3.      Panaskan periuk dengan minyak zaitun,masukkan cumin tunggu sehingga cumin meletop kecil dan keperangan.
4.      Masukkan bawang,halia dan hirisan cili hijau sehingga keperangan dan sedikit gelap,jangan sampai hangus.
5.      Kemudian masukkan ayam kacau rata,masukkan lada hitam dan yogurt kacau sehingga sebati.
6.      Tambahkan 41/2 cawan air stok ayam,tunggu sehingga air mendidih.setelah mendidih masukkan beras,masukkan sedikit garam,tutup periuk  dan masak sehingga nasi lembut.
7.      Sedia dihidang.

Chicken Tikka


Chicken Tikka
Bahan-bahan
2 ketul dada ayam – dipotong kecil
1 sudu besar  cili serbuk
1 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk ketumbar
¾ cawan yogurt
1 sudu kecil halia –ditumbuk
1 sudu kecil bawang putih – ditumbuk
1 sudu besar jus limau
Garam – secukupnya
1 biji bawang besar – dipotong kotak
1 biji lada benggala merah – dipotong kotak
Lidi - secukupnya

Cara membuatnya
  1. Bersihkan ayam lap dengan kertas tisu,masukkan ayam kedalam mangkuk.Masukkan serbuk cili,serbuk garam masala,serbuk ketumbar,jus limau,paste halia dan bawang putih,gaul rata.
  2. Kemudian masukkan yogurt gaul lagi.
  3. Masukkan bawang besar dan lada benggala.Gaulkan kesemuanya.
  4. Ambil lidi dan cucukkan ayam berselang seli dengan bawang besar dan lada,buat sehingga habis.
  5. Kemudian perap semalaman di dalam peti Ais,selepas semalaman bakar didalam oven suhu 200c sehingga ayam garing dan masak sepenuhnya.sedia dihidang

Chickpea Salad

Chickpea salad
Bahan
1 biji tomato – di potong dadu
1 batang timun – dipotong dadu
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 biji buah zaitun hitam – dihiris nipis
2 pokok daun ketumbar –dihiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
½ sudu garam masala
1 tin kacang kuda – cuci dan toskan
½ biji lemon ambil airnya
Garam secukupnya

Cara membuatnya
1.     Satukan kesemua bahan yang telah didadu didalam satu bekas,gaul rata.
2.     Masukkan kacang kuda dan gaul sehingga sebati.
3.     Kemudian masukkan daun ketumbar,lada hitam,garam masala dan garam gaul rata sehingga semuanya sebati.
4.     Perahkan setengah biji lemon dan sebatikan rasa.
5.     Sedia dihidang.
Aloo Gobi

Aloo Gobi

Bahan-bahan
2 biji kentang saiz sederhana – dipotong kecil
2 cawan kubis bunga
1 sudu kecil cumin
1 biji bawang besar – didadu
1 sudu kecil halia tumbuk
1 sudu kecil bawak putih tumbuk
½ sudu kecil serbuk kunyit
¾ sudu serbuk cili
½ sudu kecil serbuk  jintan putih
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk garam masala
1 biji tomato – dihiris dan ditumbuk kasar
1 batang lada hijau – ditumbuk kasar
Daun ketumbar – secukupnya
Garam - secukupnya

Cara membuatnya
  • 1.       Panaskan sedikit minyak,masukkan cumin sehingga berbunyi pop.Masukkan bawang besar masak sehingga bawang layu dan lembut.
  • 2.       Masukkan halia,bawang putih tomato  dan cili hijau yang telah ditumbuk,tumis lagi hingga naik bau.
  • 3.       Kemudian masukkan serbuk ketumbar,serbuk lada,serbuk jintan dan serbuk kunyit ,tumis lagi sehingga sedikit kering.
  • 4.       Masukkan kentang dan kubis bunga kacau rata,masak sehingga kentang dan kubis bunga lembut.kemudian masukkan serbuk garam masala dan garam,kacau rata.
  • 5.       Tambahkan daun ketumbar dan kacau rata.Sedia dihidang.




Matar Ka Pilau
Matar ka pilau
Bahan-bahan
3 cawan beras basmati
4 sudu besar  minyak zaitun
3 sudu kecil biji cumin
1 biji bawang besar- didadu
2 sudu kecil garam
51/2 cawan air
1 cawan kacang peas

Cara membuatnya
1.      Cuci beras dan rendam dalam 20 minit,kemudian toskan,panaskan minyak dan masukkan biji cumin,masak sehingga sedikit keperangan dan berbunyi pop.
2.      Masukkan bawang besar dan garam kacau rata,masak sehingga bertukar menjadi keperangan.
3.      Kemudian masukkan air,setelah air mendidih masukkan beras kacau sedikit dan tutupmasak sehingga beras lembut.
4.      Setelah kering masukkan kacang peas kacau rata dan tutup,masak sehingga 3 atau 4 minit lagi.Kemudian tutup api.sedia dihidang.



Thursday, 24 December 2015

Nasi ayam hainan lagi..



Salam MAULIDUR RASUL bagi umat islam.
Bersempena dengan cuti umum hari ini dapatlah meluangkan masa menulis blog petang-petang macamni..sebenarnya dari awal pagi kami sekeluarga dah keluar rumah..bersarapan bersama diluar..kemudian pergi servis kereta..sambung pulak ambil rodtx ins kereta suami yang habis tempohnya semalam..lepastu terus beli barang-barang keperluan dapur dan kelengkapan sekolah Iqbal..gitu gini ..sampai rumah dah nak pukul satu tengahari..ermmm cepat betul masa berlalu..kain baju tak berbasuh lagi..menimbun ..yang tak berlipat adalah setengah bakul..


Bila Muhammad dah tido  baru boleh bukak lappy edit sikit gambar masakan yang lama terperap..kadang-kadang berhajat sangat nak update blog sekerap yang mungkin..tapi tulah..lumrah ada anak kecik yang tengah ligat..he hee kena dulukan mana yang penting kan..
Nasi ayam hainan lagii..ermm tulah..bila hari-hari mengadap dapur fikiran pun buntu nak masak apa..pusing-pusing nampak ayam..kih kihh..so masak nasi ayam jewlah senang dan mudah..anak-anak pun suka..
tapi kali ini zila cuba resepi dari dapur FHA..nasi ayam hainan terlajak sedap...teruja nak cuba sebab ayat terlajak sedap tu yang memanggil-manggil kita nak buat..


Kebiasaannya ayam yang telah direbus kemudian dimasukkan kedalam air ais tak perlu lagi digoreng..tapi resepi kali ini kita goreng sekejap  secara touch n go..jadi ayam kelihatan lebih menarik dan lebih selera untuk dimakan..untuk nasi pulak kita tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk kelihatan sedikit kekuningan..untuk versi nasi ayam hainan yang biasa zila pernah buat disini
Alhamdulillah habis seperiuk kami anak beranak kerjakan nasi ayam ni..he hee..memang sedap ..jimat duit tak payah makan diluar..boleh makan bertambah-tambah lagi..


Nasi Ayam Hainan 
sumber :Intai-intai Dapur FHA

Bahan A (Sup)
Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Bahan B
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara-Cara Memasak Sup
1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
4 Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B


Bahan C (Perapan ayam)
Kicap masin 'Kipas Udang'
2 sudu besar Sos Tiram
Cara-Cara Memasak Ayam
1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C. 
2. Perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya 

Bahan D-1(Nasi)
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
Bahan D-2
6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Cara Memasak Nasi
1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.


Bahan E (Sambal Cili)
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam
Cara Menyediakan Sambal Cili
1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Bahan F (Kicap)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam
Cara Menyediakan Kicap
1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih

Bahan G
Timun
Tomato biji
Daun Salat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang