Pages

Monday, 1 October 2012

apple - asam kulit limau



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..




1 oct 2012  sekejap dah berakhirnya september..cepat betul masa berlalu kan..hari isnin yang malas..he hhee biasalah kalau orang bekerja nak menempuh hari isnin memang malas betul..sebab dah best bercuti dua hari kan..he hhee




hari ini saya tak masak.. periuk dah saya gantung tinggi-tinggi..makan epal jew..aaiisshh boleh kew??..oklah hari ini tak ada show masakan yang best-best..cuma  apple dan asam kulit limau jew..pernah buat tak?..mesti semua pernah makan kan..



seperti yang semua sedia maklum apple mempunyai banyak khasiat kan..antaranya Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.




air liur dah meleleh nie..he hee..sedap betul asam kulit limau nie..selain apple boleh jugak kita tabur pada buah-buahan lain..jambu batu paling the best..sangat sedap..



cuci buah apple bersih-bersih kemudian potong nipis,rendam dalam air garam dan limau nipis supaya tidak lebam.. blender kulit asam limau dengan pengisar kering..kalu nak tabur gula sedikit pun boleh..



kemudian taburlah pada buah-buahan yang digemari..biasanya zila tabur pada nenas ..aritu masa family datang zila hidangkan sebagai pencuci mulut..sekejapan jew dah habis..
tapi jangan kerap diamalkan ...sebab asam kulit limau nie tak elok untuk kesihatan..sesekali tak apalah kan..he heh hee.ok lah buat pengunjung tqvm.zila akan membuat kunjugan balas  yer..antara cepat dan lambat ok..dan tq atas komen-komen yang indah..


bye semua ..( O _ 0 )




Thursday, 27 September 2012

apam mekar pandan




Assalammualaikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua..





selamat petang semua..
aiisshh cepatnya dah petang..he hhe hee plan nak show awal-awal pagi..akhirnya terbabas hingga ke petang..dah makan tengahari ke belum??..zila hari ini makan sangatlah awal..pukul 11.30 dah makan nasi kerabu..hari nie perut rasa lapar sangat-sangat..padahal dah makan apam kat atas tu beberapa biji..tapi masih tak menampung...heh hee.



dah lama betul tak makan apam mekar,dulu-dulu memang rajin sangat buat ..time tue tak ada blog lagi..macam-macam pesen dan colour saya bagaikan..sampai naik jemu makan..



tapi apam nie memang zila tak pernah rasa jemu  nak makan..suka sangat dengan kelembutanya..resepi zila ambil dari dapur hazila..cuma zila tambahkan perisa pandan..zila suka masakan hazila nie ..semuanya sedap..dan pic dia pun semuanya cantik-cantik..tapi sampai sekarang tak kenal lagi orangnya..:)..





thanks hazila atas perkongsian resepi nie..zila follow semua tips yang berguna tue..dan inilah hasilnya..kepada follower baru tqvm zila dah follow balik semuanya yer..dan terima kasih atas komen-komen yang indah dari pengunjung ..i love u allz..insyaalah zila akan membuat kunjugan balas yer..bye semua.





Apam Mekar
Resepi asal - Fatmah bahalwan
                  - hazila my small  kitchen

bahan -bahan
225gram gula pasir
2 biji telur
250 gram tepung gandum
1 teaspoon ovellate
1 teaspoon baking powder
150ml air soda - sprite
1 teaspoon pandan paste
pewarna yang digemari



cara-caranya

  1. siapkan pengukus-biar wapnya keluar dengan banyak -penting
  2. pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang (warna akan bertukar krim atau keputihan) - sangat penting
  3. masukkan ovellate dan pukul lagi
  4. ayakkan tepung dan baking powder.
  5. masukkan tepung berselang seli dengan air sprite.
  6. pukul hingga kental dan pekat..
  7. bila ambil sesudu adunan dan tuang kembali,adunan akan ambil masa untuk jatuh semula kedalam bekas.
  8. masukkan perisa pandan.bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  9. letak pewarna yang digemari.
  10. susun papercup dalam acuan lompang.
  11. tuang kedalam papercup secara berselang seli..hampir memenuhi papercup.
  12. kukus sehingga 20 minit.
  13. sedia dihidang





















Tuesday, 25 September 2012

onde onde - buah melaka





Assalammualaikum..
salam sejahtera dan salam sayang semua pengunjung blog yang disayangi.



bersua kembali..
sebenarnya nak show semalam kuih onde-onde nie..tapi masa tidak meyebelahi saya..semalam agak sibuk ..banyak kerja-kerja office yang nak diselesaikan so saya terpaksa padamkan niat nak berceloteh disini he heh ee terpaksalah saya pulun habis kerja yang ada..



mata nie pulak terasa nak terpejam jew..biasalah semalam kan hari isnin..memang hari yang paling malas nak memulakan sesuatu..lagipun badan nie terasa penat sebab sabtu lepas semua adik beradik zila datang beraya..he hhee oleh kerana syawal haritu jadual sangat padat.. habis syawal baru sempat nak jemput diorang semua datang kan..tak apa lah kan asal semuanya dapat berkumpul..

untuk menghilangkan rasa mengantok  ..so saya bukak la lagu shila hamzah..yang menang Asian Wave 2012..sedap pulak shila nanyi lagu mandarin..jatuh hati saya mendegarnya...tahniah shila..cantik sangat shila hamzah nie kan..




oklah cerita bab masak-masak pulak,
onde-onde atau buah melaka..memang sinonim dihidangkan time bulan puasa kan..tapi time bulan puasa tue langsung tak berkesempatan saya nak buat..
tapi tekak nie memang teringin sangat nak makan.


buat kuih nie memang senang kan..
oleh kerana dah lama saya tak makan onde-onde..jadinya tanpa kesedaran dah berbiji-biji masuk kat mulut..hehhehee memang sedap..zila suka buat colour hijau camnie..nampak lembut jew.. ok lah terima kasih atas komen-komen yang indah..insyaallah zila akan membuat kunjugan balas yer..antara lambat dan cepat jew..bye semua..



Onde-onde - Buah melaka

300 gm tepung pulut 
sedikit tepung gandum - 2-3 sudu besar
2 ketul gula melaka - dipotong kecil
25 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
½ biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari



cara-caranya

  1. Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
  3. letak gula melaka di tengahnya dan tutup semula.
  4. Jerang air panas hingga menggelegak. Masukkan kuih tadi.
  5. Angkat bila kuih timbul dan golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.


Thursday, 20 September 2012

jemput-jemput tofu jepun



Assalammualikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua.




bertemu lagi didapur kecik zila4ever..terima kasih pada yang sudi bertandang..dan terima kasih pada yang sudi mencuba resepi-resepi yang ada disini..dan tq yang sudi add zila di fb..semoga persahabatan yang terjalin dialam maya ini akan terus berkekalan..




hari ini nak kongsi jemput-jemput tofu jepun..mesti ramai yang pernah buat kan..nie la sarapan kami semalam..dah lama tak makan jemput-jemput..ingat zaman kami kecik-kecik dulu..dapat makan jemput-jemput pun dah rasa sedap sangat..cicah pulak dengan sambal tumis..waallaaa sedapnya..h ehe he he





tapi semalam tak ada sambal tumis bagai,he hehe cicah sos jew la..malas betul nak buat sambal..resepinya sama macam jemput-jemput biasa,cuma zila tambahkan tofu jepun..dilenyek hingga sedikit hancur..zila guna 2 ketul tofu...dapat banyak jugak la.




lepas dilenyek,campurkan hirisan daun sup,hirisan bawang besar,sebiji telur dan kentang yang didadu kecil-kecil..zila letak kentang tu lebih sebab zila suka rasa kentang yang banyak.kemudian taburkan sedikit garam halus..letak tepung dan air biasa..agak-agak sendiri ok..janganlah keras dan lembik sangat..



zila tak bancuh dengan air panas sebab tofu nie dah melembutkan jemput-jemput tue..lepastu bolehlah digoreng ..sampai ptg pun masih lembut..tak akan keras...
oklah selamat mencuba pada sesiapa yang nak cuba yer..bye semua ..





Tuesday, 18 September 2012

gerang asam


Assalammualaikum


salam sejahtera dan salam sayang semua..
dah bercuti 3 hari rasa seronok pulak kan..he hehee..malas betul nak memulakan kerja hari ini..tapi perasaan malas memang tak boleh diikutkan sangat..habis semua kerja tak akan menjadi..betul tak?



dah makan tengahari semua?..
pasti semuanya dah kenyang kan..ada yang dah tengah fikir-fikir nak masak apa untuk menu makan petang pulak..zila tak makan tengahari lagi nie..hari nie perut rasa tak sedap pulak..cuma makan kerepek pisang jew..



oklah jom cerita pasal masak-masak pulak..bila zila show balik pic nie..terasa terliur la pulak..hari ini nak share asam pedas style nyonya melaka..rasanya lebih kurang macam asam pedas johor juga..tapi bagi zila lagi sedap yang style nyonya macamnie...
resepi asal dari chef florence cukup terkenal dalam dunia masakan ..dan keseluruhan resepi nie zila ambil dari dapur ibundo -ayam gerang asam-. zila suka singgah kedapur beliau..semua masakannya sedap-sedap..terima kasih daun keladi buat dapur ibundo..i love u ..

zila tukar ayam kepada ikan keli,atas permintaan bujang kecik kat rumah nie..he hehe  ..dia memang minat makan ikan keli..pada sesiapa yang nak mencuba..silakan..jom semak resepi ..







Keli Gerang Asam
Resepi asal - chef florence
                 - dapur ibundo


bahan - bahan
6 ekor ikan keli

Bahan blender
30 biji cili kering - kurangkan jika tak suka pedas
5 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar serbuk belacan 

70 gram asam jawa + 1300 ml air
sehelai daun kunyit dicarik-carik
1 batang bunga kantan dibelah dua
beberapa helai daun limau purut
beberapa batang daun kesum
2 sudu besar serbuk ikan bilis




cara - caranya
- Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.  Lamanya proses ini agak-agak 10 ke 15 minit.  Pastikan bahan tumis benar-benar masak. 
- Masukkan ikan,masak sekejap.
- Masukkan air asam jawa bersama bunga kantan, daun kesum, daun limau    purut, daun kunyit, serbuk ikan bilis dan garam. 
- Masak sehingga kuah pekat. perasakan garam dan sedia dihidang. 



selamat mencuba






Friday, 14 September 2012

enoki mushroom tomyam





Assalammualikum..
salam sejahtera dan salam sayang  semua pengunjung blog zila. diharap semuanya happy always..terima kasih atas komen-komen yang indah..zila pasti akan membuat kunjugan semula..antara lambat dan cepat tau..i love u ..

Enoki Mushroom


sekejap  jew dah hari jumaat. atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ .

tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. 





ok lah hari ini nak share satu lagi masakan..kiranya masakan yang memang kerap zila hidangkan buat keluarga kecil zila.

memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak zila kalau buat tomyam macam ini...   pernah makan x?
rasanya amat-amat sedap..kadang-kadang zila tak letak bahan-bahan yang banyak..cuma udang dan enoki mushroom nie jew ..siapa yang pernah rasa mesti akan jatuh hati..




zila buat tomyam ini semalam,dua tiga hari nie tekak rasa nak makan sup-sup ataupun tomyam..hari-hari sampai buntu tak tau nak masak apa..nak makan diluar memang dah jemu..so plan dengan anak nak buat enoki tomyam.pergilah kami berdua ke jusco mencari bahan-bahan yang diperlukan..



Resepinya seperti tomyam  biasa..cuma bezanya ada penambahan cendawan enoki..rasanya lembut..bila dah bercampur dengan kuah tomyam lagilah sedap..sebab ada rasa masam-masam dan pedas.bagi zila tomyam lebih sedap jika kuahnya pekat..kalau cair memang zila tak minat..biasanya zila letak air tak banyak sebab suka pekat..dan aroma dari daun limau dan daun ketumbar memang zila suka..oklah jom semak resepi tomyam yang mudah..



Enoki mushroom tomyam 
by - zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan
enoki mushroom - 1 paket 
beberapa keping - udang,ayam dan sotong
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji bawang putih - ditumbuk
cili padi merah ditumbuk - ikut kepedasan masing-masing
2 batang serai - diketuk
sedikit daun ketubar
5 helai daun limau purut
2-3 sudu besar pes tomyam
perahan air limau 
4 cawan air - ikut kepekatan masing-masing
beberapa biji tomato - potong 4

cara-caranya
tumis  bawang putih dengan sedikit sahaja minyak..hingga sedikit kekuningan.
masukkan ayam kacau sebentar dan tutup,sehingga air ayam keluar.
kemudian masukkan air biar hingga mendidih.masuk serai,cili padi dan bawang besar,daun limau dan pes tomyam.
masukkan enoki mushroom dan tomato.last masukkan perahan air limau.perasakan semuanya dan sedia dihidang.



 selamat mencuba - bye semua 











Wednesday, 12 September 2012

kek zebra

Assalammualaikum




salam sejahtera dan salam sayang semua..
buat adik-adik yang ambil exam UPSR semoga dapat menjawab dengan tenang,dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang nanti..sama-sama kita doakan..




Dah sarapan semua?
jomlah singgah rumah zila jemput makan kek zebra ini sama-sama..:)
sebenarnya kek zebra ini zila buat pagi ahad lepas..memang dah lama keep resepi ini..menunggu saat-saat yang sesuai jer nak buat..plan nak buat time raya haritu..time-time semua ahli keluarga semuanya berkumpul dibawah satu bumbung..h ehhe hee..kalau makan ramai-ramai kan best..sekali adap terus boleh cuci pinggan..dapatlah semua merasa..



Tapi itulah..kita hanya mampu merancang..tapi tuhan yang dapat menentukan..jadi pagi ahad baru sempat merialisasikan apa yang telah dihajati..dengan berbekalkan sedikit kerajinan..dan demi untuk suami  nak bawak balik KL..so memang wajib buat la..


kek ini memang sedap dan sangat-sangat gebu,cara pembuatannya pun amat mudah.zila ambil resepi dari dapur kakzu..dan resepi asal dari CHEF AMY HENG - secret recipes book..terima kasih kepada kedua-dua insan ini yang sudi berkongsi resepi ..zila tak tabur almonds nips..tapi zila ganti dengan kuaci dan almond flaks..sebab stock kedua-dua tu banyak kat peti ais zila..


oklah zila panjang-panjangkan lagi resepinya disini,kepada semua memang harus dicuba tau..terasa rugi pulak zila keep resepi ini lama-lama sangat..he hhee..sepatutnya dari dulu zila dah buat..he hhe hee...rugi..ok lah..tak nak cerita banyak jomm salin resepi ..dan selamat mencuba ..bye semua..:)


Resepi asal - Chef  Amy Heng - secret recipes book 
dikongsi bersama - kakzu semanis gula 

Kek belang zebra

bahan bahan
A: 250 gm telur putih - dalam petisejuk 
50 ml cold water
170 gm gula castor
1 1/2 tsp ovelette
2 kuning telur
200 gm tepung superfine - ayak
3/4 tsp double action baking powder - ayak
1 tsp vanilla

B: 170 gm butter - cairkan 
2 sudu besar susu pekat

C: 2 sudu besar serbuk koko

cara-caranya
  1. Putar kesemua bahan A hingge kembang dan gebu.
  2. Masukkan bahan B dengan memutar speed paling perlahan.
  3. Ambil 1/3 adunan dan masukkan serbuk koko.
  4. Sediakan loyang 9 inci dan gris kannya.
  5. Scop kan 2 sudu besar adunan original ke dalam loyang dan scop kan 1 sudu adunan coklat .Ulang hingge habis dan taburkan almonds nibs di atas nye. Setelah di bakar akan terhasil lah belang nya.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 50 minit.

tips ~ jika kek sudah garing di atas nya tetapi kek masih belum masak  ~ tutup kan bahagian atasnya dengan aluminium foil dan teruskan membakar hingga kek masak dengan sempurna.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang