Pages

Wednesday, 13 January 2021

Onde - onde Buah Melaka Bunga Telang



 Assalammualaikum,Bersua lagi kita,PKP 3 nampaknya kita kan..Bila kes semakin menigkat,terutama bagi negeri penyumbang ekonomi terbesar di Malaysia.maka jalan terbaik memang kena PKP.walaupun ada segelintir yang mengeluh tapi lebih elok rasanya dari kes semangkin menigkat.

Walaupun tak ada PKP kami memang selalu dirumah je,jarang dah nak  merayap lama diluar sejak covid ada ni.keluar pun hanya sekejap.pergi makan dan beli barang keperluan..nak berjalan jauh masih tak ada mood lagi.

Ok cerita onde-onde buah melaka bunga telang pulak.
Disebabkan bunga telang banyak dirumah maka guna jewlah ,sayang pulak terbiar dalam botol,aritu berangan nak buat kuih serimuka,tapi rasa malas tu menyelubungi pulak..tunggu rajin nanti adalah kuih serimuka muncul kat sini.
Nak buat nasi kerabu pun malas jugak,suka sebenarnya makan nasi kerabu ..lagi kalau ada solok lada ..menambah jadinya makan.
Resepi shara disini buat rujukkan diri sendiri je..dan kalau ada yang nak cuba bolehlah buat ya.senang jew ni..pejam mata siap ha haaa..ok jumpa lagi nanti.


Bahasa Malaysia
Onde - onde Bunga Telang
@zila_norazila

Bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan jus bunga telang - 20 kuntum atau lebih bunga telang rendam dengan air panas
1 ketul gula melaka - racik/dadu
kelapa parut secukupnya - guna bahagian putih
sedikit garam
2 helai daun pandan untuk rebusan

Caranya
Campurkan semua bahan,uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
Rebuskan air dalam periuk bersama 2 helai daun pandan.
Racik atau potong kecil gula melaka.
Ambil sedikit doh leperkan dan masukkan sedikit gula melaka.
Tutup doh dan bulatkan.
Masukkan kedalam air yg mendidih.Biarkan onde-onde hingga timbul dipermukaan baru boleh angkat. 
Dah angkat terus masuk dalam air masak biasa.,toskan sekejap.
Lumur dengan kelapa yg dah dicampur dengan sedikit garam.
Sedia dihidang.

English
Onde - onde Bunga Telang 
@zila_norazila 

Ingredients 
2 cups glutinous flour 
2 tablespoons wheat flour 
1 cup of telang flower juice - 20pcs or more telang flowers/butterfly pea (soaked in hot water) 
1 piece of Malacca sugar/palm sugar - dice 
Grated coconut to taste - use the white part 
a little bit of salt 
2 pandan leaves for stew 

Instruction

Mix all ingredients, knead until the dough does not stick to the hands.
Boil water in a pot with 2 pandan leaves.
Mix or cut into small pieces of Melaka/palm sugar. 
Take a little flattened dough and add a little Melaka/palm sugar. 
Cover the dough and roll it out,make until finished.
Put it into boiling water, Leave the waves until they appear on the new surface can be lifted and put in regular boiled water .. lift. Spread with coconut that has been mixed with a little salt. 
Ready

10 comments:

mama sara nur said...

salam zila
betul akak pun setuju PKP,yg terbaek
onde onde salah satu kuih kesukaaan he hee kalau dulu2 msa kecik bila puasa je dpt mkn kuih ni
dan wajib ada hari2
skrg mcm2 variasi dah, ank bujang akak tu kadang2 request bila nak mkn so tumpang la skali
cantik kaler pepel bunga telang tu, leh try ni
akak punya bunga telang kat pagar taska ni dah merinbum he hee boleh petik

Amie said...

Bagus sungguh gunakan bunga telang sebagai pewarna, menyihatkan!
Mak Kak Amie pernah pesan, kalau rebus keledek ungu, boleh gunakan airnya untuk buat adunan kuih. Jadi tak perlu guna pewarna.

Syaz Eym said...

Unik, first time tengok yang warna biru

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

dh lama nk cuba buat.. tp xbt2 jgk... save dlu la resepi..

Azhafizah MN said...

Cantiknya warna onde onde bunga telang. kreatif kak zila :)

zila norazila said...

Betul mmcm variasi kn ..boleh petik tu ..keringkn ..boleh buat mcm² kn..ni pun kdg x terpetik nuri..hihii..

zila norazila said...

Betul kledek ungunpun dh cukup terang colour dia kn..lg cantik klu djdikn pwarna mknn.

zila norazila said...

😁😁cantik.jgk kn purple²

zila norazila said...

Ok nnt free² leb buat dik

zila norazila said...

Guna mna yg ada jew ni dik nk byk bunga telang..x tau nk buat apa hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang