Pages

Thursday, 5 December 2019

Laman Perikanan - Karnival HPPNK 2019

Cerita penutup,
sementara mood rajin mengadap blog dan sementara cerita masih dalam ingatan kita kasi hupdate habis cerita karnival HPPNK nie.

Nak melengkapkan rondaan kami ke karnival ni maka inilah laman terakhir yang saya masuk,disini nampaknya orang tak berapa nak ramai..mungkin bukan bahagian makanan orang pun agak malas nak tengok.ada yang masuk sekejap  dan pusing balik.
Masuk di pintu depan ada ramai orang isi foam,entah apa yang diorang tulis,tak terniat pulak nak menyebukkan diri bertanya.nampak orang ada agihkan surat khabar Harian Metro secara percuma.
Banyak info tentang laut dan kehidupannya serta banyak jugak info tentang pulau-pulau yang menarik dinegara kita.saya hanya snap gambar dan berlalu sepi tanpa membaca banyak info disitu.


Ini gigi ikan apa pun saya tak baca info di tab sebelah..ada dua tiga orang budak sekolah kerumun disitu nak baca info lanjut.kita bagi laluan dekat budak-budak sekolahlah ..kita yang dah remaja tua ni boleh je cari info kendian.

Yang menjadikan pergerakkan terbantut di laman perikanan inilah dia,dah start balik perut dia sakit.oklah lebih elok rasanya balik dari tengok muka sedih macamtu.
Nak hujung-hujung pusing balik nampak staf beri penerangan tentang udang galah,sesiapa yang berminat nak menternak udang banyak jugak info dan maklumat yang diberi.

Ok sebelum melangkah keluar sempat lagi snap gambar kapal,dan dan kebelakng lagi tu saya tak sempat nak ronda.entah apa yang menarik lagi disana.
  Lembu Sado pun tak sempat nak ambik gambar..nampak banner di tepi jalan snap jewlah.

Cuaca luar yang panas lit lit..pergi kekereta dan jomlah kita balik Muhammad.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang