Suasana cuti sekolah kali ini yang bertembung dengan raya aidil adha memeriahkan lagi suasana hari raya yang selalu orang kita sambut biasa-biasa je..
Apa lagi yang menarik bila adik beradik dapat bersua muka..borak panjang ..mestilah acara makan -makan kan..
Antara menu raya haji kami ..ikutkan family kami memang suka makan..dari kecik memang kami macamtu..ikut arwah ayah ..kalau bab makan memang tak lokek..raya haji kali ini kami buat potluck adik beradik..senarai makanan dah kami listkan..dan masing-masing dibahagikan tugas memasak dirumah masing-masing dan pagi raya berkumpul makan bersama dirumah kakak ..bila semua adik beradik dan anak sedara berkumpul semuanya berjumlah 36 orang ..
Inilah antara menu yang terhidang dipagi raya adha kami..
digandingkan bersama paru sambal dan ayam goreng..sedap paru tu lembut je bila digigit..
Ayam goreng yang paling cepat habis..lariss betul..budak-budak suka betul dengan ayam..
Agar-agar gula melaka yang saya bawak..buat pencuci mulut..
Yang ini kakak yang buat bubur pulut hitam..sedap pekat elok..akak memang pakar kalau bab memasak lauk pauk..semua masakkan dia memang menjadi pujian ramai..tapi kalau bab kuih dia tak minat dan berapa pandai sangat nak buat..
Serunding kelapa ..fav saya nie..rasa sedang elok rasa manis2 sikit..pedas2 sesuai sangat kalau makan dengan pulut.
Roti jala..digengkan bersama kuah kari..tak tersnap pulak gambar kuah kari..yang ni pun laris..
Kalau keluarga kami memang wajip ada ketupat..tak kesahlah yang anyam atau rebus sendiri..kalau tak ada macam tak lenkap raya rasanya.
Kuah lodeh jangan dilupakan..yang ni adik ipar yang buat..
Rendang daging pun harus ada..gengkan dengan ketupat..yang ni saya yang buat..semalaman merendang ..gigih memasak 4 kilo rendang
Kuah kacang ..rasa dia macam kuah kacang sate..gigih akak belajar resepi kuah kacang ni dengan pakcik area rumah dia ..dia kata pakcik tu kuah dia mabless..akak pun buat ikut resepi pakcik tu...memang letopps sedap..seimbang sangat rasa dia manis2..terbaikk ..
Mee rebus pun ada..air tangan akak
memang makan sampai lebam raya haji kali ini..
Geng yang digandingkan bersama mee rebus..ada telur rebus ..taugeh celur..lada hijau hiris ..limau sambal..bawang goreng..seronok betul rasa borak-borak..lepas tu makan..sampai kemalam baru semua beransur balik..
7 comments:
Salam aidiladha
Pelbagai menu raya, nampak sedap2
perghh! menggoda segala menu nya. haha. nasib baik perut kami kat sini dah kenyang lunch. haha
Sedap sungguh menu Raya Zilla, Meriah 😍
warisan petani
masing-masing bawak menu sendiri tu yg banyak ..meriah jadinya
Umi Nazrah
hihii kami kalau tengok balik pic nie jadi lapar pulak..ttiba nak mkn ketupat lg acamnetu ha haa
cahayahidupku
hihii makan sampai bontang ..naik terus penimbang hameekkk
Sambal paru dan lodeh...erm sedapnya.
Post a Comment