Pages

Wednesday 20 July 2016

Biskut semperit


Dah 15 syawal hari ini.dalam sedar tak sedar setengah bulan syawal kita tinggalkan.kalau duduk dikampung dah senyap orang pun dah tak datang beraya lagi.tapi jika duduk dibandar open house masih lagi berterusan sehingga hujung syawal nanti.
ditempat zila marhaban pun baru nak bermula pada 22 julai berterusan sehingga 30julai nanti.
Tahun ini sebenarnya zila kurang buat kuih raya.hanya 3 jenis biskut yang sempat dibuat itupun hanya 1adunan sahaja.anak-anak pulak makan tak nak berhenti..semua biskut raya dah habis dirumah.tinggal kuih semperit ni je itupun tak sampai setengah balang.


kalau kuih semperit sebenarnya zila lebih suka versi yang panjang-panjang.daripada yang bunga macamni.kalau yang panjang tu kalau lepas keluar dari oven terus makan alahai sedapnya..terasa kat tekak ni lah..he hee hee .sekarang ni resepi semperit bermacam-macam banyak dah di baik pulih ditambah susu pekat.tapi zila lebih suka semperit yang biasa..yang macam mak-mak kita dulu buat..tak nak yang cair dimulut..
Banyak sebenarnya resepi semperit yang zila dah cuba..sebenarnya kurang lebih sama jew.cuma kalau yang di tambah susu pekat ianya lebih melt dimulut.

ok untuk kali ini zila cuba resepi norien kitchen yang dikongsikan di fb.sekarang ramai yang berkongsi resepi di fb.antara rajin dan tak jewlah untuk kita mencuba kan.zila guna acuan tembaga pecah 14.sesiapa yang berkenan bolehlah  buat .kuih semperit ni sangat mudah nak buat..budak sekolah pun boleh buat..

Resepi Semperit 
Bahan-Bahan
300 gram mentega /butter
160 gram gula aising
2 biji kuning telur gred A
2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
250 graam tepung gandum
100 gram tepung jagung
150 gram tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
manik hiasan atau coklat cip

Caranya
Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.
Uli sampai sebati.
Tambah tepung jagung jika masih lembik.
Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.

7 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

cantik kejadian semperit zila tu..tahun ni kak atie kuih tunjuk jerrrrr

zila norazila said...

Zila pun ada 3 jenis yg tunjuk k.tie..ha haa malas jgk ni

Kakzakie Purvit said...

Zila buat kuih apa pun nampak sedap.
Sekarang kuih tunjuk banyak yg sedap jadi makin malas kakak dibuatnya Zila.
Kakak cuma buat popia gulung/gunting letak nestum dan cornflakes madu aje.

zila norazila said...

tq k.zakie..termalu dengar nie..ha haa btul lah kak kkdang bahan2 nk buat tu lagi mahal.lagi senang kalau tunjuk jew..zila pun buat yg simple2 je kak.kalau yg kerepek beli je.

Unknown said...

Salam. Boleh tak tunjukkan acuan yang digunakan ni. Cantik la bunga dia

thathoa said...

p6c40m7k68 d7l16i3i58 w7e47l6m76 h7a80d6h49 m2n36f6r71 s0m26s0n87

Unknown said...

z4y53u4p92 z4u25u9t18 c4m55f0o90 c5p05s9y12 l7a45v3m13 j7z26a3m69

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang