Pages

Monday, 7 January 2013

dried bonito - murtabak sadin cracker

Assalammualikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua...


Bersiaran kembali di hari isnin yang indah..semoga semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas seperti biasa..semanjak dua menjak nie mood nak makan nasi macam kurang..bila sesi persekolahan dah bermula ..duty pun kembali seperti biasa..7.30 baru sampai kerumah..

dan bila dah sampai kerumah lambat.. mood nak masak nasi pun dah jadi malas..so kami biasanya masak yang simple-simple jew asal boleh mengenyangkan..



Murtabak memang dan senonim dalam masyarakat malaysia..letaklah inti apapun pasti ada penggemarnya tersendiri..biasanya jika kami ke pasar malam memang wajib beli..lepastu kami mintak ditambah telur lagi sebijik..baru rasa power sikit..h ehhee hee..


murtabak sadin cracker nie zila buat hari sabtu aritu..ramai bloger yang dah buat..dengan inti yang berbagai..mengikut citarasa masing-masing kan..terima kasih kepada pencetus idea resepi ini..disini zila olah dengan cara zila sendiri..kali ini buat versi sadin pulak..sebab dah beberapa hari lepas zila ada masak daging..so masing-masing masih rasa jemu nak makan daging..



rasanya memang sedap..dan mengenyangkan..pada sesiapa yang masih tak mencuba memang kena buat ..baru tau kesedapanya..
zila letak mayonis dan taburan bonito kering ataupun fish flakes..sebab stock nie ada kat rumah..so letak jew la..pada sesiapa yang nak beli bonito nie ada dijual di kedai barang-barang kuih..biasanya kalau kita ke kedai roti diorang tabur bonito kering nie atas bun tuna..bagi zila rasanya sedap..



anak zila kata sedap bila ditabur dried bonito tue..tapi hubby zila tak suka..dia cakap macam makan kertas..he hhee ..dia lebih suka yang ada mayonis jew..tekak masing-masing kan..oklah jom semak resepi yang mudah nie.

terima kasih pada pengunjung dan follower atas komen-komen yang indah..dan buat follower baru.. zila akan follow kamu balik yer..harap boleh tinggalkan link anda..bye semua..^__^



Dried bonito
Murtabak Sardin Cream Crackers

Bahan inti
1 tin sadin kecil 
1 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - didadu
sedikit halia - dihiris
cili kisar -ikut kepedasan yang dikehendaki
sedikit serbuk kari - 1 sudu atau lebih.
Sedikit rempah ketumbar

Cara -cara 

  • tumis cili kisar sehingga naik bau..masukkan bawang merah,halia dan putih sehingga sedikit kekuningan.
  • masuk serbuk kari dan rempah ketumbar masak seketika hingga sedikit kering.
  • masukkan sardin yang telah dihancurkan.
  • suaikan rasa dan tutup api.


Bahan lain
beberapa keping biskut kracker
1 cawan santan 
hirisan daun sup
bawang besar - didadu
telur - secukupnya

hiasan
dried bonito dan moyonis secukupnya

cara-caranya

  • sapu keliling loyang dengan minyak atau alaskan dengan aluminium foil
  • celupkan biskut kedalam santan seketika kemudian susun di loyang sehingga penuh ruang loyang.
  • ambil inti sadin dan ratakan di permukaan biskut tadi..
  • kocok sebiji telur dan campurkan sedikit daun sup dan tuang diatas lapisan sadin tadi.
  • ulangi langkah diatas sehingga inti habis.
  • tutup lapisan yang terakhir dengan lapisan telur dan lebihan santan.
  • bakar sehingga masak lebih kurang 45 minit..170c
  • angkat dan potong..sapukan moyis dipermukaan dan tabur dengan dried flakes.
  • sedia dihidang.





31 comments:

Kakcik Nur said...

Ambil masa juga nak makan ni, tapi nampak sedap. :)

Gee® said...

ermm...nyam2x... sedapnyaaa murtabak

Ops! nak tanya sikit la zila, kenapa k.gee tak boleh upload pic dlm blog yer? adoiii...

Mori Said said...

Salam zila... Yummmy nya.... murtabak sardin

Mori Said said...

Salam zila... Yummmy nya.... murtabak sardin

Marsita yahya said...

salam Zila cayang...murtabak mmg sedap kan...

:: Mrs.Eady :: said...

yumeeh!

ady said...

as-salam
looks fabulous deliciously

Rohah said...

salam kak..
diet ehh...he heee
aah la kak,ramai yg dah buat murtabak kracker..kita ni tunggu Q insyaAllah, tp ntah bila..nggak bisa diramal..hihi

yan's cottage said...

salam ZILA....
nampak mengamcam lah...lepas nie boleh cuba tq untik resepi....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer zila murtabak tu.. ni boleh dikategorikan sebagai murtabak modern kan? hehe.. anak2 akak mesti suka ni.. dried bonito tu dulu akak ada beli utk buat takoyaki.. tp versi halus2 punya.. tak perasan pulak kalau ada yg jenis kasar2 tu... ada ye kat kedai bakeri? dulu akak beli kat jusco...

hazila said...

Wah menu fusion ni yek... kreatif gitew.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Zila, kat rumah sy rasanya mesti buat dengan daging sebb org dlm rumah ni tak mkn sardin kecual sandwich, urmmm, nak cari daging.. nak cari daging...

Nooriah Abdullah said...

salam Zila. tak pernah tengok cik bonito tu kat mana ada jual jakunis sikit ni kak noor sbb nampak sedap tu murtabak ayoyo/..

Asyifa Mustaffa said...

Menarik juga resepi ni....klau dah boring mkn nasik....biskut tu pun...karbo gak tu....bole smpn dulu ni resepi nie....:-)

Sama la kita kak....memalam dah x bole sngt nak mkn nasi....jarang sngt....hehe....M

sudipVSsenduk said...

kalau makan takoyaki, selalu mintak lebih bonito... sedap

Fiza Rahman said...

Sedapnya. Saya ni tau salin resipi jer. Buatnya tak tau bila ☺☺

umi's cup cake said...

Salam Zila Sayang,
Apa khabar? semakin cantik2 gambar zila kan..cemburu rasa tapi azam thn ni nak jd rajin macam zila..sedapnya murtabak tapi paling umi suka kat jb tu di kampung melayu majidee..all time fav...

zila norazila said...

madihaa a.k.a ratna
akk klu di jb ada jual kt kedai brg2 kuih..tp biasanya mmg ada..zila beli 1 paket 15.00 tp dalamnya ada banyak..

Kakzakie said...

Mesti sedap nie. Pandi aje zila nak memggubah kan. Kalau jual pun mesti ramai nak beli nie.

citarasa rinduan said...

onsemmmmm

first time lihattt..
zila mmg kreatif.

cuaca panas.. mkn nasi mmg xngam

asmah yusof said...

Salam zila cyg.....
Sedapnya mirtabak tue...belum berkesempata buat...nnti kn try...;)

asmah yusof said...

Salam zila cyg.....
Sedapnya mirtabak tue...belum berkesempata buat...nnti kn try...;)

Hidayat Master said...

ade lagi variasi murtabak terbaru ye..nak try tp kompom xde juak kat kedai kan?
..dulu2 sy selalu buat murtabak magi..he2

tun_telani said...

Salam kak zila ^^ tun penah buat, guna resepi kak noorsha, murtabak sardin cracker. tun xleh go rasa sardin dia, tp hasben tun makan x berenti. hihi.. tu la, taste masing2 kan.

zila norazila said...

Alhmdulillah kak gee dh ok kan..:)

Shiela said...

Assalamualaikumm.. Akak datang nak ngendeng sepotong dua ni.. ada lagi tak cayang??.. hehee.. sedap ar nampak..

Mamasya22 said...

Aslmkum Zila.
tengok gambar puas dok fikir apa yg mcm daun kering atas murtabak ni...rupanya dried bonito...baru kali ni tengok. tp murtabak kraker nipun akk belum pernah buat...boleh kenyangkan dpt mkn 2-3 kpg..

Qasey Honey said...

slm syg kak Zila..
sgt mnarik kak resepi ni..QH klau daging mmg kureng skit..mesti sedapkn bile dgantikn dgn sardine...gmbr tip top cantik!!!

CT Delima said...

As'salam Zila..

nampak menarik, kak ct belum pernah cuba nanti nak cuba :)

cheq da said...

mesti cuba ni zila...tp kena buat time ct baru ada masa..nmpk sdp..yang selalu mak cheq da buat dia lapis inti kentang dan bakar...

Lesung Batu said...

salam Zila..teruja nak cuba tgk foto2 murtabak yg sedap ni..curlasstt sgt! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...