Pages

Friday, 9 August 2019

Samosa kentang yang tak pernah menjemukan

Ramai yang merebut peluang untuk berpuasa minggu ni ..sehinggalah ke hari arafah sabtu nie..
Pejam celik ahad ni kita dah nak menyambut hari raya Aidil Adha..
kalau disebelah johor sambutan hari raya haji memang disambut sederhana sahaja..selain dari masing-masing menunaikan ibadah korban dan balas membalas juadah dipagi raya..macamtulah suasana biasa yang saya lalui berpuluh tahun dari kecik sampai dah jadi remaja tua..

Tapi bagi suami raya korban memang istimewa..disana disambut lebih meriah dari sambutan hari raya puasa..dipakistan masing masing berebut nak buat korban..tak kiralah orang tu kurang berharta..biasa diorang akan korban seekor kambing.kalau yang agak berharta sikit diorang akan korban lembu atau unta..time nilah binatang korban akan dihias cantik untuk meraih pembeli ..
Memang disana diaorang mengutamakan sangat ibadah korban .

Kita cerita pulak tentang kuih samosa..
samosa melayu bukan samosa pakistan ye..nanti saya akan kongsikan samosa pakistan yang amat berbeza denga samosa melayu ni..tapi hari ni saya share resepi inti samosa je..cara buat biasa korang dah arif kan..lagipun senang je  guna kulit popia ..
Antara kuih yang paling saya suka..lagi-lagi time masih panas..kalau dah sejuk memang saya kurang minat nak makan..dengan inti yang penuh bila gigit terasa sangat nikmatnya..

Resepi inti kentang

Kentang  dalam 4 biji sederhana besar
Rempah kari 1 paket  bancuh dengan sedikit air
Rempah 4 sekawan
Daging kisar

Bahan kisar
2 batang lada merah besar
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Ketumbar biji  dalam 1 sudu besar
Jintan manis - 1 sudu besar
Jintan kasar - 1 sudu besar
Bilis kopek

Bahan lain
Daun sup

Caranya
1.Dadu kentang ..panaskan sedikit minyak dan masuk rempah sekawan..kemudian masukkan bahan kisar masak hingga wangi dan naik bau..
2.Masukkan rempah kari..kacau rata..dan masak lagi hingga pecah minyak.
3.Kemudian masukkan daging kisar ..masak hingga daging masak sempurna..masukkan  kentang dadu..kacau rata..tambahkan air..yang ni agak-agak..jangan banyak sangat..tunggu hingga air kering dan kentang empuk ..
4.Dah empuk boleh tambahkan daun sup.kacau rata dan boleh angkat..bolehlah sudukan dalam kulit popia.

Wednesday, 7 August 2019

Tteokbokki halal ..spicy rice cake..makanan mewah santapan diraja korea


Tteokbokki ..
Pernah tak rasa makanan Korea yang satu ni..pamess kan..iannya tergolong dalam ketogeri makanan mewah dan menjadi santapan diraja Korea dahulu..
masakkan yang simple sangat ..gabungan rice stick cake dengan sos merah yang pedas..ada rasa manis sikit..pedas dia tu bukan pedas biasa rasa membahang macamtu..kalau pedas melayu ni lain sikit..mulut pun rasa tebal je bila makan kuah dia..nasib ada anak yang tengah nak up kat rumah nie..laju jew dia makan..budak sekarang kalau makanan pemes macamni memang laju nak mencuba kan..

Inilah set Tteokbokki yang saya guna..
set ni kalau korang nak beli yang sure halal boleh cari dekat shopee..edaran Marimogo hq...atau fb dan ig Marimogo hq...lazada tak sure ada tak tapi kat shopee memang ada..saya pun firstime mencuba tteokbokki ni..hasil kerjasama/collaboration dengan Marimogo hq..

Ini dia kuah merah yang dimasak bersama stick beras tu..stick beras tu bila dah dicampur dengan kuah jadi lembut dan sedap sangat..walaupun pedas membahang tapi masih nak jugak makan hingga titisan terakhir..ha haa itulah penangan makanan korea..

Dan ini dia stick rice tu..
warna putih bersih berbentuk stick lebih kurang 5cm panjang ..yang menggunakan tepung pulut dan sedikit tepung gandum atau tepung beras..sebab tu lembut..

Cara nak masak dia senang sangat..
Panaskan air... biarkan mendidih sekejap..dah mendidih tuang sos merah tu dalam pan ..lepastu biarkan mendidih sekejap... masukkanlah stick rice tu..ok yang ni biarkan sampai stick rice tu lembut..nanti korang cheklah agak dah lembut tu boleh masuk accessories pilihan..

Satu paket tu saya masak untuk dua kali dan sos merah tu boleh bahagi dua..dah guna simpan dalam peti ais.kalau nak buat macam versi diatas tu..saya hanya tambah isi ketam dah hotdog hiris..bila stickrice dah lembut korang masukkanlah....bila semua dah lembut last saya masukkan mozzarella cheese..lepastu alih masuk dalam oven sekejap bagi cheese mencair dan permukaan sedikit kering..guna oven api atas je. masuk oven sekejap je tak payah lama..
angkat tabur bijan putih atau hitam..dah boleh makan..

Ok yang versi ni pulak saya letak fish ball..hotdog..ada telur rebus dan tabur daun bawang..saya tabur cheese jugak..sebenarkan ikut selera kita nak mix dengan apa..kalau nak kosong je pun bole..letak mee kering pun sedap..kalau nak lagi sihat tak payah guna fish ball ke..hotdog ke..lebih baih guna seafood..sotong .atau udang..lagi waalaaa kan..

Saturday, 3 August 2019

Vadei..vadaii ..masalodeh ..yang orang melayu suka makan

Setiap ahad agak rajin kami pergi ke pasar tani area dekat dengan rumah kami ni..disebabkan negeri johor hari cuti jatuh pada jumaat dan sabtu..so ahad muhammad kenalah pergi sekolah..kami suami isteri jelah yang selalu ronda-ronda..kadang iqbal pun join sekali kalau dia cuti..

Yang kerap kami beli biasanya nielah ..
Vadei..korang panggil apa..kalau saya memang panggil vadei je..dari kecik memang mak dah panggil gitu...kat sini diorang jual rm1  lima biji..sedap nipis leper..tapi yang saya buat ni kecik je tak leper pun..tapi rasa memang osemm..sedap jugaklah.

selain kuih vadai ..kami suka jugak beli kuih drum..atau orang panggil peniaram..comel2 je diorang buat ..sekali ngap hilang..hihii hii

Dah siap goreng..sambil goreng smbil mkn..enth brp biji hbis..tp mmg sedap klu makan pnas2
ok yang nie  buat versi yg x kering..yg kisar kering tu  kurang sukelh sbb keras tp garing..
yang ni versi kisar tmbah sikit air mmg agk lmbik sikit. tmbh sikit tpung gndum klu suke biar x lmbik sgt..tp x buh pun sbb suke rasa ori kcg dal tu.. buh lda kering n daun kari lbih.
.
.
vadai
kacang dal direndam 3 jam atau lebih
toskan tinggalkan segengam jgn kisar.
kisar ..ikutlah nk kering ke basah2
bawang besar potong dadu
lada kering gunting kasar
daun kari racik sikit
jintan manis
garam
perasa jika suka

campurkan kesemu bahan ..biar sekejp.
kmudian goreng mcmbiasa

Thursday, 1 August 2019

Kek chiffon Durian wangi semerbak


Kek Chiffon durian..
sedap jugak bila durian dibuat kek light macamni..dalam usia sebegini rasanya lebih suka makan kek yang simple mimple dari kek yang heavy..
Ikutkan kalau buat kek dirumah ni kurang laku..kecuali en suami yang suka makan..tapi dia lebih sukakan kek berat dan ada topping krim..tapi itu bukan fav saya pulak..

Kek chiffon antara kek yang mudah disediakan..tapi jika silap langkah ada kemungkinan kek yang diinginkan tak jadi..dan jadi bingka pulak nanti..

Kalau ikut step yang betul pasti jadi..yang penting telur putih dan kuning jangan tercampur..dan loyang tak payah lah di gris..rasanya ramai yang dah pakar kalau buat kek chiffon kan tapi bagi yang baru nak berjinak-jinal mengenali dunia baking rasanya ianya memang perkara baru..
Dula bila saya berjinak-jinak dengan dunia baking 2 kali jugaklah kecundang bila buat kek chiffon..entah dimana silapnya..tapi lama kelamaan bila saya asik baking kek chiffon je dah tau dimana silapnya..so dah oklah ..


Yang bestnya kek chiffon hanya mengunakan minyak..tak payah nak beli butter..mudahkan..kalau tak jadi tu tak ralat sangat lah sebab bahan yang digunakan tak banyak mana..ha haa
oklah yang nak try buat kek chiffon durian saya simpan resepi ni disini sebagai rujukkan diri sendiri nanti..yang nak cuba silakan..

Kek Chiffon durian
Bahan A
150 gram tepung naik sendiri
100 gram gula kastor
6 biji kuning telur gred B - jika gred A 4 biji
40 gram minyak jagung
20ml susu segar
1/2 sudu teh garam

Bahan B
6 biji putih telur
100 gram gula kastor
1 sudu teh krim tartar

Bahan C
200 gram isi durian yang dikisar

Cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati.Kemudian masukkan minyak dan susu segar.. gaul seketika hingga sebati.
3. Gunakan bekas lain putar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan kental.
4. Masukkan Bahan B sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya  dan gaul hingga sekata.
5.Masukkan dan gaul sebati Bahan C , isi durian yang telah dikisar ke dalam adunan tadi.
6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. ikut tahap kepanasan sesebuah oven .
8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk lidi sate.
9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon sehingga sejuk.
10.Dah sejuk sisip tepi kek dgn spatula dan keluarkan dari loyang.

Wednesday, 31 July 2019

Popia Seaweed kudapan depan tv

Bila duduk depan tv memang seronok kalau dapat mengunyah sesuatu..
tapi kalau dah ada anak memang diorang jewlah yang kerjakan kerepek macamni..terutamanya iqbal..tau..tau hilang jew balang dibawaknya kebilik.
Tak buat banyak mana pun malas pulak nak berdiri depan api mengoreng ni..

Seaweed brand Big Bang ni yang saya gunakan..agak mahal sikit harga dalam rm8 hingga rm10 ..tapi memang berbaloi sebab rasanya berbeza dari yang brand biasa.

Mula-mula kita sediakan kulit popia..beli kulit popia yang paling  besar.
Potong seaweed kepada dua bahagian.sediakan telur sebagai gam pelekat.Lipat kulit popia kepada dua bahagian sebagai tanda centre kita nak letak seaweed nanti.

Letakkan sekeping kulit popia dan sapu sebelah permukaan dengan telur tadi..sapu rata jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat ye..guna berus bukan berus yang silikon tu..kalau guna berus lebih rata..Ambil sekeping seaweed dan letak centre .kemudian sapu lagi dengan telur hingga rata..dah rata lipat dua kulit popia yang sebelah lagi tadi ..

Biarkan sekejap..kemudia baru potong..jangan sampai kering baru potong nanti pecah2 pulak..dah siap potong bolehlah goreng seperti biasa.

Nak sira dengan cheese powder pun boleh ni..
makan gitu jewpun dah ok sangat..

Sunday, 28 July 2019

Telur separuh masak 7 minit

Pagi ahad..
sekejap lagi plan nak pergi belanja barang dapur..tunggu muhammad balik sekolah baru boleh gerak..baru je ni siap masak..harini buat lauk kari ayam je..
semalam dah keluarkan ayam tu..plan nak masak kari ...pastu tak jadi pulak balik dari jemputan kawin rasa macam malas pulak nak memasak..suruh iqbal pergi beli apa yang dia nak makan untuk dinner..muhammad pulak dah tak nak makan mungkin kenyang makan nasi kenduri.

Sambil menunggu muhammad balik ..tulis lah entry baru disini..banyak sebenarnya koleksi gambar masakkan yang tak sempat dikongsikan disini..sayang sebenarnya dibiarkan dalam folder macamtu je..
semak2 folder nampak gambar telur separuh masak..bolehlah buat entry pagi ni..
susah ke nak buat telur separuh masak?
dulu masa memula saya tak reti buat jugak..memang asyik tak lulus jelah..kadang tercair sangat..kadang tu terkeras pulak.dan kadang jadi..
tapi bila dah ikut setting time yang betul baru berjaya ..walaupun sekadar telur separuh masak jangan dipandang ringan ..tak semua orang boleh buat dengan betul..kann..

Ok memula kena masak air sampai mendidih ganas..maksudnye mengelegak camtu..
Pastikan kuantiti air mencukupi sampai dapat menutupi keseluluruhan telur yg kita akn bubuh kjp lg.
.
.
Lepastu tutup api ..alihkan periuk yang berisi air tu..masukkan telur dalam air panas ..set lah time enpon tu 7 minit..yang suka 8 minit pun boleh ..
lepas 7 minit terus angkat ..dan lalukan kat air paip sekejap..ok dah siap boleh pecahkn telo kat pingan dan sambl mkn bole veragan mcm kat kopitiam..hihii

Thursday, 25 July 2019

Bingka Pandan kegemaran kami

Bingka pandan..
Antara kuih kegemaran kami..kuih nie kalau makan panas-panas lepastu ada kerak hitam sikit kat tepi tu..perghhh nikmat rasa ..hihiii

Jarang sangat sebenarnya saya beli bingka kat luar..kalau teragak nak makan memang rela buat sendiri..biasanya buat pakai loyang bulat..atau kadang guna loyang petak.
kali ni tukar acuan guna acuan kuih bakar  pecah lapan..dapatlah dalam 4 biji bila guna resepi ni.elok dan sedap sangat ..kena dengan tekak kami.
Saya lebih suka mix santan dan susu cair dari guna santan sepenuhnya.rasanya lebih lemak dan sedap.
Puas saya mencari pic bingka ni di folder tapi tak jumpa pulak..ikutkann ada saya snap pic step by step aritu..
oklah yang nak mencuba resepi disertakan disini sebagai rujukkan diri sendiri dan pengunjung blog yang tak pernah jemu kemari walaupun tuan blog on off ..ha haaa


Bingka pandan
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan - atau ganti dengan susu cair atau mix 1 1/2 santan 1 cawan susu cair
ikut selera masing2
1 cawan jus pandan  dari 10 helai daun pandan..potong kecik dan blend
1 cawan gula
2 sudu besar butter - cairkan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit bijan hitam dan putih

caranya
mix kesemua bahan..kemudian tapis.
sapu acuan dengan butter atau minyak sapi.
tuang adunan.bakar 10 minit kemuan keluarkan dari oven tabur bijan.
masuk semula dalam oven suhu 170 api bawah dahulu hingga 20 minit guna api atas bawah bakar hingga garing.

Tuesday, 23 July 2019

Balik Kampung

Nak buat entry pasal makanan malas pulak harini
terpandang gambar masa balik kampung aritu dalam folder..transferlah dekat blog bila bosan nanti boleh tengok gambar ni balik..

Dikampung tak ada tanah berekar pun..biasalah tanah felda yang ada cuma tapak rumah tak sampai 1 ekar dan kebun kelapa sawit 10 ekaar tu jew..
Adalah mak tanam pokok mata kucing sebelah rumah ..masa balik ritu berbuah jugaklah walaupun tak lebat mana..tak dapat merasa sebab macam belum besar sangat buah tu.

 yang nampak kereta tu dah rumah jiran sebelah umah mak.

 Kacang botol pun ada..yang ni tumbuh baru..aritu pokok lama dah nak mati..

 Mak rajin kutip buat ulam time makan..amik yang muda sedap ..masih rangup..

Beberapa bulan lepas elok jew daun pandan ni daun dia..kali nie nampak kurus dan daun tak lebar pulak..amik sikit bawak balik umah sendiri..plan nak buat bingka..dah seminggu terperuk dalam peti ais bayang bingka pun tak ada nampaknya hihii..entah bilalah nak rajin tu..

Banyak jugak kelapa gugur.
biasa abang yang sulung tu kopek dan letak kat kedai dia..mahal dah kelapa sekarang kan..sebiji dah siap parut dah Rm2.00

Pokok lengkuas..
nak korek amik isi dia tu yang malas..tumbuh subur elok je kat belakang rumah mak..biasa memang jarang mak amik..saja suka tanam .


Kelapa kuning..
yang ni air dia tak berapa manis..ritu teringin nak minum air kelapa ..

Rambutan kuning..
yang merah masih berputik lagi..nampaknya yang kuning dah galak berbuah..rambutan yang kuning nie dulu masa kecik saya yang tanam dengan arwah ayah ..memori sangat..

Bunga kenanga ..
cantik berbunga..wangi bau dia..nie pun saya yang tanam ..dah 25 tahun usia bunga nie..


Petik buah rambutan nak bawak balik rumah sendiri..
banyak kerenga rambutan kuning nie..orang kata kalau banyak kerengga rambutan tu manis..?ye ke..
tapi nie manis buah je..tak sama dengan rambutan merah ..

Dapatlah satu plastik..
tak bawak banyak sebab yang makan cuma saya je ..suami tak makan rambutan..anak yang sulung pun tak minat..

Manggis dari jiran rumah mak...manis isi dia..

Seronok dapat balik kampung..kalau petang-petang boleh main bakar sampah..kalau dah duduk taman tak merasa nak bakar sampah ni..

Friday, 19 July 2019

Cuci mata di kedai runcit arab




Ronda kedai runcit Arab..
suka tak cuci mata dekat kedai Arab..best kan..biasanya kami masuk kedai arab nak cari pickle ..sayuran yang dijerukkan..fav saya timun kecik-kecik ..sedap makan dengan nasi panas..atau nasi berperisa..


Tahina yang berasaskan dari minyak bijan biasanya amat popular digunakan dalam masakkan Timur tengah.biasanya di gunakan untuk membuat Hummus..Hummus dibuat dari kacang kuda dan dilenyek bersama tahina..dan ditambah jus lemon..minyak zaitum garam dan bawang putih..selain tu tahina juga popular dalam maskkan daging dan sayuran.



Teh ni saya ada beli..
saja nak merasa teh dari Oman..

Inilah pickle sayuran ..selain baby timun..bendi pun ada diorang jerukkakn..selain itu brocolli dan kobis bunga jeruk pun ada dijual.

Lays ni memang popular bagi diorang..kalau dipakistan pun lays ni popular..entah apa istimewanya..bagi saya macam masin sangat pulak.

Coklat bounty ni sedap..dalam dia ada rasa kelapa parut..dulu banyak jual dekat Giant ..sekarang macam susah pulak nak jumpa..

Kalau pergi makan dikedai arab air macamnilah yang popular kan..


Deretan air buah-buahan ..orange juice ni memang kerap kami beli..anak anak suka sangat.




Yang ni muhammad beli..rasa macam coklat biasa je..cuma bentuk gajah..

Deretan rempah untuk nasi Arab dan pencuci mulut..
Seronok amik gambar dalam kedai diaorang..sampai lupa nak snap owner dia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang