Pages

Thursday, 4 July 2019

Lauk biasherr kat rumah..



Menu yang kerap dimasak..
sebabnya fav muhammad..dan buat versi yang tak pedas.susah sebenarnya nak tackle selera budak yang sedang nak membesar..banyak makanan yang dia tak suka..senang cerita agak cerewet sebenarnya muhammad ni kalau bab makan.
Beza sangat dengan Iqbal dari kecik sampai sekarang apa-apa makanan on jew..pantang menolak..tapi mesti nak nasi,dalam sehari kalau tak ada nasi mau merajuk dia.

Ada balance tapai pulut bungkus daun getah kat peti ais..keluarkan dan jadilah pencuci mulut untuk hidangan makan tengahari.
sedap..manis ..



Cara kami sediakan daging masak black pepper yang mudah ..macambiasa bawang putih - lebihkan sedikit ..halia dan bawang besar tumbuk pakai lesung..baru best..jangan pakai blander nanti halus sangat.bawang holland hiris dan lada benggala kalau nak masukkan tunggu last.baru masukkan.


Yang ni wajip adalah kan,dah nama daging black pepper kan.
kalau nak sedikit pedas boleh letak banyak sikit..kalau versi buat untuk orang tua biasanya saya tambahkan lada cili dalam 3 biji dan ditumbuk sekali.
lada hitam ni bangus untuk kempeskan perut.


Dan tumbuklah bagi lumat sedikit..semua bahan tadi.

Panaskan sedikit minyak..dan panas masukkan bahan rempah tadi tumis hingga wangi..yang ni saya guna pressr cooker ..biar daging cepat lembut.

Kemudian masukkan daging..biar sekejap dan kacau sebati..tutup dan masak hingga lebih kurang 15 minit.


Bukak penutup dan chek daging kita tu lembut tak..kalau dah lembut boleh masukkan kicap.dan sedikit garam..
ok dah siap matikan api dan boleh hidang..

Makan dengan nasi panas..

Tuesday, 2 July 2019

Capati..Naan.. Kebab ..Pakistan

Masih di bulan syawal..
masih ada lagi kawan yang menganjurkan rumah terbuka sana sini..seronok..dapat jumpa dan sembang dengan kawan-kawan yang jarang sangat berjumpa..biasanya setahun sekali baru berkesempatan bertentang mata dan borak panjang.

Balik dari rumah terbuka di area pasir gudang saya dan suami terus ke Kipmall..dulunya dipanggil kipmart..tujuan en suami nak cari durian ..sambil tu saya nak ke DIY nak beli kepala paip untuk singki dapur...sebab keesokkannya ada orang nak datang pasang ..
dah 2 minggu acara memasak didapur tergendala sikit..buat baikpulih bahagian dapur yang dah rosak teruk..


Memandangkan acara memasak dirumah terhad maka pagi petang dan malam..makan diluar jewlah..
balik dari kipmart suami ajak pergi makan makanan pakistan di area pasar borong Pandan.
ikutkan memang masih kenyang lagi..tapi temankan en suami ...dia kalau makan di majlis open house memang susah sikit ..sebab ada masakkan melayu yang dia tak pandai makan..

Diarea pasar borong pandan ni ada beberapa restoran makanan pakistan..tapi owner yang sama..cuma buka 2 ..3 kedai yang jarakknya tak berapa jauh pun.
Syurga bagi en suami tempat ni..semua makanan negara dia ada..tinggal order jew bila teragak nak makan apa.
Di area sini selain restoran pakistan kedai menjual rempah pelbagai jenama  dan barangan makanan pakistan pun ada..sekali pandang dah macam nilai 3 pulak kawasan ni.


Ini bukanlah kunjungan pertama kami ..dah banyak kali datang kira seminggu sekali mesti datang kesini..menu yang boleh dikatakan wajip bila kemari mestilah kebab..
Seketul kebab tu memang boleh kenyang sampai setengah hari..besar jugak..bila gigit daging kebab tu terasa sangat rempah ratusnya..
kawan saya  pun memuji-muji betul rasa kebab pakistan nie..katanya tersangat sedap...betul  memang sedap..sesuai dengan tekak orang melayu ..
biasanya set kebab didatangkan bersama telur goreng .


Kebab lazimnya dimakan bersama roti naan..
roti naan yang lembut dan panas memang membangkitkan selera sangat..perut yang dah kenyang tadinya pun jadi lapar balik..ha haaa


Yang nie macam kari dia lah ..kacang kuda..nie nama apa lupa pulak nak tanya suami..biasa sy cakap chickpeas curry jew..orang tu faham dah..sedap sangat ..saya kalau order memang 2 piring kecik macamni..nie kalau ratah macamtu pun sedap..

Chicken tikka
yang ni jangan tak order ..rasalah tikka pakistan ..memang terasa sangat perapan rempah ratus pada ayam tu..ni pun digengkan bersama roti naan panas..

Air teh o panas 

Fresh Orange untuk suami dan muhammad..saya beli air mineral botol jew ..untuk minggu raya ni saya jaga sikit bab minum ..takut demam dan batuk..memandangkan iqbal dirumah dah demam tu yang risau terjangkit pulak demam nanti..

Otak -otak..
sambil menunggu makanan yang diorder sampai hidangan otak-otak akan sampai dahulu..biasanya macamtukan..bila kita duduk dimeja diaorang akan terus letakkan je..lepastu kira berapa pcs yang kita ambik.,


Pepes pun ada..ada yang sedap dan ada yang kurang sikit..saya lebih suka yang ada daun kesum dalam tu..


Friday, 28 June 2019

Kilang Claytan dan Kari kambing 40 hari - Jom Ke Ayer Hitam Johor

Sesungguhnya lama benar dah tak jejak kaki kat Ayer hitam..
dulu masa muda belia rajin jugak kemari..pusing-pusing..alaa masatu bukan beli apa pun kadang-kadang suka tengok barang tembikar ..bunga plastik..sayur segar dari penjual cina yang menjaja sambil berjalan mencari pelangan..dan kerepek hasil dari penduduk sekitar batu pahat dan area situ.

Tapi kali ini korang yang dah lama tak datang ayer hitam jangan terperanjat..sebab deretan kedai lama yang sangat gah satu ketika dulu semuanya dah tak ada..yang ada simpan gambar kat area kedai tu memang jadi sejarahlah akan datang..
Diorang nie semua dah dipindahkan ditempat lain..tadi lalu dekat situ nampak lapang jew..alahai rindu sebenarnya  kedai lama2 tu..

Sebenarnya tak ada tujuan kukuh pun nak kesini..
bila iqbal dah balik semalam maka startlah projek jjcm kami..2 bulan start cuti sem..memasak dengan gigihlah lepas ni..sebab ada tukang makan..
sampai je pekan ayer hitam saya terus drive ke kambing 40 hari..masing-masing lapar..cari parking..dah semakin besar restoran kari kambing 40 hari ni..parking pun dah luas..toilet pun banyak..mudah semuanya..dulu masa kemari tempat ni kecik jew..
Bila masuk ke restoran ramai yang beratur nak order makanan..saya bergerak cari meja..dan duduk..iqbal pulak pergi beratur order..ikutlah dia nak makan apa..biasa kami share jew ..rasa sorang sikit..

Air yang di order ..
teh o ais limau iqbal punya ..sejuk tekak minum air batu..dan satu botol air mineral untuk saya.

Kuah pun disertakan ..
lupa pulak nak merasa kuah ni..entah sama ke tak dengan kuah kambing yang kami order.

Menu yang bertemakan makanan Arab..
yang nak makan didulang pun boleh..sebab kami bertiga dengan muhammad je so kami order yang guna pinggan jelah..
Iqbal order nasi kambing dan ayam..yang ayam tu ok sedap..yang kambing tu saya kurang minat..sebab masakkan dia manis sikit..
Bila singgah kemari orang memang tak pernah putus..sentiasa ada je..
suka tengok bila biz orang melayu kita ni maju..

Lepas makan kita ronda ke kilang Claytan pulak..
geng pinggan mangkuk mesti tau brand claytan nie kan..kalau pergi Aeon memang banyak pinggan claytan ni..corak cantik-cantik..

Kalau nak beli yang murah memang kena pergi ke kilang dia..
sebelah belakang kawasan kilang..yang depan dia punya kedai..kedai dia open untuk orang ramai yang nak beli..yang kedai ni pulak ada dua bahagian..
satu kedai yang jual reject sikit..dan satu lagi yang tak reject tapi harga masih murah jika nak dibandingkan dengan yang dah diletak di pasaran.

Yang reject tu bukannya sompek ke retak pun..kadang-kadang colour tu tak even ..macam print lari sikit colour ..dan kadang ada yang nampak dot sikit...tapi dari pemerhatian mata saya tak reject manalah..memang boleh sangat beli..


Kalau yang suka set macamni krim-krim boleh beli ni..cantik dan murah ..

Bunga ni pun saya berkenan..
bunga halus kecik-kecik ..kali ini saya sangat berhemah membeli..tak mengikut nafsu..hanya topup pinggan yang tak ada jew..dan tambah pinggan untuk amik gambar makanan ..
Yang ini tersambar jugaklah 2 pcs..ikutkan pinggan kat rumah punyalah banyak..tapi tulah jiwa mak-mak ..pantang nampak ..hahaa
Teko pun lawa-lawa..suka tengok
Yang nie kalau buat isi kuah laksa..atau soto pun cara jugakkan..tapi ada tulisan tu macam menganggu mata pulak..

 Yang ini kat rumah pun dah ada yang colour coklat..

Teko nie pun lawa..kat rumah tak ada..masih terpikir-pikir nak beli ke tak..bila pikir balik toko berderet tak pakai ..rasa insaf pulak..jus pegang dan letak balik..







Pemandangan dari luar kedai claytan.
korang kalau datang memang rambang mata..yang baru berumahtangga tu bolehlah topup pinggan magkuk kat sini..berbaloi..
Dah penat pusing tengok pinggan mangkuk kami pun gerak balik..lalu jalan parit botak yang tembus rengit tu..lama tak ikut jalan tu..suka tengok kampung disepanjang jalan nak menuju ke rengit.

Monday, 24 June 2019

Solok Lada versi guna ikan rebus



Solok Lada..
yang mengemari masakkan kelatan terengganu ..makanan pantai timur mesti suka makan solok lada kan..
kami orang johor..mengenali solok lada ni pun bila dah berusia 20an ..tapi memang tak reti nak makan apatah lagi nak membuatnya memang tak terfikir pun masaitu..dah berusia cicah 30an baru menjadi pengemar tegar makanan pantai timur..disebabkan area office tempat saya berkerja tu ada restoran pantai timur..
setiap hari saya merupakan customer tetap dia..sampai kalau saya tak muncul pasti dia tertanya-tanya..

Kini makanan pantai timur memang dah sebati dengan tekak dan jiwa saya..cuma budu jew yang saya tak pandai sangat nak makan..yang lain semua saya sapu habis..


Salah satu makanan fav saya ..solok lada..
banyak versi jugak solok lada ni rupanya..ada yang isi ikan tu direbus dulu kemudian baru di campur dengan kelapa..dan ada jugak yang menggunakan isi ikan mentah ..rasanya lebih manis ..
tak kesahlah mana-manapun saya on..


Nak buat solok lada bukanlah susah sangat ..
dan nak dapatkan lada solok tu yang susah bagi saya..kalau tak ada lada solok diorang tukar kepada lada besar hijau yang biasa ada dikedai tu..tapi bagi saya macam lagi sedap kalau guna lada solok,
lada solok panjang-panjang macamni saya beli di Hero supermarket kadang-kadang di aeon pun ada jugak..molek sangat lada solok ni..besar dan nampak bersih.
Biasa kalau saya buat solok lada memang banyak..bila dah ada solok lada macamni memang tak pandang lauk lain,,lauk satu ni pun dah cukup membuatkan kami bertambah makan nasi.


Solok Lada
versi guna ikan rebus

Bahannya
lada solok -hijau muda
kelapa parut
Ikan selayang
Lada hitam
Bawang merah
Garam
Gula
Santan

Caranya
1.Rebus ikan dan ambil isi ikan sahaja
2.Potong tengah lada solok dan buang biji bersihkan.
3.Tumbuk bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.
4.Kemudian masukkan isi ikan dan kelapa tumbuk lagi hingga semua sebati,perasakan dengan garam dan gula.
5.Sumbatkan kedalam lada hingga penuh.susunkan dalam kuali dan tambahkan santan.bukak apa kecil biarkan hingga masak
6.Sedia dihidang.

Thursday, 20 June 2019

Roti Puri kembong

Roti puri..
Makan panas-panas cicah kuah dal sedap kan,kami kalau boring nak makan nasi memang inilah yang kami makan..
Dulu pestime buat tak pernah nak jadi elok kembung macamni..sampai stress fikir macamana nak kasi kembong elok..dah banyak kali cuba buat baru jadi kembong ..rupanya minyak kena betul-betul panas.sambil goreng tu siram kan minyak di permukaan doh tu..baru jadi ..

Resepi kali ini versi yang guna ada yis,dari pembacaan resepi puri ni ikutkan tak payah letak yis..tapi ada sesetengah yang berkongsi resepi mengunakan yis..
kalau kita nak tau bezanya memang kena cuba dua-dua..bagi saya yang ada yis macam lagi sedap.


Roti Puri
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air suam
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
3 sudu besar minyak masak

Uli kesemuanya sehingga menjadi doh.tutup dan perap 15 minit.
Ambil doh dan bulatkan kecil2.letak minyak sikit pada doh supaya tak lekat bila kita canai nanti ..canai bulat.panaskan minyak sehingga betul-betul panas .minyak kena banyak ye..dan goreng seperti biasa.angkat dan hidang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang