Pages

Sunday, 6 May 2018

Pakistan - kuala lumpur - lahore


Pakistan
walaupun pasport malaysia dikira kebal boleh menembusi 159 negara tanpa visa tapi masih tidak boleh menembusi negara pakistan.
negara yang saya rasa agak leceh nak apply visa,dengan pekerja di kedutaannya macam kurang orang rasa macam nak apply kerja kat situ jew bagi cepat sikit .ok sebelum ke pakistan perkara yang harus kita lakukan mesti kena apply visa dulu.ada kemungkinan visa kita kena tolak.

Isi borang permohonan sebanyak 5 helai boleh download sendiri atau pergi kekedutaan pakistan di kuala lumpur dekat dengan klcc berdekatan saloma bistro. isi betul2 apa yang ditanya sebab officer dalam tu ada seorang je.kalau tak lengkap macam angin je dia tengok kita.



kedua dapatkan surat jemputan (invitation letter)
yang ini agak cerewet,anda perlu dapatkan surat jemputan dari warganegara pakistan yang tinggal disana yang mengatakan mereka menjemput anda kenegara mereka.surat jemputan mestilah disertakan dengan kad pengenalan host anda.yang ini saya skip sebab suami warganegara pakistan so tak perlu surat jemputan.

ketiga lampirkan sekali salinan tiket penerbangan pergi dan balik..jika wanita yang nak mengembara secara solo yolo kena ada surat kebenaran dari penjaga.jika dah berkahwin kena ada surat kebenaran dari suami jika yang solo kena ada surat kebenaran dari penjaga.

keempat  sediakan gambar berukuran pasport 2 keping background putih.dan copy siap apa2 surat yang penting..dekat kedutaan tu tak ada fotocopy mesin..dulu ada tapi end of 2k17 saya pergi tu dah tak ada pulak..terpaksa berjalan kaki pergi ke area bank berhampiran .jadi sediakan semuanya copy siap2 supaya tak jadi macam kami ulang alik.

ok dah siap document semua hantar ke kedutaan pakistaan di 132 jalan ampang kuala lumpur.untuk apply visa dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi..so that mean kena cepat dan borang dan doc penting kena siap awal2. dah beberapa kali saya datang kekedutaan tu orang sentiasa ramai.
aritu visa kami siap dua hari.risau sebenarnya kalau visa ditolak almaklumlah tiket dah beli ..masa apply visa tu adalah officer tu interview kita sikit.biasanya dia tanya atas sebab apa kita nak kenegara dia.alahai dalam hati ni terdetik jugak mikir orang dia sikit punya banyak kat sini senang jew depa nak mai ermmm korang jawab jewlah soalan diorang ni.kalau nasib baik dia tak tanya kita langsung pun..ok habis cerita tentang visa.


cerita tentang penerbangan pulak.
hanya Malindo Air jew satu company ni yang pergi ke pakistan..2 tahun lalu MAS pun ada buat penerbangan ke pakistan tapi dah stop sejak dua tahun lepas ..atas sebab apa saya lupa ada aritu husband cerita tapi lupa pulak.dulu kalau naik MAS kena transit di bangkok baru ke lahore.


Pic muhammad dengan selimut kesayangan dia lebih kurang macam bantal busuk dia lah tu..diangkut walau kemana mana dia berada..ni kalau sampai tertinggal memang sawan.
masa ditunggu pun dah nak tiba saya dan suami berpecah ke kaunter masing-masing .ok urusan saya dan muhammad dah selesai ..sambil menunggu en suami dikaunter pelepasan foreigner ambillah gambar muhammad ni buat kenangan.







maaflah mutu gambar ada yang kurang clear sebab campur2 ambil gambar ada yang guna enpon ada yang guna dslr..kira yang mana saya sempatlah .
2 beg kami bawak tapi dalam tu banyak makanan untuk family dan hadiah untuk diorang.baju kami memang tak bawak banyak pun cukup 3 ..4 hari jew cuma barang muhammad tu kena urus lebih teliti sikit macam susu..dan kelengkapan lain kena adjust sampai 15 hari disitu.


Entri berkaitan perjalanan ke Pakistan
Pakistan - Kuala lumpur-Lahore
Lahore pakistan kami datang
Pakistan dan kehidupan disini
Pakistan-Kehidupan di Gujranwala
Pakistan-Makanan orang disini
Menyusuri bazaar Gujranwala Pakistan
Patriatra - Pakistan
Murree mall road - Pakistan
Pakistan-menyusuri pergunungan Murree
Puncak Kashmir Point - Pakistan
Allama Iqbal International Airport - Pakistan



Thursday, 3 May 2018

Kuih lajen

Dah tengah malam dengan gigihnya menulis disini..
lama rasa ditinggalkan blog ni ..bukan merajuk tak nak menulis tapi laptop buat peragai ..almaklumlah dah tua sejak 2008 sampai sekarang baru nak sakit..redholah kan lama sangat dah berkhidmat.bukan tak ada alternative  lain nak menulis kat blog ni tapi sebenarnya lebih suka guna laptop tu .. senang nak edit gambar dah tau selok beloknya ..

Banyak cerita dan resepi nak dikongsi disini sebagai kenangan  tapi berlalu macamtu jew..



Nak cerita kuih lapis la malam ni..
kuih lajen masa kecik tersangatlah fames sampai naik jemu nak tengok..kekadang terfikir jugak asallah mak aku suka sangat buat kuih lapis..dah kawin dan ada anak camni baru tau hati seorang ibu  ..setiap hari mesti nak buat sesuatu untuk minum petang sekeluarga ..mungkin my mak pun buntu jugak nak masak dan buat hidangan petang untuk kami ..tu la pasal balik2 kuih lapis jew yang terhidang.


Yang ini resepi kuih lapis mak ..yang biasa mak guna ..masing2 pun mintak resepi mak ni..bagi tekak kami memang sedap lemak2 camtulah..mak punya kuih lapis ni versi tepung gandum lebih..kadang ada orang suka yang tepung beras lebih ikutlah mana yang kena kat tekak  masing-masing..

kalau buat dalam acuan kecik camni senang tak payah kukus lama sangat lepastu tak payah nak pikir potong ..kadang kalau tak sejuk betul tak cantik jadinya bila dipotong tapi yang versi dalam acuan memang kompom lawa ..

Kuih lapis

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan perah
sedikit garam

caranya 
panaskan pengukus
campurkan kesemua bahan dalam blander dan kisar kemudian tapiskan.
bahagi kepada dua bahagian letak pewarna dan perasa keladi.
sediakan loyang bulat sapukan minyak pada loyang,masukkan adunan kedalam loyang  lapis selapis selapis sehingga habis.

Thursday, 21 December 2017

Puding Karamel


Assalammualaikum
bersua lagi.bila mood dan masa pun mengizinkan terupdatelah blog ni..nak cerita apa hari ini..kekurangan idea untuk berceloteh panjang nampaknya.
puding karamel ni semalam petang zila buat,teragak sangat nak makan puding yang sedikit manis tapi cari penyediaanya tak mengambil masa yang lama.so zila terfikir pulak nak buat puding karamel simple.
Biasanya zila tambahkan kepingan roti pada puding karamel ni,tapi semalam tak ada stock roti dirumah jadinya tak ada penambahan roti didalam tu.kali ini zila cuba resepi dari akk azie kitchen..nampak penyediaanya yang mudah dan menarik minat nak mencuba resepi ini.



puding karamel


Bahan bahan
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Caranya
1.Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 
2.Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
3.Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 
4.Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 
5.Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala. 

6.Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering. Angkat dan sejukkan. 





Wednesday, 23 August 2017

Kek gula Hangus


Bersua lagi
sambil tengok sukan SEA terpanggil pulak hari ini nak update  blog yang sejak dari bulan puasa zila tinggalkan.semalam zila cuba buat kek sarang semut..kalau ikutkan hampir 10 resepi koleksi sarang semut yang ada dalam simpanan ..yang mana diperap tak diperap..mana yang telur tu tak boleh dipukul lama hanya di kacau manja sahaja,,dan ada pula telur tu dipukul pakai mixer..

macam-macam resepi kan cuma antara rajin dan tak je kita nak mencuba..kek sarang semut merupakan kek fav saya..hampir setiap miggu zila akan pergi ke restoran untuk bersarapan pagi dan akan bungkus kek sarang semut ni dalam 5 keping..kalau disini 1 keping dalam rm 2.00 tapi rasanya sangat sedap.berbaloilah dengan harga tu.

ok secara peribadi ini kali pertama zila buat kek gula hangus..zila guna resepi dari kak nor secubit garam.zila terpanggil untuk mencuba resepi ni sebab banyak fedback yang mengatakan menjadi dengan elok..tapi zila hanya perap 1 jam lebih.so hasilnya seperti dalam gambar.keseluruhan rasa memang sedap..manis pun sedang elok..lubang sarang pun wujud kira menjadi lah kan. 




Kek gula hangus
1  butter (250gm) 
12 biji telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat

Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dengan baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

Sunday, 4 June 2017

iftar 4 - siakap masam manis dan tomyam sotong



Bersua lagi hari ini..
hari ke 8 kita berpuasa.. mesti masing-masing sibuk didapur ketika ini kan..hari ini pelan masak apa pun tak tau lagi tapi lauk semua ada tinggal nak keluarkan je..rasanya masak ayam sebab suami kalau ikan kurang sikit dia makan..

hari ini first day iqbal tak berbuka bersama kami ..tengahari tadi dah naik bus balik ke tempat belajar...ermmm sedih je tengok muka dia..biasa kalau berbuka dan bersahur dialah yang paling berselera makan..bila dia tak ada rasa macam kehilangan pulak..almaklumlah first time berjauhan dari ibu..tunggu lagi 3 minggu baru balik ..

iftar 4 zila masak tomyam sotong dan siakap masam manis..sebab ada yang baru kebah dari demam tu yang nak makan masam sikit..tomyam tu memang suka kalau letak daun ketumbar banyak-banyak ...sebab kami sefamily peminat tegar daun ketumbar.
ok sampai disini dulu sambung lagi esok-esok ea..jom masak


1 ekor ikan siakap 
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit sos ikanair - secukupnya
1 sudu besar cili kering kisar1 biji tomato-dipotong dadu
1 keping  nenas dalam tin-potong kecil
Garam, serbuk kari dan sedikit gula

Bahan lain
7 biji cili padi merah atau hijau - hiris halus
1 labu bwng besar - didadu
3 ulas bwng putih - diketuk dan dadu
sedikit halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut - dikoyak

Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk karit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali,masukkan serai masak sebentar masuk bahan hiris dan tumis  sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili,sos ikan dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil - jika suka.

Friday, 2 June 2017

Iftar 3 - sagu bronok


iftar 3 sagu bronok ..merupakan kuih yang muncul bila bulan ramadan dirumah kami..kalau hari biasa memang susah sangat nak buat..ikutkan penyediaanya bukanlah susah mana pun ..cuma yang bab mengacau sampai sagu tu betul-betul jernih macam mata ikan memang ambil masa sikit..kalau agak malas nak mengacau bolehlah dikukus masuk dalam loyang dan kukus sampai jernih jimat masa tak payah berdiri lama-lama.



1 gelas sagu biji kecil 
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose 


Caranya

  1. Panaskan air dan pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji kukus sampai dia betul-betul jernih.
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap

Thursday, 1 June 2017

Iftar 2 - capati dan kari daging



Assalammualaikum
sempat lagi menulis disini kali ini hidangan iftar kami hari kedua..orang dah show hari kelima punya menu saya masih lagi terhegeh-hegeh masuk hari kedua kan.capati ni zila buatkan untuk suami..kesian pulak hari-hari makan nasi ...kalau ikutkan suami zila hanya makan nasi seminggu sekali memandangkan anak pulak tak boleh kalau tak ada nasi jadi kena masak 2 jenis hidangan berbeza untuk minggu ini.

oklah sampai disini dulu untuk hari ini..insyaallah jumpa lagi esok ye ..resepi capati zila sertakan disini untuk sesiapa yang nak mencuba ..


Capati
bahan-bahan
2 cawan tepung atta
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu minyak masak 
1 cawan Air suam - secukupnya
Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air suam

caranya 
uli sehingga menjadi doh yang lembut..bulatkan kecil dan gelek nipis..bakar diatas kuali sehingga masak .

Wednesday, 31 May 2017

iftar 1 - Pulao chicken


Salam ramadhan semua..
selesai dah 4 hari puasa hari ini masuk hari ke 5..pagi tadi tak bagun sahur.. terlewat sangat bangun sedar dah azan subuh..ermmm kesian pulak suami dan anak tak makan sahur..nampaknya esok harus kunci jam.
untuk tahun ini suami berpuasa bersama kami disini kebetulan ada projek baru di johor..alhamdulillah tak lah keseorangan nak berbuka dan bersahur..iqbal anak sulung pulak hari ahad ni dah start belajar diselangor..pertama kali berjauhan dengan ibu.

dari awal puasa sampai kehari ini batuk tak baik-baik..awal puasa tu demam teruk kami sekeluarga..tapi zila masih lagi boleh bertahan kalau setakat demam ni.. nak masak pun masih ok ..

so hari pertama menu berbuka kami ..pulao ayam nasi timbus-timbus kata anak kami ..ini kegemaran kami sekeluarga lebih-lebih lagi en suami memang bertambah kalau makan.oklah sampai sini dulu hari ini ..next nanti sambung lagi ..




Chicken Pulao
Bahan stok ayam
1 sudu kecil ketumbar biji
1 batang kulit kayu manis
½ sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
3 biji buah pelage
1 biji bawang besar – dibelah 4
1 batang cili hijau
1 biji tomato – dibelah 4
2 ulas bawang putih – dibelah dua
½ ekor ayam
4 ½ cawan air

Bahan nasi
2 cawan beras basmati – direndam 20 minit
4 sudu besar minyak zaitun
11/2 sudu kecil jemuju
1 biji bawang besar – didadu
½ inci halia – didadu kecil
1 sudu besar yogurt
½ sudu kecil lada hitam
2 biji lada cili- hiris halus

Cara membuatnya
1.      Ambil bekas masukkan ayam yang telah dibersihkan,tambahkan air dan bahan stok ayam.masak selama setengah jam.
2.      Apabila ayam sudah masak angkat dan toskan airnya,asingkan ayam.
3.      Panaskan periuk dengan minyak zaitun,masukkan jemuju tunggu sehingga cumin meletop kecil dan keperangan.
4.      Masukkan bawang,halia dan hirisan cili hijau sehingga keperangan dan sedikit gelap,jangan sampai hangus.
5.      Kemudian masukkan ayam kacau rata,masukkan lada hitam dan yogurt kacau sehingga sebati.
6.      Tambahkan 41/2 cawan air stok ayam,tunggu sehingga air mendidih.setelah mendidih masukkan beras,masukkan sedikit garam,tutup periuk  dan masak sehingga nasi lembut.
7.      Sedia dihidang.

Chickpea salad
Bahan
1 biji tomato – di potong dadu
1 batang timun – dipotong dadu
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 biji buah zaitun hitam – dihiris nipis
2 pokok daun ketumbar –dihiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
½ sudu garam masala
1 tin kacang kuda – cuci dan toskan
½ biji lemon ambil airnya
Garam secukupnya

Cara membuatnya
1.     Satukan kesemua bahan yang telah didadu didalam satu bekas,gaul rata.
2.     Masukkan kacang kuda dan gaul sehingga sebati.
3.     Kemudian masukkan daun ketumbar,lada hitam,garam masala dan garam gaul rata sehingga semuanya sebati.
4.     Perahkan setengah biji lemon dan sebatikan rasa.
5.     Sedia dihidang.

sambal harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
daun ketumbar
cili padi dan sedikit garam
-kisar kesemua bahan tanpa air

Saturday, 6 May 2017

Onde-onde pandan gula melaka cup cake


salam sabtu..
disebabkan lama sangat tak buat kek ..zila lepaskan keinginan buat kek pandan gula melaka.ditambah dengan kuih onde-onde sebagai hiasan melengkapkan lagi nama onde-onde cupcake ni.sebab ahli dalam rumah ini tak ramai so zila hanya buat sedikit je.yang paling suka tentang kek nie sebab bau wangi semerbak bila dibakar..tak sabar sangat nak makan bila masih panas-panas.resepi zila pernah kongsikan sebelum ini..boleh semak disini
zila copy lagi disini untuk memudahkan zila semak semula nanti.

Pandan Cup Cake
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
Setelah masak, sejukkan atas redai


Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )

Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat.
Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )
Bila dah betul-  betul sejuk ( sejukkan 1 ~ 2 jam ) keluarkan
Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan  butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi.

Wednesday, 26 April 2017

Karipap Pusing versi guna minyak

 Assalammualaikum
bersua lagi hari ini.beberapa hari lepas zila sempat buat karipap pusing..lama sangat-sangat sebenarnya zila tak buat karipap pusing ni..last buat pada january 2k14..lama kan..biasa bila teringin zila suka beli di pasar malam kawasan tempat kerja zila dulu..kali ini terpangil sangat nak buat karipap pusing sebab resepi yang dikongsikan kak esah kitchen difacebook yang menggunakan minyak ..biasanya zila buat guna majerin dan shortenng boleh semak di SINI untuk karipap pusing versi yang zila guna majerin dan shortening.

untuk resepi kak esah cuma pakai anggaran dan gambar step by step je tak ada sukatan tetap..biasalah kak esah meniaga karipap pusing memang kalau orang meniaga tak main timbang-timbang dah ..lagipun dah hari-hari buat karipap pusing mesti dah cekap mengolah keadaan doh yang diperlukan.
untuk percubaan pertama zila pun main agak-agak jugaklah..tapi zila gunakan cawan senang nak rujuk balik resepi yang zila pernah cuba tu nanti.jadi elok layer karipap tu..rasa pun ok ..biasalah karipap pusing ni kalau makan banyak memang kita rasa muak sikit kan..tapi keseluruhannya doh ok..goreng pun tak terbukak.
oklah pada sesiapa yang nak cuba karipap pusing versi yang guna minyak zila kongsikan disini sebagai rujukkan diri sendiri.

Karipap Pusing
Bahan doh A 
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak - tambahkan sedikit lagi minyak jika doh masih kurang lembut

Cara
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bulatkan kecil mengikut besar karipap yang diingini dan ketepikan. 

Bahan doh B
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak 
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
 Air secukupnya anggaran hingga doh tidak melekat ditangan - air jangan terlalu kurang biar doh lembut sedikit nanti senang nak diolah.

Cara

  1. Campurkan kesemua bahan B dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi kecil dan dibulatkan.
  2. Gelekan satu bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan satu bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh-doh seterusnya.
  3. Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis
  4. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.



 Doh A sebelah depan dan doh B sebelah belakang. buat doh B biar agak lembut sedikit senang nak olah.


 Doh A dan B  yang telah dibulat-bulatkan kecil.yang ini agak-agaklah nak besar mana ye.doh ni kena selalu ditutup dengan kain sebab doh cepat kering.masukkan doh A kedalam B dan bulat-bulatkan.

Gelek adunan yang telah dibulatkan memanjang.jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat agak-agaklah ketebalannya tu.kemudian gulung sampai hujung.


 Selepas digulung jadilah macamtu kemudian gelek memanjang lagi jangan tebal dan nipis sangat.

 Kemudian gulung lagi seperti gambar diatas.gulung sampai hujung.


 Potong doh  menjadi 4 bahagian atau lebih ..lebihan tepi tu lipat ketengah tujuannya untuk jadikan penyokong jangan terbukak nanti.terbalikkan dan tekan-tekan sedikit permukaan dengan tangan baru gelek dengan roller.bahagian layer yang cantik pastikan disebelah luar.bahagian dalam tu letak yang terlipat tadi.
masukkan inti,sapukan sedikit air pada keliling doh dan tekan sedikit.. kelim guna tangan..yang tak tau nak kelim tangan boleh guna acuan karipap.kemudian goreng.


Last jadilah karipap pusing versi minyak ..itulah hasilnya seperti dalam gambar diatas.sesiapa dah cuba tapi tak jadi jugak janganlah salahkan resepi ..sebab karipap pusing ni memang sangat rumit sikit nak membuatnya..jangan putus asa kadang-kadang ada kesilapan pada kita gelek doh ..cuba dan terus cuba pasti dapat apa yang kita ingin kan tu..insyaallah next zila nak cuba karipap pusing versi guna tepung jagung pulak..nanti kalau jadi zila share disini ye.ok jumpa lagi .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang