Pages

Thursday, 14 July 2022

Der' Cabin Bistro

Makan di Der' Cabin Bistro..
kiranya dah banyak kali makan disini..dan biasanya benda yang diorder asik yang sama jewlah..he he sebabnya itu jew yang kena dengan selera kami anak beranak..yang lain pernah jugak kami try..tapi agak kurang minat sikit menu lain tu.

Diantara menu yang ada disini..beranika jenis pasta...pilih mana yang kita rasa ngam dengan selera..burger pun ada ..tapi kami tak pernah try lagi yang bergur ni.





Tiap kali kesini nielah menu wajip Muhammad..Mushroom chicken Mushroom..tak pernah jemu dia dengan hidangan nie..dia cakap sos mushroom tu sedap..
Aritu bawak emak makan disini jugak..emak try Cabin chicken chop..chicken chop biasa tu ..ada coslow dan kentang goreng.
Ok yang ini pulak Chicken Alfredo pasta..rasa dia ok jugaklah ..
En suami punya fav nielah..shrimp chilli garlic pasta,,menu nie lah yang diulang setiap kali kesini..biasanya dia akan mintak tambah chilli flakes lagi..

Air fresh orange dan choclate ice

Mushroom soup dan didatangkan bersama sepotong roti

kalau tak malam ..kami akan kesini pada waktu petang..kalau hari sabtu kami akan sampai sekitar pukul lima lebih..

Banyak food rider yang amik order disini..



Apple jus







 

Wednesday, 13 July 2022

Tebing Bandar Dato Onn

Cerita sebelum hari raya haji aritu,,
saja bawak Muhammad dan anak sedara pusing area JB..hajat hati dari rumah nak tengok pesta Kendurian yang dah beberapa hari ada disini..tapi lastnya tak beli jugak durian..cuma tengok sana sinun jew..




Seronok jugak meyusuri 1 km food hubs disini..memacam ada..cuci mata dengan deretan food truck dengan disajikan pelbagai hidangan yang pastinya semuanya membuka selera untuk dicuba..






Dah penat berjalan katanya..ikutkan kaki Muhammad tu sakit sebab masa kat rumah terlangar bucu meja ..hihi tu yang kena dokong ..


Gambar durian tak berapa banyak nak snap..sebab sibuk buat video ritu..sampai lupa nak ambik gambar durian yang diaorang dah kopek.





Beca pun ada ye..dah tak payah ke Melaka rasanya kalau teringin nak naik beca..hihii jimat duit minyak dan tol.






Kami sewa basikal tu..naik lima orang..sibuk budak-budak tu nak mengayuh duduk sebelah depan..





 Address: Jln Dato' Onn Utama, Nasa City, 81100 Johor Bahru, Johor

Beroperasi setiap hari..pukul 2.30 sampai 11.30 malam

Tuesday, 5 July 2022

Roti Kukus Krim yang lembut..

Pagi..
Aritu dah show roti kukus yang disapu dengan krim coklat..yang ni pulak roti kukus jugak tapi dalam dia disapu dengan krim..
nampak menarik jugak kan..kalau nak buat sendiri dirumah pun boleh sangat ni..

Bila tengok roti krim macamni teringat pulak zaman kanak-kanak..masa tu bila dapat beli krim dalam dia terasa bahagia sangat..tapi ikutkan yang lagi sedap bila roti macamni letak ice cream potong ..tu lagi saya suka..kalau dulu memang menunggu abang ice krim lalu depan rumah..semata-mata nak makan ice krim roti..ha haa kenangan betul..



Ada empat jenis roti kukus krim yang ditaburi pelbagai topping untuk menarik peminatnya yang tersendiri..
Yang berminat nak order boleh ke Instagram @dapurtwinny atau boleh terus ke kedai beliau di Medan selera Layang Taman Perling JB.



Wednesday, 29 June 2022

Roti kukus coklat dengan pelbagai topping

Kreatif sangat orang sekarang berniaga..banyak idea baru yang pastinya menarik selera pelanggan nak mencuuba..

Roti bila dah dikukus memang sedap rasa dia..lembut..dan lebih meyelerakan..apalagi bila disapu coklat..dan ditaburi pula dengan anika topping yang menarik..lagi bertambah selera kita tengok..


Yang ni disapu coklat dan ditabur dengan badam slice..

Di sapu coklat dan ditaburi dengan serbuk oreo


Yang ni pulak ditabuti serbuk biskut lotus yang pamess tu.


Dan yang ini tabur dengan cornflakes kecik-kecik..bila gigit jew rangup sangat..

Yang berminat nak order boleh ke Instagram @dapurtwinny atau boleh terus ke kedai beliau di Medan selera Layang Taman Perling JB.










 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang