Pages

Tuesday, 15 March 2022

Johor Memilih..


12 Mac 2021
239 calon bertanding bagi merebut 56 DUN dalam pilihan raya negeri kali ini. 
Meriah bendera parti terpampang disana sini..


Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing bertanding di semua 56 DUN manakala, Pakatan Harapan (30), Pejuang (42), PKR (20), Bebas (16) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di tujuh kerusi. 




Dan inilah salah seorang calon ditempat kami mengundi..







Sempat jugak amik gambar buat kenangan..almaklumlah bukan selalu kan mengundi..


Dah beberapa hari tak hilang lagi dakwat dijari..




Kalah menang adat bertanding..yang telah berjaya menambat hati rakyat Johor lakukanlah tugas dengan sebaik mungkin..

Monday, 7 March 2022

Roti omlet cheese cara Pakistan

 


Isnin..

kejap dah isnin..hari berlalu macam cepat jew..lelagi time bebudak cuti sekolah..bangun pagi urus mana yang patut..gitu gini dah petang..tapi yang bagusnya time cuti sekolah ni tak lah berkejar sangat nak uruskan anak ke sekolah..masak pun boleh lambat sikit..

Kalau pagi biasanya kami jarang buat sarapan berat..selalu kalau ada suami dia lebih suka omlet dan roti ..Muhammad pun sama..ada roti macamtu dah ok sangat bagi dia..tapi iqbal kalau makan roti macamni tak lepas sangat..sekejap jew dah mencari benda lain untuk makan lagi.. 

roti ni yang biasa en suami buat dan emak mertua buat kat umah..biasalah kalau dah kearah sana..rempah dan garam masala memang tak boleh dilupakan ..ha haa..

cara buat boleh semak video ea..

Thursday, 3 March 2022

Meronda di Kedai Korea CU mart


Katanya kedai ini dibuka diMalaysia pada April 2021..
Yang peminat tegar drama Korea pastinya CU mart ni dekat sangat dengan hati anda..babak dalam kedai CU mart ni banyak ada dalam drama korea..kan.

Dan bila kedai CU mart ni dah ada di Malaysia pastinya ramai sangat yang nak mencuba..
kami bukanlah peminat drama Korea ..tengok pun jarang sangat..tapi bila kedai CU ni dah ada dekat dengan kita maka tengok jugaklah apa yang ada disini..


Walaupun perut dah kenyang Muhammad nak jugak makan corn dog yang pamess tu...saya kurang minat dengan corndog ni..maka beli je satu ais cream kon yang pic kat atas tu.


Dengan limpahan cheese tu menggoda selera budak-budak..dalam dia pun cheese jugak..sampai comot makan..
Beranika pau ada..nampak inti dia tu macam-macam.. nampak menyelerakan..colour pau tu soft jew..



Yang ni dah lama tak buat dekat rumah..bila dah terhidang banyak macamtu jadi berselera nak makan..



Deretan samyang noodles ..dan beraneka nama dan jenama ..terselit jugak maggi hot disitu..

Yang nie antara balance yang tingggal..ready to eat..sebab singgah sini pun dah malam maka makanan pun banyak yang dah habis.

Snap gambar sana sini..saja nak buat koleksi..tak beli apapun..cuma cuci mata dan ronda dengan anak dan husband..





Berjenis ice cream Korea ada..tak meneliti lagi satu-satu..ada meja makan disediakan disini..kalau nak makan tinggal duduk jew..berjenis air pun ada..

Lokasi Kedai KoreaCU mart ni di belakang Angsana,area dengan Bank Rhb..


 

Tuesday, 1 March 2022

Bubur kacang Durian musim hujan.







Sambil menaip nie hujan di luar lebat sangat..diiringi bunyi petir..
teringat pulak mangsa banjir di kelantan dan terengganu sekarang ni..nasib musim cuti sekolah ..kalau time sekolah lagilah risau..
disini walaupun tak banjir tapi hari-hari memang hujan jew..tak pagi kadang petang..sejak kes covid mencanak naik kami nak kemana2 pun macam terbatas sikit..yelah kena beringat jaga diri ..kalau boleh elak sebelum apa-apa berlaku..kan..
cerita bubur kacang ..
Ni salah satu bubur fav suami..suka pulak dia dengan bubur kacang ..lelagi ditambah durian..ikutkan saya kurang minat sikit bubr kacang..tapi kalau yang letak durian tu ok sikit..kalau bubur kacang hijau semata jew macam tak berapa minat..mungkin dah dari kecik mak selalu buat..tu yang macam jemu sikit..

Resepi dan cara buat boleh tengok utube ye.

Tuesday, 22 February 2022

Menyirap by Dato Fazley Yaacob dan Sweet LAB

Menyirap..hi hii dengar tajuk macam cari gaduh jew kan..

Ini merupakan projek paidreview saya bersama sweetLAB dan menyirap ni by Dato Fazley Yaacob..

rasa dia camne sedap ke?..ini merupakan sirap yang zero sugar atau bebas gula....kiranya sapa yang menjaga kesihatan memang elok sangatlah ni ..zero kabohidrat ..zero kalori..dan sesiapa yang ada penyakit kencing manis pun boleh minum kodial menyirap ni..


Kodial menyirap ni merupakan premium rose  syrup ..walaupun bebas gula tapi ada rasa manis dalam dia tak payah tambah gula bagai..hanya tuang dan letak air macambiasa..

untuk kali ini saya buat sirap limau laici ..buh biji selasih dan ais..memang nikmat sangat..sesuai untuk buka puasa..


Dan yang ini pulak saya buat lassi sirap..lassi ni kegemaran suami..nak buat dia pun senang sangat..letak susu ..yogurt  dan tambahkan menyirap..agak lah nak letak banyak mana..biasa kami buat lassi ni plain je..bila tambah menyirap rasa lebih wangi sikit..sedap..

Ok yang nak try menyirap ni boleh ke instagram sweetLAB yer..boleh tengok banyak idea masakkan yang menggunakan produk menyirap ni.


 

Monday, 21 February 2022

Ada tofu dirumah jangan asik digoreng je..buatlah Bebola tofu/ Cucur tofu yang sedap

 



Waktu petang sekarang ni biasanya mendung dan diiringi hujan..bila time nak ambik Muhammad balik sekolah mesti mendung dah berarak gelap..disebelah paginya pulak kadang panas..tengaharinya pulak panas terik.Disebabkan cuaca yang tak menentu macamni ,mudah sangat kami diserang selsema dan kadang sampai demam..

Dan bila sebut je demam dan selsema mulalah kepala mengerewang mikir covid..biasalh itukan antara tanda utama bila kita diserang wabak tu..lelagi sekarang ni kes covid semakin mencanak tinggi..
Fenomena biasa bila waktu hujan memang kompom perut yang dah kenyang pun akan lapar memanjang..jengah esbok tengok apa yang ada untuk kunyah-kunyah waktu petang..

Terpandang lima ketul tauhu yang tak terusik,mulanya berangan sangat nak buat sambal goreng..ha haa lastnya sambal goreng entah kemana..kentang pun dah nak bercambah ..maka buat jewlah bebola tofu..disebabkan rupa paras dia tak macam bebola maka tak sebutlah bebola..sebut je cucur tofu..ataupun yang biasa disebut kt rumah ni jemput-jemput tauhu..
ikutkan kalau makan ni cicah dengan sos cili atau sambal kicap lagi ngam..tapi macam malas pulak nak menyicah..so biar makan plain macamtu jeew pun dah sedap..
ni kalau makan nasi tak de lauk boleh jew jadikan sebagai side dish..memang sedap..

Ok resepi dibawah ea..cara membuatnya boleh semak video ea.



Recipe
5 pcs tofu
1 pcs carrot
Coriander leaf/onion spring
2 pcs garlic
1 pcs egg
1 pcs Sausage
5 or 6 tablespoon purpose flour
Salt and seasoning




Friday, 18 February 2022

Resepi Marble cupcake lembut guna Marjerin Pelangi

 



Pagi..
mencari gambar  dan idea untuk menulis disini..gambar masakkan  banyak yang tak sempat lagi share disini..tapi tulah nak mentranfer gambar ke sini agak malas sikit..
maka share dulu gambar baru shoot ..



Sebenarnya video ni projek untuk syarikat seri pelangi..
kali ini diorang pilih kek marble cupcake untuk video dan gambar..ikutkan kalau buat kek memang saya gemar buat versi yang kecik jew ..senang nak bakar dan cepat masak..nak simpan pun mudah..nak makan tinggal amik satu atau dua biji dan selebihnya dah boleh simpan..atau kalau nak bagi orang pun senang..tak payah potong..kalau potong ni kadang bila tak kena gaya memang senget..hihii tu yang malas.

Kalau buat kek guna marjerin nie memang terimbau sangat masa zaman kita kecik kan,dulu kalau dekat nak raya mak mesti beli marjerin atau planta satu tin besar..pastu buatlah kuih muih dari marjerin tu..kalau kek pastinya kek marble jewlah yang pames time tu..bila makan kek marble ni yang paling seronok masatu bila tergigit yang bahagian coklat..tu yang saya kejar dulu..part yang ada campuran coklat je..yang plain tu biasanya kurang sikit nak makan...hihii..tu yang selalu kena bebel dengan emak..
 

Ok cara membuatnya boleh tengok video ea.
Marble Cupcake lembut guna marjerin

250  gm  butter/marjerin @sripelangi
1  cawan rata  gula kastor
4  biji  telur gred A
2  cawan rata  tepung naik sendiri, diayak (jika guna tepung gandum tambah 1 sudu teh  baking powder)
1/2  cawan  susu cair
1  penutup botol  esen vanilla
2  sudu besar  serbuk koko


English
Marble Cupcake

250 gm butter/margarine @sripelangi
1 flat cup of caster sugar
4 grade A eggs
2 flat cups of self -rising flour, sifted (if using wheat flour add 1 teaspoon of baking powder)
1/2 cup liquid milk
1 bottle cap of vanilla essence
2 tablespoons cocoa powder



Thursday, 27 January 2022

Pai Ayam


Bismillahhirrahmanirrahim..
pembuka bicara 2022..dah nak sebulan tup..tup..nak ke hujung January..tak berjengah lagi kesini..Happy New Year semua..tahun baru semangat baru..rutin harian macambiasalah entah apa jew yang disebukkan sangat pun tak tau..

Ahmad dah bersekolah penuh..tak ada penggilaran untuk kumpulan A atau B..maknanya masuk sekolah penuh ..sekolah Agama pulak seminggu sekali je buat masa ni,exam untuk sekolah agama baru je minggu lepas habis..

Sekolah Agama ni kalau tak lulus tak dapatlah naik darjah untuk tahun berikutnya..kenalah ulang lagi bagi mereka yang gagal..makanya memang tak boleh jugak nak main main..

Ok cerita pai ayam pulak..kat umah ni bila agak bosan makan nasi tukarlah buat pai macamni..tak susah mana kan ..godeh jew dah siap..inti ikutlah selera sendiri nak buh apa..cara buat boleh semak di video ea..

 


Pai Ayam
By @zila norazila
Puff pastry - akak guna yang jenama kawan 
(kalau nak guna paratha yang ready made pun boleh)
Bahan inti
Isi ayam - dicincang halus
Bawang bombay
Bawang putih
Lada hitam tumbuk kasar
Thyme kering - (akak tak letak sebab tak ada stock)
Susu segar
Prego mushroom cabonara (Yang label biru )
Carrot -didadu
Kentang - didadu
Letak celery dan kacang pis pun boleh..ikut selera lah ya.
Garam -secukupnya
Bijan -jika suka
(Cara membuatnya semak video diatas tq)
*Bakar pada suhu 180c selama 25 minit..bergantung pada jenis oven..akak guna api bawah dulu dalam 10 minit..lepas tu baru guna api atas dan bawah..*
------------------------------------------------------------------------------
English 
Puff pastry 
ingredients 
Chicken fillet - finely chopped 
Garlic 
garlic Roughly
mashed black pepper 
Dry thyme 
Fresh milk 
Prego mushroom (blue label) 
Radish - diced
Potatoes - diced 
Put celery and peas are also possible..follow your taste. 
Salt

Friday, 24 December 2021

Roti Bakar Pisang yang sedap



 

Bismillahhirahmanirrahim..
sambung lagi menulis disini,dah tinggal beberapa hari lagi nak melangkah ke 2022,tak sedar masa berlalu ..sibuk dengan covid tup..tup dah nak hujung tahun.

Cuaca pagi ni nampak elok jew,time macamni dah keluar cahaya matahari..moga mangsa banjir semuanya selamat..semalam dapat berita dari akak ipar masih lagi duduk di penempatan banjir..walaupun air dah surut..terbayang keadaan rumah yang harus dikemas semula..Allah.. berat mata memandang ..berat lagi bahu yang memikul kan..moga ada hikmah disebalik semua musibah dari Allah ni.
Berbalik pada menu roti bakar pisang yang sangat senang disediakan,tapi kenyang dan sedap..kadang bila dah tak ada idea nak buat sarapan buat jew roti macamni..makan time masih panas memang rangup..rasa manis dan lemak masin..sebab ada sapuan butter disitu.

Cara buat boleh semak video diatas ya.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang