Pages

Monday, 18 June 2012

nostalgia hari bapa..sotong dalam tin tumis bercili


Assalammualaikum dan salam sejahtera
selamat pagi semua...wahhhhh rindunya nak menulis blog..he hehee rindu sangat-sangat kat teman-teman blogger..dah beberapa hari menyepi dan membisu..rasanya macam tak lengkap kalau tak round-round kat dapur teman-teman....sambil skodeng menu-menu yang lazat-lazat...minta sorry banyak-banyak jugak..sebab tak berkesempatan nak berBW..insaallah lepas nie bolehlah BW macam biasa..hari ini kerja dioffice tak berapa pack..so rutin boleh berjalan seperti biasalah..:)




seminggu dah off dari dapur masak-masak..he hheee ...sebenarnya haritu zila naik pelamin..tu yang kena off seminggu..majlis yang serba ringkas jer..tak buat besar-besar pun..cuma dihadiri kaum keluarga..dan rakan-rakan rapat..
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah pada zila difacebook..dan inbox ...doakan yang terbaik buat zila yer..semoga mahligai yang baru dibina ini berkekalan hingga ke akhir nyawa..amin..





oklah berbalik kepada menu masakan hari nie..siapa yang pernah makan sotong dalam tin nie??..pasti ada jugak yang tak pernah makan kan?..sempena hari bapa nie..zila nak kongsikan masakan sotong nie...nostalgia sangat-sangat sotong nie...kerana apa...??..




sebabnya sotong nielah kegemaran arwah ayah zila...beliau sangat gemar sotong dalam tin nie..so bersempena hari bapa nie zila nak mengimbas kenangan bersama beliau...kenangan yang pastinya tidak pernah luput..AL FATIHAH ..buat arwah ayah semoga ayah ditempatkan dikalangan para solih dan solihin...aminnn.. "syurga itu di bawah telapak kaki ibu". Namun, di mana pula syurga seorang ibu? Bukankah di bawah telapak kaki seorang suami; yang sudah tentu pula rata-ratanya bergelar ayah..


time zila kecik-kecik dulu..harganya agak murah...sekarang satu tin kecil tu berharga RM4.40..isi dalamnya tak banyak mana pun tapi kalau nak masak kena carik-carikkan supaya mudah nak makan..
biasanya kalau balik kerja..lauk nielah yang paling senang dihidangkan..he hehe kiranya adik beradik dengan sadin la nie..lapas tu pulak dihidangkan bersama nasi panas..wahhhhh semakin bertambah-tambah selera..sebab ada rasa masam-masam dan pedas..waallaaa..




jom sama-sama semak resepi yang sangat-sangat mudah..ayat yang biasa saya cakap kat anak saya..."alaaa..pejam mata jer pun boleh buat.".he hehhe



sotong dalam tin tumis bercili

bahan-bahannya
1 tin kecil sotong dalam tin
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
10 biji cili padi - lebihkan jika suka pedas
1 batang cili merah
1 sudu kecil perahan air limau
1 biji tomato 

cara-caranya
  1. carik-carikkan sotong menjadi kepinggan yang kecil.
  2. kupas dan hiris bawang besar bulat-bulat,dan bawang putih
  3. hiris cili padi dan cili merah
  4. Dadukan tomato
  5. tumiskan bawang merah,bawang putih ..bila dah berbau wangi masukkan hirisan cili padi dan cili merah..
  6. kemudian masukkan tomato yang sudah didadu..tumis hingaa sedikit garing.
  7. masukkan sotong yang telah dicarik-carik..campurkan sedikit kuah sotong..jika tak gemar boleh tambahkan sedikit air.
  8. tambahkan perahan asam limau..
  9. sedia untuk dihidang.





selamat mencuba










Monday, 4 June 2012

rosemarry grilled chicken



Assalammualaikum salam sejahtera

selamat pagi buat semua pengunjung baru dan lama ke blog zila4ever..terima kasih atas kesudian memfollow..dan tinggalkan link anda yer supaya senang saya nak follow balik....:) dan terima kasih teman-teman yang sudi datang dan tinggalkan komen-komen yang indah..amat-amat saya hargai..love u all ..






seminggu sudah berlalu..ini bermakna cuti sekolah berbaki seminggu lagi..ramai bloger masakan pun bercuti kan...dapur masing-masing sunyi jer..h eh ehee inilah kesempatankita nak bercuti kan..almaklumlah kalau hari persekolahan masing-masing tak menang tangan..mana nak pergi ambil dan hantar anak ke sekolah lagi...haiii kita pun sama merasai jugak..so kalau anak dah off macamnie..emak pun turut off jugak..:)





hari inikan terasa rindu pulak kat beberapa blogger yang dah lama sunyi jew...rindu sangat-sangat kat diorang..kadang-kadang tue jengah jugak kat blog diorang..tapi sampai sekarang masih sunyi..alahaiiii zila harap janganlah masing-masing berehat terlalu lama kan...dan rasa rindu dengan masakan diorang..



ok lah jom kita cerita pasala masakan hari ini pulak..hari ini mood nak makan ayam versi nak meratah macam tu jew..tak nak makan dengan nasi..sebabnya..konon-konon mood diet..h ehhee aahkan jew la kan..ayam panggang rosemarry nie dah tiga kali jugak zila buat..tapi tak sempat ambil gambar la..sebab memang tak sabar sangat nak makan..anak pun bising kalau zila amik gambar memang lambat la dia dapat merasa..h ahhaa ha..ramai yah dah mencuba resepi ini kan..zila ambil kat dapur ibundo..nampak kak nor pun ada buat jugak...dan yang lain-lain yang zila tak perasan jangan marah yer..tapi zila tau ramai yang dah mencubanya.dan hasilnya memang sedap sangat-sangat.terima kasih kepada semua penyumbang resepi.









olahan:zila4ever.blogspot.com

Bahan-bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar 
2-3 sudu besar gula perang 
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis 
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega - untuk sapu atas ayam


 Cara penyediaan
  1. Ayam dibersihkan.
  2. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  4. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  5. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  6. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  7. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam. 
  8. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  9. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.- bakar sampai masak guna api atas bawah...



Friday, 1 June 2012

kuih tako


Assalammualaikum dan salam sejahtera 

salam jumaat yang indah..waahhh dah masuk bulan jun..cepat benar masa berlalu..dah masuk setengah tahun 2012..alhamdulillah... banyak urusan yang harus diselesaikan pada bulan jun nie..semoga semuanya berjalan dengan 
lancar.



terima kasih buat teman-teman blog yang sudi singgah disini..dua tiga hari lepas saya amat sibuk..sebab ada urusan penting yang hendak diselesaikan..dan anak pulak tengah cuti sekolah..so sempatlah jugak bawak dia jalan-jalan..semalam baru start kerja balik..he hehee terasa malas jer nak naik kerja sebab dah beberapa hari off...semalam hanya sempat like jer kat facebook..nak terjah kat blog x kesampaian..duty pulak tengah pack..yerlah dah dua tiga hari tak datang...mood pun masih diawang awangan lagi..:)..terima kasih pada yang sudi tinggalkan komen dan follow saya..saya akan membuat kunjugan balas..antara lambat dan cepat jer..dah rindu nak berBW..mesti banyak resepi yang saya dah tertinggal..waaaa..sedeyyy.






dalam percutian haritu sempat jugak saya singgah dirumah kakak ipar .ternampaklah pokok pandan yang dia tanam..adusss ..memang subur..nampak segar jew daunnya..sempatlah saya sambar bebrapa helai..h ehehe..memang teringin sangat nak makan kuih tako..tapi aritu round kat pasar semua daun pandan mengecewakan..tak ada yang sedap mata memandang..semuanya kurus-kurus jew..bila dah jumpa yang gemuk-gemuk nie..memang tak lepaskan peluang...terus saya siapkan kotak tako tu sekali..





jom lah semak resepi ..resepi sebelum nie saya guna tepung tang..resepi dari kawan sekerja..rasanya dah lebih sepuluh tahun saya guna resepi tue..tapi kali nie saya nak cuba resepi dari myresepi pulak..pakai tepung hoen kwee..saya tukar lapisan atas tu warna kuning..nak kasi ceria sikit..:)


kuih Tako
oleh:junis 11
diolah oleh : zila4ever.blogspot.com

lapisan bawah
30 gram tepung hoen kwee hijau
90 gram gula pasir
300 ml air
beberapa biji sengkuang cina didadu

lapisan atas
270ml santan
20 gram tepung hoen kwee kuning
secubit garam
20 gram gula pasir


cara-caranya
  1. Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
  2. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam kotak pandan.
  3. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
  4. Biarkan sejuk dan hidang.


Friday, 25 May 2012

cheese tart respberry



Assalammualikum dan selamat sejahtera semua

terima kasih pada rakan bloger yang baru dan yang lama..atas kunjugan kalian yang tak pernah jemu kesini.dan terima kasih juga sudi meninggalkan komen-komen yang indah..cuti sekolah sabtu nie dah bermula kan..dan dikesempatan itulah juga ibu dan ayah ambil cuti..nak habiskan percutian bersama anak-anak.





begitu jugalah saya ..dah apply cuti awal-awal lagi.dapatlah bercuti 3 hari..boleh bersuka suki .he hehee ...ramai juga yang plan nak balik ke kampung sempena cuti sekolah nie..menziarahi keluarga..dapat berkumpul ramai-ramai..boleh makan sama-sama..wahhh memang indahkan..masa kecik-kecik jew dapat berkumpul sama-sama hari-hari..dan bila masing-masing dah berumahtangga..agak susah jugak nak jumpa..masing-masing ada komitmen.





ok la berbalik pada masakan hari ini..ha hahaa inilah godaan berBW..satu persatu terjah dapur orang..semuanya membuatkan saya jeles...semuanya macam nak dirasa jer..ha haha ..aritukan ramai  betul show tart nie..tengok si rahel cute buat..pastu kak nor cyg tue..pastu evelyn tomeiii..wahhh masing-masing show off..yang terbaru asyifa  pulak show..so tak boleh tahan tengok..ha ha aa





lagipun bahan-bahan semuanya dah ada dirumah..so layan jew la tekak nie..yang baru nak baik batuk..kali ini buat versi kuning oren pulak..resepinya masih mggunakan resepi yang sama ..cuma letak pewarna oren sedikit..dan saya tak ada acuan kuih tart bunga bergigi tue..so pakai mana yang ada jew la kan..asal boleh ngappp..he h hee






TART CRUST/SHELL


170 gram marjerin/butter
50 gram gula icing
1 biji telur gred C
290 gram tepung gandum
1 sudu kecil essen vanilla


cara caranya
1.pukul marjerin dan gula dengan senduk kayu,jangan pukul lama sangat.
2.masukkan telur dan essen vanilla dan pukul lagi dengan senduk kayu.
3.masukkan tepung sedikit demi sedikit.uli hingga menjadi doh lembut.
4.Ambil sedikit adunan dan tekan kedalam acuan tart.cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5.bakar pada suhu 170c sehingga masak..api atas bawah.





CREAM CHEESE FILLING

bahan bahan
250 gram cream cheese
50 gram gula kastor/gula halus
1 biji telur saiz B
1/2 sudu vanilla essen


cara caranya..
1.putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2.masuk telur dan essen vanilla ..putar lagi.
3.masukkan filling kedalam kulit tart.
4.tuangkan cream cheese keatasnya,bakar dalam 5 minit..suhu 170c.tekan sedikit permukaan cheese jika tidak melekat maknanya sudah masak.

Wednesday, 23 May 2012

puding roti kismis dan pistachio



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

buat pengunjung baru dan yang lama..jutaan terima kasih sebab sudi bertandang dan meniggalkan komen-komen yang indah..:)..wahhhh sekejap jer kan dah hari rabu..rasanya baru jew hari isnin..dan semalam kita melangkah ke bulan rejab..
mungkin ramai dah merebut peluang berpuasa pada bulan rejab nie..bulan rejab juga merupakan bulan-bulan haram dalam islam.
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 



Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)





hari ini nak berkongsi puding roti berkismis pulak..nie lah sarapan kami semalam pagi..buat 2 bekas jew..sikit kan..he heee memangpun .. ..resepi yang simple ..lagipun stock kismis banyak kat rumah nie..dah tak tau nak buat apa..tu yang godeh-godehh..






puding ini sebenarnya sedap dimakan bersama sos kastard...tapi sebab malas nak layan sos-sos itu semua...makan jew la dengan  sos coklat..kira ok jugak la..tengok pic atas tue..kismis dah sedikit hangusss...he ehhee terover nak garing-garing..kalau nak bakar dalam loyang pun boleh..tapi saya buat separuh adunan sahaja. rasanya lebih mudah bakar kat dalam ramekins nie..







jomlah jengah-jengah resepi kot-kot ada yang nak mencuba juga..resepi dari myresepi ramai dah mencuba dan rata-rata komen seedappp..
puding roti berkismis dan pistachio


sumbangan: myresepi
Diolah oleh:zila4ever.blogspot.com
bahan-bahanya
3/4 keping roti
200 ml susu segar
2 biji telur 
2 1/2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar kismis - ikut kehendak masing-masing
1 sudu besar pistachio-disangai terlebih dahulu
1 sudu besar mentega - dicairkan
sedikit essen vanilla





cara-caranya
pukul telur dan telur sampai kembang.kemudian masukkan susu dan gaul rata
masukkan essen vanilla
griskan loyang ,carik-carikan roti ke dalam acuan/loyang.tuang kan adunan yang telah dipukul kedalam roti sehingga meresap kedalam roti.
taburkan kismis ..gaul rata 


panaskan oven..dan bakar sehingga masak kekuningan.
selamat mencuba





Monday, 21 May 2012

roti jala pandan





Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

apa khabar semua? sihat tak?..eemmm sebenarnya saya pun baru lepas baik dari batuk.dah sebotol kecik ubat batuk cap ibu dan anak saya minum tapi tak baik-baik jugak..nak tunggu cap ayah dan emak pulak kot baru baik..he he hehee .tq buat nieza yang suruh saya minum air asam jawa..memang berkesan..saya sebenarnya tak berapa minat minum air asam jawa nie..tapi kalau dah batuk tak nak pergi ..kena lah juga minum..






terima kasih atas kunjugan teman lama dan baru..sudi meyokong blog ini dan sudi meninggalkan jejak..saya juga akan membuat kunjugan balas antara lambat dan cepat yer..:) hari ini nak share roti jala pulak..rata-rata semua dah teror kan..saya memang suka makan roti jala..tapi bab-bab yang kurang rajin tue bahagian nak menjala..waalllaaaa malas betul menunggu depan api dapur..tapi demi nak makan ..kena rajin-rajinkan diri jugak kan..:)






bila tekak dah baik..dah mulalah macam-macam yang teringin...kiranya minggu nie resepi layan tekak jer la kan..kali nie buat versi pandan lagi..mungin saya dah boring dengan roti jala kuning tue kot..h ehehee..tak per la kan..sesekali tukar selera..lagipun nampak hijauuu jew...bertambah-tambah menambah..dah habis satu ..sambung lagi satu..dan lagii...dan lagii..




Roti Jala Pandan

bahan - bahan
450 grm tepung gandum
1 cmt garam
450ml susu segar
3 biji telur - dipukul sedikit
450 ml air - tambahkan sedikit air jika masih pekat
sedikit pewarna hijau 
sedikit perisa pandan
2 camb mentega cair



cara - caranya
  1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. untuk membancuh.masukkan pewarna hijau dan perisa pandan, Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
  2. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak .
  3. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  4. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  5. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis .


selamat menjamu selera



Friday, 18 May 2012

sotong bunga bertaucu

salam dan selamat pagi 

salam jumaat penghulu segala hari..lebih meriah hari ini kaum2 adam pergi solat jumaat..wahhh time nielah kiranya semua orang lelaki akan pergi ke masjid kan..tapi kadang-kadang tu ada jugak yang uzur..he hhehee...




dalam dua hari nie terasa amat la sibuk..BW pun dah malam-malam baru leh singgah..oh yaa terima kasih pada teman lama dan yang baru..dan pada semua yang sudi singgah dan meniggalkan komen amat-amat saya hargai..saya dah add balik semuanya..dan terima kasih sebab sudi follow yer...badan pun rasa macam tak sihat ni..dah seminggu batuk..terganggu jiran sebelah nak tidur...he hhe almaklumlah rumah taman..

apa saya masak tu..h ehehe aahh dah betul la tue..sotong bunga-bunga..jatuh cinta tengok sotong nie kat dapur hazila cyg..pastu kat dapur mamsya cyg jgk..tapi kedua-duanya mempunyai cara masakan yang berlainan..


bila kita dah potong macamnie kan ..rasa selera nak makan tau..semakin bertambah-tambah nasi..lagi satu budak-budak pun suka..sebab ada bunga-bunga..resepi nie saya tambahkan satu sudu taucu...kenalah dengan tekak kami..lagipun stock taucu kat rumah nie banyak..kalau simpan lama-lama nanti tak elok pulak.jom kita semak resepi pulak:)


sotong bunga bertaucu
sumber :hazila
diolah oleh:zila4ever.blogspot.com


bahan bahanya
2 ekor sotong besar - dicuci dan dipotong anggaran 1 1/2 inci.digunting dua bahagian jangan sampai putus.
1 inci halia - dimayang*
5 tangkai cili kering atau lebih - dihiris meyerong *
3 ulas bawang putih - dimayang *
1 biji bawang besar - dihiris bulat *
1 tangkai daun kari *
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu kecil jus limau - ikut selera masing-masing
1 sudu besar taucu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
minyak untuk menumis




cara caranya
  1. masukkan minyak,tumis bahan-bahan yang dimayang * dan serbuk cili,tumis hingga naik bau.
  2. masukkan 2 sudu besar air supaya tidak hangit.
  3. masukkan sos tiram,taucu dan minyak bijan kemudian digaul rata.
  4. masukkan sotong dan perahan air limau.biarkan sebentar dan perasakan dengan garam jika perlu.
  5. jangan biarkan sotong masak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.
  6. dihidangkan bersama nasi panas.
  7. selamat mencuba





Monday, 14 May 2012

Moist Supreme Cake Mix "happy mother's day"


salam dan selamat sejahtera 
rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan selamat hari ibu buat semua..dan terutama sekali pada ibu saya.montamah binti hj sidek..jasamu tidak dapat kami balas sampai bila-bila.



Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu..Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut .




ok la bercerita pasal kek nie pulak la..hari ini mood agak kurang..tak taulah kenapa..mungkin badan nie rasa macam nak demam kot..nie pun dah bersin bayak kali..kek nie buat sabtu malam..khas untuk emak saya..lagipun ada lebihan bc aritu..memandangkan orang perempuan kan suka pink color..so saya letak jer la pink colour lagi..deco pun ala-ala jer la kan..nak deco cantik-cantik tak pandai lagi..


jom kita semak resepi kek yang mudah sangat nie.


DEVIL'S FOOD CAKE

1 kotak Moist Supreme Cake Mix
1 1/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak 
3 biji telur

  • panaskan dulu oven 15 minit awal.
  • Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inc
  • Oleskan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
  • Satukan tepung cake Moist Supreme Cake Mix, air, minyak dan telur dalam bekas.
  • Pukul perlahan bila dah rata pukul kuat selama 2 minit
  • Tuang adunan dalam loyang
  • Bakar kek dalam oven pada suhu 170C hingga masak
  • Kek masak bila lidi yg kita cucuk pada tengah kek keluar kering dan licin.
  • Bila kek dah masak sejukkan
  • Bila dah sejuk keluarkan kek dari loyang
  • Potong bahagian atas kek yang keras 
  • Potong kek kepada 3 lapisan ini bergantung pada kita berapa lapis yang kita nak buat layer
  • Ketepikan.






1 tin buah buahan campuran
jem strawberry


Buttercream
1 cawan krimwell/butter
1 cawan shortening
2 cawan gula icing
2 sudu besar susu pekat
(mix semua dan putar)
  • buah-buahan campuran dalam tin di toskan , asingkan air dan buahnya

  • Susun selapis kek atas lapik kek
  • Kemudian sapukan buttercream tadi dan ratakan dan sapu jem strawberry
  • Kemudian taburkan buah-buahan campuran yang telah kita toskan tadi
  • Tekan-tekan sedikit supaya dia masuk ke dalam cream
  • Letakkan lapisan yang kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga habis semua lapisan
  • Sapukan seluruh permukaan kek dengan cream dan ratakan
  • hias kek mengikut citarasa anda

keadaan kek yang telah dipotong oleh ibu saya diwaktu malam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang