Pages

Wednesday, 5 June 2013

tq Aroma 1 jun 2013


Salam ceria ..
bersua kembali..buat sahabat-sahabat zila semoga semuanya diberi kesihatan yang baik..bersempena cuti sekolah nie masing-masing sibuk kan..

dah hampir dua minggu anak zila tinggal di rumah kakak..terasa sunyi juga dirumah..hubby pulak berada di kuala lumpur..hari rabu hingga jumaat baru dia ada meeting di pasir gudang..oleh kerana tak ada sesiapa dirumah zila pun kurang memasak..makan simple-simple mana yang ada dirumah jew..


Bahulu Kelapa

Ayam Bakar Rosemarry

Berbalik pada cerita hari ini...nak berkongsi sedikit kegembiraan di awal bulan jun ..zila nak ucapkan ribuan terima kasih kepada editor majalah AROMA kak 'Siti Dimiati Awe' kerana sudi memberi peluang blog zila mengisi ruangan di majalah Aroma 1 Jun 2013..muahhh i love u sis..


Ikan Sambal Kering Telur Putih

Apam Tepung Beras

pada mulanya tak tau jugak nak share resepi masakan yang mana..almaklumlah masakan yang ada diblogpun bukanya banyak sangat,nak buat masakan baru memang sekarang nie zila kurang sikit rajin..so zila belek-belek gambar masakan yang ada di folder dan blog,kemudian pilih mana yang dirasakan sesuai.


Kerabu Ikan Bilis

Tauhu Sumbat

12 resepi yang zila pernah cuba termuat di majalah..4 resepi zila belum kongsikan di blog..tapi bukanlah masakan baru. pic yang lama terperap kat folder ..he hhee tak sempat nak buat entry.dan 8 resepi telah tersedia ada di blog zila.



Bubur Cha-Cha Laici

Kacang Phool

buat kak siti dan Aroma..sekali lagi terima kasih daun keladi..zila keep juga kulit majalah disini..sebagai tanda kenangan manis disepanjang zila berblog..almaklumlah tak tau sampai bila nak update blog kan..kot-kot bila dah ada baby baru rasa malas pulak..h ehhee 

Kek Belang Zebra
Kek Pisang Gebu
dan terima kasih buat sahabat-sahabat zila di fb dan blog yang sentiasa tidak pernah lokek berkongsi resepi ..semoga ilmu yang kita dapat dimanfaatkan bersama..tq juga buat pengunjung yang tidak pernah jemu menjengah blog zila yang tak seberapa adanya nie..moga persahabatan kita di alam maya akan terus berkekalan...

Markisa Snow Cheese Cake

Puding Kukus Laici


sampai disini dahulu buat kali ini..bertemu lagi ..bye semua ^___^ jom dapatkan AROMA.. 

Tuesday, 28 May 2013

lasagna


Salam sayang semua..
masing-masing mesti dalam mood bercuti kan..

terima kasih kepada semua sahabat-sahabat zila di alam maya yang mengucapkan takziah semalam.
bercerita mengenai kematian yang tidak pasti kita sendiri bila,apa punca dan sebab dan bagaimana kita akan mati nanti.namun sesungguhnya "Mati itu Pasti" dimana kita akan kembali kepada pemilik kita yang hakiki Allah s.w.t

sama-samalah kita panjatkan doa buat insan-insan yang kita sayangi yang telah pergi dulu mendahului kita.terima dengan rela dan redha ketentuan tuhan.sayangi dan hargailah insan yang masih ada disekeliling kita sementara kita masih ada waktu lagi..



Pasti ramai dah pernah mencuba buat lasagna sendiri dirumah..bagi zila buat sendiri lagilah berbaloi..dapat makan berulang-ulang kali..dan boleh letak cheese sebanyak mana yang kita suka..

bagi pengemar cheese memang berkeping-keping boleh dihabiskan..tapi bagi zila sepotong dah kenyang sampai ke petang..zila letak sos putih tue banyak sebab en suami suka makan cheese lebih..zila tambahkan quantiti serbuk lada hitam tu jugak biar rasa sedikit pedas..



sesuai dimakan ketika masih panas.. kalau dah sejuk macam muak sikit rasanya.kalau nak dapatkan potongan yang cantik kena tunggu betul-betul sejuk baru potong..tapi zila tak tunggu pun..sebab masing-masing dah tak sabar nak makan..

terutama suami yang memang penggemar tegar cheese dan makanan macamne..berulang alik dia kedapur jengah oven..asik tanya jew dah masak ke belum..he heee ..

terima kasih buat sahabat zila mia..yang menghidangkan lasagna aritu apabila kami berkunjung kerumahnya..time tue hubby zila nak tambah rasa macam segan..he hhee sampai rumah dipaksanya kita buat pulak..

resepi hasil menguggle..banyak resepi yang ada kebanyakan lebih kurang sama..zila sharekan disini juga sebagai rujukan diri.




LASAGNA

Bahan
Kepingan lasagna - celur sekejap letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat

Bahan inti daging
Sos prego 14oz - 1 botol prego tradisional
Cendawan butang ~ di buang airnya dan di potong dadu
Daging cincang 400 gram
Serbuk black pepper dan serbuk oregano
1 biji Bawang besar holland , bawang putih 5 ulas di potong dadu 
Sos cili 1 sudu besar 
Garam secukup rasa




Cara membuat inti daging
Masukkan 4 sudu besar minyak zaitun/masak
Tumis bawang yang di cincang sehingga naik bau
Masukkan daging cincang..
Gaulkan hingga daging berubah jadi coklat
Kemudian tuang sos prego dan gaul sebati
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan serbuk oregano
Masukkan cendawan butang..
Masukkan sesudu besar sos cili..
Tabur serbuk black pepper
siap dan sejukkan.




Bahan sos putih
 2 sudu besar butter
 Keju cheddar 3 sudu besar / 2 keping cheesedale
 250 ml susu full krim/fresh milk
 2 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa

Cara membuat sos putih
Cairkan butter
Gunakan api kecil - Masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan gaul sebati
Masukkan susu full krim
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sehingga sebati..
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sehingga sedikit likat.
matikan api.

Cara melapis lasagna
Panaskan oven 180c
Guna loyang yang sesuai
Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang
Taburkan dengan inti daging
Tuangkan sos putih sehingga menutupi inti daging
Taburkan cheese parmesan dan mozarella
Ulangi cara yang sama sehingga habis,akhir sekali mesti sos putih dan cheese yang di tabur.
Masukkan kedalam oven,bakar 30-40 minit hingga kekuningan guna api atas bawah. 

Monday, 27 May 2013

Al fatihah


Al fatihah - buat abang ipar saya Ariffin Bin Fadzilah yang  telah kembali ke rahmatullah pada 24 may 2013 bersamaan dengan 14 Rejab 1434H akibat serangan jantung. semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh..



Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”






Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat :
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Monday, 20 May 2013

tq MIDI 15 may 2013


Terima kasih daun keladi buat majalah MIDI..terutama buat  Pn Mariam Elias sekali lagi memberi peluang blog zila mengisi ruangan resepi blogger bagi edisi 15 may 2013..bersempena dengan sambutan hari ibu.zila keep kulit majalah ini di blog zila juga sebagai tanda kenangan manis disepanjang zila berblog.. 

kali ini dua hidangan zila mengisi ruangan resepi blogger..satu hidangan yang telah sedia ada di blog..ketam goreng telur masin dan satu lagi pencuci mulut yang zila belum sharekan lagi di blog..bubur pulut hitam longan..bubur pulut hitam nie sebenarnya dari tahun lepas zila buat..cuma tak sempat nak update di blog..he hhee lama betul kan..

ok lah sampai disini dulu berjumpa lagi nanti..jom beli majalah MIDI..banyak bahan menarik yang ada didalamnya..

Bubur Pulut Hitam longan

 Ketam Goreng Telur Masin

Thursday, 16 May 2013

steamed fish with lime and chillies


Assalammualaikum dan salam sejahtera..
alhamdulillah zila dan baby sihat ..dah masuk 23 minggu sekarang nie..apabila disahkan ada GDM - Gestational Diabetes Mellitus -Diabetis Semasa Hamil terpaksalah control diet..banyak yang tak boleh dimakan secara berlebihan...alhamdulillah bacaan BSP setakat 2 kali pemeriksaan nie semuanya bawah 4 ..dan doktor kata sampai sekarang semuanya ok..harap akan ok hingga saat melahirkan..aminnn


walaupun dah kena GDM acara memasak memang kena teruskan..kita yang kena diet tapi hubby dan anak masih makan seperti biasa kan..kekadang kecur jugak diorang makan sedap-sedap..he hhee tak apalah kan demi anak dalam kandungan ..sabar..sabar..


untuk kali ini zila mencuba resepi dari dapur kak hazila pulak..pic masakan beliau semuanya cantik-cantik..suka zila ke dapur beliau..mori pun dah pernah cuba ikan steamed nie.. bila diorang kata sedap apalah salahnya kita mencuba ..terbukti memang sedap..berbeza dari ikan steam yang biasa zila buat..cara memasaknya pun mudah dan  senang.


zila gandingkan bersama kerabu pegaga..beberapa hari nie suka sangat makan kerabu..tak kisahlah kerabu apa ..ratah macam tue je..cara membuatnya pun simple.zila tak guna udang kering..gantikan kepada ikan bilis goreng dan sedikit belacan..zila pun tak letak kelapa parut.perah limau...letak hirisan cili padi lebih..biar pedas sikit..baru rasa sedap..
selamat mencuba ^__________^





Steamed Fish with Lime and Chilies

Bahan bahan
1 keping isi ikan merah - cuci dan toskan - zila guna ikan siakap
1/2 sudu teh lada putih
Garam secukupnya
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris halus
1/2 biji limau nipis
3 biji cili padi
1 inci halia - dihiris nipis
2 kuntum cendawan shiitake - hiris nipis - zila tak letak
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan kicap cair


Cara cara
1. Lumur ikan dengan lada putih dan sedikit garam. Letak ikan di dalam pinggan untuk mengukus.
2. Susun kepingan limau nipis, halia, daun bawang, daun ketumbar dan hirisan cendawan shiitake
   di atas kepingan ikan.
3. Kukus ikan lebih kurang 8 minit atau sehingga ikan masak.
4. Discard ( buang) air kukusan ikan dari piring pengukus, campurkan minyak bijan dan kicap cair,
   tuang ke atas ikan.
5. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang. Enak dinikmati bersama sama nasi putih.



Tuesday, 14 May 2013

selamat hari ibu


Duhai anak-anak,marilah kita sayangi ibu bapa kita,hormati dan sanjungi setiap masa,mendoakan keselamatan dan kesejahteraannya.Mudah-mudahan hidup kita beroleh ketenangan dan kebahagian,moga kita jua tidak seperti juraij,alqamah,tanggang dan lainnya yang mengecilkan hati ibunya,jadikanlah iktibar dan panduan kisah-kisah tersebut agar kita berwaspada setiap masa.

Ibu dan Ayah maafkan kami andainya kami ada salah dan silap terhadap mu…



Assalammualaikum..
bertemu kembali hari ini..rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu..smoga semuanya menjadi ibu yang mithali..tak pernah kenal erti jemu mendidik dan membesarkan anak ..walaupun banyak rintagan yang dihadapi..


ini merupakan hidangan yang sempat zila buat pada hari ahad lepas..bersempena hari ibu yang jatuh pada hari minggu..masakan ringkas hasil dari anak bujang zila..hari itu beri sikit ruang pada dia nak tunjuk bakat memasak..puas dia search menu apa yang sesuai.dan zila pun cadangkan ikan pari bakar ala nyonya..dan sayur kacang goreng bersama udang..berserta air sirap selasih..terima kasih untuk anak ibu yang paling ibu sayang..


ikan pari bakar nie sebenarnya dah lama zila teringin nak makan..sebab tulah zila suruh anak masak..hubby pulak tak makan ikan pari..so dia makan roti arab dengan tuna jer la hari tu..

sebenarnya plan hari ibu tahun ini kami adik beradik nak berkumpul di kampung..satu family bawa satu hidangan ..tapi hari ahad tue hubby zila kena balik ke kuala lumpur pada pukul 3 setengah petang..jadi zila tak boleh ikut serta plan family..kecewa juga ..tapi tak apalah kan..



biasanya hari ibu mesti ada kek kan..tapi dengan keadaan zila sekarang nie memang malas nak buat kek..zila gantikan dengan apple pai dan tart telur..lebih mudah rasanya sebab tak payah fikir nak buat deco kek..
resepi tart telur zila ikut resepi biasa yang pernah zila buat..boleh semak di blog zila ..dan ikan bakar zila ambil resepi dari zaliedana,zila suka kedapur beliau banyak masakan yang menarik..dan orangnya sangatlah rajin tau..ikan nie sangat sedap tak rugi rasanya mencuba.terima kasih atas perkongsian resepi dan zila panjangkan lagi disini.


Apple pai

Bahan-bahan
250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)

Cara-cara
Ayak tepung bersama gula aising.gaul  adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan
Cucuk dasar pastri dgn garfu..Bakar 15 minit.
Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai
Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit

Bahan-bahan inti

4 biji epal - dipotong dadu
100 gm gula perang 
1 s/k serbuk kayu manis 
2 s/b tepung gandum

Cara
Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
Sejukkan.




Ikan bakar ala nyonya
sumber diari zaliedana
sumber asal: CIK MATdan KAK UMI


Bahan
2 keping (500 gm) ikan pari (diperap garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan)
2 helai daun kunyit
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 keping alluminium foil
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Pes (ditumbuk lumat):
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 hirisan nipis halia
2 biji buah keras
2 batang serai - hiris halus
1/2 inci belacan yang dibakar
1/2 inci kunyit hidup

Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
Bentangkan alluminium foil dan letak daun kunyit di atasnya.
Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven...(akak gunakan oven je lerrr pada suhu 190C selama 30 - 40 minit. Pada 10 minit terakhir, akak buka pembalut foil dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja untuk sedikit garing..jangan terhangus dah ya)





Monday, 6 May 2013

acar ikan masin dan nasi lemak pandan

Assalammualikum dan salam sayang semua..


Berlabuh sudah PRU13 kepenghujungnya.tahniah kepada BN sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat malaysia menerajui negara.masa berkempen sudah berlalu kini masanya untuk mengotakan janji,masa untuk bekerja dan mencapai wawasan untuk melaysia menuju kenegara maju.alhamdulillah tercalit sudah dijari warna biru menandakan saya pun turut serta untuk menunaikan kewajipan kepada negara..





Nasi lemak dan acar ikan masin atau acar ikan kering nie tak ada kene mengena dengan PRU13 tau.zila buat hidangan ini pada hari sabtu pagi,semua barang-barang keperluan dah dibeli dari hari khamis lagi.tapi yang agak payah nak cari ikan kering belah tue..uiittss merata jugaklah merayap kedai dan pasar malam tapi tak terjumpa ..last-last pergi ke kipmart nasib ada..



Resepi yang mudah dan sedap,1st mei haritu zila kemelaka,menziarah kawan - kawan sekolah lama..bila dah bertemu memang gamat semuanya..banyak menu yang sempat dia masak..alahaiii sangat terharu kerana menu semuanya sedap-sedap..dan siap tapau lagi..tq mia atas layanan yang baik dan menu yang sedap.


ini merupakan salah satu menu yang dihidangkan menambat hati kami,rasanya sangatlah sedap bertambah-tambah zila makan.acar ikan masin cara pembuatanyapun mudah.resepi asal dari kawan zila nie tak ada mangga muda..tapi zila tambahkan mangga dan hirisan nenas..sebab ada sebiji mangga dirumah..kira nak habiskan stock la nie..pada sesiapa yang nak mencuba zila copy resepi asal dari kawan zila disini..dan resepi nasi lemak pandan sama seperti nasi lemak yang zila pernah  buat sebelum ini cuma zila tambahkan air pandan sahaja.selamat mencuba..


Acar ikan kering

1 biji nenas-potong kecik2
1 batang serai-hiris
1 batang bunga
 kantan-hiris
2 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut-hiris
1/2 botol sos cili thai (guna jenama Life)
1 bj limau nipis-perah dan ambil jusnya
Sedikit garam dan gula


cara-cara

masukkan semua bahan diatas dlm blender dan kisar semua bahan-bahan (tanpa air)sebab nenas dan sos dah berair sampai lumat kemudian tuang dlm mangkuk.

bahan-bahan lain 

ikan kering (goreng ranggup)
1 biji bawag besar-potong dadu/dihiris
Cili Merah-ikut suka banyak mana - dihiris
1 batang timun-buang Kulit dan potong memanjang@ ikut suka
1/2 biji sengkuang kecil- potong ikut suka
sebiji mangga - jika suka
daun ketumbar - jika suka

Campur kan semua bahan  ni kedalam mangkuk tadi..gaul rata..siap

Tuesday, 30 April 2013

tofee cheese cake


Bertemu lagi hari ini.cheese cake simple yang zila buat sempena birthday suami yang jatuh pada hari rabu 24.04 yang lalu..oleh kerana hari itu hari bekerja zila tak sempat nak buat apa-apa pun.kebetulan kami berdua mengambil cuti untuk menyelesaikan urusan di imigresen so nak masak-masak dirumah memang tak sempat.


 
Oleh kerana hari biasa tue tak sempat zila gantikan acara masak-masak dan buat kek pada hari sabtu.cuma anak jew yang kena pergi kesekolah..sebab ada sekolah ganti.
untuk kek birthday kali ini zila memang dah plan tak nak buat kek yang ada icing..bukannya apa rasa macam malas pulak nak godeh-godeh..he hhee..mood kelaut nie.zila ambil resepi ini dari dapur kak ita nampak sangat-sangat sedap,dan seri kandi pun dah cuba juga..bila seri kata memang urrmmm..zila menjadi bertambah yakin kesedapannya..



untuk base kek ini zila gantikan dengan biskut marie,pakai mana yang ada stock dirumah.untuk caramel zila buat 2 versi satu lagi zila campurkan perasa oren sunquick rasa masam-masam sikit dan satu lagi sama macam resepi kak ita.

caramel tue zila tak curahkan sepenuhnya atas kek,sebab dirumah nie ada yang tak suka manis-manis..so bila nak menghidang jew zila curahkan caramel.
zila tak sempat nak masukkan dalam peti ais,siap caramel terus potong kek dan curah..h ehhee sebab suami tak sabar nak potong dan rasa.

Pada sesiapa yang tak pernah buat memang kena cuba jugak.rasanya memang sangat-sangat sedap..dah makan sekali memang nak makan lagi..suami kata next time buat lagi ..anak pun puji kata sedap..



TOFEE CHEESE CAKE
by :
Epicurious dan kak ita

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan

Biskut di hancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut, antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak
Padatkan biskut dalam loyang
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja, atau pada sekeliling loyang juga

Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang. Biarkan ia sejuk dalam loyang
 

 

Cheese Cake
250 gm krim cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata

Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit
Bakar guna api atas dan bawah

 
 


 

Caramel
1 1/2 cawan gula ~ kurangkan
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega

Masak gula, air dan lemon hingga keperangan
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat

Biarkan ia suam
Tuangkan atas cheese cake tadi
Simpan dalam peti ais hingga dingin
Hiaskan dengan coklat Tofee


Tuesday, 23 April 2013

nasi briyani



Assalammualaikum,salam sejahtera dan salam sayang semua.
bertemu lagi hari ini..semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik..terima kasih atas kesudian berkunjung kesini juga.


semua dah makan belum?..jom join zila makan nasi briyani..he hehe..
oklah sebenarnya sebelum ini tak pernah pun buat nasi briyani sendiri dirumah..dulu zila pun kurang minat makan nasi briyani..lebih suka nasi putih biasa jew..biasalah tekak orang kampung katakan..


tapi bila dan bersuamikan orang asing kenalah masak dan cuba buat..alhamdulillah walaupun briyani zila nie simple tapi en suami kata sedap..suami zila memang gemar makan nasi berperisa..kalau nasi putih memang kurang laju dia makan.

briyani kali ini zila gandingkan bersama udang masak briyani dan acar darat..oleh kerana suami zila tak makan udang zila buat ayam goreng dan timbus dengan nasi briyani tue..dan masak lagi beberapa minit..rasanya lagi sedap..

kalau suami zila yang masak briyani nasi dan ayam dicampur sekali..tapi zila macam kurang suka..suka makan asing-asing..


Nasi briyani

Bahan-bahan
3 cawan beras basmati
3  sudu besar minyak sapi
1 cawan susu segar/plain yogurt
3 cawan air
1 paket rempah briyani kecil - dicampur sedikit air dan dijadikan pes
6 biji bawang merah-dikisar
4 biji bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
1 paket rempah tumis
1 biji bawang besar holland - dihiris
1/2 cawan kismis hitam dan kuning - ikut suka nak letak bayak pun boleh
1/2 cawan gajus
1 pokok daun ketumbar - untuk hiasan
bawang goreng - untuk hiasan

cara-cara
  1. Cuci beras basmati sehingga bersih,rendam dengan air panas selama 5 minit..kemudian cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi,masuk rempah tumis,bawang holland dan bahan kisar.tumis sehingga harum,masukkan sedikit garam kemudian masukkan rempah briyani dan gaul rata.
  3. Bila sudah rempah agak kering masukkan susu dan air..tunggu sehingga mendidih dan masukkan beras.kacau rata dan tutup.
  4. Apabila nasi sudah kering masukkan kismis dan gajus..letak sedikit pewarna kuning jika suka..
  5. taburkan daun ketumar dan daun bawang semasa menghidang.


Udang masak briyani

Bahan bahan
1 kilo udang sederhana besar
1 biji karot
2 biji kentang  - dipotong 4
2 sudu besar rempah briyani
1 sudu besar rempah kari
1 biji bawang besar -  dihiris
2 batang cili merah/hijau dibelah dua
3 biji tomato - dibelah 4
1 paket rempah tumis
1 batang serai - diketuk
daun ketumbar
1 sudu besar serbuk lada

Bahan kisar
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
2 biji buah keras
6 biji bawang merah 
3 biji bawang putih

cara-cara
Udang di gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam.goreng seketika.
Panaskan sedikit minyak,tumiskan rempah tumis,bawang besar,bahan kisar dan serai..sehingga wangi .
Masukkan rempah briyani,rempah kari dan serbuk lada.kacau rata dan masak sehingga garing.
Masukkan udang dan masak seketika,perasakan dengan air asam dan garam.
Tambahkan daun ketumbar.dan apabila sudah masak tutup api dan boleh dihidang.

Acar darat
1/2 biji nenas
1 biji timun
1 batang  karot
2 sudu besar pati oren sunquick
gula dan garam secukup rasa

cara-cara
hiris nenas dan timun,sagatkan karot.campurkan kesemuanya tambahkan 2 sudu pati oren sunquick,perasakan garam dan gula..sedia dihidang.


Award
oklah sebelum berundur diri zila nak ucapkan terima kasih buat nasya atas kesudian beliau bagi award nie..smoga jalinan persahabatan di alam maya ini akan berpanjangan..rasanya zila orang terakhir yang angkut award nie kot..walaupun lambat tapi akk tetap amik dan frame di blog akk tau nasya..i love u ..

buat pengunjung blog zila sampai disini dahulu buat kali ini ..sekejap lagi nak kena pergi LHDN ..bertemu lagi di next entry insyaallah..salam sayang untuk semua bye .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang