Pages

Sunday, 25 March 2012

kit kat bites pistachio

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Tidak menggemukkan    Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh. 

Assalammualaikum
bersua kembali semua..kembali di blog yang saya sayangi..sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih padan rakan-rakan blog yang sudi berkunjung dan berziarah disini..amat-amat saya hargai..insaallah saya akan berkunjung kembali ke blog rakan-rakan semua..:) 

pejam celik..pejam celik..minggu depan dah melangkah ke bulan baru..adoiii cepatnya..rasa macam baru jew menyambut tahun baru..he hehee..saya tanya kat kawan saya  "..isshhh cepatnya dah nak bulan empat..mcm x caya jer aq."..kawan saya kata .." mimpi kot ko tue...tu ler byk berangan kot"..dengan  senyum-senyum kambing..he hee berangan???dalam hati saya dia tak tau..29 hb mac nie rodtax &ins keta dah nak mati..h ehee..dialog tue pun terhenti disitu jew..sebab bos saya  datang secara tiba-tiba..


ok lah..lupakan kesah tue.. sekarang masa untuk kedapur  pulak..kita cari..selongar...dan kita bongkarrr dapur sapa pulak hari ini...he he heee nampak kan apa yang saya masak....wahhhh dah ada yang terliur nampaknya..:)..so apalagi..jommm sama-sama buat jugak..banyak dapur yang terlibat dalam penyelogkaran saya nie..mula-mula tengok kat dapur QH..ya ampun..ini budak sangat rajinnn masakk la..masyaallahh..ana suke..ana suke...sebab buat saya terliurrr jew..:)
pastu pergi ke thailand pulak..terpandang-pandang kt dapur ..ARAH..bukan orang thailand..tapi orang malaysia.;).pun sangat-sangat pandai masak masyaallah...membuatkan saya tak jemu-jemu berkunjung kedapurnya..tq yer..:)

tapi resepi saya buat kelainan sikit.. ada penambahan pistachio..dan saya guna kit kat bites ..lebih murah ..:)jommm sama-sama kita masuk dapur ..resepi nie sangat simple..sangat mudah..tak payah nak fikir banyak-banyak..cuma godak-godak jew...:)

KIT KAT BITES PISTACHIO
Bahan2
100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus -saya ganti dgn biskut marie
225 gm Maltersers - saya ganti Kit Kat Bites

Untuk Hiasan
100 gm maltersers - saya ganti Kit Kat Bites
50 gm coklat masakan putih - saya ganti warna hijau
50 gm coklat masakan
pistachio - sebagai hiasan

Cara-Caranya
Kisarkan biskut hingga halus.
Sediakan loyang,gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. 
Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
Matikan api
Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
Kemudian masukkan kit kat bites dan kacau cepat supaya coklat kit kat tidak cair.
Untuk mengelakkan kit kat cepat cair masuk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru  dikeluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
Tuangkan dalam loyang
taburkan atasnya dengan kit kat bites hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.
Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
tabuarkan pistachio yang sudah di panggang
Potong kecil dan siap untuk di hidangkan...



selamat mencuba..)




Wednesday, 21 March 2012

Kek Pisang Mix coklate

Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja,lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan. 

Pisang dan kesihatan

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)



Assalammualaikum..selamat petang ..
Berdebar-debar adik2 kita nak ambil result SPM kan..apa-apapun akk ucapkan tahniah pada yang berjaya..dan yang kurang bernasib baik boleh cuba lagi..kejayaan tetap ada untuk kita.yang penting sentiasa ingin berusaha memajukan diri..
dah 6 hari x main masak-masak kat dapur..he he heee tuan rumah terlampau la rajin..:)..hari ini nak kongsi satu  lagi resepi..resepi yang mudah dan semua orang tentu dah pernah membuatnya..resepi nie hasil selongkar ke dapur sifu kita kak ct delima..suka tengok masakan dia..semuanya menyelerakan.



inilah pisang yang saya gunakan..kurang mahir dengan nama pisang2 nie..kalau nama-nama ikan dan barang-barang runcit memang mahir sebab dari kecil lagi dah biasa tolong emak dikedai runcit..segala jenis ikan dah  biasa tengok saya..ha ha ahaa..ok la berbalik pada resepi kek pisang nie.resepi asal kak ct letak coklate rice..tapi saya letak serbuk coklate hitam.dan tambahkan pewarna oren.supaya lebih meriah..he he ehe.jom layann resepi ..minta izin pada kak ct delima share resepi disini

kek pisang mix coklate

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang emas dilenyek.(sy guna pisang spt gambar diatas)
sedikit esen pisang
2 sudu besar serbuk koko hitam
50 gram coklate urai..(jika suka..sy x letak sbb x ada stock kt umah)

cara-caranya
1.pukul gula dan telur hingga kembang
2.masukkan pisang yg dilecek halus..& esen pisang
3.masukkan minyak masak/butter cair
4.last sekali masukan tepung dan soda bikarbonat
5.bahagikan kepada 2 bahagian,masukkan serbuk koko hitam dan kacau rata.1 bahagian lagi campurkan pewarna oren.
6.selang selikan dalam acuan/ikut kretiviti anda..sy tompok2kan jer
7.bakar/kukus 175c ikut oven masing-masing selama satu jam/hingga masak.


selamat mencuba..;)

Thursday, 15 March 2012

Kek Span Optima


Assalammualaikum. dan selamat pagi..wahhhh pagi yang mendung nie saya nak show cake.he he heee..alahaii bukannya rajin sangat saya nie..tapi semangat ingin mencuba nie amat menebal..tengok kawan-kawan blog..dan kawan-kawan masak. semua dah tayang kek diorang..saya jer yang tak pernah main icing ..nie kiranya percubaan pertama la..susah jugak rupanya nak mendeko nie..


inilah hasilnya main tibai2 jew..dah siap deco rasa puas ati walaupun x cantik mana..x sabar nak potong dan nak rasa kek nie...mula-mula rasa sepotong..lepastu macam nak rasa lagi..he hee mcm tak boleh berhenti pulak..tapi teringat badan dah mula muk2..so makan jew la dua potong....


resepi kek nie sangat mudah...sebab tergoda dengan kek kat fb member zaman sek dulu..terima kasih zaitun sebab sudi ajar buat kek nie...jom layan resepi yang simple dan amat mudah nie..sebab pakai tepung optima.buttercream tu saya ambil resepi dari rakan facebook..sangat mudah dan colour putih gebu jew..



kek span optima
250 gram tepung optima.(sy guna yg coklat) instant cake flour
4 biji telur
150 gram butter (dicairkan)

Buttercream
1 cawan krimwell/butter
1 cawan shortening
2 cawan gula icing
2 sudu besar susu pekat
(mix semua dan putar)
cara caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 190C.
  2. lenser tin berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.
  3. Dalam mangkuk pemutar, satukan semua bahan untuk kek span kecuali mentega cair.
  4. Putar dengan kelajuan perlahan sehingga semua bahan bergaul. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan naik sekali ganda. Matikan mixer
  5. Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 30 - 35 minit atau hingga masak.
  6. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar sejuk atas jaringan.
  7. Kek dipotong kepada 2 bahagian, kemas kan dan buang habuk2 kek.Sapu krim pada keseluruhan kek tadi. hias permukaan kek mengikut kreativiti anda. 

Wednesday, 14 March 2012

Puding Jagung



Assalammualaikum..dan selamat tengahari..

"Hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau dan bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun
menyirami ketandusan hati...
dan hujan turun turut mengiringi
engkau... pergi "

wahhh semakin lebat hujan diluar tue bila berkumandangnya suara saya yang lemak2 lemau nie..ha ha haa..
pagi tadi apabila bukak jew mata terdengar rintik2 hujan di luar tue..ya ALLAH..terasa malasnya nak bangun..tapi sikap malas-malas nie nak kena buang jauh2..kena jugak bagun awal2 pagi..supaya murah rezeki..tengok diatas itu..apa yang saya masak..tu ler puding jagung..dah lama teringin nak makan dan cuba buat sendiri..x pernah buat puding jagung nie..rupanya memang senang jew nak buat..




resepi asal saya ambil dari MY .tapi saya rasa agak lembik.lain kali saya nak tambahkan sedikit lagi tepung kastard tu..dan saya tambah sedikit pewarna oren..biar warna lebih menyerlah..




tengok pic diatas..x berapa nak cantik ..agak lembik sedikit.tapi rasanya memang sedap..saya copy resepi disini..sebagai rujukan dan pada sesiapa yang nak mencuba..

PUDING JAGUNG :oleh: F&N

Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad (saya tambah 1 1/2 cawan)
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.



selamat mencuba ..

Monday, 5 March 2012

Cheese cake blueberry






 "Allahuma akhyini maa kaanatil-hayatu khairali" Ya Allah, tetap hidupkanlah 
aku sepanjang hidup itu adalah baik bagiku," (HR. Muslim, Ahmad, Abu 
Dawud, Ibnu Majah).





Assalammualaikum..selamat hari isnin semua...pagi-pagi dah show cheese cake..adooiiii terliur  sudahhh..sebenarnya kek nie hari sabtu punya projk..nak habiskan stock cheese yg berbaki time buat cheese tart aritu..





permukaan kek yg ada lubang sikit2..ha haaa ada tumbuh jerawat pulak kek nie...tapi keseluruhan kek nie memang sedap,pada sesiapa yang nak mencuba memang saya galakkan..rasanya sedap..resepi nie tersimpan sekian lama jugak..tapi dalam banyak-banyak resepi yang saya cari diinternet resepi inilah yang terbaik..jomm share resepi sama-sama.. 


        Cheese cake
  • Bahan bahan :
  • 250 gm krim cheese (jenama Philadelphia)
  • 1 cawan gula halus
  • 3 bj telur
  • 3 sudu besar  tepung gandum
  • 1sudu teh esen vanila
  • 1 cup plain yogurt 
  • 1 cawan Biskut oreo/marie yang dihancurkan
  • 3 sudu besar mentega
  • jem blueberry

  • Cara -cara
  • 1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
  • 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
  • 3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.
  • Cara membuat CRUST
  • Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
  • Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
  • Keluarkan dan tuang aduan cheese  tadi.
  • Untuk bakar:
  • Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.
  • Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
  • Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem tadi.




Sunday, 26 February 2012

Puding Roti


Assalammualaikum..
wahhh dua tiga hari nie..rajin betul update blog..dan rajin betul main masak-masak kat rumah..melayan tekak yang dah lama mengumpul resepi..tapi masih tidak tertunai..masuk list dah lama..cuma masa nal buat jer x kesampaian...
sebenarnya saya buat kuih  nie semalam petang,..boring tak ada apa nak dibuat ..so godeh-godeh buku resepi.ramai bloger2 dah mencubanya....lagipun roti kat dapur tu dah nak sampai tarikh luputnya..sayang pulak nak dibiarkan begitu jer..bak kata orang tak baik membazir..betul x?




pada sapa-sapa yang nak mencuba memang saya galakkan,berbaloi2 rasanya..sedap sangat-sangat,paling best rasa pada coklat tu...yummm..yumm..ok lah cakap banyak pun tak guna kan..jommm sama-sama layannn resepinya..





Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. 
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
  9. selamat mencuba..;)

Friday, 24 February 2012

Kuih Lapis Kacang Hijau


Assalammualaikum..
Bersarapan bersama kuih lapis kacang hijau..jemput makan semua..:)..nak dijadikan cerita...semalam beli ler kuih lapis nie kt restoran berhampiran..2 ringgit dapat 5 ketul jew...memang makan tak puas..macam nak lagi..dan lagi..dan lagi...so apalagi balik dari keja terus pergi kedai..mencari tepung kacang hijau..bersemangat betul nak melapis ..


part kedua ,meronda ronda ke dapur kawan-kawan..mencari resepi kuih lapis nie..so pergi ke MR..kemudian CNP kat situ..bagi pengemar kacang hijau..kuih nie amat bersesuaian..rasa ala-ala kuih kole kacang gitu..
saya sharekan resepinya disini jugak..buat rujukan saya..dan pada sesiapa yang ingin mencuba..


Bahan-bahan ( Loyang 9" empat segi )

  • Bahan A 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi

Cara-cara

  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.



Wednesday, 22 February 2012

Roti Garlic rolls

Assalammualaikum..
bersua kembali di arena masak2..ha haaa tuan rumah tenggelam timbul.kerana masa membatasi sekarang nie..tapi semangat nak berblog masih menebal..dan diruangan ini lah tersimpanya himpunan resepi yang pernah dicuba..pasti hasilnya memuaskan...


Awal pagi saya dah bangun,sebab hari ini sangat bersemangat nak membakar roti yang malam tadi saya uli...almaklumlah tak ada BM..so kena guna tulang empat kerat nie..tapi hasilnya berbaloi..setimpal dengan keletihan menguli..he hee


Semangat menguli nie datang gara-gara terpandang -pandang  kt wall member facebook..kawan sekolah dulu..terlalu indah kejadian roti nie..so pergi ke dapur kak wan ..dan search resepi kat situ..tengok cara kak wan buat mcm senang..so follow jer dia..



ok la saya share resepinya disini juga,sebagai rujukan buat diri sendiri..


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum 
1 cwn tepung roti
1 cawan air suam
1 sudu besar yis segera
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula kaster
2 sudu besar minyak

Garlic spread
50 gm mentega bergaram - suhu bilik
3 ulas bawang putih - dicincang halus
sedikit daun pasley
1/4 sudu teh garam
(Satukan semua bahan, gaul rata)

Susu sejat / kuning telur secukupnya untuk sapuan


Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kecuali minyak di dalam mangkuk pengadun, putar dengan speed perlahan hingga bergaul rata. Masukkan minyak dan uli sehingga mendapat doh yang elastik. Keluarkan doh, bulatkan, sapu sedikit minyak pada doh hingga rata. Tutup dengan bekas / plastik dan rehatkan 30 minit sehingga mengembang.
2. Kempiskan doh, bahagikan kepada 2 bahagian, timbang sama berat.
3. Gelek doh 1/2 inci tebal empat segi memanjang. Sapukan 1 sudu besar garlic spread di atasnya dan gulung pada bahagian memanjang. Potong doh kepada 6 bahagian.
5. Buat yang sama pada doh yang kedua,
6. Atur di dalam loyang yang telah digris, tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 30 minit
7. Sapu permukaan doh dengan susu sejat atau kuning telur dan baki garlic spread sama rata
8. bakar selama 20-25minit dlm suhu 170c..





selamat mencuba jugak..:)

Tuesday, 10 January 2012

Donut Mayo



Assalammualaikum..
hidangan pembuka kata 2012..donut mayo..sangat lembut.dan amat mudah disediakan..donut nie saya buat malam tadi..so buat sarapan untuk pagi nie..puas saya merayap ke dapur rakan-rakan blog..rata- rata semuanya dah mencuba..dan semua komen amat memuaskan..tergerak pulak hati nie nak mencuba juga.


donut mayo nie sama seperti donut biasa cuma ada penambahan mayonis..tu yang membuatkan ianya lembut selamanya..:) memang tak menyesal mencubanya..


ok la..saya minta izin sharekan resepi di bawah nie juga..untuk rujukan saya sendiri..dan pada sapa-sapa yang berminat nak mencuba..jomm layannn..


Donut Mayo
Bahan -bahanya
330 gram tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis..apa-apa brand pun bole.
1 sudu besar susu tepung.
1 biji telur
140 ml air suam
1 1/2 sudu besar majerin
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
sedikit gula icing untuk salutan pada donut 


Cara-caranya
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang