Pages

Wednesday 27 October 2021

Merentas ..Makan di RNR Machap


Bila dah dapat merentas semua rasa lega,sekurang kurangnya dapat jugak bergerak jauh sikit walaupun tak nak kemana sangat.

Cerita catatan perjalanan kami ke Rawang Selangor,untuk majlis pernikahan anak akak  kami..mewakili dari pehak lelaki ..almaklumlah semua keluarga pihak lelaki duduk johor..jadinya kami 3 beradik dan emak  pergi untuk melengkapkan walimatulurus tu.

Semua memandu kereta sendiri,pergi tak serentak..cuma masing-masing akan berjumpa di homestay area Rawang yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.


Kami sekeluarga bertolak paling awal,dalam pukul 7.30 kami dah keluar dari rumah,berkejar untuk sampai ke homestay cepat,sebab suami kena masuk online meeting dalam pukul 12 lebih,Iqbal pulak ada last kerja intern online dengan TNB research..masing-masing nak kena mengadap leptop habiskan kerja.
 


Berenti di RNR Machap,lama sangat tak menjengah RNR,,masih pagi orang pun tak ramai lagi..baguslah kan tak bersesak..amik gambar untuk kenangan sendiri dan merangkap nak buat entry di blog..






Keadaan RNR masih sama,kami pusing tengok makanan apa yang menarik untuk buat sarapan..sekali arung makan berat biar perut tahan sampai petang,tengahari malas nak makan lagi.
Anak anak lebih suka western food,dua beradik tu order chicken chop dan meatball berserta nasi goreng cina..Untuk suami saya order kan nasi ayam penyet..biasa tu jew yang dia suka. 




Terasa nak cuba mee rebus jawa yang orang kata sedap tambah seketul bergedil kosong.nampak kuah dia pekat..kongsi makan dengan suami,dia nak cuba rasa mee jawa...sebab tak pedas suka jugak dia makan.






Lama tak membeli kerepek dan bahulu produk IKS ,bahulu dia cantik..kecik comel je..sekali masuk mulut jew tu..kuih goyang pun cantik..kurang manis..agak tebal tapi rangup..layan makan dekat dalam kereta.


Sambung lagi perjalanan ..cuaca dah mula panas..tengok kiri kanan pokok .mata jadi layu dan mengantuk...ok sambung lagi nanti ea..



4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Wahhhh, Kak Zila dah sampai Selangor. Kita baru Melaka, tggu mggu satu lagi, nak rentas sampai utagha, hehe.

nona sani said...

Saya pun ke sana masa balik dari kampung Batu Pahat..lama behtul ak pergi RnR..hahhaa..rindu gitu

Fadzillah said...

Wah... best kan dapat merentas negeri, boleh jalan sana sini.

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
moga terus meriahlah aktiviti
moga dapat bebsa sebebasnya selepas ni
moga covid terangkat la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang