Pages

Monday, 29 April 2019

Wang Prachan Satun - Wang Kelian




Zon aliran bebas sempadan diantara Wang Kelian perlis dan Wang Prachan Satun yang telah ditutup kepada kedua-dua buah negara pada 1 April 2015..susulan penemuan kubur beramai-ramai..dan isu pemerdagangan manusia.
Saya tak nak lah mengupas lebih lanjut tentang isu tu..yang pastinya kesan penutupan itu sampai kehari ini banyak peniaga dari wang kelian kehilangan pendapan harian mereka..ada yang kini berpidah meniaga di wang prachan,,, wang kelian menjadi sepi..peraturan ketat dikenakan ..pengunjung yang ingin datang kena mengunakan dokumen perjalanan yang sah (paspot) oleh kerana rumit lama kelamaan pekan ini menjadi sepi ..banyak kedai ditutup.
Kunjungan terakhir kami kesini pada 22 feb 2015..selepas dua bulan kedatangan kami tu terus ditutup.

Dahulunya tempat ini menjadi tumpuan pengunjung setiap minggu..tak lengkap rasanya bila dah masuk perlis tak singgah kemari..
Tak silap pengiraan dah dua ..tiga  kali kami kemari..itupun sebab salah sorang anak  sedara kami melanjutkan pelajaran di universiti utara ..sambil melawat beliau kami memang akan kesini..
Menarik ke tempat ni? sampai jem tempat parking kereta sebelah area malaysia.
Yang seronoknya bagi kedua-dua negara boleh bebas keluar masuk imigresen sejauh 1 km  tanpa cop pasport.barang yang dijual keseluruhannya memang murah sangatlah bagi kami.

Gambar wajip ambil..polis diorang...dengan penuh setia menjaga keamanan ni..
Pemandangan gerai di sebelah thailand..panjang jugak ni..sampai lenguh kaki kalau nak habiskan sampai kebawah tu.saya main cilok je mana yang tengok jualan lebih kurang sama saya tak singgah pun..
Nenas madu..sampai sekarang memang dah jadi fav saya ni..kat Aeon area rumah banyak dah jual nenas madu macamni..tapi harga boleh tahan lah jugak..4 biji kecik rm12.00 kadang-kadang rm 14.00
Antara makanan yang dijual disini..udang tu diaorang gulung dengan mee ..kemudian digoreng garing..nampak sedap kan..sebelah tu popia..inti apa tak pasti..saya tak beli pun ..cuma amik gambar je.
Dan makanan lagi..


Kebanyakkan peniaga disini muslim sama dengan kitalah..somtam pun ada nampaknya..

Deretan air..macam macam ada..antara nak try ke tak nak je ni..

Aiskrim Kelapa..masatu dekat malaysia belum pames lagi..pestime jumpa dekat sini..teruja sngat nak cuba..yang ni sampai beratur panjang orang menunggu.


Ikan masin..bilis..semua murah..berkilo kilo jugak borong ikan bilis..sampai kena tahan dengan kastam..ha haa yang ni sebab abang saya ada kedai runcit dekat johor..so dia beli banyak dan jual balik ..

Sambil menaip ni asik memikir apa yang dalam daun diikat tali tu..lupa pulak lah makanan apa dalam tu.sapa yang tau nanti bagitau ye.

Jajan..ayat jajan tu memang senonim dengan kami ..kalau makanan ringan tak kesahlah apa pun kami akan panggil jajan..

Beras pulut itam..pulut putih cantik bersih..elok sangat..


 Pisau ..sabit..parang pun ada..

 Bawang kecik..buat bawang goreng best kan...

 Anak ikan pun ada..yang ni jadi tumpuan budak-budak..ramai kerumun kedai ni.

Yang ni pulak tempat mak saya..lama betul dia memilih barang dekat sini..dia beli kuali tangkai rm5 jew..tahan sampai sekarang dia pakai..saya masatu dmand tak nak beli..sampai rumah menyesal pulak..
Patung..tikar..yang ni dah macam air hitam johor ..
Dekat sini pun ada surau kecik..sambil membeli belah bolehlah singgah solat .

Kalau dah penat berjalan sampai bawah sesiapa yang nak naik motor sampai ke imegresen bolehlah naik motor ni.bayaran dikenakan rm1.almaklumlah barang dah penuh kat tangan kan..memang banyak sangat jualan dekat sini..panjang macam pasar malam..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang