Pages

Sunday, 10 November 2013

siakap kerabu mangga


Assalammualaikum
Bersua kembali hari ini..semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik olehnya.
semenjak dah ada baby kecik nie terasa masa yang berlalu terlalu pantas ..sedar-sedar sekejap jew dah hujung minggu..errmmm

beberapa hari yang lepas sempat saya pergi ke pasar ..rasanya dah berbulan tak menjeguk pasar..hanya ke kedai runcit yang berhampiran untuk mencari lauk..kebanyakan barangan yang hendak dicari kadang-kadang tak ada..frust jugak...itupun pergi dengan keadaan nak cepat balik..sebab risaukan baby tinggal dirumah bersama abangnya..



disebabkan dah lama tak ke pasar jadinya banyak jugak barang yang di luar senarai saya
beli,ermmm..bila terpandang pelam muda teringin pulak nak buat kerabu mangga..sedap pulak rasanya kan..capai pelam 3 biji dan beli jugak barang-barang untuk buat kerabu mangga..beli jugak beberapa ekor ikan siakap untuk merialisasikan apa yang dihajati .. 

tapi lauk kering macamne susah nak dibuat lauk..biasanya makan macamtu je dah sedap..saya buat juga sayur sawi tumis air kerana ikan nie kering jew tak ada kuah..anak bujang kalau makan tak ada kuah memang dia lemah sikit.
banyak versi siakap kerabu mangga nie ..ada yang menghiris ikan nie kecil-kecil dan digoreng dan ada juga yang buang tulang belakang dan kemudian baru dicampur dengan bahan kerabu..buat lah mengikut kesesuaian anda..mana-mana pun boleh asal sedap dinikmati..



IKAN SIAKAP KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap 
1 sudu besar kacang goreng 
1 biji mangga muda 
1 biji tomato didadu
ikan bilis goreng di tumbuk sedikit hancur 
Bawang besar hiris nipis 
Cili padi potong nipis 
Sos ikan 
Jus limau nipis 
serai hiris nipis
bunga kantan hiris nipis
Garam dan gula 
sedikit daun ketumbar hiris halus

CARA-CARA
1. Ikan dibersihkan,lumur dengan lada sulah,serbuk kunyit,garam dan tabur dengan sedikit tepung gandum kemudian digoreng garing.
2. Sementara itu, parut pauh muda, ketepikan.
3. Bawang besar dihiris nipis,dadu tomato dan juga cili padi.
4. Campurkan parutan pelam dan bahan-bahan hiris, sos ikan, jus limau nipis, ikan bilis goreng, kacang goreng, bawang besar dan juga cili padi.
5. Gaul mesra dan letak garam dan gula secukup rasa. 
6. Hidangkan .

Friday, 1 November 2013

Eggless chocolate cake

Assalammualaikum


hari jumaat yang mulia,setelah sekian lama meninggalkan dapur ..terasa rindu menggamit jiwa..terlalu rindu nak berexperiman dan mencuba resepi-resepi baru..terasa rindu juga nak memasak sesuatu yang agak istimewa untuk santapan family kecil kami..

sesungguhnya air tangan ibu itulah yang sentiasa dicari oleh anak-anak,walaupun sesedap mana masakan diluar ..namun tiada tandigannya air tangan dari orang yang amat kita sayangi.


bila anak meyebut teringin nak makan kek coklat ..kita sebagai ibu rasa ralat kalau tak dapat menunaikannya..selagi tak dibuat..selagi itulah tak senang hati...ermmm tu lakan hati seorang ibu..memang layak syurga dibawah tapak kaki ibu kan...

sepanjang saya warded dihospital tak dapatlah anak dan suami makan lauk kegemaran mereka,masing-masing beli jew diluar..bila anak datang menziarah mulalah dia plan nak makan macam-macam bila saya dah sihat nanti 

untuk segmen pembuka tirai selepas habis pantang saya buatkan dia kek coklat,setelah sekian lama dia menuggu kek nie dari air tangan ibu dia..akhirnya dapat jugak dia merasa..he hheee kesianya anak ibu kan..

saya sengaja mencari resepi yang tidak menggunakan telur.oleh kerana saya pun masih tak makan telur lagi ..kalau tak ada telur boleh lah ibu dia join makan bersama.en suami kurang sikit makan kek coklat macamne..dia cuma jamah sepotong jew..anak bujang memang berulang-ulang kali makan..nasib baby muhammad kecik lagi kalau tak mesti join sama nie..he hee..

resepi kidnap dari dapur hana disini..kek yang sangat moist sebab ada campuran yougrt,saya menggunakan yougrt berperisa strawberry..tak rugi mencuba..dan kali ini buat versi kukus memang mudah... malas nak panaskan oven ..





Eggless chocolate cake
Bahan-bahan
  • 60ml air panas 
  • 50g susu tepung
  • 1 tbs Nescafe / Instant Coffee
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 100g gula
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan yogurt 
  • 125g tepung gandum*
  • 80g serbuk koko*
  • 1 tsp baking powder*
  • 1/2 tsp baking soda
  • secubit garam* (* campurkan dan ayak)
  • Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
  • Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan yogurt dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
  • Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - kukus 40min
Chocolate ganache
  • 50g serbuk koko
  • 60g Butter
  • 1 cawan susu pekat
  • campurkan semua dan masak secara double-boiler hingga smooth kemudian curahkan atas kek.



Tuesday, 29 October 2013

dua bulan sudah

baby berusia 44 hari


Assalammualaikum
bersua kembali ...uiittssss lamanya menyepi...he heee..
apa khabar sahabat blogger semua..rasanya macam dah tak reti nak menulis disini..
dah berbulan ditinggalkan blog kesayangan ..alahaiii memang rindu..

baby hari ke 8

banyak kisah suka dan duka disepanjang beberapa bulan yang lepas..disamping lappy saya masuk workshop..itu juga salah satu penyumbang mengapa blog saya menyepi..
setelah warded selama hampir dua bulan dihospital..akhirnya 28.08.13 saya selamat melahirkan baby lelaki secara cizer seberat 3.2 kilo..

Alhamdulillah bersyukur sangat pada ALLAH dianugerahkan baby yang sihat sempurna..semoga anak ibu menjadi insan yang soleh..amin..semalam baby genap 2 bulan..wahhhh rasa kejap jew masa berlalu..

baby hari ke 8

sakit cizer nie pun masih ada lagi..memang kalau boleh nak sangat bersalin secara normal..tapi apakan daya Placenta previa masih di type 2..mungkin dah ketentuannya..hanya tuhan jew yang tahu duduk di ward hampir dua bulan..memang menguji kesabaran sangat..

 baby berusia 2 bulan

sepanjang bulan ramadan saya berpuasa dihospital hingga genap akhir ramadan ..persiapan raya tahun ini memang langsung tak ada..he heee kesian betul kan..nak memasak lauk kegemaran memang jauh sekali..dah berbulan-bulan rasanya tak memasak..banyak masakan yang diidamkan tapi kena pendam jew dalam hati...sabarr..sabarrr..

cukup sebulan berat saya 5.5kg..untuk dua bulan punya berat malam nie baru nak pergi klinik..

kelepasan untuk menyambut aidilfitri hanya diberi seminggu jew..cukup lima hari kena melapurkan diri ke ward balik,..itupun merayu dengan doctor mintak keluar..ada juga rakan senasib yang tak balik raya..memang kesian..kuih raya satu jenis pun tak buat..barang-barang kuih dah stnby beli sebelum puasa lagi..errmmmm

nama saya Muhammad Ahmad

hilang stress bila tengok baby senyum..

ini diantara pic baby yang sempat diambil..almaklumlah dalam pantang pic pun tak berapa cantik..he hee dah berbulan tak pegang camera..dah lupa cara nak ambil gambar..ditambah pulak perut x baik lagi..

sampai disini dulu buat kali ini.dah ada baby nie masa sangatlah terhad.lepas nie boleh update resepi pulak..missing u alls ..bye semua..


Tuesday, 9 July 2013

salam ramadan


Assalammualaikum
salam ceria untuk sahabat zila semuanya..semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik....
Alhamdulillah masa diberi kesempatan kita menemui bulan ramadan yang mulia..masih berkesempatan melipat gandakan amalan ..masih diberi peluang untuk berpuasa..suatu kenikmatan yang tak terhingga ..

dikesempatan ini zila juga ingin memohon maaf kepada semua..kiranya ada kesilapan yang sengaja atau pun tidak..jika ada bicara dan kata-kata yang menyinggung hati..beribu maaf dipinta..


dikesempatan ini juga zila nak ucapkan ribuan terima kasih..buat sahabat zila di blog dan di alam maya..atas ucapan birthday pada 30 jun yang lalu..amin atas doa-doa kalian..semoga tahun ini memberi seribu kebahagiaan buat zila dan family..dan dipermudahkan segala urusan..aminn..



keep kad birthday dari teman-teman sebagai kenangan manis..he heee..
ramadan kali ini sambutannya memang agak berbeza..pada pukul sembilan pagi zila akan mendaftarkan diri ke wad..wahhhh stress sangat bunyinya..semalam appoinmnt dengan doktor pakar GH ..sultanah aminah..sangat mendebarkan..

zila disahkan mengalami uri dibawah tahap tiga..last chek di private memang uri dibawah tapi masih tidak menutupi rahim..tapi semalam doctor kata dah menutupi..sangat stress bila dengar..jadi hari ini kena tinggal di wad hingga diberitahu kelak..mungkin lebih dari dua minggu..semuanya bergantung kepada keadaan..


nampaknya ramadan kali ini berkampung di hospital..ermmm..tak apalah kan mungkin ada rahmat yang menanti..kepada semua sahabat zila doakan yang terbaik buat zila dan baby tau..doakan baby pusing ke atas..so dapatlah mama dia keluar hospital..aminn aminn..
oklah sampai disini dahulu..buat kali ini..bersua kembali..akhir kata salam ramadan buat semua..i love u...




Thursday, 4 July 2013

spaghetti carbonara


Salam manis dan salam sayang semua..

Masa di office suami tiba-tiba call ..tanya zila ada masak apa-apa kew dirumah untuk makan malam..kebetulan sebelum pergi kerja memang zila tak masak ..suami pun ajak makan di pizza hut..tempat kegemaran beliau..
selama 3 tahun berada di qatar pizza hut merupakan tempat yang wajib dikunjunginya setiap minggu..tapi bila dia datang di malaysia pizza disini dia cakap sangat la berbeza..rasanya pun kurang sedap..walaupun kurang sedap tapi tetap dikunjungi juga ..dah tak ada pilihan lain katanya..

zila pulak bukanlah pengemar pizza..kalau disuruh buat pilihan lebih rela pergi ke fastfood lain..he hhe 


setelah memilih menu anak zila order spaghetti..alahai..bagi tekak zila tak sedap mana pun, tapi anak kata dia teringin nak makan..keesokannya bila ikut zila berbelanja di kedai terus dia mencari carbonara prego..dan spaghetti..  nak buat sendiri dirumah katanya...layankan jew la kan..



bila beberapa hari carbonara tue tak berusik..terfikir pulak zila nak masakkan untuk dia..pagi tu malas nak buat sarapan lain..so zila buat la spaghetti nie..di hidangkan bersama mushroom soup..yang dah siap tu..cuma tambahkan air  dan masak atas api..siap...

zila buat garlic bread sikit..tapi tak guna roti prancis..guna roti biasa jew..tak payah nak membazir.sapu butter...taburkan bawang putih panggang dan daun parsley kering..dan bakar di oven..makan panas-panas dengan soup..errmmm puas ati..he h heee



spaghetti carbonara

Bahan-Bahan 
1/2 bungkus Spagethi -  letak sedikit minyak rebus & toskan
5 ulas bawang putih
2 sudu lada hitam tumbuk kasar
1 tin sos Prego carbonara cendawan
1 1/2 cawan susu segar
jejari  ketam - ikut suka
1/2 paket daging kisar
Garam secukup rasa
3 keping chesdale

Cara-cara 
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih 
2. Masukkan  lada hitam , kacau sebentar
3. Masukkan daging kisar,masak hingga bertukar warna dan daging empuk
4. Masukkan jejari ketam, sos prego carbonara cendawan, kacau sebentar..masukkan chesdale
5. Masukkan susu segar di ikuti garam dan gaul sebati sehingga kuah mendidih.Matikan api dan siap untuk di hidang.



Friday, 28 June 2013

nasi limau purut


Bersua kembali..
Aroma daun limau purut dalam masakan boleh membangkitkan selera makan..
ianya begitu terkenal dalam masakan melayu..kalau buat rendang letak daun limau purut memang sedap kan..
begitu juga kalau buat tomyam ..kalau tak ada daun limau purut macam tak kena gaya pulak rasa tomyam tu kan.


hari ini nak berkongsi resepi nasi limau purut,terpanggil nak mencuba nasi ini kerana aritu pergi kerumah emak kawan zila ..dan ada hidangan nasi limau purut..kebetulan suami zila tak dapat ikut kerana ada meeting sampai ke malam..balik tu dia tanya makan apa..so cerita la mengenai nasi nie..

untuk nak kasi juga dia rasa..zila pun buatkan ..kebetulan sempena hari bapa ..dah elok la tu kan masak sedap-sedap sikit..mintak kawan zila resepi nie..kebetulan resepinya sama seperti yang kak ita pernah cuba buat..dan ramai rakan blogger lain yang dah pernah buat juga..

bagaimana rasanya?..memang sedap..satu rumah bau aroma daun limau purut..he hhee..pagi-pagi lagi zila dah masak..sebab pukul 10 plan dah nak makan nasi..zila ganding bersama daging black paper dan acar darat..letak lada hitam banyak-banyak..kasi berapi sikit telinga..errmmm baru puas hati..

mula-mula zila nak gandingkan nasi ini bersama ayam,tapi terfikir pulak asik makan ayam jew..dah jemu pulak..jadi tukar kepada daging..lagipun lama tak masak daging..terasa-rasa pulak nak makan...diorang kata sedap..bertambah-tambah nasi kat pinggan..berbaloi penat lelah memasak bila org kata sedap..he hehee..

buat sahabat zila mia..terima kasih tau..i love u..dan pada sesiapa yang teringin juga nak mencuba zila salin resepinya disini dan zila olah sedikit untuk kami makan sekeluarga..bye semua .


NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan & kak ita masam manis
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul

2 sudu besar margerin - zila guna minyak sapi 3 sudu
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris - zila letak 6 ulas bawang merah
1 batang serai ~ dititik 
3 helai daun limau purut - zila letak 6 helai dan carik-carikkan
Garam secukup rasa
500 ml air - zila ganti 3 cawan air
125 ml pati santan - zila ganti 1 cawan susu segar
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya - zila guna 3 cawan beras basmathi
4 titik pewarna hijau

Panaskan minyak  di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, susu, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.

Tuesday, 25 June 2013

selamat ulang tahun untuk kami


"Ya Allah .. berikan lah kami kebahagiaan yang berkekalan dalam mengharungi gelora rumahtangga kami ... Kau kurniakan lah kepada kami kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menangani apa jua permasaalahan yang timbul dalam kami rumahtangga kami ini .. limpahi lah rahmat mu kepada kami .. agar kami tidak menjadi manusia yang lupa pada tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami ameenn..."


Salam sayang dan bersua kembali ..alhamdulillah zila sihat seperti biasa..kandungan pun ok..terima kasih atas doa dari sahabat-sahabat zila di alam maya..

sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang dah lama berlalu..9 june haritu..tak sempat nak menulis sesuatu disini..biasalah semuanya nak dibuat ..terasa tak terkejar nak gapai semuanya..he hhe hee..

sebenarnya tiada acara buat kek atau membeli kek yang cantik dan sedap-sedap..sambutan yang simple..disebabkan time mengandung nie zila disahkan ada kencing manis..jadinya semua kek dan makanan manis kena tinggalkan dulu..demi kesihatan baby jugak..


tapi pada hari itu en suami nak makan kek kelapa..kek simple dan mudah ..katanya tak ada kek lain tak apalah asal buatkan kek simple untuk dia..suami zila memang pengemar tegar kek..seminggu sekali mesti nak makan ..
dan untuk hari itu zila pun tak masak sesuatu yang istimewa..kena tunda pada hari lain sebab badan rasa malas sangat...masak pun ala kadar asal boleh lepas tekak kami bertiga ..he hhee mood kelaut..



disebelah petang kami habiskan masa berjalan jalan di puteri harbour..tempat baru area iskandar malaysia..sebenarnya tak jauh mana dari rumah kami..lebih kurang setengah jam..
jalan-jalan dan ambil gambar..kebetulan cuaca redup..ramai yang datang bawa anak-anak bersiar-siar..








dalam perjalanan nak balik kerumah sempat singgah sekejap di legoland .kebanggaan orang johor..tak masuk pun cuma ambil gambar dari dalam kereta..tunggu siap sepenuhnya baru nak masuk legoland tue..
lagipun tengah mengandung macamnie macam tak ada mood nak masuk..tunggu lepas bersalin nanti lah..baru best sikit kan..



Kek Kelapa
oleh:zila norazila

Bahan-bahan
5 biji telur ayam gred A
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
300 gram kelapa parut putih
1 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
Sedikit essen vanilla

Cara-cara
1.  Panaskan oven 170c
2.  Satukan tepung gandum dan baking powder,kemudian diayak.
3.  Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
4.  Masukkan sedikit essen vanilla.
5.  Kemudian masukkan tepung yang telah diayak,gaul rata.
6.  Masukkan kelapa parut dan ratakan sehingga sebati.
7.  Akhir sekali masukkan minyak masak.
8.  Bahagikan adunan kepada 2 warna,merah dan kuning.
9.  Griskan Loyang dengan mentega,lapiskan baking paper.
Masukkan adunan ke dalam Loyang secara berselang seli.dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak


oklah sampai disini dahulu untuk hari ini..bye semua^__^

Wednesday, 19 June 2013

nasi ayam istimewa



Salam penuh keceriaan buat semua sahabat zila..
bertemu lagi hari ini..beberapa hari nie internet di office langsung tak beroperasi..nak update blog pun tersangkut-sangkut..hanya mampu buka blog melalui mobile jew..tak puas hati betul..


berbalik pada cerita hari ini..zila merupakan salah seorang penggemar nasi ayam..tapi agak cerewet juga kalau makan nasi ayam diluar..kadang-kadang tak kena dengan selera..
kalau di area kota tinggi nasi ayam baser memang cukup terkenal..rasanya memang sedap..pada sesiapa yang ke sana harus mencuba..

Banyak resepi nasi ayam dalam simpanan zila..kebanyakkanya lebih kurang sama..cuma dari segi olahan ayam sahaja berbeza..


kali ini zila cuba resepi dari Azie Kitchen.. bila kak azie kata nasi ayam ini istimewa dan sangat sedap tak sabar rasanya nak mencuba..memang sedap..kena dengan citarasa zila dan family..ayam tu pun sedap..bertambah-tambah kami makan..zila tambahkan lada hitam kasar pada ayam tue..bagi rasa pedas-pedas sikit..
kami sekeluarga memang peminat tegar lada hitam..sesiapa yang nak mencuba resepi seperti dibawah nie..



Nasi Ayam Istimewa

Bahan-bahan 
Untuk rebus
1 ekor ayam 
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar - zila tambah

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam.
Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu.
Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut. 

Untuk nasi
5 cawan beras - zila guna basmathi
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 

Thursday, 13 June 2013

cake tepung beras carrot-keju


Salam sayang dan salam ceria buat semua sahabat zila..
alhamdulillah masih diberi ruang dan kesempatan untuk berkongsi lagi disini..walaupun kadang-kadang kemalasan nak menaip tue datang.. he he heee


Kesibukan untuk para ibu kembali semua..menguruskan anak-anak kesekolah,menyiapkan sarapan pagi..dan ada sesetengahnya menghantar dan mengambil anak dari sekolah.. memang kerja ibu tak ada penghujung kan..

hari ini zila nak berkongsi bersama sahabat zila satu resepi cake yang sedap dan lembut yang baru ini zila sempat cuba..biasanya kalau buat kek mesti guna tepung gandum ..tapi kali ini guna tepung beras..alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan..lembut sangat..



cake nie sangat simple,kita boleh kukus dan bakar..kali ini zila cuba cara kukus dahulu ..next time nak try cara bakar pulak..quantiti carrot tue pun zila tak  ikut sukatan..agak-agak jew.parutan keju  zila letak  lebih-lebih..sebab hubby penggemar cheese,atas permintaanya juga zila tambahkan buttercream diatasnya..

terima kasih penyumbang resepi ibu doktor Analisa..yang duduk jauh nun di Madinah al munawwarah..menurut abel cake ini lebih sedap dikukus..tapi suami beliau lebih suka yang versi bakar..next akk zila coba yang bakar ya abel..tqvm dear..



buat sahabat zila yang nak mencuba..zila seratakan resepi versi bahasa malaysia disini sebagai rujukan untuk zila juga dimasa akan datang..hasil cake ini tak banyak..pada sesiapa yang nak buat agak besar kena double kan resepinya.selamat mencuba..bye semua.

Cake tepung beras carrot-keju
Bahan
3 butir telur 
75 gram tepung beras
75 gram gula pasir
60 gram parutan carrot - asingkan 2 sudu makan
30 gram parutan keju cheddar 
3 tbs minyak masak

Cara 
1. sapu loyang dengan minyak atau mentega. kemudian tabur dasar loyang dengan sedikit parutan carrot,
2. pukul telur dan gula dengan kecepatan tinggi hingga mengembang.
3. Masukkan tepung beras, kacau perlahan-lahan dan searah dengan spatula besar    agar adonan tidak turun dan bantat.
4. Tambahkan carrot, keju, dan minyak masak dan dikacau perlahan.
5. Tuang adunan kedalam loyang.
6.Panaskan pengukus terlebih dahulu -sehingga naik wap.kukus kek selama 20 minit atau di bakar dalam oven.
6. Setelah sejuk keluarkan dari loyang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang