Pages

Sunday, 27 October 2019

Orange Layered Cake


Happy Dewali..
Cuti beberapa hari ni saya tak kemana pun,ada je dirumah..agak malas pulak nak pergi berjalan keluar dari negeri johor..entah tengoklah esok ke lusa kot rajin boleh lah berjalan cari angin sekejap..
lagipun Iqbal bercuti seminggu..Muhammad pulak 30 oktober baru naik sekolah..cuma suami je yang selasa ni dah kerja.

Terpandang kek lapis oren yang pernah saya buat tahun lepas.bila tenung balik gambar kek lapis jadi teringin pulak nak buat..lagipun stock asam masih ada banyak lagi..tepung hongkong pun ada,kalau rajin akan muncul kek lapis dalam minggu ini.
Makan kek lapis memang sedap, tapi kalau bab melapis tu yang kadangkala jadi terbantut nak membuatnya kan..kena kumpul kekuatan baru boleh melapis dengan jayanya betul tak..

Kek lapis orange kali ini saya tukar penggunaan gula kastor biasa tu pada treasure sands hasil paid review bersama Trea suresugarliving gula yang baik untuk kesihatan.yang nak dapatkan gula ni boleh ke ig @treasuresugarliving.


'Treasure sands' dari @treasuresugarliving macam gula biasa.
1 sudu gula treasure sands = 5 sudu gula biasa..
.
.
Contoh
100 gram gula biasa = 20 gram treasure sands.
.
.
Treasure sands
- Low calories -5x sweeter than normal sugar
-80% less calories
-Special flavor carrier 'SFC
-100% sugar cane extract
-Taste like sugar


Orange Hawflakes Layered Cake
From Kak Rima

Ingredients
(A)
300g butter - i used unsalted Anchor
150g caster sugar 
14 eggs yolks
5 tbsp sweetened condensed milk
1tsp vanilla essence
(B)
150g Caster sugar
7 egg whites
1/4 tsp cream of tartar
(C)
180g Hong Kong flour
1 tsp baking powder
(D)
1 tsp orange colouring
2 tsp orange paste

10 packets of dried tamarind hawflakes

Method
1. Preheat oven at 180c for 15 minutes. Prepare a baking tray 8x3.
2. Ingredients A
Combine butter, castor sugar, sweetened condensed milk, vanilla essence in a mixing bowl. Beat on high speed for 10 minutes until creamy.Add in egg yolks one at a time while beating until well blended. Pour butter mixture into a large bowl, set aside.
3. Ingredients B 
In another bowl whisk the egg whites and cream of tartar until frothy. Add caster sugar a little at a time and continue to whisk for 5 minutes till medium/stiff peak
4. Ingredients C 
Add in sifted hk flour and baking powder into butter mixture.. fold in gently to combine.
Pour the batter is egg white. Mix until evenly mixed. Divide into 2 parts. One part is mixed with ingredients D and one with original color.
5. Weigh ur batter and divide it by the nbr of layers u want ur cake to be. alternating between orange and plain batter using upper fire (add hawflakes on every orange layer, 7mins each layer or until golden brown.. on each orange layer u use about 15pcs of hawflakes)
6. Bake last layer using upper and lower heat for 10mins.. if ur top gets brown too easily.. cover top with aluminium foil.


Friday, 25 October 2019

Home made Cili Jeruk

Morning.
Bangkit awal lagi hari nie..biasalah pukul 3 lebih atau 4 lebih mesti dah terjaga..lepastu mulalah terkebil - kebil tak boleh nak tido lagi..nak kata dah tidur siang hari memang tak lah..saya memang jenis tak boleh tidur siang..dalam setahun boleh dikira dengan jari beberapa hari jew tidur siang..itupun mungkin badan kurang sihat.

Hari ini budak sekolah dah start cuti bagi yang cuti jatuh hari Jumaat..balik sekolah tadika siang tadi Muhammad cakap 'mama cuti five tau..tau tak ..Lima..tapi Ahmad rasa cuti sevenlah boleh ke mama.."..kih kihhh..Muhammad nie kalau dilayan memang panjang akal dia..dia jew panggil saya mama..kadang panggil mommy..abang dia panggil Ibu..suka betul tukar-tukar..tapi ikutkan saya lebih gemar anak-anak panggil Ibu..rasa kemelayuan lebih jelas.

Cili Jeruk..
Kalau rajin merayap ke pasar basah memang banyak orang jual cili jeruk yang dalam plastik paket besar tu kan.bagi orang yang niaga kedai makan memang elok beli yang pack besar macamtu..tapi bagi kita yang family kecil dekat rumah elok jewlah buat sendiri..budak sekolah rendah pun boleh buat..senang je kan.

Ikutkan saya kurang makan cili jeruk ni..tapi kalau makan mee goreng memang mencari jugak cili jeruk..kata orang buat penambah rasa..
Saya sertakan sekali video cara buat cili jeruk tu disini..salah satu video ni hasil collaboration dengan Tiktok Malaysia..video sepanjang 15 saat sahaja.so memang kena cepat dan lengkap video tu ..kalau tak kena reject dengan tiktok company..tapi  oklah lama-lama dah faham konsep ..dan dah boleh ikut rentak tiktok video style tu..dan 10 video collaboration pun siap dah..tu lah mahalnya harga pengalaman.sejujurnya saya kalau buat video memang kurang arif..setakat video dobo-dobo memang pandailah tapi yang power memang kelautlah..

Wednesday, 23 October 2019

Melaka - Pusing -pusing area bangunan merah


Melaka..
Dulu-dulu masa rombongan sekolah mesti destinasi utama ke Melaka..macam dah tak ada tempat lain rasanya yang famous masatu..sampai bila dengar nak pergi melaka jew dah start  berimaginasi area mana cikgu sekolah akan bawak..kerana terkumpulnya banyak sejarah disitu maka Melaka sememangnya popular..itu memang tak dapat dinafikan.sehinggakan kenalan IG saya dari seberang pun suka kesini..

Deretan bangunan merah sana sini menambahkan lagi semangat kita nak berkunjung kemari..banyak tempat menarik yang kita boleh terokai disini hinggakan kalau datang tiap tahun pun memang tak pernah rasa jemu.


Deretan beca yang dihias cantik..memang memukau..sambil dihidangkan dengan lagu yang sedap untuk santapan halwa telinga..sambil tu boleh kita pusing area bangunan merah..tengok sekeliling apa yang menarik.
Dulu kalau kemari memang tak suka naik beca.lebih suka berjalan kaki pusing area bangunan merah ni..tapi lepas ada anak kecik memang tak boleh nak berjalan..memang kena naik beca baru mudah kerja..kalau tak memang harus mendukong sikecik tu.

Pelbagai koleksi kartun menghiasi beca-beca disini..pilih je nak naik minion ..hello kitty ..Doremon ke frozen..semua ada.sediakan je duit..sebab anak-anak memang teruja nak naik beca ni..



Kayuhan beca tu akan berhenti disini sebentaar..kita boleh turun dan meninjau jualan disini..bagi saya tak ada apa nak dibeli..yang paling saya suka hanya snap gambar sana sini..tanpa rasa jemu.




Tempat kiranya wajip singgah.
mesti nak jugak amik gambar..walaupun dah bertimbun gambar bersama Alfamosa ni..hihii.kali ini ambil dari sisi tepi..biasa mengadap depan jew..tukar posisilah.


 Kapal besar pun kalau korang yang tak pernah masuk pergilah tinjau apa yang ada dalam tu...

Kapal terbang ni pun ada..boleh duduk kejap bawah tu sambil berteduh..sebab panas lit-lit..jam 1 lebih tengahari..
Antara jualan yang ada di sekitar bangunan merah..fridge magnet memang banyak..design pun cantik.kalau yang suka buat koleksi harus beli design yang unik-unik sikit..

Kebaya Nyonya..saya antara pengemar baju kebaya..memang pantang nampak mesti nak jugak beli ..tak kesahlah murah ke mahal..lebih kurang lapan atau tujuh helai kebaya nyonya pelbagai warna dalam simpanan ..tu antara muat ke tidak jewlah..almaklumlah perubahn usia ..bentuk dan saiz badan pun seiring..


Muhammad kalau nampak toys macam ini memang pantang tak beli..ada jew yang dia nak..ok bersambung..

Camouflage chiffon cake

Kek chiffon
kek ringan dan tidak menggunakan butter ..dan tidak berat ..memang menjadi kegemaran saya.oleh itu banyak variasi kek chiffon yang telah saya cuba..kali ini versi yang coreng-coreng konon konon nak buat belang ala askar..hihii dah sudahnya jadilah macamni..

Untuk coklat saya guna paste coklat dan untuk hijau tu guna green tea powder..gabungan keduanya tu memang sedap..kalau sesiapa penggemar green tea memang suka kek macamni.



Kek ciffon
Bahan A
4 biji kuning telur gred A
45 gram minyak jagung
45 ml air
75 gram tepung naik sendiri

Bahan B
4 biji putih telut gred A
80 gram gula kastor - dibahagikan 2 bahagian
1/2 sudu kecil krim tartar
1 sudu kecil coklate paste
1 sudu kecil green tea paste

Caranya
1.Panaskan oven pada suhu 170c
2.Mix kuning telur,minyak dan air sehingga sebati.kemudian masukkan tepung gaul rata dan ketepikan.
3.Pukul putih telur,krim tartar dan sebahagian gula sehingga putih dan berbuih.
Kemudian masukkan sebahagian lagi gula pukul lagi sehingga kental
4.Campurkan adunan putih telur kedalam adunan A kaub balik sehingga rata.
5.Ambil sedikit adunan campurkan dengan paste coklat.ambil sedikit adunan lagi campurkan dengan paste green tea.sediakan loyang ciffon guna loyang ciffon 20' inci.
6.Ambil sedikit adunan dan tompokkan kedalam loyang ..buat sehingga habis .ketuk loyang sedikit jangan lorekkan dengin lidi ..kemudian bakar selama 45 minit api atas bawah.
7.Dah masak keluarkan kek dan terus telungkupkan loyang sampai kek  sejuk.
Terbalikkan dan hidang.

Monday, 21 October 2019

Churros - kudapan ringan yang menambat hati anak-anak

Churros
suatu ketika dulu kudapan ringan ini menjadi salah satu menu viral di kalangan blogger dan penggemar masakkan..kudapan ringan yang datang dari spanyol betul-betul menambat hati rakyat malaysia..
Dan beberapa dan entah berapa kali buat churros nie..disebabkan muhammad agak susah sedikit nak makan nasi putih dan lauk pauk ..terpaksalah kena cari menu ringkas dan sememangnya mudah untuk menambat hati dia.


Kali ini cicah pulak dengan nutella..agak malas nak buat coklat cair..yang ada didapur jewlah kita kasi clear..agak tergaring pulak mengoreng kali ini..

Yang ini gambar lama..tak berapa itam sangat.



 Caranya
1.Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api/ matikan api.
2.Masukkan tepung mix dengan baking powder .Kacau cepat agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)
3.Terus masukkan telur dan essen vanilla kacau sebati.
4.Masukkan adunan ke dalam acuan (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)
5.Tekan acuan terus kedalam minyak panas dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.
6.Goreng hingga keemasan angkat dan toskan.
7.Taburkan gula+cinnamon  atau terus saja celup ke dalam coklat cair

Saturday, 19 October 2019

Puding Buah viral

Dekat rumah emak ada lah tanam pokok buah naga..ada satu atau dua pokok tak silap macamtulah..bila berbuah dapatlah kami merasa.
emak tanam yang warna purple..dia punya colour tu masa tengah potong memang meresap betul dekat tapak tangan..
purple sangat..cantik..
Manis..buah naga ni kalau kita perasan harga dia agak boleh tahan jugak mahal..sebiji je pun dah jatuh beberapa ringgit kan.

Emak ada bawak kerumah dalam dua biji..sebiji kami makan macamtu jew..dan lagi sebiji memang saya simpan nak buat fresh fruit pudding..dah niat nak mix dengan sumi..sebab sumi ni ada rasa manis-manis kan..dan bila kita joinkan dengan dragon fruit jadi seimbang rasa dia..sesuai sangat kita buat ni time buka puasa..atau masa buat acara makan-makan dirumah..bestkan..




Kuah
1 tin susu cair
2 tin air (sukat dengan tin susu cair)
3/4 cawan gula - secukup rasa
2 sudu besar tepung kastad

Caranya
Satukan semua bahan .masak atas api sekejap dan sejukkan.
Dah sejuk masukkan kesemua buah-buahan ..sukahati nak buah apa tapi letak dragon fruit yang colour purple tu ..nanti kuah jadi cantik..tambahkan sumi..lagi sedap.

Atau
1 tin susu cair
2 tin air panas/suam
Gula secukup rasa
(yang ni mix semua dan tak payah masak atas api)

Friday, 18 October 2019

Kuih Dangai - guna pembakar roti jew..


Kuih Dangai..
siapa yang tak suka kuih yang satu nie..gabungan tepung pulut dan parutan putih kelapa..bila gigit tu terasa manis dan lemak dari sedikit garam ..lagi-lagi bila dinikmati ketika masih panas..waalaa memang makan berkeping-keping tanpa rasa bersalah.

Ikutkan dah tiga kali jugak buat kuih dangai guna pembakar roti  nie..mudah rupanya..cantik pun ia jugak..tapi guna pembakar roti yang jenis leper ..kapit tu tau jangan pulak guna yang berdiri tu..lama dah saya peram pembakar roti yang jenis kapit nie..hadiah dari oficemate berbangsa cina serene..tak silap masa tu saya nak pindah ke rumah baru..ingat-ingat lupa sebab dah lama sangat .


Biasa kalau buat guna loyang agak tebal kan..bila guna pembakar roti nie dia akan jadi nipis..dan garing sangat..saya lebih suka kuih dangai yang nipis berbanding yang tebal ..yang dalam gambar tu sekeping saya kawinkan dua ..


Kuih Dangai - Guna acuan pembakar roti

Bahan
3 cawan kelapa parut ambil yang putih
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam halus

Caranya
1.Gaul kelapa parut..tepung pulut dan garam..gaul biar berderai jangan ada ketul-ketul.
2.panaskan acuan..sudukan kelapa yg digaul tadi ..kemudian taburkan gula dalam setengah sudu..tabur dibahagian tengah..bila terkena dibahagian tepi-tepi bila nak angkat nanti melekat.
3.Kemudian sudukan lagi kelapa sehingga penuh menutupi acuan.
4.Tutup acuan dan bakar sehingga 7 atau 8 minit sehingga kekuningan.

Wednesday, 16 October 2019

Kuih Ketayap flawless..

Nama tak agak agak kan..ahaaa.
Kuih ni selalunya rajin buat pada bulan Ramadhan..memang berselera rasanya bila dah seharian berpuasa ..dan dapat berbuka dengan kuih ketayap..aka kuih dadar.

Nak buat memang tak susah mana pun..antara rajin dengan tak je..betul tak..tapi kadang kalau kerajinan dah ada..tukang makan pulak kurang ada dirumah ..pun jadi salah satu punca jugak malas nak buat.

Kali ini saya buat inti dia light je..tak manis sangat kering kering sikit..guna gula melaka..warna pun dah nampak kan perang ..kalau guna gula merah nampak lagi coklat kehitaman ..pun tetap sedap jugak.
Kalau mak saya seboleh bolehnya dia elak makan kuih dadar ni..bukannya apa ..dia teringat dekat arwah abang ..ni merupakan salah satu kuih kegemaran arwah.



Bahan
Kulit Luar
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dengan fresh milk)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)/Gula melaka
1 helai daun pandan
Sedikit tepung gandum

Caranya untuk inti
Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan.masukkan sedikit tepung.kacau rata dan angkat.
Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit
1.Kelapa parut di kisar bersama daun pandan  perah ambil patinya. jika guna santan segera blender dengan daun pandan dan tapis.
2.Masukkan tepung ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di kisar dengan daun pandan tadi.
3.Kacau sehingga sebati ,kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika nak warna original tak payah guna pewarna,sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan.
4.Panaskan pan non stick dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
5.Masak sehingga 2-3 minit,jangan terlalu lama. setelah diangkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung.


Tuesday, 15 October 2019

Nak try jugak "Nasi kerabu Kak Yah..' Kampung Pasir Tampoi Joho



Cerita jalan- jalan cari makan lagi..
kali ini nak cerita tentang nasi kerabu..makanan kelantan yang satu nie memang dah sebati dalam jiwa..dah hampir lebih 25 tahun ..kalau time rehat je mesti ke restoran pantai timur..kalau tak pekena nasi kerabu mesti saya akan ambil nasi berlauk..ikan goreng rebus..mesti nak 4 ekor..hihii eh ikan tu kecik je..kalau 4 ekor oklah ..tambah gulai ikan tongkol ..dan letak ulam nasi kerabu..perghh kenangan betul lauk tu..


Walaupun duduk area Johor Bahru ..saya memang jarang masuk ke perkampungan kampung pasir ni..tapi terpanggil kemari untuk merasai sendiri nasi kerabu kak yah yang orang duk cakap sedap tu..
so saya pun kemarilah..
Nawaitu nak kemari memang nak makan nasi kerabu ..jadi jangan ditukar niat tu ..walaupun berderet lauk pauk dan makanan kelantan lain memanggil-manggil suruh dirasa..hihii

Sejak suami dah suka makan nasi kerabu adalah geng jjcm kali ini..
saya order 2 pinggan nasi kerabu..berlaukkan daging goreng bawang ..dan tambah ikan selar kuning goreng.suami pulak set nasi kerabu dan daging goreng bawang..dan Muhammad ambik nasi lemak ayam goreng..
Pulun makan anak beranak tak pandang kiri kanan..nasi dia tak banyak mana..tapi ulam dan dan accry lain tu jadikan pinggan nampak penuh..
nasi pun ok ..sedang elok tak lembik ..warna pun nice jew..tak lah biru sangat..keseluruhannya berpuas hati sangat..
Set nasi kerabu disini ada solok lada dan telur masin sekali..sedap sangat solok lada dia tak puas makan satu..

Saya memang pantang nampak kuih muih..mulalah nak merasa semua..tapi perut dah penuh sangat so ambik jugak 3 ketul lain jenis..


 Lauk yang ada disini..ikan goreng ikan selar kuning..tu kalau guna ikan selayang  rebus lagi power ..

Nasi dagang ..saya tak berapa reti makan nasi dagang..lebih suka nasi kerabu.


Kita snap suasana dalam kedai..yang hujung tu tempat buat air..makanan semua mengadap ke jalan..sebenarnya tempat nie kawasan rumah..kira macam kedai sebelah rumah macamtulah.


Lagi kuih yang kami pernah rasa..pergi hari lain pulak.


Signbord dia macam tu..gantung tepi jalan ..kalau lalu memang nampak sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang