Pages

Monday, 7 January 2013

dried bonito - murtabak sadin cracker

Assalammualikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua...


Bersiaran kembali di hari isnin yang indah..semoga semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas seperti biasa..semanjak dua menjak nie mood nak makan nasi macam kurang..bila sesi persekolahan dah bermula ..duty pun kembali seperti biasa..7.30 baru sampai kerumah..

dan bila dah sampai kerumah lambat.. mood nak masak nasi pun dah jadi malas..so kami biasanya masak yang simple-simple jew asal boleh mengenyangkan..



Murtabak memang dan senonim dalam masyarakat malaysia..letaklah inti apapun pasti ada penggemarnya tersendiri..biasanya jika kami ke pasar malam memang wajib beli..lepastu kami mintak ditambah telur lagi sebijik..baru rasa power sikit..h ehhee hee..


murtabak sadin cracker nie zila buat hari sabtu aritu..ramai bloger yang dah buat..dengan inti yang berbagai..mengikut citarasa masing-masing kan..terima kasih kepada pencetus idea resepi ini..disini zila olah dengan cara zila sendiri..kali ini buat versi sadin pulak..sebab dah beberapa hari lepas zila ada masak daging..so masing-masing masih rasa jemu nak makan daging..



rasanya memang sedap..dan mengenyangkan..pada sesiapa yang masih tak mencuba memang kena buat ..baru tau kesedapanya..
zila letak mayonis dan taburan bonito kering ataupun fish flakes..sebab stock nie ada kat rumah..so letak jew la..pada sesiapa yang nak beli bonito nie ada dijual di kedai barang-barang kuih..biasanya kalau kita ke kedai roti diorang tabur bonito kering nie atas bun tuna..bagi zila rasanya sedap..



anak zila kata sedap bila ditabur dried bonito tue..tapi hubby zila tak suka..dia cakap macam makan kertas..he hhee ..dia lebih suka yang ada mayonis jew..tekak masing-masing kan..oklah jom semak resepi yang mudah nie.

terima kasih pada pengunjung dan follower atas komen-komen yang indah..dan buat follower baru.. zila akan follow kamu balik yer..harap boleh tinggalkan link anda..bye semua..^__^



Dried bonito
Murtabak Sardin Cream Crackers

Bahan inti
1 tin sadin kecil 
1 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - didadu
sedikit halia - dihiris
cili kisar -ikut kepedasan yang dikehendaki
sedikit serbuk kari - 1 sudu atau lebih.
Sedikit rempah ketumbar

Cara -cara 

  • tumis cili kisar sehingga naik bau..masukkan bawang merah,halia dan putih sehingga sedikit kekuningan.
  • masuk serbuk kari dan rempah ketumbar masak seketika hingga sedikit kering.
  • masukkan sardin yang telah dihancurkan.
  • suaikan rasa dan tutup api.


Bahan lain
beberapa keping biskut kracker
1 cawan santan 
hirisan daun sup
bawang besar - didadu
telur - secukupnya

hiasan
dried bonito dan moyonis secukupnya

cara-caranya

  • sapu keliling loyang dengan minyak atau alaskan dengan aluminium foil
  • celupkan biskut kedalam santan seketika kemudian susun di loyang sehingga penuh ruang loyang.
  • ambil inti sadin dan ratakan di permukaan biskut tadi..
  • kocok sebiji telur dan campurkan sedikit daun sup dan tuang diatas lapisan sadin tadi.
  • ulangi langkah diatas sehingga inti habis.
  • tutup lapisan yang terakhir dengan lapisan telur dan lebihan santan.
  • bakar sehingga masak lebih kurang 45 minit..170c
  • angkat dan potong..sapukan moyis dipermukaan dan tabur dengan dried flakes.
  • sedia dihidang.





Friday, 4 January 2013

almond sponge chocolate cake


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..

Bismillahirrahmanirrahim..pembuka bicara 2013..sihat tak semua??..semoga semuanya diberi kesihatan yang baik ditahun baru..ada azam baru tak?....bagi zila azam tahun lepas tak tercapai lagi..rasanya nak kena sambung ke tahun ini..insyallah..

mesti minggu ini masing-masing tengah bz menguruskan anak-anak terutamanya yang masih tahun 1..
jikalau dijohor rasanya lagi bz sebab 2 sesi persekolahan wajib dihadiri..sekolah agama dan sekolah kebangsaan..kekadang nampak adik-adik nie macam tak larat jew nak bawa beg sekolah sebab beg dah lebih berat dari orang yang membawanya..h ehhee..



tapi bagi zila tahun ini sama macam tahun lepas..jadual dan rutin masih sama..sesi persekolahan anak pun tak berubah..tapi biasalah kalau dah jadi ibu tanggungjawab memang berat..menguruskan anak tanpa rasa jemu..sentiasa menginginkan anak kita berjaya didunia dan diakhirat ..aminn


berbalik pada resepi pembuka tirai 2013..almond sponge chocolate cake..sebenarnya dah agak lama teringin nak makan kek chocolate..tapi nak buat alahaaii memang malas sangat...

dan bila kerajinan tue dah sampai ..zila deco simple-simple jew kek nie..hubby zila agak cerewet sikit bila makan kek..kalau tak ada cream dia kurang minat..sapu fresh cream pun tak apa asalkan ada hiasan atas kek..macam ragam betul kan..



tapi bagi zila dan anak tak cerewet sangat..kami nie sempoii jew..apa yang ada makan jer la...he hhee..sebenarnya kek nie kerap jugak zila buat..kek ini antara kek fav kami sekeluarga..sekejapan dah habis bertiga kami makan...he hhee ganas betul..zila rasa keenakan tue terletak pada badam ..rasa krukk-krukkk tu yang best..

oklah sampai disini dahulu buat kali ini..insyallah bertemu lagi nanti..resepi zila sertakan dibawah..silakan pada yang nak mencuba selamat berhujung minggu...bye semua..^__^




Almond Sponge chocolate cake

Bahan A
4 biji telur 
120g gula kastor
1 camca besar ovallate
1 camca besar mayonis original

Bahan B 
80g tepung gandum
20g serbuk koko
20g tepung jagung
1 camca teh baking powder
satukan semua bahan dan ayak

Bahan C
65g butter cair / minyak 

Cara-cara
1 - satukan semua bahan B dan ayak.
2 - satukan semua bahan A dalam mangkuk dan putar dengan mixer sampai gebu dalam 15 minit.
3 - kemudian tambah bahan B yang telah diayak tadi.dan putar hingga 2-3 minit.
4 - tambah bahan C dan putar lagi dalam 2 minit. 
5 - gris loyang alas dengan kertas minyak.
6 - panaskan oven dalam 15 minit..kemudian bakar kek 170c selama 45 minit atau sehingga kek masak.
7 - keluarkan dari oven dan terbalikkan kek selama 10 minit.
8 - bolehlah di potong dan hias ikut kretiviti masing-masing




Buttercream
2 cawan shortening
1 cawan mentega
450 gram gula icing
1/2 cawan susu segar
sedikit essen vanilla

cara-caranya
satukan shortening dan mentega pukul hingga keputihan
masukkan gula icing sedikit demi sedikit pukul lagi 
tambah essen vanilla dan masukkan susu segar sedikit-sedikit
putar lagi seketika 
siap 


Hiasan
hias mengikut kretiviti masing-masing..
1 cawan fresh cream dan mix hingga kental
1 cawan badam - disangai dan di blander kasar
potong kek kepada 4 bahagian
lapis dengan buttercream,sapu jem yang digemari..zila guna respberry kemuadian taburkan  almond
ulangi sehingga siap..last zila sapu keliling kek dengan fresh cream dan tabur badam yang sudah dikisar.

Wednesday, 2 January 2013

review zila4ever di Jelita January 2013


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..
selamat pagi semua...hari ini nak berkongsi sedikit kegembiraan ..pembuka kata lembaran 2013...

terima kasih kepada penulis column Cik Norashikin M.Nor dan Majalah Jelita yang memilih blog zila4ever.blogspot.com bersama Mori Kitchen dan Dari Dapur Kecah untuk memenuhi ruang ulasan blog January ini...tahniah juga dari zila buat mori dan suhaida..


walaupun hanya review tetapi begitu bermakna bagi blog zila..semoga segala ilmu yang dikongsikan disini memberi menufaat kepada semua..terima kasih pada pengunjung dan sahabat-sahabat blogger semua..atas komen-komen yang indah ..dan untuk follower juga..i love u all..

bagi zila..column ini sangat menarik.dan telah ramai memperkenalkan blogger -blogger masakan khususnya di malaysia..dan zila keep keratan ini sebagai kenangan manis disepanjang zila berblog..

akhir kata ..selamat menyambut tahun baru 2013 untuk semua..smoga kemanisan dan kegembiraan menanti kita ditahun ini..insyallah..bye semua..^___^

Monday, 31 December 2012

disepanjang 2012

Moist Supreme Cake Mix


Assalammualaikum 
salam sejahtera dan salam sayang semua...

Bertemu kembali di penghujung 2012..kita tinggalkan 2012 dengan seribu kenangan yang terindah dalam diri masing-masing..
Innoki Mushroom Tomyam

Banyak kenangan manis dan pahit disepanjang tahun ini..yang pahit kena buang jauh-jauh..ambil yang indah-indah jew untuk disimpan didalam hati..he hhee..

biasalah dalam kehidupan tak semuanya itu indah..rintangan dan cabaran tu pasti ada..kena sentiasa sabar dan reda atas ketentuanya..tak semua apa yang kita inginkan itu berjaya jadi milik kita..betul tak?..

 Apple Asam Kulit Limau

hari ini tak ada resepi alam maya nak dikongsikan..cuma nak sharekan masakan yang paling digemari family zila disepanjang 2012..
pada sesiapa yang nak resepinya ada didapur zila nie..kena godeh-godeh sendiri yer..pasti akan jumpa.....


 Frambozen Kenari Berkuaci

 Nasi Mandhi dan Ayam Bakar Mandhi

Kek Pisang

 Ayam Blackpepper Daun Bawang

 Mee Sarang

Durian Crepe

Sotong Dalam Tin Tumis Bercili

oklah dikesempatan ini juga zila nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua pengunjung blog..yang tak pernah jemu kemari..pada follower baru dan lama..atas komen-komen yang indah..
terima kasih juga pada yang sudi mencuba resepi disini..memberi sokongan atas kewujudan blog kecil ini...semoga sedikit ilmu yang zila ada ini dapat lagi dipanjangkan..dan memberi menufaat kepada semua..

semoga kita diberi kesihatan yang baik dan dapat bertemu dan berkongsi lagi resepi-resepi yang akan  dicuba di 2013..i love u all..

Thursday, 27 December 2012

3 layer tea / nasi lemak ayam bakar kicap lada hitam


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang untuk pengunjung yang sentiasa kesini..
sihat tak??..wahhh rindunya dengan semua..dah beberapa hari nak update blog..tapi masa tidak mengizinkan langsung..

Almaklumlah cuti persekolahan berbaki beberapa hari jew lagi..bagi kita ibu-ibu memang time nielah banyak kerja..tolong anak sampul buku dan menyediakan kelengkapan untuk sesi persekolahan yang baru..



Bagi sesetengah negeri awal persekolahan mungkin ditunda..sebab banyak kawasan di pantai timur di landa banjir..pada yang terlibat zila doakan semuanya selamat,bersabar dan jaga kesihatan masing-masing dan kena ikut arahan yang diberi..semoga semuanya akan kembali seperti sediakala ..secepat mungkin ..

Berbalik pada resepi alam maya kali ini,nasi lemak..makanan senonim rakyat malaysia ..tak kira berbilang bangsa sentiasa digemari ...



zila buat minggu lepas,makan bersama ayam bakar kicap lada hitam..tekak nie asik nak makan yang sedap-sedap jew..kalau nasi lemak makan dengan sambal macam tak selera sangat.mesti nak ada lauk sampingan ..he h ehheee ngada-ngada ler tu kan..biasanya buat ayam goreng berempah..tapi bila tahap kerajinan tue melebihi.. bakar jew la ayam sekali..bukan susah mana kan..perap-perap kemudian masuk jew oven settle..



dan bila dah makan pedas-pedas,nak jugak minum ais..zila buat 3 layer tea untuk penghilang dahaga..3 layer nie sebenarnya kegemaran hubby..bila buat sendiri dirumah rasa berbaloi-baloi..boleh minum banyak mana kita suka kan..



oklah sampai disini dahulu untuk kali ini..bertemu lagi ..salam sayang semua..i lap u all..bye











Friday, 21 December 2012

ketam goreng telur masin


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..terima kasih  pada follower baru kerana sudi mengikuti blog zila nie..dan terima kasih juga pada teman-teman yang meninggalkan komen yang indah..i love u semua..


semalam merupakan hari cuti buat warga johor.Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ..dikesempatan itu ramai yang membawa anak-anak berjalan..walaupun hanya satu hari ..cukup kew h ehhe..

zila ambil peluang tue pergi ke angsana..sebenarnya tak ada tujuan yang tetap nak kesana ..sekadar nak tengok pameran kraf yang diadakan sehingga 25 december ini..

hasil kraf semuanya ada disitu..kompang,keris,tembikar dan yang paling banyak baju batik..oleh kerana camera tak dibawa tue yang tak ada pic nak tunjuk..he hhee sesiapa warga johor yang nak pergi bolehlah kesana..parking masih ok semalam..


ok lah berbalik pada menu alam maya hari ini..
ketam goreng telur masin..ramai yang dah pernah buat kan?..tapi tak semua orang suka makan ketam..kadang-kadang ada yang alah dengan ketam..

bagi zila ok jew lah..he hhee rasanya memang sedap ..lemak-lemak kuning telur masin tue yang jadi sedap..



tapi kalau budak-budak agak leceh sikit nak makan..isi pun tak banyak..nak ketuk-ketuk jari ketam tue yang malas kan..h ehhe memang tak boleh jadi lauk..kena ratah camtu jew baru sedap..


biasa zila buat guna bahagian kuning  telur tue jew ..tapi kali ini saja nak letak bahagian putih tue pulak..rasanya tak jauh beza..cuma tak payah letak garam sebab masin tue dah ok..

pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini seperti biasa..sebagai rujukan diri..dan memanjangkan lagi ilmu ..semoga bermunafaat kepada semua..

sampai disini dulu ..bye semua..



ketam goreng telur masin
bahan-bahan:-

  • 3 ekor ketam bunga
  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin 
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih - di ketuk
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak masak utk menggoreng





cara
  1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
  2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
  3. goreng deep fried - asingkan
  4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
  5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  6. masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
  7. kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.



Tuesday, 18 December 2012

oreo crepe


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..
alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan masih lagi diberi peluang kesini..berkongsi segala masakan yang pernah zila cuba..


crepe memang dah jadi fenomena sekarang kan..masing-masing mesti nak mencuba membuatnya..mana yang tak berkesempatan bolehlah oder..banyak versi crepe sekarang nie..bagi zila semuanya sedap..tak kesahlah yang ada durian atau yang tidak..

bagi yang rajin bolehlah letak filling tu macam-macam..ikut selera kita yang membuatnya,yang penting habis dimakan..betul tak....


zila  cuba buat crepe oreo pulak..idea asal dari rahel..bagi zila ianya sangatlah sedap..bagi penggemar biskut oreo memang wajib cuba..pilihlah filling oreo yang anda gemari..sekarang oreo dah ada filling macam - macam kan...memang best.



untuk resepinya sama seperti resepi durian crepe.cuma tukarkan durian kepada oreo jew..
colour zila guna colour biru..letak sikit jew..zila suka colour macamnie..cantik dan lembut jew di pandang..ok lah sampai disini dulu buat hari ini..bertemu kembali semua..i love u all...bye..


oreo crepe

bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian 


cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat  tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa  mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental

- oreo secukupnya

-letakkan fresh cream letak oreo dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

-siap



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang