Pages

Thursday, 18 October 2012

apam tepung beras a.k.a apam salju


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam salam sayang untuk semua..really miss u allz..



selamat pagi semua..
uiitsss dah beberapa hari tak mengupdate blog..rindunya dengan semua..terasa rugi jugak sebab tak sempat nak skodeng dan BW macam biasa..



sebenarnya dalam minggu ini zila agak sibuk,biasalah tuntutan kerja yang tak ada penghujungnya..hari ini baru free sikit..he heee bolehlah terjah dapur kawan-kawan semua..insyaallah zila akan membuat kunjugan balas antara lambat dan cepat ok..ummahhh i love u all..



oklah cerita bab masakan pulak..hari ini zila share entry tertunggak,jumaat lepas zila buat apam nie..seumur hidup memang tak pernah buat..h ehhee teruk betul kan..suka makan apam macamnie..tapi biasanya zila beli jew lah..tapi bila sedikit kerajinan tu datang..mulalah mencuba nak buat sendiri..tapi nak menunggu 3 jam tu yang malassss sesangat...he heee..




tapi kesabaran tu berbaloi..sebab apam nie sangat lembut..sedappp..zila ambil resepi nie dari rakan facebook..minta maaf sebab tak letak nama..time tu main salin jew resepi..zila ada bookmark page tue..tapi tak tau kat window mana..sebab lappy zila nie ada 3 window..last-last pening nak mencari..



pada sesiapa nak mencuba bolehlah cuba ok..zila panjang-panjangkan lagi resepinya disini..mintak halal pada penyumbang resepi..bye semua..



Apam tepung beras a.k.a apam salju

bahan-bahanya
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil  yis mauripan
kelapa parut
sedikit garam



cara-caranya

  1. blend nasi dan air hingga hancur.
  2. kemudian masukkan brown sugar dan gula pasir blend beberapa minit lagi.
  3. dalam bekas lain satukan tepung beras,tepung gandum dan yis mauripan.
  4. campurkan adunan nasi tadi kedalam tepung..kacau rata
  5. bahagikan kepada beberapa warna yang digemari.
  6. perap 3 jam baru boleh dikukus.
  7. masukkan dalam acuan lompang atau acuan yang digemari
  8. sapu minyak pada acuan terlebih dahulu supaya tidak melekat.
  9. kukus lebih kurang 15 minit
  10. sedia dihidang.




Friday, 12 October 2012

kek pisang 40 hari



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua...bertemu kembali hari jumaat penghulu segala hari..



disepanjang minggu ini zila layan menu-menu yang berasaskan pisang jew..he hheee uiitss bukannya apa...emak zila ada datang kat rumah nie bawa pisang..nama pisang tue pisang 40 hari..ada jugak orang panggil pisang lemak manis..

mengapa pisang ini dinamakan pisang 40 hariPendapat  menyatakan memang benar pisang ini akan masak40 hari selepas keluar jantung.Beliau sendiri telah menanam pisang tersebut .. banyak jugaklah quantiti pisang yang emak zila bawak ..so dengan seberapa segera memang nak kena habiskan jugak lah..sebab pisang memang tak boleh tahan lama.


menu pertama yang zila buat ialah kek pisang..rasanya last makan kek pisang tahun lepas..memang dah lama tak makan..emak pun suruh buat kek agaknya teringin dia nak makan..untuk tidak menghampakan emak dan sebagai anak yang solehah..he hhee..zila pun buatkan untuk emak..tak la special mana..tapi emak zila suka kek pisang yang biasa-biasa jew..tak nak letak coklat bagai ..




resepi asal zila ambil dari myr resepi sumbangan umi e ramai dah mencubanya rata-rata mengatakan sedap..dan emak zila pun cakap sedap..terima kasih kepada penyumbang resepi..dan zila panjang-panjangkan lagi resepinya disini.pada sesiapa yang nak mencuba silakan.


kek pisang 
resepi asal umi e
                
bahan-bahan
4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur 
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1sdt bikarbonat soda
secubit garam

cara-caranya
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
  6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak.

pisang 40 hari ( gambar  dari google)

Wednesday, 10 October 2012

fresh fruit tart


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..



dah makan ke belum??..jom makan kuih tart..pada sesiapa yang rajin bolehlah buat untuk minum petang..dan yang tak berkesempatan bolehlah beli jew yang dah siap..tinggal ngaappp jew..he hee


ini projek sabtu lepas sebenarnya,rasanya macam dah lama tak buat tart buah..bila tekak terasa-rasa nak makan ..mulalah semangat nie datang..perkara yang paling zila malas  iaitu buat shell dia..waalaaaweii ..menguji kesabaran betul menekan satu-satu kat dalam mould..he hee tapi berkat kesabaran tue..membuahkan hasil yang berbaloi-baloi..


Alhamdulillah shell tart sangatlah sedap.terasa lemak-lemak susu tepung tue.resepi nie dari  kawan sekolah zila yang rajin memasak juga,kecik dan comel jew orangnya..biasanya dia memasak di sekolah..sebab dia mengajar pendidikan khas.sedap sangat mia zila akan buat tart telur pulak lepas ini ok..muaaahhh i lapp u.


Tart shell
150g tepung gandum
1 tsp tepung kastard
1 tsp susu tepung
1/2 sudu besar gula 
1/2 biji telur yg dikocok
100g butter
cara kulit 

1. satukan tepung gandum, tepung kastard, susu tepung dan gula.

2. kemudian masukkan butter yang telah dipotong kecil-kecil.

3. Guna jari utk mixkan adunan masukkan telur dan gaul rata.
4. balutkan adunan tersebut dan simpan dlm peti sejuk.



Filling
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 g butter
2 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya

Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter.
Kacau rata dan masak atas api perlahan hingga pekat.
padamkan api dan tuang esen vanila dan butter.
sebatikan dan biarkan sejuk.


  1. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan,tekan dan ratakan mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  2. Buat hingga habis. Kemudian cucuk-cucuk permukaan kulit tat dengan garfu.
  3. panaskan oven pada suhu 175C bakar selama 10-12 minit atau hingga kekuningan.
  4. Bila masak, keluarkan kulit tart dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  5. Paipkan dgn krim pastri tadi. 
  6. Susun buah-buahan segar mengikut kreativiti masing-masing.
selamat mencuba kepada sesiapa yang nak mencuba.bye semua.






Monday, 8 October 2012

kerabu mangga muda


Assalammualikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua..


terima kasih kepada pengunjung setia dan pengunjung baru ..
hari ini nak berkongsi menu yang simple-simple jew..tak payah pening-pening kepala nak buat..he heee..


kerabu nie zila buat hari khamis minggu lepas..setelah beberapa hari mangga nie terperap kat esbok..memang plan nak buat kerabu mangga tapi asik tak sempat jew..almaklumlah kalau makanan ulam-ulam macamnie tak ada penggermar dirumah nie kecuali saya seorang..tu yang agak lambat nak buat..


aritu nampak sha show kat blog dia..kerabu mangga bersama daun kaduk..amboiiii..siap ada daun kaduk bagai yer sha..he heheh zila punya x sempat nk mencari daun kaduk..so zila gunakan mana bahan yang ada dirumah jew.zila guna kacang goreng..senang tak payah buat kulit..dan zila tak letak bunga kantan - sebab bunga kantan dh naik harga sebatang 0.70/pcs..he hhe so cut cost ..he hhee sebenarnya stock bunga kantan pun tak ada dirumah..

Kerabu mangga - shahriah abdullah

Bahan-bahanya
2 biji mangga muda - disagat
1 cawan kacang  - sangai dengan sedikit minyak bersama udang kering dan cili   
   padi.

1 genggam udang kering  
4 batang cili padi 
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula pasir
   sedikit sos ikan
1 batang daun kantan - dihiris halus

cara-caranya
Tumbukkan bahan-bahan di atas termasuk kacang tanah.
Tumbuk separa hancur dan sesuaikan rasa.
1 batang bunga kantan hiris dan gaul rata bersama bahan tumbuk dan mangga muda.




buat sha yang tercayanggg..tq resepi yang sedap nie..i love u wokeeyyy..yang pasti zila akan mencuba masakan sha yang lain lagi..bye semua.:)




Thursday, 4 October 2012

ayam boxing goreng berempah~terung pipit goreng belacan


Assalammualikum..
tak jawap dosa :)..




salam sejahtera dan salam sayang semua..tq sebab sudi kemari..menjengah blog yang tak seberapa gahh nie..he hee
semua sihat??..alhamdulillah zila pun sama sihat sokmo..semakin bertambah muk-muk..nampaknya kita nie..



minggu ini zila melayan tekak sendiri..masak apa yang kita rasa nak makan..sebab en hubby tak balik jb minggu ini..so masak ikut kata hati..he hhe ..anak zila tak suka ayam boxing..boleh pulak dia cakap macamtue...penat-penat kita menakik kaki ayam tue hingga jadi camgitue kan..tak respct langsung..hikkk....



rupanya bukan dia tak suka..sebab ayam tue nampak kecik bila dah digoreng tue yang dia tak puas hati..uiittsss..tapi dia makan bertambah-tambah ....alhamdulillah ..besar sudah anak ibu..



jom cerita pasal entry hari ini,ayam boxing goreng berempah..dah banyak kali buat ayam boxing..tapi memang tak sempat nak amil pic..kadang-kadang saya kesuntukan masa..sebenarnya saya peminat setia ayam goreng rempah..tiap-tiap minggu mesti beli..suka makan serdak-serdak dia tue sedapp..



dan menu satu lagi tue terung pipit goreng belacan..uiiitss sedap..saya suka..memang dah bertahun-tahun tak makan terung pipit..round-round pasar malam nampak ada orang jual..terus capai..dah terperap seminggu kat esbok baru minggu nie sempat nak masak..

pada sesiapa yang nak mencuba silakan..zila olah sendiri resepi nie..rasanya macam kat kedai jugak..cuma serdak tue tak banyak..


Ayam boxing goreng berempah

  • ayam - beli yang peha
  • bawang besar - 2 biji
  • jintan manis
  • jintan putih
  • serai 
  • halia
  • kunyit hidup
  • garam halus
cara-caranya

  • semua bahan-bahan dikisar kecuali ayam.
  • lumurkan pada ayam dan perap satu jam
  • panaskan minyak dan goreng hingga garing
  • lebihan rempah  digoreng sekali..
  • lebihkan bahan rempah supaya terhasil serdak yang banyak..


Terung pipit goreng belacan
  • terung pipit - 1 cawan
  • lada merah 3 batang - dihiris
  • bawang besar - 1 biji
  • belacan - agak-agak
  • ikan bilis
  • kacang tanah 
caranya

  • panaskan minyak,goreng belacan hingga sedikit garing
  • masukkan hirisan bawang besar dan lada merah
  • tunggu sekejap,masukkan terung pipit
  • tumis hingga sedikit kering.
  • masukkan bilis goreng dan kacang tanah..
  • tutup  api.sedia dihidang.




bye semua



Tuesday, 2 October 2012

crepe coklate badam rangup




Assalammualaikum..




salam sejahtera..dan salam sayang semua...
bertemu lagi hari selasa yang cerah..dah makan tengahari ke belum?..ke masih ada yang masih kenyang sebab pagi tadi makan sarapan lambat..






zila pun sama kalau pagi dah ambil sarapan yang berat memang delay lah makan tengahari..kadang-kadang makan malam jew terus..boleh cut cost..he hhe hee..boleh kew macamtue..???..




semalam seharian zila kena sakit kepala..aaiishhh memang tak boleh buat kerja apa..rasanya macam nak baring jew..tapi mengenangkan kat opis so kena jugak la buat kerja..sambil buat kerja tue..otak nie asik teringat-ingat bantal....he hhe hee.



ok lah berbalik pada entry kali ini..
hari ini zila buat crepe coklate..memang sedap..sebab ada rasa coklat..semuanya gara-gara my lovely friend tue..rahel..aaiisshhh tergoda gua tengok dia show off kt blog dia..terasa teruja nak merasai sendiri keenakan crepe tue..thnks rahel memang sedap..i love u..





tapi zila tak letak cheedar cheese ..konon-konon saya berdiet sekarang nie..he hheee..yer-yer jew kan..zila gantikan badam flaks kat dalam tue..zila tambah peanut butter dan respberry filling..







sebenarnya boleh letak filling apa-apa yang kita suka..kalau letak buah-buahan segar pun ok jugak..tapi zila pakai mana yang ada jew kat rumah tue..buat nipis-nipis..zila tak ada acuan apam balik,so zila gunakan pan non stick...






Krepe Coklat badam Rangup
Sumber asal:Sedap
                 :Rahel

dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com

Bahan
150g tepung gandum
15g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula kaster
1 biji telur gred A
250ml susu cair
25ml krim pekat - zila guna susu pekat 
1/2 sudu teh pes coklat

Bahan Taburan:
100g keju cheddar parut - zila tukar kepada badam flakes
1 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu makan susu pekat manis coklat - zila tak letak
peanut butter - zila tambah

respberry filling - zila tambah

Cara caranya
1.Ayak tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik.
   Masukkan garam dan gula pasir.Kacau rata.Ketepikan.
2.Campurkan telur,susu cair,krim pekat dan pes coklat.Kacau rata.Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau sehingga rata.
3.Panaskan acuan apam balik berdiameter 20cm dan diameter atas 22cm.

   - zila guna pan non sticks 
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan apam balik nipis-nipis.
5.Sapukan nipis susu pekat manis coklat.Taburkan keju parut dan gula pasir di salah satu bahagian tepinya.Lipat dua dan lipat lagi bentuk tiga segi.








selamat mencuba..bye semua 






















Monday, 1 October 2012

apple - asam kulit limau



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..




1 oct 2012  sekejap dah berakhirnya september..cepat betul masa berlalu kan..hari isnin yang malas..he hhee biasalah kalau orang bekerja nak menempuh hari isnin memang malas betul..sebab dah best bercuti dua hari kan..he hhee




hari ini saya tak masak.. periuk dah saya gantung tinggi-tinggi..makan epal jew..aaiisshh boleh kew??..oklah hari ini tak ada show masakan yang best-best..cuma  apple dan asam kulit limau jew..pernah buat tak?..mesti semua pernah makan kan..



seperti yang semua sedia maklum apple mempunyai banyak khasiat kan..antaranya Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.




air liur dah meleleh nie..he hee..sedap betul asam kulit limau nie..selain apple boleh jugak kita tabur pada buah-buahan lain..jambu batu paling the best..sangat sedap..



cuci buah apple bersih-bersih kemudian potong nipis,rendam dalam air garam dan limau nipis supaya tidak lebam.. blender kulit asam limau dengan pengisar kering..kalu nak tabur gula sedikit pun boleh..



kemudian taburlah pada buah-buahan yang digemari..biasanya zila tabur pada nenas ..aritu masa family datang zila hidangkan sebagai pencuci mulut..sekejapan jew dah habis..
tapi jangan kerap diamalkan ...sebab asam kulit limau nie tak elok untuk kesihatan..sesekali tak apalah kan..he heh hee.ok lah buat pengunjung tqvm.zila akan membuat kunjugan balas  yer..antara cepat dan lambat ok..dan tq atas komen-komen yang indah..


bye semua ..( O _ 0 )




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang