Pages

Thursday, 18 December 2014

cendol bakar dengkil


Dari arah Cyberjaya/Putrajaya
Lokasi:

  • Lalu lebuhraya besar yang menghubungkan LDP ke Putrajaya dan Cyberjaya menuju kearah Dengkil/Sepang/KLIA
  • sama seperti jalan menuju KLIA/LCCT melalui jalan tiada tol yang biasa dilalui teksi,ia juga jalan yang sama menuju ke Sepang/Nilai daripada Putrajaya.
  • Jalan terus sehingga anda sampai ke penghujung lebuhraya
  • Dipenghujung lebuhraya, dihadapan anda hanya dua pilihan kiri ke pekan Dengkil dan kanan ke Kota Warisan/Sepang/Nilai/Klia. Ambil pilihan Kanan.
  • Terus anda akan melalui satu jambatan diatas tasik dan paya.
  • Terus sehingga anda sampai ke simpang empat yang ada traffic light.
  • Traffic light itu jika terus menuju Kota Warisan/Sepang/KLIA. Jika kiri menuju Bangi Lama. Jika kanan menuju pekan Dengkil.
  • Selepas traffic light jalan terus, dalam lingkungan 100 meter.
  • cendol bakar Dengkil berada di tepi sebelah kiri anda.

cendol bakar durian Rm 4.50 bagi peminat tegar durian kenalah cuba ye..


CENDOL..
menuman pelepas dahaga..dan boleh juga ditafsirkan makanan pencuci mulut bagi rakyat malaysia..sambil santai bersama rakan-rakan atau kaum keluarga..

cendol dulu-dulu simple sangat..ada jelly hijau tu dan kacang merah..siram dengan air gula dan santan..bila balik sekolah rendah cendol pakcik "kame " merupakan sasaran utama kami..time tu rasa sedap sangat..yelah kan ..balik sekolah kan haus..nak menyambung berjalan kaki hingga sampai kerumah memang la harus ada sesuatu yang sejuk..baru semangat nak jalan kaki..


zaman dah berubah..cendol pun dah banyak ditambah baikkan..lebih sedap..dihidangkan bersama pelengkap tambahan..menambahkan lagi variasi cendol..

kesinambungan dari pergi  ke garage sale zila sempat kesini..nak juga mencuba cendol bakar..nak jugak rasa..asik baca diblog jew..rata-rata kata sedap..sebenarnya cendol bakar dengkil tak sama dengan cendol bakar kuala selangor..maksudnya berlainan owner..yang dikuala selangor zila tak cuba lagi..insyaallah bila kesana nanti harus dicuba jugak.



asal usul nama cendol bakar ini ialah sebelum dimasak gula melaka itu dibakar terlebih dahulu.. baru dimasak dan dicampurkan  kedalam cendol.bagi zila rasa gula tu agak manis..tak sama macam cendol biasa..tapi sedap lemak-lemak macamtulah..

selain cendol kalau nak cuba cucur udang pun ada.satu pinggan 5 ringgit dan 10 ringgit..


 cendol bakar jagung RM 3.50 

 cendol bakar biasa RM3.00

kesemua jenis cendol bakar zila rasa..yang paling sedap bagi zila yang tapai pulut..sedap tapai tu..manis ditambah makan dengan kuah santan cendol..ermmm takmo citer..nanti teringat balik..nak pergi lagi entah bila.


cendol bakar tapai pulut Rm4.50

inilah cendol bakar tapai pulut..yang ini lah paling sedap bagi zila ..lain orang lain selera kan..mangkuk nie kecik jew sebenarnya..memula sampai cendol nie rasa macam tak cukup makan satu mangkuk..tapi bila dah makan..kenyang perut..kesimpulannya jangan tamak kan..he he hee

gambar muka depan warong cendol bakar..emak dan kakak ipar..berserta model tetap muhammad ahmad bin wasim shahzad.oklah sampai disini dulu jumpa next entry..

Wednesday, 17 December 2014

pais ikan kembung sedap


Pais ikan kembung..
lauk yang kerap didapur zila bila terasa malas nak memasak ..suka sangat ikan masak macam ini..pertama sebab mudah sangat..campurkan semua dan letak jewlah di pan..harum satu rumah bau daun -daun dan rempah-rempah..alahaii sedapnya..ditambah pulak makan dengan nasi panas..ermmmm sabar jew lah.


dulu masa kami kecik-kecik emak rajin buat..biasanya satu bungkus emak masukkan 3 ekor ikan..jadi bungkusan tu besar..sekali masak terus dapat 3 ekor.sekarang bila anak-anak dah berumahtangga emak dah malas nak masuk dapur..nak menikmati hidangan dari air tangan emak memang susah..bila teringin makan masakkan zaman kecik-kecik memang kenalah masak sendiri..

zila pulak suka bungkus satu-satu..senang nak makan ..tak payah nak berebut..
zila lebih suka makan rempah-rempahnya dahulu..ikan tu ambil last-last..perahkan sedikit limau kasturi dan tabur lagi sedikit cili potong bagi yang suka pedas..waalaa..



Pais ikan kembung
Bahan
3 ekor ikan kembung
4 tangkai lada besar merah
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia dan kunyit hidup
3 batang serai 
3 sudu santan kotak
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut hiris halus
sedikit serbuk lada

Cara
kisar kesemua bahan.
gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam.
masukkan ikan kembung dan gaul sebati.
sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
panggang atas api sehingga masak.

Monday, 15 December 2014

pencinta barangan lama

Assalammualaikum..
suka tak barangan lama? kalau tak berminat untuk mengumpul sekadar tengok-tengok dan cuci mata apa salahnya kan..jooomm
pada hujung bulan september yang lepas sempat zila kesini..Anggerik Mall..garage sale yang diadakan setiap hari ahad..

sebenarnya first time kesini..zila datang hari sabtu..dan garage sale diadakan pada hari ahad..salah hari rupanya..pada hari sabtu kami hanya ronda-ronda ..tempat agak sunyi tak ramai pengunjung..tapi peniaga masih menjalankan perniagaan seperti biasa..


zila naik tingkat satu dengan niat nak ke kedai ipoh loken yang popular tu..tapi hampa ..kedai tutup pulak..tuan empunya pergi hantar barang keluar.oleh kerana dah tak ada apa-apa disitu zila beredar jewlah.. esok baru nak datang lagi..sebab teringin sangat  nak tengok barangan lama yang diorang jual..



keesokkannya datang lagi..
sampai jew peniaga dah susun barang-barang diaorang..apabila tengok barang-barang lama macamnie teringat pulak zaman kecik-kecik..tapi ada separuh darinya yang masa kecik zila tak pernah jumpa..


set teko dan pinggan lama..cermin mata..bangku..piring hitam..bag plastik..jam..basikal..tin-tin lama..dan bayak lagi ada dijual disini..bagi peminat tegar barangan lama memang rambang mata..

 
lampu lama..teringat masa kecik-kecik pergi belajar mengaji..pak imam guna lampu macamtulah untuk mengajar kami mengaji..indahnya kenangan lama

tv dan telefon lama pun ada..cantik dipandang..harganya pun seiring dengan peredaran zaman..agak mahal juga..pinggan mangkuk pun agak mahal..berbanding dengan bazaar sabtu dikawasan perumahan zila.


 basikal lama,,zila panggil basikal tua..
 beg-beg kertas lama..yang ini zila tak pernah jumpa...mungkin time nie zila masih kecil lagi kot..
 koleksi cawan coca cola..pada yang minat simpan tu mesti diorang sambar nie..
 sudu-sudu dan garpu lama..cantik
 piring lama..zila panggil piring dodol yang biru ..hijau  tu..emak masih ada menyimpan beberapa biji dirumah..zila pun ada simpan empat biji warna biru..sayang sangat nak pakai..

 tin lama yang cap helang tu..masa kecik macam pernah jumpa..tapi tak ingat tin isi apa..


 yang ini nostalgia sangat kan..piring hitam..


dah puas cuci mata dan ambil gambar zila pun beredar lah..dapatlah dua biji piring kuih setelah round-round..piring lain yang dihajati tak ada nampaknya disini..pada sesiapa yang nak kesini garage sale dibuka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Address:
Anggerik Mall,
No. 5, Jalan 14/8,

40000 Shah Alam.


Friday, 12 December 2014

kaswi pandan lemak dan kenyal..sedapnya..


Assalammualaikum..
berjumpa lagi..hari ini nak menjamu mata dengan gambar kuih kaswi..tak dapat merasa..dapat tengok gambar pun ok jugak kan..

kuih kegemaran zila..tak kiralah yang hitam atau yang pandan macam ini..asalkan memenuhi citarasa..tak keras..dan tak lembik sangat..dah kira 'ngam' dengan tekak zila..


kalau kaswi yang berwarna coklat tu ...cara penyediaannya nampak mudah..tapi sebenarnya tak semua orang boleh menghasilkan kuih kaswi yang sedap ..termasuklah zila sendiri..

teringat waktu menggandungkan Muhammad..suka sangat makan kuih kaswi ..terutama buatan kakak zila..kalau boleh seloyang nak habiskan seorang..he he hee buruk betul ditambah lagilah makan sejuk-sejuk lepas kluar dari peti ais...ermmm tak payah ceritalah..memang sedap.

zila tertarik dengan resepi kaswi pandan ini  kerana ada campuran tepung ubi,tepung gandum dan santan..sebab itulah rasanya kenyal-kenyal dari tepung ubi..dan rasa lemak dari santan..memang sedap.sesiapa peminat kuih kaswi bolehlah simpan resepi ini sebagai koleksi resepi kuih kaswi .

ditambah sedikit pewarna dan perasa pandan

zila buat dua versi..yang bentuk love dicampur dengan pewarna dan perasa pandan..dan satu lagi dalam acuan lompang zila tak campur pewarna dan perasa pandan..mengekalkan warna asli daun pandan..sedikit kekuningan tetapi wangi  dengan aroma keaslian daun pandan..

zila lebih suka yang asli..tanpa pewarna dan perasa..warnanyapun cantik..satu adunan dapatlah 12 biji acuan lompang dan 18 biji acuan berbentuk love..cukuplah untuk kami tiga orang..masa makan keadaan cuaca tengah hujan diluar..di luar kesedaran habis licin kami adap anak beranak..lapar la tu kan.

kelapa parut yang zila beli nie tak berapa cantik..agak halus dapat kelapa parut yang sedikit kasar lagi cantik..kalau tak suka makan dengan kelapa makan macam tu jew pun dah sedap .sebab ada rasa lemak-lemak.

warna asli daun pandan
Kaswi pandan lemak
Resepi - kak
besah@myr

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 4 helai daun pandan
3/4 cawan gula pasir
1/2 sdt air kapur sireh
1/2 sdt garam
1 biji telur
pewarna dan perasa pandan
secawan kelapa parut putih dicampur secubit garam


Cara-cara
Kacau sebati tepung gandum,tepung ubi,gula bersama air pandan dan telur.
kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain dan kacau hingga tidak bergentel. Tapis kan adunan.
masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan kukus sehingga masak dalam 20-25 minit - oleh kerana penyediaan tidak mengambil masa lama, eloklah panaskan pengukus sebelum mengadun adunan.
atau - boleh dimasukkan kedalam acuan kecil-kecil yang telah disapu sedikit minyak.
Bila kaswi sudah sejuk ..bolehlah dipotong dan digolekkan ke dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.



selit sikit gambar oder congo bar dari rakan zila..

Tuesday, 9 December 2014

pisang goreng mawar - 'port' pisang goreng yang terkenal di bandar raya Johor Bahru

pisang goreng mawar - "port "pisang goreng yang terkenal dibandaraya Johor bahru
 pemandangan dari sisi gerai..
Pisang goreng merupakan kudapan wajib dan identity bagi orang johor..malahan disetiap lorong-lorong taman perumahan ada sahaja orang menjual pisang goreng..untuk melengkapkan pisang goreng ini disediakan sambal kicap cair..baru 'kick' kalau ada sambal kicap..

salah satu 'port' pisang goreng  yang terkenal di bandar raya Johor Bahru dan menjadi tarikan pelancong adalah Mawar Cafe di Jalan Sungai Chat, berhampiran Hotel Thistle.Gerai pisang goreng yang terletak berhampiran bangunan Majlis Wanita Johor (Mawar) itu juga mempunyai tarikan tersendiri iaitu menjual pelbagai jenis pisang yang menjadi teras perniagaannya.

pisang goreng ini sering menjadi salah satu menu utama minum petang kerabat diraja Johor.. dan yang menjadi kemestian adalah pisang raja, selain nipah dan tanduk.
Lebih mengujakan Mawar Cafe popular dalam kalangan orang kenamaan, para pemimpin negeri dan negara serta artis popular.


walaupun zila dah ada beberapa marking tempat pisang goreng yang sedap tak salah rasanya mencuba juga disini..nak juga merasa keenakkan pisang goreng yang popular nie.
selain menu utama pisang goreng..mee goreng kosong,nasi lemak sambal udang,nasi ambang dan beranika kuih muih pun ada..

nasi lemak udang  - yang ini anak sulung cakap sedap sangat..ambil lagi dua bungkus tapau bawa balik..stock untuk malam plak.
cuba juga oder beberapa jenis kuih disini ..kuih talam ubi.bagi tekak zila kurang sedap.
 
kuih lapis dicuba oleh Muhammad..entah macamana rasa..dia tak dapat nak komen..he hee


gerai ini menepati ciri-ciri Gagasan 1Malaysia kerana dikunjungi semua kaum yang mana pelanggan Melayu, Cina dan India boleh duduk semeja semata-mata untuk menikmati pisang goreng yang merupakan salah satu juadah warisan masyarakat negeri ini.


Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 6.30 petang dan hari yang paling ramai pelanggan adalah pada hujung minggu.tutup pada hari sabtu.dan kebanyakkan pelanggannya datang dari Singapore.harga pisang goreng Rm 1 untuk 3pcs.

Tak menang tangan..pelanggan sentiasa penuh..kereta kluar masuk ..anak sulung zila suka sangat pisang goreng nie..komen beliau.."pisangnya lembik sedikit..bancuhan tepungnya ranggup walaupun dah sejuk..dan kurang berminyak..sambal kicap sedap..tak pedas sangat"
 
sedikit panduan untuk kesini.gerai ini betul-betul sebelah signboard
berlonggok-longgok pisang disitu..kedudukan gerai sebelah signboard besar tu .

Address : Banana Fritters Mawar
888, Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bahru,
Johor Malaysia
GPS :  N01 27.767'  E103 44.474'

Saturday, 6 December 2014

sticky caramel chicken wing


Assalammualaikum..
Cuti sekolah macamni ramai yang ambil onleave,bawa anak jalan-jalan..habiskan duit yang ada..hehee hee bila lagikan.dah 11 bulan bekerja kumpul duit nak pergi holiday inilah masanya..sapa lagilah yang nak habiskan duit kita..diorang inilah..tapi kita bekerja pun untuk mereka..bahagia bila diaorang gembira kan.

Tapi nak kena beringat juga..untuk masa depan diorang kelak..


Sticky caramel dah beberapa hari yang lalu buat.tak sempat buat lauk si abang dah meratah beberapa ketul..ibu dia dapat 2 ketul jew..sabar jew lah kan..nasib muhammad kecik lagi..tak pandai makan ayam..kalau tak  ...memang harus tak menjamah ibu dia ne..


Siapa yang baru nak cuba buat zila nasihatkan buatlah lebih..memang superb sedap sagat..tak rugi mencuba..resepi ini popular beberapa tahun lalu dah.,rata-rata dapur blogger masakan dah buat..kalau nak tau kesedapannya wajib cuba ye..


Selit gambar kek marble lagi..oder hari khamis 4 hb,kawan dari adik angkat zila..terima kasih sha sudi oder dari akak.

Sticky Caramel Chicken Wings
mutiarazura myr

Bahan-bahan 
12 keping kepak ayam - belah dua jadi 24
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk 
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan - 60ml madu

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. 
Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned - bersalut dengan sos.

Note #
Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat.

Wednesday, 3 December 2014

prosperity burger lagi..



Assalammualaikum.
biasanya nak makan prosperity burger kena tunggu nak raya cina baru ada set hidangan ini.bila mula diperkenalkan dimalaysia tak mahal sangat..sejak beberapa tahun kebelakangan ini harga pun dah naik sampai ke belasan ringgit.

menu-menu macam ini akan keluar pada musim cuti sekolah ...bila dah buntu nak memasak apa bolehlah cuba buat burger macamni dirumah.menjimatkan..anak-anak pun suka sebab boleh makan berulang-ulang.boleh seimbangkan rasa kepedasan lada hitam mengikut selera.kalau original prosperity buger memang agak pedas bagi tekak zila..


Untuk roti zila beli roti yang dah siap.boleh cari dikedai runcit atau pasaraya.daging buger pula zila guna jenama ramli.daging oblong.satu pack berharga 14 ringgit lebih..ada beberapa slice jugak..kalau makan berdua memang puas sangat.
resepi sos blackpaper pula zila dah pernah kongsikan diblog ini beberapa tahun lalu..tengok SINI zila sertakan lagi resepinya disini untuk memudahkan anda mencari.bagi sesiapa yang nak bawa anak-anak bercuti ke pantai boleh buat buger nie..lepas mandi-manda memang lapar kan.


Sos lada hitam

Bahan-bahan
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu) - zila tak letak
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato - zila guna sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) boleh lebihkan amaun ikut selera - zila letak 2 sudu besar dan tumbuk kasar.
sedikit tepung jagung
2 sudu besar sos black paper - zila tambah


Cara-cara
  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan kiub ayam dan kacau. Masukkan air tadi dan kacau.
  4. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak) dan sos black paper..
  5. Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit.
  10. Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.
  11. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  12. Boleh dihidangkan semasa panas.

selit story oder semalam ..Dua biji Kek marble yang dioder oleh sahabat zila fatin.terima kasih banyak dear sudi oder dengan zila..harap halalkan segala kekurangan..dan thanks banyak support zila.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang