Pages

Tuesday, 21 February 2023

Roti Jala Bunga Rose


Dah bermula cuti sekolah,
rasa dapat rehat sikit bila anak dah mula bercuti..bolehlah kemas sikit store kat rumah nie..lama rasanya tak bongkar store kat belakang rumah..entah jadi apa tak taulah..hihii main sumbat je semua barang kat situ.
Ni ada masa bolehlah kemas dan buang mana yang tak nak pakai..tengok barang banyak kat rumah rasa semak mata..pagi tadi oprasi buku,baju sekolah dan baju lama Muhammad..mana yang dah tak pakai dah siap ikat dan pack..separuh nak bawk balik kampung..mana yang elok lagi nanti suruh mak kasi pada orang..yang dah tak ok terus pack dan buang.
Almaklumlah rumah tak berapa nak besar ni tak boleh nak simpan barang banyak sangat..nak beli barang baru kena korban barang lama kita keluarkan..walaupun kadang masih sayang nak buang ..ermm


Ritu time roti jala bunga rose ni meletup sana sini orang buat maka kami pun rasa teringin jugak nak menerai menjala bunga.,sesunguhnya agak leceh untuk membentuk bunga camni..tapi bila dah banyak jadi happy pulak..rasanya ni first and last kot buat yang versi bunga..hihii sebabnya malas..
lebih suka lagi kirai macam yang dedulu tu lagi..tapi kalau nak buat untuk cecantik memang buat camni lagi cunn..


Monday, 13 February 2023

Kek Buah Kukus sedap



Dah start sekarang ni orang buat biskut dan sample kuih raya..walaupun puasa tak lagi tapi persiapan awal untuk peniaga mencari pelanggan dah bermula..
Kek Buah Kukus..salah satu kek yang jarang sangat nak buat sendiri kat rumah ..sebabnya malas nak berlama mengukus empat jam ..senang kerja beli jew yang dah siap..sekarangpun kalau duduk sekitar jb banyak dah orang jual kek buah kukus yang sedap..harga pun tak mahal mana..kalau yang family kecik,setakat nak makan untuk 3 atau 4 orang beli lagi senang..

Kek buah kukus ni kalau buat terus makan macam kurang kick sikit...kalau simpan beberapa hari..pastu baru potong ..memang rasa dia lagi sedap..kek ni pun boleh tahan dua hingga enam bulan.

Emak saya antara penggemar kek buah kukus..tapi bila dia dah umut 70 lebih sekarang ni agak kurang dia nak makan kek buah,,faktor usia kan..tapi masih boleh makan sepotong dua untuk jamah jew lah.

Kek buah kukus ni hasil air tangan FIdzah Yusof,..memang sedap kek buah dia ni..moist dan kurang manis..buah pun elok jew tak tenggelam kebawah..kira kalau beli memang puashati.

Sebiji kek buah ni Fidzah hantar kat rumah saya untuk shoot gambar dan review di instagram..maka dapatlah merasa haritu  kek buah sebelum raya.



Kek ni kalau nak pos pun boleh..

so sesiapa nak order kek buah ni boleh contact fidzah ya..no tel disticker bawah tu..


Tuesday, 7 February 2023

Ais Kepal Di Penang Street


Habis konvo Iqbal esoknya kami ke sini sebelum sebelah petangnya kami pulang ke Johor Bahru..
Pada hari itu jambatan ditutup katanya,sebab ada larian jambatan pulau pinang..
kalau nak ke penang street ni yang lemahnya jalan jem dan parking selalunya memang tak dapat..kalau ada biasanya kami dapat nun jauh sangat..


Dan sebab malas nak merayau cari parking suruh Iqbal duduk dalam kereta je tunggu..kalau ada kosong suh dia parking depan lorong nie..
Kami tiga beranak jew ronda kesini..bukan nak cari apapun cuma melayan Muhammad nak makan ais kepal..
Ritu bulan julai ada kami datang kesini jugak..meyambil singgah ambil barang Iqbal di USM ..tu yang Muhammad sibuk nak repit lagi ais kepal tu..



Area sini biasanya meriah dengan pelancung asing..
orang pun ramai jew..banyak hasil kraftangan kat sini..beli jugaklah untuk kekawan kat JB..cantik fridge magnet dia..






Lorong kedai ais kepal..kat sini ada banyak payung warna warni..ramai yang stop ambik gambar..memacam aksi ada..






Dah dapat ais kepat rainbow ..
uncle yang jual barang kraftangan yang duduk sebelah Muhammad tu suruh ambik gambar berlatarbelakngkan payung tu..dengan semangat emak dia snap gambar ni..hihii..jangan tidak orang kata match dengan payung belakang tu..







Antara kedai lain yang jual ais kepal ..kami singgah disini minum air kelapa








 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang