Pages

Wednesday, 30 June 2021

Onde-onde quaker oat cookies




Assalammualaikum
bersua lagi kita,kejap lagi nak pergi ke sekolah Muhammad..nak mengambil lembaran kerja empat subjek tras..dah start pengagihan lembaran kerja sekarang ..baguslah dapat jugak mengisi masa dirumah kan.
Lepas tu plan nak membeli keperluan barang dapur pulak,stock susu segar ..yogurt dan makanan suami dah surut..dia paling risau kalau susu segar dengan yogurt dia habis,sebuk dari semalam dia suruh kita ke Aeon..tp malas pulak rasanya nak menapak kaki pergi kesana..
Lagipun bila pergi solo ni rasa tak berapa best..macam terkejar-kejar..beli..amik..bayar..macam contest pulak rasanya.
Masing -masing orang kat umah ni sibuk ,kalau hari biasa Iqbal ada kelas online..terperap dia dalam bilik hujung ..kadang petang baru nampak muka..walaupun rumah sekangkang kera..Muhammad pulak tunggu emak dia duduk sebelah baru boleh start belajar ..buat kerja sekolah ..kalau mak dia gerak..dia pun turut gerak ..budak lah katakan..usia macamni tengah sibuk nak bermain..kadang nak push dia belajar sangat pun kesian jugak..
Suami pun sibuk meeting online dan siapkan kerja dia yang tak berkesudahan ..kadang sampai larut malam tengok dia masih lagi mengadap laptop..



30 JUN ..
birthday dah sampai,menginjak lagi setahun usia ..dah rasa tua pulak diri ni.ha ha macam terasa baru masuk 40 an..diam tak diam dah 40 lebih rupanya aku..hihii
oklah cerita biskut onde-onde ni pulak,ritu dapat paid review dari quaker oat malaysia,seperti dalam gambar tulah isi dalam beg tu..pastinya semua barangan quaker oatlah kan..disamping tu dapat chop board yang ada logo quaker oat..5 pcs kitchen tools dan kit beg untuk biskut onde-onde ni.

Firstime buat biskut macamni,resepi pun dah disertakan sekali.barang pun lengkap dibagi..memang senang tinggal godeh jew..tak payah pikir mencari bahan..dan ada bahan yang dah disukat siap..senang kerja..anak-anak tak sabar nak makan biskut ni..time bakar wanginya menusuk hidung..teringat pulak masa kecik-kecik bakar biskut kelapa..
Korang boleh cuba buat ,tak rugi memang sedap..kalau tak suka gula tabur atas tu tak payah letak pun takpe..tapi Muhammad korek gula atas tu dulu baru makan biskut..dan togel baru makan..ermm gitu pulak gayanya.
ok resepi kat bawah ea..kotlah ada yang teringin nak buat..video pun saya sertakan sekali..oklah jumpa lagi next ..insyaallah..jaga kesihatan ya semua.

Onde-onde quaker oats cookies
130 gm floor
20 gm desiccated coconut
20 gm coconut milk powder
130 gm quaker instant oatmeal
20 gm sesame seeds
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
125 gm unsalted butter
50 gm brown sugar
50 gm grated palm sugar (gula melaka)
60 ml canola oil
1 tsp pandan extract
2 drop green food coloring (if necessary)
150 gm roughly chopped apple sugar
Desiccated coconut (for garnish)

Methods
1.Preheat oven to 180c, line two large baking trays withparchment paper.
2.In a bowl, combine the flour, desiccated coconut, coconut milk powder, quaker instant oatmeal, sesame seeds, baking soda and salt.Set aside.
3.In another bowl, cream the butter, brownsugar, palm sugar, oil, pandan extract and green food coloring with an elactric mixer.Since nice and creamy at low speed, add the dry ingredients a little at a time.
4.Shape dough into little balls and press them to about 1 cm thick.Garnish with grated gula melaka and desiccated coconut.
5.Bake for 10-12 minutes or until light brown.Let cool on a wire rack.Serve warm or cold

Tuesday, 22 June 2021

Laksa Joho

 




Pagi semua,
menyambil Pdpr Muhammad,bolehlah menulis disini.Hari ini macam belum keluar lagi mood nak memasak..dah keluarkan ikan siakap seekor yang beli semalam,kepala duk pikir nak masak apa ikan tu.asam pedas pun sedap jugakkan.
Tapi nak mengisar lada tu macam malas pulak rasanya..cili kisar dash habis stock pulak..emm nanti tengoklah jadi apa ikan tu.

Aritu time raya walupun tak ada pun orang dastang tp tetap gigih buat laksa joho,bisanya kalau open house jumpalah laksa ni,tp open house manalah ada kan sekarang ni..masak sendirilah kalau teringin.
Nak buat laksa Johor ni bukannya susah sangat tapi renyah banyak barang nak kena buat..tu yang jadi macam leceh sikit...tapi kalau makan memang laju..lagi kalau ada sambal belacan tu.menjadi-jadi tambah..hihii




kalau berminat nak order bahan kisar yang memudahkan kerja memasak..senang..tanpa bahan perasa..pengawet dan pewarna..nk masak cedok..cedok jew ..
Boleh terus ke ig
@kitchensaverhq untuk order dan pertanyaan
‐-----------------------------------------------------------------------------
Laksa Johor
@zila_norazila

Bahan bahan
Spaghetti - celur,dah lembut angkat ..toskan dan letak sedikit minyak,gaul supaya tak lekat.
1kg ikan kembung/tenggiri
¾ cawan rempah kari ikan 
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih kisar)
2 cawan santan pekat
Air secukupnya
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula/gula merah - untuk ganti serbuk perasa.
Serbuk perasa jika suka.

Bahan kisar
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Ulam ulam
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Limau kasturi
Lobak asin

#Cara membuatnya
1.Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
2.Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan tumis lagi hingga rempah masak sempurna.
3.Masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
4.Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai

English #recipe
Laksa Johor
@zila_norazila

Ingredients
#Spaghetti - boil until it's soft, lift it,put a little oil, mix so it doesn't stick.
1kg fish
¾ cup of fish curry spice
½ a cup of ground dried chillies
¾ cup of dried shrimp (clean grind)
2 cups thick coconut milk
Water
1 tablespoon fried coconut paste (kerisik)
Salt
Sugar/brown palm sugar 
Seasoning powder if you like

Grind ingredients
5 lemongrass stalks
2 inches of ginger
2 inches of galangal
5 large onions
3 cloves of garlic

Side dish
Cucumbers
Sprouts
Kesum leaves/basil leaves
Lime
Salted radish

Instruction
1. The fish is cleaned and steamed. keeo steamed water. Grind the fish that has been removed from the bones with the steamed water of the fish. Set it aside.
2. Heat a saucepan, add 1/2 cup of oil and add the grind ingredients. Saute until fragrant. Add the fish curry spices and fry quickly for one minute. Add 1/2 cup of water and sauté again until the spices are cooked through.
3. Add the ground chilli and fry again until the oil rises. When the oil rises, add the fish that has been ground. Stir well. Add 3 cups of water and 2 cups of coconut milk. When it boils, add the dried shrimp and dried coconut paste.
4. Johor laksa gravy is quite thick. So you have to have quite a bit of water with the desired concentration




Friday, 11 June 2021

Laksa Sarawak la pulak.



Sejak penghuni rumah ni lengkap semua ada semangat sikit nak masak macam-macam.sebab ada yang tukang kasi habis tu yang suka...tapi penat jangan cakaplah asik kedapur je kita.kadang dah petang baru sempat nak relax sikit.
Ahad ni dah nak start sesi Pdpr untuk Muhammad .Jadinya banyak kerja jugaklah menanti nanti.

 

Meh la cerita Laksa Sarawak,pic ni dah lama ..tapi semalam ada buat laksa sarawak jugak nak kasi perabih satu paket lagi pes laksa hj manan tu.takut simpan lama tak elok pulak kan.
Senan jew nak buat laksa Sarawak ni berbanding Laksa Johor..tak renyah sangat..simple tapi rasa dia sedap.
Masa pergi ke Sarawak dulu pernahlah jugak merasa Laksa ni disana..Kena makan dengan sambal jugak baru rasa kick sikit ..
Ok Pes tu boleh beli di shoppe atau boleh juga ke instagram atau Shopee @kedai ummi ..semua barangan dari sarawak dia ada jual..kek lapis ..kuih cincin ..kain batik sarawak ..kraftangan..senang cerita semua produk dri sarawak ada kat kedai dia..


Laksa Sarawak
1/2 peket bihun dicelur
Isi ayam - direbus/digoreng carikkan isinya.
6/lebih  ekor udang dicelur sekejap

Caranya
Sediakan periuk.
Masukkan 1 liter air rebusan udang dan ayam serta 1 batang serai.
Kemudian masukkan 1 paket 200 gram pes laksa sarawak  kacau rata.
Tambahkan 250 ml santan pekat /santan kotak
Biar kuah agak pekat 
Perasakan dengan sedikit garam.tutup api.

Hidangkan bersama
Daun ketumbar
Taugeh
Telur yang didadar nipis dan dipotong bulat
Udang
Isi ayam
Limau kasturi/nipis
Sambal udang kering

Resepi sambal udang kering
Segengam udang kering
Sedikit belacan
1 senduk cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Kisar semua bahan dan tumis hingga sambal masak sempurna.tambah sedikit gula dan garam..serta air asam.siap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang