Pages

Sunday, 1 December 2024

OPERO hotel ..


Welcome December..
last bulan untuk tahun 2024..kejap rasa dah nak berakhir setahun untuk 2024..
sebelum melangkah ke tahun baru update sikit blog ni ..rasa tahun ni macam tak banyak sangat menulis..ada masa lagi sebulan ni bolehlah tambah posting di blog..insyaallah rajin..

Selalu nampak hotel OPERO ni bila kami nak ke Permas atau  nak pergi southern key..suka panggil southern key ni SOGO  je..senang nak ingat.Ritu seminggu kami duduk di hotel OPERO ni,hotel yang boleh dikira baru jugaklah baru beberapa tahun dibuka.

Time cuti Deepavali tu husband chekin masuk pukul 3 petang..kawasan parking dia sempit sikitlah..almaklumlah bangunan baru..kalau hotel lama ruang dia lebih luas sikit..lift pun cantik..konsep hotel ni ada mix wood sikit..so ada gabungan colour natural wood disitu..cabinet di area lift pun ada diletakkan meja kayu..cantik ..dan sejuk mata memandang.




Lorong nak menuju ke bilik pun agak sempit..memang jimat ruang bangunan sekarang kan..hotel yang kami duduk ni dalam RM 200-300 lebih semalam..untuk katil single 2 dewasa..

Dapat bilik 1119..seminggu lah kami disini..seperti kemudahan yang ada di hotel lain jugak..semuanya ada..cuma bilik ni agak sempit sikitlah..kira macam apartment style macamtulah,jom tengok gambar yang tersnap haritu..




















View dari tingkap hotel..
berdepan dengan SOGO kalau rajin boleh jalan kaki merentas cuci mata disitu,bagun pagi berdiri depan tingkap sambil perati kereta yang lalu lalang nak pergi kerja..








Thursday, 31 October 2024

Cuti Deepavali 2024

Hari rabu 30 haribulan oktober dah start cuti sekolah,satu hari awal cuti tambahan yang diperuntukkan oleh KPM.Maka cuti akan berlangsung selama 4 hari termasuk cuti hujung minggu. 
 
Yang berkerja biasa selain berkaitan dengan sekolah kena kerjalah ye 30 haribulan..Kami tak ada plan nak kemana pun,biasanya kalau cuti hujung minggu atau cuti panjang sikit kami akan masuk ke hotel Renaissance ni jewlah..setahun lebih dah suami duduk sini..lama kali ini projek en suami lebih dari setahun.


Layankanlah ye gambar menu sarapan kami pagi semalam..malas nak amik gambar makanan ..yang ada depan mata jewlah ye kami snap..


Pancake tambah syurp sugar sikit,Muhammad punya menu..kadang dia suka kadang tak makan sangat..makdialah yang jadi mangsa menghabiskan makanan 


Kuetiaw Tomyam ..yang inipun Muhammad suka..dia letak isi crab jew..sayur dan acc lain dia tak minat..so makan tomyum gitujewlah..tomyum dia ni biasanya ada dua versi..ikut hari ..bertukar..semalam dapat tomyum yang tak ada santan..so rasa plain jew..kalau dapat yang ada santan memang sedap..ada rasa sedikit lemak..




Kali ini kami dapat bilik di tingkat 15..walaupun duduk dah setahun lebih tapi kami tak duduk di satu bilik yang tetap..setiap 2 minggu kami chekout dan chekin balik di bilik yang lain..jadi tak bosan sangatlah duduk dalam satu bilik yang sama setiap masa.



Petang pukul 5.30 hingga 7.30 kami akan masuk ke Lounge di tingkat 16..semalam ada dihidangkan nasi tomato ..menu biasanya hari2 bertukar..tapi banyak jugaklah pilihan makanan..kira untuk dinner memang kenyang sangatlah..kek..kopi dan dessert lain pun banyak disediakan..

Nasi tomato tu kami makan dengan ayam masak sos dan isi ikan masak kari..ikutkan set dia ada disediakan ayam masak hitam..tapi macam malas pulak nak ambik.Menerai lepat pisang dia..sedap sangat lembut je bila gigit..manis pun sedang elok ..






Semalam masuk Lounge pukul 6 petang..melepak dengan Muhammad berdua jew ..en suami masih tak balik dari kerja..dalam pukul 7 baru kami gerak masuk bilik..



Friday, 11 October 2024

Kek Marble

Bismillah..

lama tak menulis disini..entah bz apa..adingan masak memasak memang dah agak kurang berlaku dirumah..masih memasak..tapi just lauk simple dan yang senang..kiranya nak beriya memasak macam dulu dah kurang ..

Faktor usia pun ia jugak..dah bertambah usia ni banyak pulak benda lain yang difikirkan..ermm
 

kek marble..

kek yang senang sangat nak bikin..bahan dan modal pun tak banyak ..hasil dia pun sedap..kek dulu sampai sekarang yang sentiasa diminati..ritu ada sedikit kerajinan nak buat kek ni,,suami tetiber teringin pulak nak makan..so layankan jewlah kan..



Friday, 15 March 2024

First Ramadan bersahur di Renaissance Hotels

 

Salam Ramadhan semua..
masih lagi sudi menulis ye..jangan ingat dah lama meyepi dan tak nak menulis blog lagi tau..he hee.
ada jew ni cuma mood nak masukkan gambar ke blog tu je malas..ikutkan ada je bahan gambar nak share disini..

Ok dah bulan Ramadhan ..
dah hari yang keempat kita berpuasa kan...puasa tahun ini berbeza sedikit dari tahun sebelumnya..ahli dirumahpun dah berkurangan..maka acara memasak pun terhad..

First puasa kami bertiga masih berada di hotel Renaissance JB ..Sebenarnya dari bulan Sept 2023 suami dah berumah di hotel ni..so saya dan Muhammad kadang duduk dihotel dan kadang balik rumah bila Muhammad sekolah..gitulah rutin sampai ke hari ini..


Seawal pukul 4 pagi cafe hotel dah bukak sempena bulan ramadhan ..so dalam pukul 4.30 kami dah start turun..tengok apa yang menarik untuk sahur..sebab dah agak lama duduk disini menu diorang pun keseluruhannya kami dah rasa..

Kita Jamah sikit2 mana yang teragak nak dimakan..almaklumlah seharian nak berpuasa kena amik makanan berat sikit ..bagi bertenaga..Muhammad pulak saya paksa makan nasi ..biar kenyang..taklah siang nanti merengek cakap lapar..

Diantara hidangan yang tersnap pagi tu..kalau nak snap satu2 banyak..malas pulak nak beria nak amik gambar..he hee..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang