Pages

Tuesday, 25 May 2021

Step by step - Menganyam dan merebus ketupat Nasi

 


Sementara masih dibulan Syawal kita poslah cerita raya serba sedikit..
Disebabkan raya tahun ini tak berkumpul adik beradik maka buat jugaklah ketupat nasi untuk keluarga Bagi saya macam hilang suasana raya kalau tak jumpa ketupat..kadang tak buat tapi jiran kiri kanan ada yang memberi ..jadinya dapatlah merasa.

Kali ini terasa ada sedikit kerajinan nak buat video langkah demi langkah buat ketupat.ikutkan memang malas nak buat video yang lecehnya bahagian mengedit tu..makan dua tiga hari jugak kalau nak mengedit video ni..kadang raw video dah siap tapi mood nak mengedit tak datang..so terperap terus video..
Bab yang paling suka tengok bila ketupat siap digantung di grill tingkap macamtu..hilang rasa penat lelah menganyam sesorang..bila dah tergantung macamtu tinggal amik bila dah sejuk pastu potong..

Kali ini berbuka pada hari terakhir berpuasa siap dah hidangan ketupat dan sayur lodeh berserta rendang ayam..esoknya baru sempat buat sambal tumis udang..nak sekali arung tapi rasa tak sempat pulak,almaklumlah sambal kan kena masa betul baru rasa sedap..tak boleh nak terkejar kejar nanti jadi tak kena pulak rasa.
so dalam video ni tak dapatlah nak share sambal udang..hanya sayur lodeh dan rendang je yang inteprem.

Selit sikit gambaar raya PKP 3.0 ..buat kenangan sendiri.paling seronok tengok anak-anak bergambar..muhammad jew tak suka kalau nak suruh bergambar..paksa baru onzz.itupun ikut suka dia jewlah gaya.

Petang raya pertama kita ronda bandar jb sekejap,saja pusing-pusing nak beraya rumah orang memang tak boleh kan..walaupun jiran depan rumah ..hanya borak dari jauh je yang mampu.



Oklah itu jew cerita raya kali ini..walaupun bersama keluarga sendiri tapi tetap meriah je rasa.


ketupat Nasi 1.Beras - jangan guna beras basmathi ye..guna beras yang berkanji. 2. Isi beras yang telah dicuci pada kelongsong ketupat,isi separuh kelongsong. 3.Rebus hingga 4 jam jika guna periuk biasa.1 jam setengah jika guna prassure cooker. 4.Masuk sedikit garam semasa merebus.dah masak angkqt dan bilas guna air masak. sejukkan baru potong.

Cara membuatnya boleh semak divideo ya.

Thursday, 20 May 2021

Popia Inti filling mango dan pisang


Bersua lagi..
Lepas Raya sambung lagi puasa enam..disebabkan tahun ini raya pun ala-ala jew ..merentas Daerah dan Negeri tidak dibenarkan kita duduk je rumah dan bolehlah ganti puasa dan buat puasa enam terus kan.
Bila semua ada dirumah seronok buat makanan untuk diaorang,bila dah hidang sekejap je hilang.

Aritu masa berbuka puasa sempat buat popia.kali ini tukar inti dalam tu guna pisang dan Mango filling dari Fruittose Malaysia.Sedap jugak bila pisang dan Mango digabungkan bersama,ada rasa masam mango dan lemak manis pisang,laju jew diorang makan panas-panas.

Filling Mango dari Fruittose ni sedap,tak manis..dan kandungan 85 peratus buah dalam tu memang menjadikan filling ni istimewa,rasa rangup kulit popia dan filling mango tu memang sedap.tak rugi buat.
Boleh ke blog Fruttose Malaysia FB dan Instagram untuk anika resepi percuma.Banyak contoh hidangan yang dikongsikan oleh Fruittose untuk dicuba.semuanya tak mengecewakan sedap dan simple.

Popia mango dan pisang

Kuit Popia secukupnya
Pisang 
Filling Mango 
Bancuhan tepung gandum untuk buat gam.

Caranya 

Sediakan kulit popia,letah hirisan pisang dan inti mango,lipat seperti biasa kita buat popia tu.
Sapukan bancuhan tepung gandum dan lipat kemas.
Goreng hingga masak kekuningan,angkat dan toskan.sedia dihidang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang