Pages

Friday, 24 July 2020

Sedapnya Daging salai black pepper..

Nak cerita daging salai..
Daging salai memang kegemaran saya dan iqbal,kami sanggup memandu jauh demi mencari daging salai masak cili padi yang sedap.merata jugaklah kami dah rasa daging salai.memang semuanya bagi saya sedap.
Bila aritu dapat paid review dari Smokasalai memang tertunggu- tunggu sangat bila daging nak sampai..ni merupakan kali ke dua smokasalai buat review dengan saya.kali pertama tu terpaksa dia pos dua kali sebab time Pkp dan kebetulan dah nak raya pos laju simpan daging ni seminggu lebih tak dihantarnya..so bila sampai daging ketangan dah rosak.Smokasalai replace lagi yang baru..kali ni cepat guna courier lain pulak.laju sangat harini hantar esoknya dah dapat.

 Ini dia bungkusan Daging salai dari smokasali,yang berminat nak mencari daging salai boleh ke instagram dia @smokasalai.

Kali ini saya try masak daging salai black pepper pulak..ini merupakan menu paling digemari oleh anak-anak.kalau masak daging biasa selalu memang buat macamni.bila kita guna daging salai rasa dia lagi sedaplah kan,bau asap salai dia tu menaikkan aroma.

Diratah macamtu jew pun sedap tak jadi lauk..sekali adap 200 gram tu habis saya dan iqbal kerjakan..Muhammad pun suka ratah je.


Video cara saya memasak daging salai ni saya ada sharekan di YouTube channel saya zila norazila 
bantu saya untuk Subscribe ..Like dan tekan butang loceng untuk lebih semangat upload video baru.

Daging salai black pepper
By zila norazila

Bahan 
Daging salai
5 ulas bawang putih
Halia
Lada hitam - secukupnya
1 batang serai -diketuk
(Semua bahan diatas dikisar)
Sos tiram
Kicap lemak manis
Sedikit garam
Lada benggala 1 biji -dipotong kiub
1/2 biji bawang holland dihiris

Caranya
1.Panaskan minyak,tumiskan bahan tumbuk dan serai.biar sehingga wangi.
2.Masukkan daging salai gaul rata.tambah sedikit air..biar sekejap.
3.Tambahkan kicap lemak manis dan sos tiram.kacau rata.
4.Masuk bawang holland hiris dan lada benggala.
5.Gaul sekejap.tutup api.siap dihidang.

Monday, 20 July 2020

Kek Oren Sunquick -sedap,senang nak buat



Pagi semua..
menulis lagi disini,harini nak share resepi kek oren..kek oren ni antara kek yang suami suka,biasalah kan kalau dah jadi emak apa yang suami..anak-anak suka itulah yang kita ulang buat,
suami lebih suka kek yang macamni,berbanding kek chiffon..kek chiffon itukan macam sponge sikit kan kalau makan,gebu-gebu macamtu..yang itu fav saya..tapi tidak pada suami.Orang kan lain-lain citarasa tak boleh dipaksa ikut apa yang kita suka harus orang suka kan..


Kek ini memang senang nak buat,dan jangan risau memang jadi.kalau ada parutan kulit oren pun boleh campur dalam tu.first time mencuba resepi ni,saya simpan dah lama tak silap dalam awal tahun lepas,dikongsikan di group masakkan FB.
Bila time bakar memang wangi sangat kek ni,bau oren sunquick dia tu semerbak serumah,almaklumlah rumah taman secoet jew..hihii sampai ruang tamu pastinya bau dia.masih panas dah potong sikit tak sabar nak rasa.Mauhammad pun bising nak merasa dua beranak tak sabar...anak yang sulung je Iqbal tak kesah ..dia duduk jew dalam bilik.
selang beberapa hari buat lagi kek ni..suami request sebab dia tak puas makan ..kali kedua tabur badam pulak atas dia..saja habiskan stock badam slice kat petiais.

Oklah jom semak resepi kek oren ni,boleh juga ke channel YouTube yang baru saya kemaskini,account lama sebenarnya,dulu main letak je video lepastu dibiarkan sepi.Kali ini mood nak buat video macam meninggi,jom support dan SUBSCRIBE ye.
Boleh rujuk cara buat kek oren di channel YouTube zila norazila. Tekan SUBSCRIBE untuk dapatkan update terbaru nanti


Kek Oren Sunquick
By @zila_norazila
Source Fb

Bahan
5 biji telur grad A
220 gram butter
30 gram butter (dicairkan)
1 cawan gula halus (kastor)
200 gram / 2 cawan tepung naik sendiri.(kalau guna tepung gandum campurkan dengan 1 sudu kecil baking powder ye.
2 tbs pati oren sunquick
Sedikit pewarna kuning untuk nampak lagi berseri kek oren kita.

Caranya
1.Butter + gula dipukul hingga berkrim.
2.Masukkan pati oren sunquick dan sedikit pewarna.mix sekejap bagi rata.
3.Masukkan telur satu persatu.mix lagi ..
4.Masukkan tepung dan mix dengan spatula sehingga rata.
5.Kemudian masuk butter cair kaup balik rata
6.Kalau suka boleh tambahkan parutan kulit lemon atau oren.
7.sediakan loyang,sapu dasar loyang dengan sedikit butter alas dengan baking paper.
8.Masuk adunan dalam loyang dan ratakan.
9.Bakar pada suhu 170c selama 45 minit atau hingga masak
.

Wednesday, 15 July 2020

Kerabu Pucuk Meranti dan taugeh..buat ratah-ratah memang sedap

Rabu 15 haribulan Julai 2020
Budak sekolah rendah tahun lima dan enam dah mula sekolah,nasib Muhammad ada lagi berbaki beberapa hari lagi baru naik sekolah,untuk tahn satu,dua dan tiga akan menyusul 22 Julai nanti,masih ada masa pulun homework dari cikgu time PKPP ,PKP dan PKPB aritu.

Sambil mengadap laptop ni kepala mikir nak masak apa hari nie untuk diaorang.macam ketandusan idea pulak,nak kekedai macam malas pulak nak start kereta dan memandu..
Kerabu nie lauk aritu ,buat masa dikampung time PKP,duduk ramai dirumah tak cukup kalau buat kerabu camni,masing-masing suka.stock meranti memang senang nak dapat,sebab kami ada kedai runcit dikampung so ada jew orang kampung tolak sayur dan ikan dikedai.
Masing-masing dikerah jadi model makanan jugak..hihii

Kerabu Pucuk Meranti dengan Taugeh

Bahan
Udang kering
Cili padi
Bawang putih
Bawang besar
Sedikit belacan
(semua bahan diatas digoreng sekejap dengan sedikit minyak)
Kelapa parut putih
Daun dan biji cekur
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka

Pucuk Meranti dicelur
Taugeh secukupnya

Caranya
Tumbuk bahan yang telah digoreng,kemudian masukkan cekur dan tumbuk sekali biji dan daunnya.
Panaskan kuali masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kelapa parut gaul rata.tambahkan sedikit garam.
Masukkan pucuk meranti dan taugeh,gaul rata ,sebatikan rasa dan hidangkan.



Tuesday, 7 July 2020

Abuk-abuk - kuih orang lama yang sentiasa menambat hati


Kuih lajen katanya,
kami memang penggemar kuih lama..mungkin kerana faktor usia dan mungkin jugak kuih lama ni lah makanan kami masa kecik dulu.sekarang ni kalau nak buat abuk-abuk memang agak bercinta sikit.nak mencari daun pun satu hal jugak,lagi duduk di kawasan perumahan taman.ada tak ada memang kena beli daun pisang,yang jadi masaalah bila dapat daun pisang yang panjang sangat maksudnya lebar..dah nak kena repair bahagian atas kelongsong..kena gunting sikit bahagian atas bagi nampak elok dan kemas.
Membungkus abuk-abuk ni pun kena ada cara jugak,nie kami bungkus ikut style emak.macam kun segitiga jew,lepastu pin kan.
ada jugak yang buat bentuk kon runcing dan lipat jew bahagian atas tu..ikutlah kan cara masing-masing.Tapi yang paling senang biasanya saya letak dalam loyang dan kukus,menjadi jugak tapi tulah seni pada pembungkusan tu hilang ..dah tak seronok pulak tengok duduk dalam loyang macamtu jew.hihii.


Pemilihan sagu pun penting jugak,kadang ada sagu yang tak elok,bila kita dah cuci sagu tu dengan air sagu tu lembik dan melekat,dan bila kita kukus  abuk-abuk tu tak menjadi..keras dan berbiji-biji.pernah dua kali jugak terkena kejadian macamtu,seeloknya cari sagu yang kecil dan nampak jernih untuk mendapatkan kuih abuk-abuk yang elok.


Kuih Abuk Abuk
Bahan
2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
Gula melaka - Secukupnya
Gula putih - sedikit
Garam secukupnya
Daun pisang untuk dibuat kelongsong
Lidi secukupnya

Caranya
1. Basuh sagu dan toskan .
2. Gaulkan sagu, kelapa serta garam.
3. Dalam bekas lain, campurkan gula melaka dengan gula putih.
4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian masukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhir sekali, masukkan 1 sudu campuran sagu.
5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus selama 10 minit..atau hingga masak .

Sunday, 5 July 2020

Butter Cake yang sentiasa digemari

Bersua lagi..
nak menulis disini macam tak sempat pulak rasanya,beberapa hari ni asik sibuk,disamping family ada datang kerumah dan sibuk jugak dengan urusan lain tu yang jadi tertunda.

kek old skool nie memang ada peminatnya tersendiri,banyak kali dah buat..ulang-ulang guna resepi nie.Walaupun banyak resepi kek butter dalam simpanan tapi yang ini memang antara resepi yang menambat hati... sedap dan memang kena dengan selera sangat.

Satu perangai bila dah berusia nie suka sangat makan kek panas yang baru keluar dari oven,dan bila kek dah sejuk tak nak pulak nak makan..
masa buat kek nie kebetulan kami nak pergi ziarah adik ipar,so bawak lah sekali jadikan buah tangan.
Kek batter ni saya mix sikit dengan serbuk koko,biasanya kalau tak ada rasa coklat kurang menambat selera anak-anak.
Bila dah mix macamni laju jew diorang makan.


Kek Butter
By @zila_norazila

250  gm  butter/marjerin
1  cawan rata  gula kastor
4  biji  telur gred A
2  cawan rata  tepung naik sendiri, diayak (jika guna tepung gandum tambah 1 sudu teh  baking powder)
1/2  cawan  susu cair
1  penutup botol  esen vanilla
2  sudu besar  serbuk koko

Caranya
1.Pukul butter dan gula hingga putih gebu.
2.Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil pukul perlahan.
3.Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang-seli sambil kaupbalik adunan menggunakan spatula.
4.Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu warna asal, satu lagi letakkan serbuk koko.
5.Lenser nipis butter/marjerin pada loyang saiz 7"/8"  dan alaskan dengan baking paper.  Masukkan adunan berselang-seli sehingga habis.
6.Bakar selama 50 minit sehingga masak, menggunakan api atas bawah pada suhu 180'C - panaskan oven dulu dalam 10 minit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang