Pages

Thursday, 28 April 2016

Souffle Cake



Hi bersua lagi hari ini..
dah makan? kalau suri rumah mesti dah siap hidangan istimewa hanya tinggal menanti anak-anak balik sekolah kan..tapi bagi yang bekerja mesti tengah fikir nak makan apa hari ini..hari-hari makan diluar kadangkala membosankan..tapi itulah yang paling mudah dan cepat..tapi kalau balik-balik makan lauk yang sama bosan jugak..



Hari ini ada kerajinan sikit..zila cuba buat dessert dari France nampak keknya up sangat tinggi tu yang dok teringin nak cuba..
struktur dalamnya agak spongy ..tapi nak kata macam kek span pun bukan..gabungan diantara struktur kek dan mouses sangat lembut dan cair dimulut..tak sesuai untuk disimpan..lepas keluar dari oven kena terus makan..
Makan dengan ice cream pun sedap..bagi yang tak suka perasa vanilla bolehlah tukar kepada coklat atau strawberry..pandai-pandailah kita gayakan macamana nak makan souffle nie..zila tambahkan madu sikit dan ice krim..baru sedap..kalau makan macamtu jew rasa kosong pulak..
souffle nie bila masa dibakar naik meningkat ..tinggi gitu..seronok pulak tgok..ha haaa..tapi bila dah sejuk dia mendak.sebab itulah ianya sesuai dimakan time panas.
oklah kalau nak cuba resepi dibawah..zila copy dari blog vietnamese dessert .


SOUFFLE CAKE
Ingredients

40g wheat flour (all purposed flour)
40g melted butter
130ml milk (no sugar)
Icing sugar, white sugar
2 yolks
3 white parts of eggs
Vanilla starch
Salt.

Process

  1. Heat the oven firstly at 190 celsius. Spread melted butter on pattern, sprinkle more icing sugar around it. This tip will help souffle cake blow well and more delicious.
  2. Put butter into microwave in 15 seconds to melt it. Mix it with yolks gently.
  3. Add more wheat four and stir gently until it is smooth.
  4. Pour ½ warm milk and a little sugar, stir well.
  5. Pour mixture in step 4 into pot, cook with small heat. You should stir gently when cooking. When it becomes thicker, pour ½ left warm milk into pot and continue stirring. I suggest you should not stop stiring when pouring milk into pot. Wait to reduce heat.
  6. Mix white parts of eggs with 3 teaspoons sugar and a little salt. When it becomes thicker and it does not melt when you pick up the spoon. It is perfect.
  7. Pour 1/3 mixture egg in step 6 into mixture in step 5.
  8. After that, gently mix the left of mixture egg in step 6 together.
  9. Then, pour mixture in step 8 into pattern in step 1.
  10. Put pattern into oven and grill in 15 – 20 minutes. You should concentrate on this step, when it blows up and turns browm yellow on top, it is perfect.
  11. Finally, you can serve this cake for yourself, family and friends. Eating better when it is just put out of oven. Sprinkling more icing sugar on top to make it more beautiful. 

Wednesday, 27 April 2016

Paratha tuna cheese


Lama dah tak kesini menulis ..moga sahabat blogger semuanya sihat..dah nak hujung bulan april..lama kutinggalkan blog ini menyepi..agak malas mood sekarang ni..nak load pic dalam blog macam slow sikit..insyaallah kalau angi rajin datang nanti selalulah blog ini terupadate.

Hari ini nak share resepi mudah dan ringkas sesuai untuk minum petang dan sarapan pagi..snack mudah nie memang sedap..resepi asal zila ambil dari rakan instagram sue yang duduk jauh di qatar..terima kasih sue tergoda sudah he hee..resepi asal dari mas cotek..tq bagi kedua-dua insan ini zila panjangkan lagi resepinya disini.

Untuk inti masing-masing bolehlah olah ikut citarasa sendiri..boleh tukar tuna kepada daging atau ayam atau hotdog..resepi inti zila tak ikut resepi asal..zila buat inti ikut citarasa sendiri..
jom semak resepi asal..




Paratha tuna cheese

Roti Paratha jenama kawan/karts - secukupnya
Cheese mozarella /Slice cheese - secukupnya
Daun bawang - hiris halus- zila tambah

Bahan inti
1 tin sardin tin sederhana
2 ulas bawang putih - didadu halus
1 biji bawang Holland - didadu halus
2 biji cili merah - hiris halus
2 sudu besar lada kering kisar 
sedikit perahan lemon
Garam secukupnya

Cara membuatnya
Sadin di buang tulang dan hancurkan,tumis bawang putih,cili kisar dan cili merah hiris.
Masukkan sardin dan perahan lemon.kemudian masukkan bawang holland.Ketepikan.

Penyediaan
Tekap bulat roti paratha kemudian masukkan kedalam acuan muffin.
Masukkan inti tuna secukupnya.
Parutkan cheese mozarella/slice cheese keatasnya.Taburkan daun bawang secukupnya.
Bakar pada suhu 170c selama 20 -30 minit. atau hingga kekuningan.

Tuesday, 5 April 2016

Kek Pisang


Selamat malam..
kek pisang jamuan mata malam ini..gambar dan resepi kek pisang ini zila dah kongsikan dimajalh SAJI keluaran mac bulan lepas.
kek yang senonim sebenarnya..kalau ada lebihan pisang mesti mak buat kek atau cengkodok pisang..cengkodok mak memang sedap..mak memang jarang memasak tapi bila sesekali dia buat makanan memang sedap..terutama kuih muih melayu.

Orang lama manalah ada anggaran yang tepat..kalau ditanya semuanya cakap main campak-campak jew..dalam campak mencampak tu menjadi pulak..orang sekarang kalau campak-campak maunya keras..he hee kita biasalah suka guna sukatan yang betul..baru rasa dan kesedapannya sekata..kann..


Resepi kek pisang nie sebenarnya lebih kurang sama..kurang lebih macamtulah..sebenarnya pisang tu yang memainkan peranan..kalau tak kena gaya boleh jadi tak sedap kan..
sekarang nie zila minat betul makan kek panas-panas..kalau dah sejuk macam kurang sikit nak makan..mood orang tua gamaknya..he hee..oklah layan resepi kek pisang nie..jumpa lagi next entry..


Kek Pisang Lembut

280 gram tepung kek
150 gram pisang emas
180 gram gula
120 ml minyak sayuran
10 gram ovellate
3 biji telur gred B
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Caranya

  1. Lenyek pisang sehingga lumat dan ketepikan
  2. Pukul telur,gula dan ovellate sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,gaul rata.
  4. Tambahkan minyak sayuran dan kacau sebati.
  5. Lapikkan loyang dengan kertas minyak,tuang adunan kedalamnya.taburkan kekacang atau biji labu diatasnya.Bakar pada suhu 170'c selama 40 minit atau sehingga masak.

Sunday, 3 April 2016

Bolu Jadul



Bersua lagi..
Dah masak? hari minggu biasanya bagi suri rumah memang hari off..tapi bagi yang bekarja hari minggu inilah masa yang sesuai untuk mencuba resepi-resepi baru.
tapi sejak negeri johor tukar hari cuti jumaat dan sabtu pogram masak-masak hari minggu memang kuranglah..kerana anak-anak dah bersekolah..kadang masak ala kadar jelah..asal kenyang..


Alhamdulillah sempat jugak mencuba resepi bolu jadul untuk kali ini..bolu yang tengah hot nie kalau tak cuba buat memanglah rugi..rasanya tak mengecewakan memang lembut dan sedap..beberapa hari lepas zila buat dan bawak balik kampung..makan ramai-ramai sedap..
zila hiaskan atasnya dengan coklat dan cheese..
kalau tak tabur apa-apa pun sedap jugak sebab kek nie memang gebu..zila kongsikan resepinya disini sebagai rujukan bersama..selamat mencuba ..





Bolu Jadul

Bahan-bahan
4 biji telur 
120 gram gula pasir
100 gram tepung gandum 
1/2 sdt baking powder 
1/2 sdt vanila esennce 
70 gram butter dicairkan 
20 gram susu tepung

caranya

  1. Panaskan oven,siapkan loyang ukuran 20×20 sapu keliling loyang dengan majerin dan alas kertas minyak.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang lebih kurang 15 minit,sehingga kental dan warnanya menjadi pucat,matikan mixer .
  3. masukkan tepung gandum,baking powder dan susu tepung,kacau dengan spatula kemudian masukkan butter yang telah dicairkan,masuk essen vanilla dan kacau rata.
  4. masukan kedalam loyang bakar kurang lebih 30 minit ..angkat segera setelah masak.
  5. Hias mengikut krativiti masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang