Pages

Wednesday, June 19, 2013

nasi ayam istimewa



Salam penuh keceriaan buat semua sahabat zila..
bertemu lagi hari ini..beberapa hari nie internet di office langsung tak beroperasi..nak update blog pun tersangkut-sangkut..hanya mampu buka blog melalui mobile jew..tak puas hati betul..


berbalik pada cerita hari ini..zila merupakan salah seorang penggemar nasi ayam..tapi agak cerewet juga kalau makan nasi ayam diluar..kadang-kadang tak kena dengan selera..
kalau di area kota tinggi nasi ayam baser memang cukup terkenal..rasanya memang sedap..pada sesiapa yang ke sana harus mencuba..

Banyak resepi nasi ayam dalam simpanan zila..kebanyakkanya lebih kurang sama..cuma dari segi olahan ayam sahaja berbeza..


kali ini zila cuba resepi dari Azie Kitchen.. bila kak azie kata nasi ayam ini istimewa dan sangat sedap tak sabar rasanya nak mencuba..memang sedap..kena dengan citarasa zila dan family..ayam tu pun sedap..bertambah-tambah kami makan..zila tambahkan lada hitam kasar pada ayam tue..bagi rasa pedas-pedas sikit..
kami sekeluarga memang peminat tegar lada hitam..sesiapa yang nak mencuba resepi seperti dibawah nie..



Nasi Ayam Istimewa

Bahan-bahan 
Untuk rebus
1 ekor ayam 
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar - zila tambah

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam.
Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu.
Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut. 

Untuk nasi
5 cawan beras - zila guna basmathi
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 

Thursday, June 13, 2013

cake tepung beras carrot-keju


Salam sayang dan salam ceria buat semua sahabat zila..
alhamdulillah masih diberi ruang dan kesempatan untuk berkongsi lagi disini..walaupun kadang-kadang kemalasan nak menaip tue datang.. he he heee


Kesibukan untuk para ibu kembali semua..menguruskan anak-anak kesekolah,menyiapkan sarapan pagi..dan ada sesetengahnya menghantar dan mengambil anak dari sekolah.. memang kerja ibu tak ada penghujung kan..

hari ini zila nak berkongsi bersama sahabat zila satu resepi cake yang sedap dan lembut yang baru ini zila sempat cuba..biasanya kalau buat kek mesti guna tepung gandum ..tapi kali ini guna tepung beras..alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan..lembut sangat..



cake nie sangat simple,kita boleh kukus dan bakar..kali ini zila cuba cara kukus dahulu ..next time nak try cara bakar pulak..quantiti carrot tue pun zila tak  ikut sukatan..agak-agak jew.parutan keju  zila letak  lebih-lebih..sebab hubby penggemar cheese,atas permintaanya juga zila tambahkan buttercream diatasnya..

terima kasih penyumbang resepi ibu doktor Analisa..yang duduk jauh nun di Madinah al munawwarah..menurut abel cake ini lebih sedap dikukus..tapi suami beliau lebih suka yang versi bakar..next akk zila coba yang bakar ya abel..tqvm dear..



buat sahabat zila yang nak mencuba..zila seratakan resepi versi bahasa malaysia disini sebagai rujukan untuk zila juga dimasa akan datang..hasil cake ini tak banyak..pada sesiapa yang nak buat agak besar kena double kan resepinya.selamat mencuba..bye semua.

Cake tepung beras carrot-keju
Bahan
3 butir telur 
75 gram tepung beras
75 gram gula pasir
60 gram parutan carrot - asingkan 2 sudu makan
30 gram parutan keju cheddar 
3 tbs minyak masak

Cara 
1. sapu loyang dengan minyak atau mentega. kemudian tabur dasar loyang dengan sedikit parutan carrot,
2. pukul telur dan gula dengan kecepatan tinggi hingga mengembang.
3. Masukkan tepung beras, kacau perlahan-lahan dan searah dengan spatula besar    agar adonan tidak turun dan bantat.
4. Tambahkan carrot, keju, dan minyak masak dan dikacau perlahan.
5. Tuang adunan kedalam loyang.
6.Panaskan pengukus terlebih dahulu -sehingga naik wap.kukus kek selama 20 minit atau di bakar dalam oven.
6. Setelah sejuk keluarkan dari loyang.

Friday, June 7, 2013

sarawak kami datang part 3 - jom tengok orang utan


Salam ceria dan bertemu kembali ...
Dah menghampiri penghujung cuti sekolah..zila sambung kisah percutian kami ke sarawak aritu.. saja nak berkongsi manalah tau ada kawan-kawan blogger zila nak bawa anak-anak kesana bila ada kelapangan..dapat la juga sedikit info kan..lama benar kisah sarawak terhenti ke part 2 ..ini semua kerana lappy zila tengah sakit..nak trnsfer pic sarawak ke PC sangat-sangat la malas..oleh kerana minggu nie free zila buat semuanya..


masuk hari ketiga kami di negeri sarawak,awal pagi dah bagun bersiap-siap untuk ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh - Semenggoh wildlife centre.pusat ini diwujudkan bagi memelihara orang utan yang semakin pupus..penempatan Orang Utan terletak di Semenggoh Nature Reserve (653 hektar) telah dibuka dari tahun 1975..memang lama kan..


kena ikut arahan ranger-ranger yang bertugas ..memang tak boleh buat bising..biasanya pukul 9 pagi orang utan akan keluar..feeding time..kerana waktu itu ranger akan memberi makan..so jangan lewat sampai nanti terlepas peluang nak tengok orang utan secara live.



kebanyakan pelancung asing suka kemari..sebahagian besar memang orang asing.diorang dah ready dengan kamera masing-masing..sedang menanti kemunculan orang utan tue jer..



setelah beberapa minute menunggu muncul juga orang utan yang dinanti-nantikan..tapi kami dapat melihat dari jarak jauh..oleh kerana zila ada bawa lens untuk snap jarak jauh..so pic kami nampak la clear sikit..


untuk melihat aksi mereka lebih dekat sikit bolehlah masuk beberapa meter kedalam hutan..ranger akan memanggil orang utan dengan nama khas yang diberi..jika bernasib baik dapatlah tengok orang utan yang paling besar..kalau nasib tak baik seekor pun tak datang..

Ranger sedang memanggil orang utan untuk menggambil makanan


Beberapa minit menuggu akhirnya muncul juga orang utan nie..yang paling besar namanya ritchie..

antara beberapa aksi yang dapat kami snap.





semua aksi-aksi nie anak zila yang snap..bermacam-macam gaya sibuk dia nak ambil..alang-alang dah masuk hutan zila suruh dia ambil pic periuk kera ..lama betul tak jumpa periuk kera..kalau dekat nak jugak bawa balik letak kat meja opis ..he hhee





cantik kan?


selepas puas melihat aksi orang hutan kami meneruskan perjalanan ke sini pula..kedai menjual tikar sarawak.dan barang-barang berasaskan rotan..harganya lebih murah..tapi kedai nie kecil jew..tak banyak sangat pilihan..



sesiapa yang nak beli diorang boleh hantar melalui pos sehingga sampai ke semenanjung ..siap wrap cantik-cantik lagi..zila tak beli apa-apapun disini..sekadar cuci mata..




tikar nie zila berkenan tengok..sama macam kat johor jugak design anyamannya..


kami meneruskan perjalanan kami ke kilang membuat pasu sarawak..pasu Sarawak sememangnya memiliki keistimewaan tersendiri bermula daripada saiz, bentuk dan warnanya yang pasti membuatkan pelancong tempatan mahupun asing membawa pulang sebagai tanda kenangan.


amat berbeza dari segi coraknya jika dibandingkan dengan pasu dari air hitam johor..setiap pembuat pasu itu perlu memiliki sikap sabar, teliti dan minat yang tinggi kerana tanpa semua nilai tersebut pasti seseorang itu akan berhenti separuh jalan.


Bazaar



Main Bazaar adalah tempat popular di Kuching. Terletak berdekatan Kuching Waterfront. Merupakan deretan kedai kaki lima yang menjual barang-barang perhiasan dan kraftangan buatan tempatan.


Untuk anda yang hendak membeli cenderahati sebagai buah tangan dari Sarawak, Main Bazaar adalah jawapannya. Terdapat banyak pilihan jenis cenderahati yang murah dan boleh dibeli secara pukal. Barang- barang seperti Pua Kumbu, T- Shirt Sarawak, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Kraftangan Rotan dan Tikar yang bermacam jenis selalunya menjadi tarikan pengunjung yang datang.
Main Bazaar dibuka pada setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.



Antara deretan barangan yang dijual..segalanya ada disepanjang deretan kedai disini..kek lapis pun ada..harganya lebih kurang jew..sampai letih kaki  round di sini..sebab leka dengan hasil kraf yang unik..



Disebelah petang..kami sempat meyusuri sungai sarawak dengan menaiki sarawak river taxi..charge yang dikenakan rm 20.00 seorang..tempat duduk yang selesa dan driver boat merangkap pemandu pelancung didalam tue akan bercerita mengenai sejarah negeri sarawak..dari mula sampai ke penghujungnya..kita hanya mendegar sambil tue boleh layan perasaan melihat pemandangan disepanjang sungai..




pemandangan didalam river taxi..masing-masing melayan perasaan..

diantara pemandagan indah dikiri kanan persisiran sungai

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.
Dewan ini bakal menjadi mercu tanda unik Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.
Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Margherita di sebelah kanannya.



Masjid Pertama yang dibina di Bandar Kuching ialah pada tahun 1847. Masjid Besar inilah yang pertama dan paling tua di Negeri Sarawak dan telah menjadi lambang Islam di negeri ini. Masjid telah dibina oleh seorang Ketua Orang Melayu Sarawak yang termasyur dan ternama, iaitu Datu Patinggi Ali dan keluarganya.

salah satu peninggalan generasi brooke yang lama bertapak disarawak..brooke dockyard.

 salah satu perkhidmatan untuk meyusuri sungai sarawak river cruise ..tambangnya hanya rm60.00
kalau nak merasa naik sampan pun boleh ..lagi best 



oklah sampai disini dahulu buat kali ini..bersambung di next entry..bye semua..

Wednesday, June 5, 2013

tq Aroma 1 jun 2013


Salam ceria ..
bersua kembali..buat sahabat-sahabat zila semoga semuanya diberi kesihatan yang baik..bersempena cuti sekolah nie masing-masing sibuk kan..

dah hampir dua minggu anak zila tinggal di rumah kakak..terasa sunyi juga dirumah..hubby pulak berada di kuala lumpur..hari rabu hingga jumaat baru dia ada meeting di pasir gudang..oleh kerana tak ada sesiapa dirumah zila pun kurang memasak..makan simple-simple mana yang ada dirumah jew..


Bahulu Kelapa

Ayam Bakar Rosemarry

Berbalik pada cerita hari ini...nak berkongsi sedikit kegembiraan di awal bulan jun ..zila nak ucapkan ribuan terima kasih kepada editor majalah AROMA kak 'Siti Dimiati Awe' kerana sudi memberi peluang blog zila mengisi ruangan di majalah Aroma 1 Jun 2013..muahhh i love u sis..


Ikan Sambal Kering Telur Putih

Apam Tepung Beras

pada mulanya tak tau jugak nak share resepi masakan yang mana..almaklumlah masakan yang ada diblogpun bukanya banyak sangat,nak buat masakan baru memang sekarang nie zila kurang sikit rajin..so zila belek-belek gambar masakan yang ada di folder dan blog,kemudian pilih mana yang dirasakan sesuai.


Kerabu Ikan Bilis

Tauhu Sumbat

12 resepi yang zila pernah cuba termuat di majalah..4 resepi zila belum kongsikan di blog..tapi bukanlah masakan baru. pic yang lama terperap kat folder ..he hhee tak sempat nak buat entry.dan 8 resepi telah tersedia ada di blog zila.



Bubur Cha-Cha Laici

Kacang Phool

buat kak siti dan Aroma..sekali lagi terima kasih daun keladi..zila keep juga kulit majalah disini..sebagai tanda kenangan manis disepanjang zila berblog..almaklumlah tak tau sampai bila nak update blog kan..kot-kot bila dah ada baby baru rasa malas pulak..h ehhee 

Kek Belang Zebra
Kek Pisang Gebu
dan terima kasih buat sahabat-sahabat zila di fb dan blog yang sentiasa tidak pernah lokek berkongsi resepi ..semoga ilmu yang kita dapat dimanfaatkan bersama..tq juga buat pengunjung yang tidak pernah jemu menjengah blog zila yang tak seberapa adanya nie..moga persahabatan kita di alam maya akan terus berkekalan...

Markisa Snow Cheese Cake

Puding Kukus Laici


sampai disini dahulu buat kali ini..bertemu lagi ..bye semua ^___^ jom dapatkan AROMA.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...